Isnin, 31 Disember 2012

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH LAIN - LAIN AGAMA DI MALAYSIA ......


HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH’ OLEH KRISTIAN
 Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini
seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami
maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua
pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu
sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar
tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.
 Pendahuluan
 Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi
Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)
telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan
kalimah 'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet
mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan
kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet
telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1
November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di
Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian
Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan
permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)
terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan
Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka
menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.
Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’

Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk
‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang
dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan
 penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. 
Alasan yang
dikemukakan ialah seperti berikut:

a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para
penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk
kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan
dan Asia Barat.

c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan
bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia
diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang
wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.

e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam
urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik

Alasan pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa
Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

Hujah-hujah Menolak:

a) Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab.
Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain.
Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’
adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita
tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa
asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior
daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan
mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang
layak disembah. Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali
menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan
lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.
 b) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah
adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamuskamus
serta eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:

i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims3.
ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in
the religion of Islam4.
iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an
Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as the name of God5.

c) Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada
bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna
yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana
definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg
Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg
Maha Tinggi6.
Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut:
Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha
Sempurna dan Yang mencipta alam ini7.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan
dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah
lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam
yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya
oleh bukan Islam di negara ini.

d) Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada
‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di
negara ini. Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu ialah:

n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewadewa
Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money
 has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so.,
st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah8.
 Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi
amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islam
diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan. Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia
digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan
terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif
no. 4 di atas). Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk
setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk
kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau.

e) Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan
kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti
penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti
perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang
terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya
adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula,
faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang
menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh
itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu
adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible
tersebut boleh dipertikai.

Alasan kedua: mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik
di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut
Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan
dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

Hujah-hujah Menolak

a) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh
Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara
misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk
mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.
Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk
menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh
masyarakat setempat.

Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun
1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan
digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung
Tanah Melayu dan Indonesia9. Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus
 meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas
menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795.
Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara
langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi
kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.

Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit
dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga
merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari
Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat
percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain
mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan
majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan
pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai
majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta
Melayu10.

Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah
disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili
Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America
Board of Commisioners of Foreign Missions)11.
Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak
membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di
dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak
melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa
hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

b) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang
menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak. Ini
kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu
mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini latar
belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir
daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu
sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan
kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu
berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia
dan Singapura.

c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia
Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam
sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor
teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini
dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih
 dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang
digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada
Yahudi dan Nasrani.

d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk
merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka
tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan
Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak
Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam)
atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab. Perlu
diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa
yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak
untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada
nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula
rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible
bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu? Bukankah
kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi
etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan
bahasa-bahasa itu?

Alasan ketiga: Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan
bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

Hujah-hujah menolak:

a) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja Katholik ialah surah al-
‘Ankabut ayat 61:

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi dan memperjalankan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan
menjawab: “Allah”. Maka mengapa mereka terpedaya?.

Begitu juga surah al-Ma’idah ayat 73:
 Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orangorang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.

Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan
bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkan alasan
berikut:

i. Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’an hanya merakamkan
sejauhmana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan
kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan
penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana
kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam.

Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskan orang
Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (1) pencipta langit dan
bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (3) yang
menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan harapan.
Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar
iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan.

ii. Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan
kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini
kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-
Nya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka
dianggap kafir. Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluar dari lidah
golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana
ia tidak merujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar. Sebagaimana
maklum, kalimah ‘Allah’ merujuk kepada zat (esensi) yang
dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’ adalah
merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang
yang menggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujuk kepada alat
menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan perkataan ‘kereta’
tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan
perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.

b) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan
bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi
Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan
Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka.
Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci
yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti
bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling
dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah
berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian,
fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran
juga hendaklah diterima.

Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di
dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka
berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada
hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an
mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya
Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi
makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat
Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia
berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki
sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan
pinjaman daripada bahasa lain.

Alasan keempat: Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam Bahasa
Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa
yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.

Hujah-hujah Menolak:

a) Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang
kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga
tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal
daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu
diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum
wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu
merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat
Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi
syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak
sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan
agama yang lain.

b) Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik
yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya
sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama
Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang
didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut
Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang
sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian
berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti
‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin
kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan
kekeliruan.

Alasan kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan
di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a)
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah menolak:

a) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi
hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti ugama Islam). Di bawah peruntukan ini
kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah
menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agamaagama
bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan
dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980,
Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada
menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau
kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep manamana
agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi,
Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil
dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan
kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible
adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini.
Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.

