Sabtu, 24 Jun 2017

THE ORIGINS : 1MDB PART 3


"PRINCE TURKI"

Lebih kurang sebulan selepas perjumpaan dgn Almarhum King Abdullah, Najib dijemput oleh Prince Turki bin Abdullah Al Saud utk meeting di atas sebuah botnya.

Pada 29 Ogos 2009, Prince Turki menulis surat secara rasmi kpd YAB PM yg disertakan bersama surat CEO Petrosaudi menyatakan detail2 cadangan kearah mewujudkan syarikat usahasama Joint Venture ("JV") antara kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

YAB PM kemudian berikan surat2, dokumen2 dan detail2 tu kpd pasukan Terengganu Investment Authority ("TIA") utk bincangkan.

Pd ketika tu kita kena faham YAB PM ada dua isu:

i) JV Petrosaudi perlu syarikat baru dan pasukan professional baru utk drafkan hala tuju syarikat bersama M&A baru, stuktur korporat dan integrasi korporat bersama command chain Kementerian Kewangan ("MOF") bahagian Perbendaharaan (Pelaburan), dan Unit Perancang Ekonomi. Akan ambil masa LAMA.

ii) Terengganu Investment Authority ("TIA") pulak tengah bergolak dgn campurtangan kerajaan negeri, memerlukan penyelesaian.

Jadi dgn pengambilalihan TIA oleh MOF melalui Menteri Kewangan Diperbadankan ("MKD"), dan meletakkan portfolio JV Petrosaudi di bawahnya, YAB PM dah selesaikan 2 isu dalam satu masa. Syed Agil




GAMBAR 1
Prince Turkey bin Abdullah Al Saud adalah ahli keluarga Diraja Al Saud dan merupakan anak ke-7 kpd Almarhum King Abdullah. Merupakan Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh (2013-2014) dan Gabenor Wilayah Riyadh (14 May hingga 29 Januari 2015).

GAMBAR 2
Surat Rasmi Prince Turki kpd YAB PM

THE ORIGINS : 1MDB PART 2



Daripada Laporan Prosiding PAC 2015, kita tau yg Low Taek Jho ("JHO LOW") ialah penjaga kepentingan pelaburan Prince Turkey dan syarikat Petrosaudi. 

Ni jelas dilihat bila Jho Low dikatakan dijemput mewakilkan syarikat Petrosaudi dan Prince Turkey di dalam sebuah mesyuarat 1MDB.

"SIAPAKAH JHO LOW DAN PERANANNYA"

Jho Low ialah antara penasihat Tuanku Sultan Mizan yg membantu mengasaskan Terengganu Investment Authority ("TIA"). Dia ni  seorang merchant banker graduated drpd Harrow School di England,  The Wharton School of Business, dan University of Pennsylvania, di  Amerika.

Bersekolah di sekolah elit di England, Dia fasih berbahasa Arab, sebab dia berkawan dgn kawan2 elit kerabat Diraja Arab sejak zaman sekolah lagi.

Jho Low ni diketahui specialize dlm hubungan dgn keluarga2 Diraja  Timur Tengah sejak sebelum zaman 1MDB, TIA malah sebelum zaman Najib jadi PM pon. Sbgai contoh:

■  Pada 2006, Jho Low masa tu mewakili Kuwait Finance House berjumpa dgn Khazanah utk membeli kepentingan Khazanah di dalam RHB Bank Berhad.

■  Dia juga tubuhkan syarikat usahasama bersama 3 syarikat Arab iaitu Mubadala Development Company PJSC (Abu Dhabi), Aldar Properties PJSC (Abu Dhabi), dan Saraya Holdings (Kuwait/Saudi) yg diberi nama Iskandar (Holdings) Company Ltd dgn pegangannya diwakili oleh syarikatnya Butamba Investment.

■  Sekitar 2007, 2008 pula Jho Low sgt famous dgn usahasama rakan niaga Arab iaitu syarikat Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corp ("ADKMIC") yg dah beli beberapa syarikat public listed,

i) Loh & Loh Berhad dan 
ii) PutraJaya Perdana dan 
iii)  UBG Group (pegangan majoriti)

■  Mei 2008 pulak Jho Low membantu Abu Dhabi Commercial Bank beli 25% pegangan KWSP di dalam RHB Bank Berhad bernilai RM3.876 billion (US$1.23 billion) masa tu.

