Sabtu, 26 Januari 2019

Krisis ekonomi 2008 - 2009 APA JASA NAJIB RAZAK


Apa yang dimaksudkan sebagai "gawat ekonomi" dan "budget mini" di dalam komen ini ialah krisis ekonomi tahun 2008-2009 dan pakej rangsangan yang kerajaan saya melaksanakan masa itu.

Kebanyakkan anak-anak muda yang mengundi di PRU14 mungkin tidak tahu tentang sejarah ini.

Yang berumur 21 atau 22 tahun masa PRU14 masih di Sekolah Rendah pada tahun 2008.

Apabila saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan pada Okt 2008 dan PM pada bulan April 2009, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi kerana dunia sedang berada dalam krisis ekonomi yang paling teruk sejak tahun 1930an.

Pada masa saya menjadi PM, kemelesatan ekonomi sangat teruk. Hampir kesemua sektor ekonomi negara mengalami penurunan yang besar.

Ramai yang meramal bahawa krisis tahun 2009 akan jauh lebih teruk daripada krisis ekonomi Malaysia tahun 1998.


Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai situasi masa itu, boleh klik link ini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Walaupun baru mengambil alih negara ketika itu, saya terus berusaha untuk menyelamatkan keadaan.

Lalu, kerajaan saya melaksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah.

Tetapi ekoran langkah-langkah rangsangan yang diambil untuk menyelamatkan negara, nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 11 peratus. Nisbah ini terus naik sedikit lagi untuk tahun 2010 dan 2011 kerana pakej rangsangan masih diperlukan dalam mendepani kemeseletan ekonomi dunia.

(Dengan kawalan ketat defisit bajet-bajet seterusnya, nisbah hutang ini juga dapat diturunkan pada tahun-tahun kebelakangan ini kepada tahap 50.8% pada akhir tahun 2017 dan tidak setinggi jika dibanding dengan sejarah.)

Susulan pakej ransangan yang aktif untuk beberapa tahun dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Semenjak peningkatan nisbah hutang yang tinggi pada tahun 2009-2011, kerajaan BN dan saya terus dikecam kononnya mahu memufliskan negara walaupun ianya ialah untuk menyelamatkan negara dan kita tidak terjatuh ke dalam krisis yang lebih teruk dari tahun 1998 di mana sistem perbankan dan industri kita hampir lumpuh sepenuhnya.

Mungkin kerana kerajaan saya dan saya tidak pandai untuk kuat menghebohkan usaha kita pada masa itu seperti PM tahun 1998 yang sering membangkitkan usaha beliau untuk menyelamatkan negara, maka kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang keadaan ekonomi pada tahun 2008-2009.

Lanjutan itu, saya berterusan dikecam kerana menaikkan hutang negara walhal kita berjaya menyelamatkan negara dari krisis ekonomi yang mungkin lebih teruk dari tahun 1998.

Oleh kerana langkah kita berjaya,ramai tidak merasakan kegawatan ekonomi masa itu   Ramai juga sudah lupa situasi yang genting masa itu.

Kepentingan utama saya pada masa itu dan selama saya menjadi PM ialah untuk menjaga ekonomi dan negara tetapi malangnya, kita tidak dapat menangkis serangan propaganda yang berjaya memesong pemikiran rakyat dari apa yang sebenarnya berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...