Hujah-hujah Tambahan

Sebagai tambahan kepada hujah-hujah tadi, empat persoalan dikemukakan
terhadap Gereja Katolik berhubung tuntutan mereka yang memerlukan jawapan
bagi umat Islam di Malaysia iaitu:

a) Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan
sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa
nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama
khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si
penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani
ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

b) Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang
gelaran kepada tuhan? Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di
Belanda, Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun seruan tersebut telah
mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dalam kalangan
Protestan mahupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan
Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya, 
“Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he wants, but only
addlepated Catholics will follow his lead. It is not a good sign when
members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with
Muslims, or those of any other religion”14. Manakala Pengerusi General
Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak
cadangan Muskens supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’,
beliau berkata, “I applaud every attempt to encourage dialogue with
Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”15.

Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,
seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan
agama Kristian dan Yahudi’. Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’
hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada
tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun
Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim16. Kenyataan-kenyataan di
atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama
Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian.
Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan
penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan
oleh Kristian di peringkat dunia?

c) Sebagaimana hujah yang telah dikemukakan sebelum ini, penjajah Kristian
yang datang ke Tanah Melayu mempunyai dua matlamat utama. Antaranya
ialah untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Laporan
Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam
California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia antara
negara sasaran bagi satu gerakan Kristianisasi yang digelar “Window 10/40”.
Ini kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10
dan 40 di peta dunia17. Malah dalam satu laporan, Jabatan Agama Islam
Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas
250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku
tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal
Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya ia seperti taktik untuk cuba
menarik minat orang-orang Islam membaca buku-buku ini18. Oleh itu, apa
jaminan Gereja Katolik untuk mengatakan bahawa penggunaan kalimah
‘Allah’ hanya terbatas buat penganut Kristian dan bukan terhadap umat
Islam?

d) Adakah Gereja Katolik bersetuju sekiranya dikatakan bahawa fakta-fakta
tentang tuhan di dalam Bible itu tidak sejelas dan setepat al-Quran malah
bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh, terdapat ayat di dalam
Bible yang merujuk kepada ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian
Lama yang menyebut; Ingatlah wahai bangsa Israel! Tuhan satu-satunya
ialah Allah kita.Bagaimanapun di tempat yang lain banyak ayat yang
menyanggah ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Baru; Setelah
semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit
terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu
terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang
Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu.”20Sedangkan fakta-fakta tentang
Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah.

Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar.Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan
tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku
pertembungan antara Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian),
menjadi tanggungjawab umat Islam menyeru mereka supaya menerima
konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. 
Allah SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli
Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang
sekutu bagi-Nya?

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam
sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam

Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-
Hadith.

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan

Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama
lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya22.

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali

Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.

Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah ‘riba’ yang ditukarkan
kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’.
Istilah ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah ‘hubungan sesama jenis’.
Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia...??

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang
bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November
2006.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
 
Oleh - Mohd Aizam bin Mas’od
Cawangan Aqidah
Bahagian Penyelidikan
 "Fail Cawangan Aqidah JAKIM"


Khamis, 30 Ogos 2012

Pas sengaja manipulasi pepatah ‘malaikat-syaitan’ Dr M...





Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Pas sengaja memanipulasikan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru berkenaan dengan "malaikat dan syaitan" untuk mengelirukan fikiran orang ramai.

Katanya, kedangkalan Pas dalam berpolitik amat terserlah kerana beliau pasti parti tersebut memahami pepatah Inggeris


 "Better the devil you know than the angel you don't".

"Tetapi ia sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.


"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah

* Lebih baik berurusan dengan orang yang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali *

yang kemungkinannya akan membawa padah dan menghancurkan negara" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, "barangkali juga Pas semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan bekas Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, beliau merasa kesal dan amat terkilan dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas kerana telah menyalah tafsir tulisan Dr Mahathir berkaitan 

"better the devil you know than the angel you don't".

"Tulisan Tun Dr Mahathir bukanlah memberi pengertian secara khusus sebagaimana terjemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, namun ia adalah satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara dua kepimpinan dalam BN dan pakatan pembangkang.

"Tambahan pula rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti dan rakyat merasai kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbirannya," kata beliau lagi. Sinar Harian


Rabu, 29 Ogos 2012

PROTON PREVE, CHEVROLET CRUZE, MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH HIMPUNAN MERDEKA JANJI DITEPATI...!!!



PROTON PREVE, CHEVROLET CRUZE, MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH HIMPUNAN MERDEKA JANJI DITEPATI...!!!


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati''.

Ketua 
Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium," katanya.

-- LAGI

MERDEKA-CABUTAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.

"Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal," katanya.
Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.

"Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri," katanya.

''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib.

Anwar Kantoi, Tak Terjawab Bab Israel...



"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," - Anwar Ibrahim...


The History of Dato Seri Anwar Ibrahim.....!!



SIAPAKAH PEMBIAYA DANA BERSIH...? DAN APAKAH KAITANNYA DENGAN PEMIMPIN UTAMA PEMBANGKANG NEGARA INI - AMBIGA DI KUDAKAN ATAU AMBIGA MEMPERKUDAKAN...? MARI KITA LIHAT PERANAN NED DAN IRC… FIKIRKAN DENGAN HATI YANG TERBUKA…!!!