Jho Low ni peranan dia mcm wakil penjaga kepentingan pelaburan Pak2 Arab di Malaysia dan Amerika. Semua ni sebelum zaman 1MDB dan sebelum YAB Najib jadi PM pon.

Sbgai banker kpd sheikh2 elit Arab, tak hairan lansung jika mampu membeli aset hartanah di New York atau, London atau melabur di syarikat pembuat filem Hollywood mahupun membeli artpiece yg mewah.

"TEMPOH DI TIA"

Semasa khidmatnya di TIA, dia dilantik menyertai Board of Advisors syarikat. Khidmatnya tamat pada May 2009 dan tidak diserap ke dalam Board of advisors 1MDB semasa pengambilalihan oleh kerajaan pusat pada September 2009. Jho Low tidak pernah terlibat dengan 1MDB.

Personally saya rasa perkhidmatan Jho Low di TIA hanyalah utk berkhidmat kpd Tuanku Sultan Mizan dan apabila dipindah milik kpd kerajaan pusat, dia tak lobby utk perlantikan semula. Kita tahu seperti Sultan Mizan, Jho Low hanya berkhidmat utk kerabat2, Putera2 dan Sultan saja. -  Syed Agil




THE ORIGINS : 1MDB - Part 1




Cerita business dgn Arab Saudi ni bermula semasa lawatan rasmi YAB PM ke Saudi selama 4 hari pada JULAI 2009. Masa tu Raja Arab Saudi, Almarhum King Abdullah Abdulaziz Al Saud melahirkan cadangan utk Arab Saudi berniaga dgn Malaysia secara aktif dan tingkatkan pelaburan Arab Saudi di Malaysia.

Pd perjumpaan tu juga King Abdullah kenalkan YAB PM kpd anaknya yg ke-7, iaitu Prince Turki Al Saud dan baginda cadangkan satu kerjasama antara Malaysia dgn salah satu syarikat keluarga Diraja Saudi.

"THE TIA PHASE"

Dikala 1MDB masih di peringkat konsep, di Terengganu, Sultan Terengganu Tuanku Sultan Mizan bersama2 dgn penasihat2 pelaburan baginda telah mengasaskan Terengganu Investment Authority ("TIA") sekitar FEBRUARI 2009.

Mula2 TIA ditubuhkan untuk uruskan pendapatan minyak negeri tanpa melibatkan kuasa eksekutif kerajaan Terengganu. Ia akan diuruskan oleh pasukan professional dan akan dipantau oleh board of directors dan board of advisors.

Pada bulan May 2009 TIA keluarkan bond Islamic Medium Term Notes ("IMTN") diberi guarantee oleh kerajaan pusat yg diuruskan oleh AmInvestment Bank. Ia berjaya menarik RM5 billion pelaburan dan setelah tolak yuran, komisyen dan lain2 kos, syarikat menerima lebih kurang RM4.38 billion sebagai modal syarikat.

Menurut The Edge, masalah timbul apabila menteri besar Datuk Ahmad Said mahu mempengaruhi hala tuju dana syarikat TIA. Maka utk mengelak lagi banyak masalah TIA ditukarkan kpd 1MDB. - Syed Agil

PART 2

11 cedera, pengebom nekad sasar Makkah



RIYADH: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah asing cedera selepas seorang pengebom nekad yang menyasarkan kota suci Makkah meletupkan dirinya, kata Kementerian Dalam Negeri.

Insiden berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

Jurucakap Kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, memberitahu televisyen Saudi polis menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan keamanan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat.

Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.
"Dia mula menembak ke arah anggota keselamatan sebaik menyedari kehadiran mereka di kawasan itu. Tembakan berlaku sebelum dia meletupkan diri," kata Turki.

Letupan itu menyebabkan sebahagiannya bangunan tempat suspek berlindung runtuh, mencederakan enam jemaah, kata Turki.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi sering berdepan pengeboman berkala dan tembakan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Daesh.

