Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Ahad, 3 Mac 2013
Kerajaan perlu serang balas ke atas penceroboh - Tun M
Kerajaan sudah tidak ada pilihan lain melainkan melancarkan serangan balas bagi menghapuskan sama sekali pasukan penceroboh bersenjata di Sabah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, tindakan kekerasan itu sudah tidak dapat dielakkan kerana kumpulan pengganas itu tidak menghargai usaha baik kerajaan untuk menyelesaikan situasi itu melalui pendekatan diplomasi dan rundingan.
"Kerajaan cukup berhati-hati dalam perkara ini pada mulanya kerana berharap dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah tetapi malangnya ini tidak dihargai oleh pasukan Sulu ini dan mereka sanggup membunuh pasukan keselamatan kita.
"Sekarang ini, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini, walaupun dengan ini ramai daripada mereka terbunuh tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya.
Setakat ini, seramai tujuh anggota pasukan keselamatan negara dilaporkan terbunuh di Sabah apabila diserang hendap oleh pasukan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu sejak pertempuran pertama meletus kelmarin.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan juga perlu membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan hendap ala gerila secara berterusan daripada kumpulan pengganas itu kerana ancaman tersebut tidak akan dapat ditamatkan dengan begitu sahaja. SUMBER