Ada yang menyangkal bahawa Perjanjian atau kesefahaman "Annapolis Summit" tidak memberikan kesan apa-apa terhadap Palestin akan tetapi didalam satu artikelnya menyatakan bahawa Israel merupakan sebuah Keraj

aan yang SAH selepas perjanjian tersebut dan mempunyai Kuasa Autonomi di dalam Wilayah tersebut :-


Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 27 November 2007 - Dan Anwar mewakili Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli Kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP).


ANWAR IBRAHIM telah menandatangani 'Surat Sokongan Deklarasi’ itu sebaris dengan JOHN EDWARD McLAUGHLIN - Bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI - Bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT - Bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT - Bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN - Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS – Pengarah New America Foundation dan Lain-lain lagi.

Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah Negara YAHUDI yang SAH.

Persoalan :-

Adakah Penyokong PAS dan PKR menyokong sebuah Negara Israel yang SAH!! Jika YA mereka merupakan Tali Barut Israel dan Yahudi yang nyata di Malaysia.

Peristiwa Penting :-

1. “Jewish Political Studies Review” (Oktober 2006) - Peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.


2. Pada 1997 - Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir - Perdana Menteri Malaysia telah membantu Pihak Islam di Palestin serta mengkritik Rejim Israel - Pimpinan Netanyahu.


3. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, “The Asian Renaissance” (Kuala Lumpur: Times Books International 1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai Pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai ‘Pemimpin Agung’ di rantau Asia.


4. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 Juta kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.


5. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis Surat Peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulisan PETER J. BOYER, dalam artikelnya “THE BELIEVER” - “Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian Jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim World’s failure to address “The suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions”.


6. Apabila Anwar ditangkap 1998 - Dua Tokoh Yahudi Parti Democrat, Presiden Clinton iaitu Al-Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong KUAT Perjuangan “Reformasi” Anwar di Malaysia.


7. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai Pensyarah Pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future.


8. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam “Managing Global Insecurity (MGI)” satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti ‘Rakan Kongsi’ (Networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai Kuasa Unggul di Dunia.


9. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang Penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam Key Player dalam politik Amerika. Beliau menjadi Board of Director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan The Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.


10. Pada 15 November 1998 - Albright selaku Setiausaha Negara telah datang ke Kuala Lumpur. Beliau menghambil kesempatan berjumpa secara peribadi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail (Isteri Anwar) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Wan Azizah meminta bantuan Albright supaya campur tangan di atas kes suaminya yang telah ditahan sejak September untuk perbicaraan Kes Rasuah dan Salah Laku Seks (Sodomi).


11. Albright menulis surat kepada Wan Azizah menyatakan sokongan Washington terhadap Anwar. Tulisan Albright; “There are lots of things that Dr Mahathir [Malaysian Prime Minister] has done that I don’t think serve Malaysia well and are not within the spirit of how Asian countries are evolving. There are certain countries where people deserve better, Malaysia is one of them.


PENAJA RASMI SEGALA KEMUDHARATAN DAN PEMASALAHAN NEGARA……!!!

Anwar Kawal Akaun RM3 Billions - Pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.


INI BERERTI DALAM SETAHUN BELIAU MEMILIKI DIVIDEN (JUST KIRA 4%) LEBIH KURANG RM120,000,000 (SEJAK TAHUN 1990an)……!!!


KATAKAN LAH SEJAK TAHUN 1995 HINGGA SEKARANG (15 TAHUN) BELIAU MEMILIKI DIVIDEN SAHAJA RM1,800,000,000 (RM1.8 BILLIONS) (JIKA TAK DIBELANJAKAN DAN TIDAK DICAMPURKAN SEMULA DENGAN POKOK SIMPANAN RM3 BILLIONS - SETIAP TAHUN)……!!!


DALAM SEHARI (JIKA BELIAU HENDAK) BELIAU BERBELANJA RM333,333 (KESEMUA PERKIRAAN ANGGARAN).


APATAH LAGI JIKA SEKIRANYA DICAMPUR SETIAP TAHUN (ACCUMULATE)……!!!!!!


PERSOALANNYA DARI MANA DATANG NYA DANA TERSEBUT DAN SIAPA FUNDER KEPADA DANA TERSEBUT……!!!!!!


SEBAB JUMLAH WANG SEBANYAK INI DAPAT MENJATUH SERTA MENJAHANAMKAN SESEBUAH NEGARA DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA……!!!!!!AIDC



Bermula dari tahun 1996 - Badan Pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) telah berkerjasama dengan sebuah Yayasan Amerika bernama Asia Pacific Policy Center (APPC) untuk melobi imej Anwar di Amerika.


Anwar telah membayar Puluhan Juta kepada Douglas Paal (Bekas Pengalisis Kanan CIA) Pemilik APPC untuk melobi imej Anwar dan APPC berjaya memujuk William Cohen dan Madeline Albright datang ke Malaysia menemui Anwar dalam program Asia Pasifik anjuran bersama IKD-APPC.


