Parti rasis dan cauvinis DAP yang diketuai Lim kit Siang tidak pernah suka kepada orang Melayu dan Islam.
Malah,
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, parti itu
selama-lamanya akan bersikap seperti itu walaupun tidak membuat
pengakuan terbuka.
Beliau
juga berkata, atas prinsip itulah DAP akan mengatur pelbagai strategi
demi memecahbelahkan Melayu dan Islam serta tidak akan membenarkan
mana-mana parti yang dikuasai kaum majoriti rakyat negara ini mengatasi
kekuasaannya dalam apa jua perkara.
Katanya,
ia jelas terbukti ketika PAS bersama DAP dalam pakatan rakyat apabila
parti itu hanya mempergunakan PAS demi kepentingan politiknya untuk
memenangi pilihan raya.
“Ketika
PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama DAP, pada mulanya parti itu
hormat segala dasar PAS dan bersikap bersetuju untuk tidak bersetuju
berhubung agenda untuk memperkasakan mahkamah syariah.
“Tetapi
DAP bertindak sebaliknya selepas dia berjaya memegang Pulau Pinang dan
mula mempertikaikan dasar PAS termasuk mencampuri kepemimpinan parti.
“Mereka
telah menghasut ahli-ahli PAS supaya tidak memilih Presiden, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dan akhirnya DAP berjaya memecahbelahkan PAS sehingga
mereka yang pro-DAP menubuhkan parti baharu dan mereka yang meninggalkan
PAS itu kini boleh diarahkan untuk mengikut telunjuk DAP,” katanya yang
dipetik daripada Utusan Malaysia.
Dalam pada
itu, Mahfodz berkata, beliau percaya sikap tidak hormat DAP terhadap
rakan sekutu parti akan tetap berlaku dalam gabungan baharu parti itu
dalam Pakatan Harapan yang tetap diketuai DAP ketika ini.
“PAS
pernah ditendang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana menganggap PAS
menjadi ancaman kepada DAP, jadi kita tunggu sahaja pada pilihan raya
umum akan datang apa nasib parti-parti Melayu yang menganggotai Pakatan
Harapan diketuai DAP itu,” katanya.
Kelmarin,
Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berpandangan,
tindakan Lim Kit Siang ‘memberi laluan’ kepada pemimpin Melayu mengisi
jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP merupakan strategi
beliau untuk terus memecahbelahkan kaum majoriti itu demi kepentingan
politiknya.
Khairul
Azwan berkata, Penasihat DAP itu hanya menggunakan pemimpin pembangkang
Melayu sebagai subjek utama untuk beliau mencapai matlamat melemahkan
perpaduan orang Melayu.