Akhbar hari ini melaporkan bahawa Tian Chua sudah pun
didakwa di mahkamah kerana menghina polis dan tentera dengan menuduh bahawa
insiden Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO.
Tian Chua benar-benar biadap dan tidak berperikemanusiaan kerana enggan
meminta maaf walaupun sedia maklum bahawa tuduhan dan penghinaannya mengguris
hati keluarga wira-wira yang terkorban.
Lebih buruk lagi, apabila penyokong-penyokong Tian Chua dan
parti pembangkang, amnya, turut menghina anggota keselamatan termasuk yang
terkorban di dalam laman-laman sosial.
Justeru, majoriti rakyat Malaysia mengutuk sikap Tian Chua dan merasa
hairan kerana tiada seorang pun dari pemimpin PR, termasuk dari PAS yang
menempelak Tian Chua seolah-olah bersetuju dengannya.
Mungkin ramai yang melihat Tian Chua ini sebagai seorang
ahli politik biasa, cuma terlebih
lantang atau celupar, atau terlebih berani ataupun bodoh dari yang
lain-lainnya. Namun, jika kita meneliti
latarbelakang Tian Chua, kita wajar mengambil serius terhadap ‘ancaman’ yang
mungkin dibawanya.
Rakyat Malaysia tidak boleh terus menerus melihat politik
dari sudut sempit di dalam negara sendiri.
Masanya sudah lama tiba untuk kita memahami percaturan politik dunia
serta tidak lagi tersalah langkah dengan memandang rendah atau mengambil mudah
atau menafikan terus wujudnya percubaan untuk menakluk dunia oleh kaum Yahudi,
sepertimana yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam AlQuran.
Oleh itu, usaha tidak jemu-jemu sesetengah pihak untuk
menjemput campurtangan asing dalam urusan negara, termasuk dalam urusan
mahkamah, tidak harus dipandang ringan.
Apabila dikatakan ‘campurtangan asing’ maka ia secara automatik merujuk
kepada kuasa besar yang didalangi Yahudi.
Sebagai negara Islam, dan sebagai umat Islam, tentulah amat mencurigakan
jika kita meminta musuh Islam untuk campurtangan dalam urusan negara kita
sedangkan AlQuran telah pun mengingatkan
bahawa musuh-musuh kita itu tidak mungkin ikhlas dan tidak akan berhenti
sehingga kita menuruti mereka. Apakah
kita sudah tidak lagi percaya pada AlQuran?
Di Malaysia, pihak mana lagi yang sering menjemput
campurtangan asing jika bukan pakatan pembangkang?
Walaubagaimanapun, Pakatan pembangkang tentu saja tidak mahu
dilihat berhubungan dengan Yahudi secara langsung. Oleh yang demikian, mereka memerlukan
rangkaian atau badan lain untuk menjadi perantara dan untuk dijadikan
penyamaran dalam usaha mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.
SUARAM dan BERSIH adalah antara organisasi yang telah
terbukti menjadi rangkaian pembangkang dan telah pun mengaku menerima dana
asing dari rangkaian George Soros untuk menjalankan operasi mereka. Sudah menjadi rahsia umum bahawa rangkaian
Soroslah yang menaja pertukaran rejim di beberapa negara di dunia.
Dan di sinilah nama Tian Chua menjadi satu nama yang
penting.
Tian Chua adalah antara pemimpin PKR yang turut berada dalam
kepimpinan tertinggi SUARAM. Hari ini,
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah pun mendedahkan di dalam sebuah program
yang mana telah pun dimuatnaik ke Youtube, tentang bagaimana SUARAM menyalurkan
USD2 juta kepada pengganas Sulu untuk menceroboh Malaysia. Kita tunggu SUARAM menyaman JMM jika
pendedahan ini tidak benar.
Umum sedia maklum bahawa Tian Chua telah beberapa kali
berkunjung ke Filipina dalam masa sebulan dua sebelum pencerobohan ke atas
Sabah berlaku. Mungkin ada yang
bertanya, kenapa Tian Chua, sedangkan ramai lagi pemimpin PKR di dalam
SUARAM?
Tian Chua mempunyai pengalaman dalam misi seperti ini kerana
beliau bernah bekerja di bawah Ramos
Horta di Timor Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan
Australia.
Pada 9 November 1996, Tian Chua menggunakan platform SUARAM
untuk menganjurkan Asia Pacific Conference on East Timur II (APCET II) di Kuala
Lumpur, sebagai lanjutan dari APCET I yang diadakan di Manila pada Mei
1994. Program ini adalah bertujuan
untuk membincangkan pemisahan Wilayah Timor Timur dari negara Indonesia. Cadangan pemisahan ini membawa kepada
keganasan dan pertumpahan darah apabila pemimpin etnik Timor Timur, Gusmao
melancarkan serangan bersenjata.
Pertempuran antara pemberontak Gusmao dengan ABRI dan kerajaan Indonesia
berlangsung untuk beberapa lama.
Sejarah kemudiannya merekodkan Ramos Horta berjaya
memisahkan Timor Leste dari Indonesia pada tahun 2002, dan menjadi Presiden di
negara Kristian tersebut.
Jelaslah bahawa Tian Chua telah mempunyai rekod ‘cemerlang’
dalam membantu memisahkan sebuah wilayah dari negara asalnya. Dan Tian Chua nampaknya sedang berusaha
untuk melakukan yang sama dengan Sabah.
Perlu difahamkan bahawa tujuan sebenar Tian Chua, SUARAM,
Anwar mahupun dalang mereka, iaitu puak zionis Yahudi bukanlah sangat untuk
memisahkan Sabah, tetapi untuk menghuru-harakan dan melemahkan sebuah negara
Islam yang makmur dan maju.
“Menyebarkan agama Kristian” juga bukanlah motifnya, tetapi
agama adalah sekadar ‘alat’ atau ‘penyamaran’ untuk mengaburi mata dunia. Lagipun, menggunakan agama sebagai alasan
untuk berperang atau apa saja, adalah lebih mudah kerana manusia cenderung
menjadi ekstrem, taksub ataupun keliru apabila berhadapan dengan isu
agama. Kecenderungan itu akan digunakan
oleh pihak mereka untuk mencetuskan ketegangan dan juga pertumpahan darah.
Hakikatnya, yang menjadi motif utama semestinyalah aset,
sumber asli, potensi dan lokasi strategik negara ini kerana kesemua ini adalah
asas penting untuk membina struktur bagi menakluk dunia. Negara ini punya sumber asli yang banyak,
selain berpotensi besar untuk terus berkembang maju kerana lokasinya, selain
sifat penduduknya. Sejak beratus tahun
dahulu, negara ini sering menjadi rebutan penjajah atas alasan yang sama.
Rasanya, kita semua boleh berfikir bahawa tidak mustahil
semua yang berlaku ini turut berkaitan dengan tindakan kerajaan menolak
permintaan Amerika untuk membina pengkalan tentera di Lumut dan tidak mustahil
juga ia berkaitan dengan kesungguhan Malaysia membantu Palestine.
Kesimpulannya, Tian Chua adalah pengkhianat negara dan
dakwaan menghina atau menghasut adalah terlalu ringan dan tidak menepati
kesalahannya. Sewajarnya, Tian Chua
didakwa kerana mengkhianati negara, sebagai pembelot atau petualang yang tidak
harus diberi peluang kedua lagi.