Selasa, 23 Januari 2018

Lebih 500,000 rakyat Venezuela lari ke Colombia

 


BOGOTA: Lebih setengah juta rakyat Venezuela mencari perlindungan di Colombia selepas krisis ekonomi melanda negara itu, kata pihak berkuasa Bogota, semalam
Katanya 550,000 rakyat Venezuela dikesan memasuki Colombia, iaitu meningkat 62 peratus berbanding tahun lalu.

Pengarah Migrasi Colombia, Christian Kruger, berkata krisis ekonomi berkenaan bukan saja memaksa ribuan rakyat Colombia yang berhijrah ke Venezuela kembali semula ke negara asal, tetapi turut membuatkan mereka melarikan diri ke Colombia.
"Mereka (rakyat Venezuela) menjadikan negara ini sebagai transit, tempat kediaman atau membeli barangan keperluan," katanya.
Kedua-dua jiran di benua Amerika Selatan itu berkongsi sempadan sepanjang 2,200 kilometer.
Sementara itu, Menteri Kewangan Mauricio Cardenas yang memberitahu wartawan awal minggu ini bahawa kerajaan bersedia menanggung semua kos berhubung dasar keterbukaan dan perpaduan sehingga hari ini.
"Kami menawarkan perubatan kecemasan dan persekolahan kepada semua rakyat Venezuela." katanya.
Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran Colombia memiliki had tertentu jika kehadiran pendatang terus meningkat'. -  Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...