Daftar SSM punca kenapa permohonan BR1M ditolak? Bila ramai yang bertanya soalan seperti itu, ia memperlihatkan seolah-olah kerajaan kejam. Namun, apakan daya jika jawapan sedemikian yang muncul sewaktu membuat pemeriksaan status layak BR1M.
Siapa yang tidak marah, bukan? Penulis tidak menolak kemungkinan, antara yang sedang marah ialah mereka telah menerima BR1M dan telah mempunyai SSM sejak awal BR1M diperkenalkan.
Kepada LHDN, diharap perkara-perkara
pentadbiran seperti ini dimaklumkan dengan jelas kepada pemohon terlebih
awal. Langkah kawalan perlu diumumkan sejelas-jelasnya, dan bukannya
hadir di saat keputusan diberikan.
Penulis difahamkan, punca utama
permohonan tersebut ditolak adalah akibat dari kegagalan pemohon untuk
mengesahkan pendapatan dari perniagaan yang didaftarkan. Merujuk kepada
seorang rakan penulis, yang mempunyai syarikat berdaftar dibawah SSM
tetapi masih terima BR1M baru-baru ini.
Apa rahsianya?
Beliau kemukakan
penyata pendapatan perniagaan online nya kepada LHDN. Pendapatan dalam
kategori layak BR1M, maka permohonannya lulus. Tiada masalah.
Kepada yang ditolak permohonannya, akan
ada tempoh rayuan bermula 3 April 2017 hingga 31 Mei 2017. Maka, dari
terus menyalahkan orang lain, lebih baik usahakan cara untuk mengesahkan
pendapatan perniagaan anda dan kemudian buat rayuan kepada LHDN. Jika
pendapatan tersebut tergolong di kategori layak terima BR1M, Insha Allah
dapat juga nanti.
Tahniah juga kepada tukang adu domba,
yang pasti sedang bergembira dengan langkah LHDN yang bikin onar.
Cuma,
ingin penulis jelaskan disini, tidak perlulah jadi hero dalam isu BR1M
ini. Bukankah anda juga yang sepakat dengan berkat politikus antik yang
mendakwa BR1M itu rasuah dan dedak. Bukan main menghina BR1M dan
penerimanya, kini cuba melabelkan kerajaan sebagai zalim kerana tidak
memberi “rasuah”.
Lucu juga melihat karenah puak-puak adu
domba ini, berubah-berubah, dan asyik “u-turn” memanjang. Cubalah jadi
insan yang bermaruah, kalau pun bukan untuk diri sendiri,
sekurang-kurangnya untuk anak-anak bangga melihat ibu bapanya cerdik.