1997 : Anwar dilantik sebagai Ahli Committee International Finance Corporation pada tahun 1997 oleh James Wolfensohn - Presiden Bank Dunia.


1998 : Michel Camdessus - Pengarah IMF melawat Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. Anwar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan World Bank dan International Monetary Fund (IMF).


Pada 1 April 1998 - Ketika Anwar dipecat dari UMNO, Al-Gore Naib Presiden Amerika Syarikat berucap dalam Majlis APEC di Kuala Lumpur, memuji RE-FO-MASI Rakyat Malaysia 1999 – Al-Gore (Naib Presiden Amerika), Paul Wolfowitz (Duta Amerika di Indonesia), William Cohen (Setiasaha Pertahanan Amerika) dan Sam Nunn (Senator Amerika di Georgia) melobi untuk membebaskan Anwar dari Penjara Malaysia.

Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh 2004

2004 : Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) antara Orang Pertama melawat Anwar di Hospital Munich, Jerman.


2005 : Anwar melawat Al-Gore di London yang ketika itu menjadi Pensyarah Pelawat di St Anthony's College, UK. Al-Gore telah melantik Anwar dalam Dua Badan Organisasi yang dikuasainya berpusat di London iaitu Generation Investment Management Group dan Account Ability.


2005 : Anwar Ibrahim berbincang dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika di Pentagon - Pusat CIA Amerika Syarikat.


2005 : William Cohen (Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika), Anwar Ibrahim dan Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) dalam satu perjumpaan di Hotel Washington, Amerika.


Anwar Ibrahim berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007) Paul Wolfowitz melantik Anwar sebagai Pensyarah Pelawat di John Hopkins University. Anwar telah melobi Paul Wolfowitz jawatan Presiden Bank Dunia kepada Media Antarabangsa mengunakan pengaruhnya.


2005 : Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia.


2006 : Paul Wolfowitz melantik Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future - sebuah Yayasan Amerika yang berfungsi untuk menyebarkan Demokrasi dan Liberalisasi di Timur Tengah. Foundation For The Future dibentuk oleh Teman Wanita Wolfowitz iaitu Shaha Ali Riza.


2006 : Semasa Anwar menjadi Pengerusi Foundation For The Future, dia bekerja dibawah Shaha Ali Riza (Teman Wanita Paul Wolfowitz). Shaha Ali Riza pula bekerja di bawah seliaan Elizabeth Cheney - Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA) - Jabatan Negara Amerika Syarikat. Elizabeth atau Liz adalah anak kepada Dick Cheney - Naib Presiden Amerika Syarikat yang merupakan kawan rapat Paul Wolfowitz.


Board of Directors Foundation For the Future @ US Department of State (Doha, Qatar) July 16, 2006:- Anwar Ibrahim - Pengurusi (Malaysia); Dr. Rahma Bourqia – Timbalan Pengerusi (Morocco); Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia); Andreu Claret Serra (Spain); Bakhtiar Amin (Iraq); Burhan Ghalioun (Syria); Dr. Cornelio Sommaruga (Switzerland); Dr. Juhaina Sultan Al-Easa (Qatar); Ibrahim Kalin (Turkey); Jamil Mroue (Lebanon); Kamel Abu Jaber (Jordan); Laila al Hamad (Kuwait); Naguib Sawiris (Egypt); Sandra Day O’Connor (United States).


Godfather Anwar adalah Paul Wolfowitz merupakan antara tokoh yang paling disayangi oleh Presiden Bush. Selepas Wolfowitz menjalankan dasar-dasar Zionis semasa menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dia dilantik pula menjadi Presiden Bank Dunia.


Anwar Ibrahim sambung kontrak sebagai Pensyarah Ppelawat di Georgetown University di Jabatan Christian and Muslim Understanding (CMCU) di bawah seliaan John Esposito.


2006 : Carl Gershman - Presiden National Endowment for Democracy (NED) melantik Anwar sebagai Panel Penasihat NED untuk menyebarkan Demokrasi dan Liberalisasi di seluruh Dunia Islam.


2006 : Carl Gershman - Presiden NED memilih Anwar sebagai “Muslim Moderate” 2005, yang diberi anugerah melalui sebuah Yayasan di Amerika bernama CSID (Centre for Islam and Democracy) bertujuan sebagai pengiktirafan usaha-usaha memoderatkan Agama Islam dan melawan Pengganas Islam.


2007 : Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Tokoh CIA menghantar surat kepada Presiden Bush menyokong usaha pengikrafan Israel sebagai sebuah Negara SAH dan Mahmoud Abbas sebagai Presiden boneka Israel.


Perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush ini dinamakan “Annapolis Summit” gagal kerana mendapat tentangan hebat daripada majoriti penduduk Palestin dan negara-negara Islam termasuk Iran dan Syria.


