Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah
kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi
besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini,
pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan
berakhir.
Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan. SUMBER