Akhir Ramadan lalu, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

Ia salah satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif. - AFP

Jumaat, 23 Jun 2017

Masihkah anda ingat lagi isu Kapal Selam Scorpene ni lagi...???




Isu Kapal Selam Scorpene ni semua tahu sebelum PRU13 lagi. Bagaimana pembangkang menyerang PM Najib habis-habisan isu ni untuk memperbodohkan rakyat.  BERITA

KONONnya PM Najib akan di sepina untuk hadir ke mahkamah Perancis kerana merasuah membeli Kapal Selam tersebut. 

Dan berita tersebut di hangatkan lagi oleh Portal Pro Pakatan Pembangkang Malaysiakini, Tetapi sampai ke hari ini ada pernah rakyat Malaysia nampak PM Najib ke Mahkamah Perancis untuk di soal siasat..???

Tak pernahkan..?? 
Sebab ianya adalah cerita propaganda jahat dan fitnah oleh Pakatan Pembangkang, samalah jugak isu 1MDB dan DOJ yang tengah hangat sekarang nih. 

Percayalah isu2 yang dibawa Pakatan Pembangkang ni semuanya adalah Propaganda jahat dan fitnah untuk menghasut rakyat dan menjatuhkan PM Najib. 

Kepada rakyat di luar sana janganlah cepat terpengaruh dan terima hasutan dari Pakatan Pembangkang yang kini terdesak mahukan kuasa di Putrajaya. 

P/S: Isu Kapal Selam Scorpene ini semakin di lupakan kerana isu ini tidak menjadi untuk menjatuhkan PM Najib, maka Pakatan Pembangkang terpaksa Cipta satu lagi isu baru untuk menjatuhkan PM Najib iaitu isu yang tengah hangat sekarang ini iaitu 1MDB dan DOJ. 

Lihatlah mainan politik jijik dan jahat Pakatan Pembangkang yang sering kali tidak penah hilang idea dan ada saja isu baru semata2 mahu jatuhkan Kerajaan BN dan PM Najib.

#KamiGengNajibRazak

Gara-gara Gate K10 jauh, penumpang terlepas penerbangan Air Asia



Seorang pelanggan Air Asia tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangannya yang tidak membenarkan mereka masuk ke dalam pesawat, sedangkan mereka sudah mendaftar masuk di kaunter dan bagasi mereka juga telah dibawa masuk ke dalam ruang penyimpanan bagasi pesawat. 

Menurut pengadu, dia dan isteri terlewat 10 minit kerana jarak perjalanan dari kaunter menuju ke pintu masuk agak jauh dan memakan masa untuk sampai ke pintu tersebut. 

ADUAN DARI WASABI HUA:

Semalam saya terlepas penerbangan dan terpaksa menanggung kerugian RM1,400 untuk membeli tiket penerbangan yang baru. Boarding time jam 3.30 petang, saya tiba di pintu masuk jam 3.40 petang disebabkan jarak perjalanan ke pintu masuk yang terlalu jauh. 

Bila sampai, pintu masuk telah ditutup dan lebih kurang 10 minit kami terpaksa mencari kakitangan Air Asia untuk membantu kami. Pesawat masih berada di situ dan kami telah mendaftar masuk di kaunter, serta bagasi kami telah dibawa masuk ke dalam pesawat. 

Bagaimanapun, kakitangan Air Asia tidak membenarkan kami masuk dan saya terpaksa berjalan jauh untuk mencari kakitangan Air Asia. Di bawah adalah perbualan isteri saya dengan dua kakitangan Air Asia pada hari kejadian. 

Isteri: Boleh awak bantu kami? Kami perlu masuk ke dalam pesawat ini dengan kadar segera. 

Staff 1: Maaf, pintu masuk telah ditutup.

Isteri: Yeah, tetapi pesawat masih berada di situ dan kami hanya mengambil masa satu minit untuk berjalan ke pesawat berkenaan. 

Staff 2 (Pramugari): Maaf sangat-sangat. Kami tidak dapat membantu awak. 

Isteri: Tolonglah, saya perlukan bantuan awak. Ada cara tak untuk awak bantu saya?