Anwar Ibrahim menjadi Konsultan atau Orang Tengah (Pelobi) negara-negara Islam dengan Pentadbir Amerika Syarikat. Anwar menjaga Dua Negara yang menjadi tumpuan Amerika iaitu Turki dan Indonesia. Anwar sering berulang alik ke dua-dua negara ini untuk menyampaikan mesej-mesej Kerajaan Amerika.

Anwar Ibrahim - Proksi Amerika di Malaysia (2008 – Sehingga Sekarang)

2009 : Anwar berjumpa Madeline Albright - Penasihat Hillary Clinton - Setiausaha Negara Amerika di Doha, Qatar.


Dalam ucapan Anwar di Doha, dia memuji-muji kebijaksanaan Presiden Obama dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Presiden Amerika itu.


2009 : Anwar pergi berjumpa semula dengan Al-Gore di London. Tempat dan isi perbincangan dirahsiakan tetapi dipercayai ada kaitan dengan isu Kes Liwat dan usaha membodek Presiden Obama.


2009 : Anwar Ibrahim dan “Muslim Moderate” mengutus surat kepada Presiden Obama supaya pentadbirannya memberi tumpuan kepada Demokrasi di Timur Tengah. Anwar dan “Muslim Moderate” menawarkan diri menjadi tenaga kerja kepada Presiden Obama. Anwar Ibrahim “Muslim Moderate”. Anwar Ibrahim dianugerah “Muslim Moderate” oleh CSID (The Center for The Study of Islam & Democracy), 2005 berpengkalan di Amerika Syarikat pada 2 Mac 2006.


Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderate of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat.


Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED).


CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh Agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan Demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI.


Dr Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy-NED, berbangsa Yahudi).


Anwar Ibrahim yang dianugerahi “Muslim Moderate 2005” sedang menerangkan kaedah-kaedah terbaik untuk menyebarkan fahaman Islam dan Demokrasi di Timur Tengah dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006 sehingga sekarang.

Tajuk syarahan Anwar adalah "Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies". Selain Carl Gershman yang berbangsa Yahudi mendengar ceramah Anwar, pemikir-pemikir Amerika lain turut sama mendengar strategi-strategi yang telah dikemukakan untuk 'menawan' Timur Tengah itu.


Kebanyakan peserta terdiri daripada badan berpengaruh Amerika yang terlibat dengan projek Demokrasi iaitu dari USAID (United States Agency for International Development), NED (National Endowment for Democracy), NDI ( National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), RAND Corporation, Brookings Institutions dan lain-lain.

Sejarah CSID :-

Pengasas CSID 1999 - John Esposito, Ali Mazrui, Radwan Masmoudi dan Jamil Fayez. John Esposito adalah antara Pengasas awal dan pencetus idea penubuhan CSID pada tahun 1999.


Pada awal penubuhan Ahli Lembaga Pengarah CSID terdiri daripada : Ali A. Mazrui (Pengerusi); John L. Esposito (Naib Pengerusi); Sana Abed-Kotob; Abdulwahab Alkebsi; Taha Jaber Alalwani (IIIT); Laila Al-Marayati; Jamal Barzanji (IIIT); Charles Butterworth; Louis Cantori; John Entelis; Muqtedar Khan; Radwan Masmoudi; Ali Memon; Fathi Osman dan Tamara Sonn. Manakala Ahli Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada Radwan A. Masmoudi (Pengarah Eksekutif); Ismail Obeidallah (Koodinator Program); Svend White (Setiausaha); Mahir Haroun (Bendahari) dan Maher Kharma (Koodinator Keahlian).

Siapa dibelakang tabir CSID?

John Esposito - Dia juga merupakan Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, Amerika.


Carl Gerhman - Seorang Yahudi yang memegang jawatan sebagai Pengarah NED (National Endowment for Democracy). Carl dan NED merupakan Penaja Utama yang membiayai keseluruhan program CSID.


Lorne Craner - Berbangsa Yahudi merupakan Presiden International Republican Institute (IRI), sebuah Organisasi Amerika yang terlibat dalam penyebaran Demokrasi khusus melalui Pilihanraya Negara Islam.


Andrew S. Natsios - Berbangsa Yahudi merupakan Pentadbir USAID (United States Agency for International Development).

USAID adalah salah satu cabang Agensi CIA :-

Tugas Utama CSID adalah melahirkan TOKOH “Muslim Moderat” atau “Islam Liberal” yang terdiri daripada Ahli-ahli CSID yang dilantik di seluruh dunia:- Asma Afsaruddin (US); Hassan Razaqi (Iran); Merve Kavakci (Turki); Amina Rasul-Bernardo (Filipina); Anara Tabyshalieva (Kyrgyzstan); Saurjan T. Yakupov (Uzbekistan); Mahmoud Rashdan (Jordan); Muhammad Al-Habash (Syria).


Di Indonesia “Muslim Moderate” dikenali sebagai Kumpulan Islam Liberal. Meraka yang termasuk dalam golongan ini antaranya Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Nicholish Majdid, Musdah Mulia, Adi Sasono, Ahmad Syafii Ma'arif, Muhammad Amien Rais (1998 Reformasi Indonesia), Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar Abdalla dan ramai lagi.

