Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam, yang menggegarkan negara dengan akuan bersumpah
beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu, telah meninggal dunia.
MP Subang R Sivarasa melalui Twitternya mengatakan,bahawa Balasubramaniam meninggal dunia di sebuah klinik di Rawangi selepas mengalami kesukaran bernafas.
"Beliau telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tiga minggu.
"Dia telah beransur baik dan dibenarkan pulang. Setelah makan tengah hari dan mengambil ubat beliau. Sejurus selepas itu, beliau menonton TV apabila tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan sesak nafas, "
Isteri pertama Balasubramaniam enggan “post-mortem” dilakukan dan membawa pulang mayat ke rumah dari Hospital Sungai Buloh.
Sivarasa kemudian menasihatkan isteri P Bala bahawa adalah jalan yang terbaik untuk membawa kembali mayat P Bala kembali ke hospital untuk dibedah siasat.
Mayat Balasubramaniam telah dibawa ke hospital sekali lagi untuk bedah siasat. Pengebumian dijadualkan untuk petang esok – Sabtu 16 Mac
Balasubramaniam mengalami masalah jantung pada 5 Mac dan dimasukkan ke SJMC. Beliau telah dilepaskan pada 12 Mac.
Dalam akuan bersumpah pertama, beliau telah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.
Beliau kemudiannya menarik balik dakwaannya itu dalam akuan bersumpah kedua, dan dia meninggalkan negara ini.
Sekembalinya beliau ke tanah air baru-baru ini, Balasubramaniam bersumpah pada buku Bhagavad Gita Kitab Suci Hindu bahawa kandungan akuan bersumpah pertama beliau adalah benar.
Sejak beliau pulang ke Malaysia, beliau telah terlibat dalam pameran bergerak PKR untuk mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Nasib...Nasib...
Agak - Agak
Kenapa Ya Berlaku Begini....Adakah ALLAH Ingin Tunjukkan Sesuatu Pada Kita..???