Negara China merupakan salah satu negara
terbesar yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat padat. Untuk
mendapatkan sumber asas di negara tersebut terutamanya makanan adalah
terhad kerana permintaan yang sangat tinggi.
Oleh kerana itu, terdapat sebahagian
manusia yang tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan terhadap
masalah ini dengan menjual makanan tiruan untuk menampung permintaan
yang tinggi tersebut, di samping mengaut keuntungan yang banyak. Bukan
itu sahaja, bahkan terdapat juga makanan tiruan ini yang sudah masuk ke
pasaran Malaysia.
Berikut merupakan 6 makanan tiruan yang dihasilkan di China:
1. Mihun tiruan
Pada tahun 2010, sebanyak 50 buah kilang
mihun ditutup oleh pihak berkuasa kerana didapati menggunakan
bahan-bahan yang terlarang. Dalam operasi serbuan tersebut, sebanyak 0.5
juta kilogram mihun telah dirampas.
2. Susu tiruan
Susu tiruan mengandungi sejenis bahan
kimia yang sangat beracun iaitu Melamine. Pada tahun 2009, seramai
53,000 bayi telah dilaporkan mengalami masalah kesihatan setelah minum
susu tiruan tersebut.
3. Telur tiruan
Telur tiruan ini mengandungi gelatin,
perwarna tiruan dan air, manakala kulitnya pula diperbuat daripada
lilin. Telur tiruan ini bukan sahaja dijual di China, malah ia juga
telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Jom lihat video di bawah
bagaimana telur ini dihasilkan:
4. Kacang walnut tiruan
Memandangkan permintaan kacang Walnut
adalah sangat tinggi di China, terdapat beberapa manusia yang tidak
bertanggungjawab memungut kulit kacang yang kosong dan mengisinya
kembali dengan konkrit dan kertas.
5. Daging lembu diperbuat dari daging tikus
Di China, terdapat banyak kedai yang
menjual daging tikus sebagai daging lembu. Sehingga kini, masalah ini
masih tidak dapat dibendung oleh pihak berkuasa
6. Beras tiruan
Beras yang merupakan makanan paling asas
juga turut dipalsukan. Menurut siasatan, nasi tiruan ini dihasilkan
dengan menggunakan kentang dan plastik.