Siapa Pemenang “Muslim Moderate” Terkini?

Abdolkarim Soroush “Muslim Moderate 2003”. Abdolkarim Soroush berasal dari Iran. Dia pernah mengajar di Universiti Tehran, Iran. Oleh kerana idea-idea Reformis Islam yang dibawanya bertentangan dengan Kepimpinan Ulama Iran, dia melarikan diri ke Amerika menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah Universiti iaitu Georgetown University, Harvard, Princeton, Yale dan Columbia. Di Iran Abdolkarim Soroush dikenali sebagai "Martin Luther" kerana idea "Reformasi Islam" yang memperjuangkan Demokrasi, Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Manusia selaras dengan Acuan Barat. Martin Luther merupakan “Reformis Kristian” yang berjaya memecahkan Agama Kristian kepada beberapa cabang dan salah satu hasil usahanya terbentuklah “Kristian Protestan”. Pada tahun 2005 - Abdolkarim Soroush dinamakan 'The World's 100 Most Influential People' oleh Majalah Time.


Saad Eddin “Muslim Moderate 2004”. Saad Ed Din berasal dari Mansoura, Mesir. Dia merupakan aktivis Hak Asasi dan Demokrasi di Mesir. Profesor Sosiologi di The American University - Cairo, dan merupakan Pengasas The Ibn Khaldun Center For Development Studies, Cairo dan The Arab Organization for Human Rights. Berkahwin dengan Barbara Lethem Ibrahim - Pengasas The Center For Civic Engagement and Philanthropy, Cairo. Dia juga merupakan Board of Advisors to The Project on Middle East Democracy. Di Mesir, dia terkenal sebagai Pejuang Hak Asasi, Demokrasi dan Kebebasan Agama Kumpulan Minoriti seperti Baha. Pada tahun 2000 - Dia telah dipenjara oleh Hosni Mubarak kerana dituduh menerima Wang Asing dari Kesatuan Eropah untuk memantau Pilihanraya Mesir. Dia dituduh mencemar imej Negara kerana terlibat dengan membekalkan maklumat kepada Negara Asing dan dipenjara selama tujuh tahun. Dia memperjuangkan Demokrasi dan Bergabung Tenaga dengan Kesatuan Demokrasi Antarabangsa (Tajaan Amerika). Dia juga turut menerima dana-dana antarabangsa (NED, IRI, USAID) yang berkaitan dengan Demokrasi terutamanya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 2006 - Dia menerima penghargaan dari “The Ion Ratiu Democracy Lecture Prize” di The Woodrow Wilson International Center for Scholars, yang sebelum ini, dia pernah menjadi Pensyarah Pelawat di situ.


Anwar Ibrahim “Muslim Moderate 2005”. Berasal dari Malaysia Anwar Ibrahim, US-Islamic World Forum (Doha, Qatar); 08 Mac 2009 15:35 Anwar Ibrahim US-Islamic World Forum (Doha, Qatar); pada 14 Februari 2009, anjuran The Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy. Carlos E. PASCUAL (Moderator) — Naib Presiden dan Pengarah, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United States Madeline Albright (Ahli Panel), seorang Yahudi - Bekas Setiausaha Negara Amerika. Sekarang menjadi Penasihat Hillary Clinton (Setiausaha Negara Amerika) dan dia merupakan Pengerusi NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), Pengerusi The Pew Global Attitudes Project, dan Presiden The Truman Scholarship Foundation serta memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah The Aspen Institute.


Anwar Ibrahim (Ahli Panel). Dia adalah Penasihat Antarabangsa The Brookings Institution, Pensyarah Pelawat John Hopkin dan Georgetown University, Ahli Jemputan CFR (Council on Foreign Relations, Ketua De Facto PKR dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.


Barham Salih (Ahli Panel) adalah Ahli Politik Kurdish yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Iraq selepas Iraq diserang oleh Amerika Syarikat. Bermakna dia merupakan Timbalan Perdana Menteri Iraq yang dilantik oleh Amerika Syarikat selepas kejatuhan Presiden Saddam Hussein Abd Al-Majid Al-Tikriti (28 April 1937 – 30 December 2006). Dia juga pernah berkhidmat sebagai Jurucakap The Patriotic Union of Kurdistan (PUK) di Washington.


David Petraeus (Ahli Panel) adalah Komander Jeneral Amerika ke Iraq (2007-2008). Dia juga terlibat dalam serangan Amerika ke atas Iraq yang telah mengorbankan Ribuan Umat Islam sehingga Amerika berjaya menubuhkan Kerajaan Boneka di Negara itu serta merampas hasil Minyak & Emas Iraq.


