Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Selasa, 4 April 2017
Kanun Tanah Negara lindungi Forrest City
Projek Forrest City di Johor antara isu yang dimanupulasi pembangkang untuk kepentingan politik menerusi fitnah dan tohmahan jahat.
Antaranya isu pegangan bebas tanah bagi projek Forrest City yang didakwa sebagai usaha kerajaan untuk mengadaikan tanah kepada China.
Sebenarnya, Kanun Tanah Negara menetapkan peraturan bahawa kerajaan berhak mengambil tanah tersebut bila-bila masa atas apa saja sebab, sama ada pegangan bebas atau pajak.
Projek pegangan bebas bukan sesuatu yang baharu di negara ini, malah di Pulau Pinang, projek tambakan tanahnya berstatus pegangan bebas.
Status pegangan bebas bertujuan menarik lebih ramai pelabur terutama pelaburan langsung asing (FDI) kerana kos keseluruhan projek ini sangat tinggi mencecah RM440 billion.
Tuduhan kerajaan akan memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli hartanah dan tinggal lebih 12 tahun di Forrest City juga tidak benar
Kewarganegaraan kepada rakyat asing diberi berdasarkan 'berhak' dan 'layak' dan kedua-duanya sangat berbeza selain kelayakan-kelayakan lain.
Projek Forrest City diilhamkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengambil masa 20 tahun untuk dibangunkan yang bakal menjadikan Johor sebagai 'Dubai Asean'.
INFO Forest City * 42 peratus ekuiti Forest City dikuasai entiti tempatan manakala baki 58 peratus milik syarikat China * Daripada segi ekuiti tempatan, 20 peratus dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ), iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan Johor * Forest City akan mengubah Johor menjadi "Dubai ASEAN" * Forest City dijangka wujud KDNK RM197.6 bilion dari sekarang hingga 2035 * Ia dijana daripada pelbagai sektor ekonomi * Pembangunannya merintis model baharu bandar raya global dengan reka bentuk pintar dan mesra alam sekitar