Kesemua Ahli Panel US-Islamic World Forum (Doha, Qatar) untuk Sesi Hari Pertama pada 14 Feb 2009 adalah terdiri daripada Madeline Albright, Anwar Ibrahim, Barham Salih dan David Petraeus. Hanya Barham Salih yang faham Bahasa Arab, Ahli Panel lain terpaksa mengguna alat penterjemah. Sebahagian Peserta Forum US-Islamic World Forum (Doha, Qatar) Madeline Albright dan David Petraeus.


Latar Belakang Penaja - The Brooking Intitution. Sebuah Badan Pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika semasa Pemerintahan Presiden Bill Clinton. Penaja Utama institut ini adalah beberapa Yayasan Kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation, Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation.


Kemudian pada tahun 2002 - Seorang Ahli Korporat Yahudi terkemuka di Amerika telah menyuntik wang sebanyak USD13 Million kepada Brookings Institution untuk menjalankan Penyelidikan Khusus di Timur Tengah yang dinamakan The Saban Center for Middle East Policy.


The Saban Center for Middle East Policy - Sebuah Badan Penyelidikan The Brooking Institution yang ditaja oleh Tokoh Korporat Media Israel (Yahudi) yang menetap di Amerika bernama Haim Saban (Pengerusi Saban Capital Group @ Orang Yang Ke-104 Terkaya. Pengarah Saban Center bernama Martin Sean Indyk adalah Bekas Pentadbir Kerajaan Amerika dan Duta Amerika di Israel semasa Presiden Clinton (Democrat) yang Pro- Israel. Dia juga berbangsa Yahudi yang pernah terlibat aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).

Perkhidmatan LRT dari KL ke Stadium Bukit Jalil dan balik pada 31hb Ogos 2012 adalah percuma...



Terkini : Perkhidmatan LRT dari KL ke Stadium Bukit Jalil dan balik pada 31hb Ogos 2012 dari jam 4.00 ptg hingga 2.00 pagi adalah percuma.

Mari kita meriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan...


Selasa, 28 Ogos 2012

Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang & anak ditahan...



JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
  
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
  
Mereka dibebaskan semalam.
  
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
  
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
  
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
  
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

Nasharudin masih relevan - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Utusan

Isnin, 27 Ogos 2012

“Saya rasa seperti nak berbogel "



KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.


“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat. Hmetro



Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan..



KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.

Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.

"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.

Menurutnya beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olimpik London.

"Saya dan dia (berkawan) sudah banyak tahun. Tetapi kadang-kadang saya tiada masa dan saya mahu fokus pada karier dan biasalah kadang-kadang kita bergaduh," akui atlet dari Pulau Pinang itu.

Mengenang kisah lampau, Chong Wei mendedahkan beliau dan Wong pernah berpisah ketika menyertai latihan di Korea Selatan pada 2009, namun, hubungan itu terjalin semula setahun lalu.

Dalam perkembangan lain, musuh tradisi atlet itu, pemain perseorangan nombor satu dunia Lin Dan dari China juga dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan bekas perseorangan wanita republik itu, Xie Xinfang bulan depan. - Bernama

Selangor tidak akan bayar tunggakan subsidi bekalan air percuma...



SHAH ALAM 27 Ogos - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memutuskan tidak akan membayar sebarang tunggakan subsidi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada mana-mana kediaman yang menggunakan meter air pukal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan mengenai perkara tersebut telah dimaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.

Beliau memberitahu, pemberian subsidi itu hanya boleh dilakukan sekiranya Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) kediaman yang terlibat mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pelaksanaan Program Lapor dan Dapat. - Sumber

Pekerja Myanmar Di Malaysia Menjadikan Kucing Sebagai Makanan Mereka..??

b


DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu.

Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah  memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa  oleh penduduk kampungnya  di Yangon, sama seperti  arnab,  anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah  dagingnya selalu  dimasak menjadi  hidangan lazat  di dalam  majlis keraian. Kami akan  berkumpul beramai-ramai  dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik  ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab  dan hanya  dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.

“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang  kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa  bercerita. Ujarnya, dia  sudah tujuh tahun tinggal  di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy.  Kemudian kami  berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari  sedang berada di tengah-tengah langit. Sinar Harian


P/S : Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan akan pendedahan ini..

Nasib Ustaz Nasa 9 September...!! Adakah Akan Dipecat..??





Tanggal 9 September! Sudah pasti Pas sekali lagi menjadi tumpuan arena politik negara.

Biro Politik Pas Pusat menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan mengenai satu kenyataan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa hampir dua minggu lalu.

Pemerhati politik sudah menjangkakan keputusan itu.

Pertama, Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak boleh membincangkan sebarang tindakan tatatertib ke atas Nasharudin.

Selepas tewas dalam pemilihan Pas Pusat Jun 2011, Nasharudin dilantik menganggotai biro antarabangsa Pas Pusat. Beliau juga merupakan anggota Majlis Syura.

Kedua, Pas tidak mahu dilihat mengambil tindakan drastik dalam 'mood' sekarang menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Apa yang diperkatakan oleh Nasharudin adalah unsur politik. Jadi Biro Politik membincangkan dan menyerahkan kepad Majlis Syura untuk membuat keputusan," kata seorang wartawan veteran dari lingkungan Pas sendiri.

"Selain tidak boleh bertindak ke atas seorang anggota Majlis Syura, Biro Politik pun tahu bahawa jika bertindak ke atas Nasharudin sekarang, ia seolah-olah membuka ruang kepada Umno dan BN untuk menyerang Pas," katanya.

Jadi, jelas beliau, "Apa yang akan berlaku ialah Majlis Syura akan memanggil atau mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan meminta Pas keluar Pakatan Rakyat jika DAP terus mengkritik hukum hudud."

"Nasharudin akan memberi pandangan dan menjelaskan pendirian dia... Majlis Syura akan memberi nasihat atau memberi amaran... itu yang Majlis Syura akan lakukan," kata beliau.

Malah menurut beliau, Majlis Syura jarang mengambil tindakan disiplin atau memecat mana-mana anggotanya dari Pas. Lebih-lebih jika dia seorang anggota Majlis Syura.

"Kemungkinan menggugurkan sebagai anggota Majlis Syura, itu mungkin, tetapi pecat sebagai ahli Pas, jarang... jadi saya melihat ia akan berakhir setakat itu sahaja," kata beliau.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata,  kes Nasharudin diserahkan kepada Majlis Syura kerana ia adalah badan tertinggi dalam parti Islam itu.

"Anggota Pusat (Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat) tidak boleh membuat keputusan sebab Majlis Syura adalah paling tinggi... jadi semua itu diserahkan kepada Majlis Syura," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil, Mustafa berkata, "terpulang kepada Majlis Syura... sama ada untuk dipecat atau bagaimana... semua terpulang kepada Majlis Syura."

Majlis Syura diketuai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Nasharudin kini merupakan Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz dan Nasharudin pernah 'bertembung' pada akhir 2009 - empat bulan selepas pemilihan pusat tahun itu. Pada pemilihan itu Nasharudin mempertahan kerusinya. Di sebalik isu idea kerajaan campuran yang dikaitkan dengan Nasharudin dan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz mengesyorkan agar pemilihan baru diadakan. Awal Januari 2010, kedua-dua pemimpin memperlihatkan pemulihan hubungan.

Ketika diajukan soalan, Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh memberitahu Sinar Harian Online bahawa setakat ini, isu Nasharudin bukan agenda utama mesyuarat badan itu pada 9 September.

"Tak, tak... ia bukan perkara besar, hanya akan dibincangkan di bahagian perkara-perkara lain," kata beliau.

"Lagi pun kita belum bersidang lagi, ia hanya akan diketahui selepas mesyuarat 9 September," kata beliau apabila ditanya mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil.

Diminta mengulas mengenai opsyen yang ada di pihaknya, katanya, "kita mungkin boleh beri nasihat."

"Kita belum mesyuarat lagi. Saya tidak boleh kata apa-apa," jelas beliau.

Nampaknya, kemungkinan-kemungkinan hasil pertemuan 9 September masih belum jelas.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Biro Politik yang bermesyuarat semalam tidak membincangkan kes Nasharudin, sebaliknya memberi tumpuan ke atas persiapan menghadapi PRU13.

"Cuma apabila wartawan tanya, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) memberitahu ia akan ditentukan oleh Majlis Syura. Sebab Nasharudin bukan ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat, bukan anggota Biro Politik," kata beliau.

Mengakui bahawa Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan drastik sehingga memecat seseorang, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan opsyen yang ada berkata, "opsyen pertama, kami akan mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Nasha sendiri berkenaan dengan kenyataan dikeluarkan."

"Berdasarkan penjelasan beliau, Majlis Syura akan menentukan tindakan yang hendak diambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang anggota Majlis Syura berkata, sekiranya apa yang dilakukan oleh Nasharudin serius, selaku "badan yang memandu parti dan ahli", ia akan mengesyorkan kepada mana-mana "organ dalam parti" untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Organ yang dimaksudkan termasuklah Lembaga Disiplin, yang boleh menggantung keahlian, memecat atau memberi amaran.

"Biasanya syor yang diberikan oleh Majlis Syura akan dipatuhi oleh organ parti," kata Pesuruhjaya Pas Pahang ini.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau yakin kedudukan Nasharudin dalam parti kekal selamat dan tidak mungkin dipecat.

"Pas tidak akan pecat beliau kerana keadaan politik semasa tidak mengizinkan mereka (Pas)," katanya yang dipecat pada awal Januari lalu.

Berdasarkan senario hari ini, rata-rata Nasharudin, yang dua minggu lalu menegaskan tidak akan keluar Pas untuk menyertai Umno, akan selamat.

Perlembagaan Pas ada menyediakan opsyen tindakan. Tetapi opsyen pada realiti politik semasa nampaknya terhad buat Pas walaupun bertindak drastik ke atas Hasan pada 8 Januari lalu. Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...