Staff 2: Ya, ada caranya iaitu tolong keluar dari tempat ini sekarang. 

Terbaiklah layanan yang diberikan kakitangan Air Asia. Teruskan. Saya pasti satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku pada kamu! 

Kepada pramugari berkenaan, ini mesej saya untuk awak. Awak hanya pramugari sahaja, bukannya Miss World atau superstars! Walaupun awak salah satu daripadanya, suatu hari kelak awak akan tua dan dilupakan. Apa yang awak buat pada kami, akan terjadi pada awak semula. 

Awak cuma berkerja dengan Air Asia dan kita semua adalah manusia yang sama. Satu hari nanti awak pasti perlukan bantuan dari orang lain dan saya akan lihat bagaimana tidak terdayanya awak menghadapi situasi itu. 

Awak bertuah kerana saya tiada bersama isteri ketika awak melemparkan kata-kata seperti itu dari mulut awak. Kalau tidak, pastinya saya akan ajar awak bagaimana untuk berkelakuan sopan dan hormat pada orang. 

Yang kedua, awak beritahu saya boarding time jam 3.30 petang dan pintu masuk ditutup pada jam 3.40 petang. Jika saya terlepas waktu pendaftaran masuk, saya takkan cakap apa-apa. Tetapi saya dah daftar masuk! 

Ketiga, Air Asia keluarkan bagasi kami dari pesawat. Jika Air Asia ada masa untuk mencari bagasi kami, kenapa Air Asia tak benarkan kami masuk ke dalam pesawat yang mana ia hanya mengambil masa seminit? 

Akhir sekali, saya pergi menuntut bagasi saya di ruang tuntutan bagasi. Kakitangan di situ meminta saya pergi periksa dan selepas itu, kakitangan yang lain pula menyuruh saya pergi ke bahagian ketibaan dan disitulah saya ditahan oleh polis. 

Selepas menjelaskan situasi yang saya hadapi, polis membenarkan saya masuk. Saya terpaksa habiskan masa sejam untuk mencari bagasi kami dan akhirnya menemui bagasi kami di ruang tuntutan bagasi penerbangan antarabangsa. 

Air Asia, saya kagum dan hormat dengan kejayaan anda dalam industri ini dan saya bukan siapa-siapa yang boleh memberikan cadangan bagaimana Air Asia boleh meningkatkan mutu perkhidmatannya. Tetapi tolonglah ajarlah kakitangan anda hormat dan bantu pelanggan anda.

 


BOARDING TIME 15:30. GATE CLOSES 15:50 (20 MINUTES FOR BOARDING)

Berdasarkan gambar pass masuk yang dimuat naik oleh pengadu, tertera di bahagian langkah keempat yang menyatakan dengan jelas bahawa, pintu masuk ditutup pada jam 3.50 petang. Dalam kes ini, pengadu tiba di pintu masuk pada jam 3.40 petang, 10 minit sebelum jam 3.50 petang. 

"Gate closes at 15.50. If you arrive after this time you will be denied boarding." 

Sementara itu di media sosial, netizen juga turut berkongsikan pengalaman di mana mereka juga pernah dan hampir pernah mengalami situasi seperti itu berikutan jarak pintu masuk yang sangat jauh. 

"Saya hampir mengalami kes seperti ini. Tiba awal di lapangan terbang, tetapi tidak banyak kaunter daftar masuk yang dibuka menyebabkan penumpang beratur panjang untuk urusan daftar masuk. Datang awal tetapi masih melekat di barisan kaunter, apa gunanya?" kata netizen. 

DATANG 3 JAM LEBIH AWAL

Bagi yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan Air Asia di terminal KLIA 2, jarak perjalanan ke pintu masuk sememangnya jauh dan memakan sedikit masa untuk tiba. Namun bagi yang belum arif dengan keadaan dan situasi itu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal seperti yang disarankan oleh Air Asia, iaitu tiga jam sebelum penerbangan. Ini bagi mengelakkan kes kelewatan masuk ke pesawat masing-masing. 

Mufti Wilayah Persekutuan Ziarah Pengguna Dadah, Pekerja Seks, Transgender dan Bekas banduan



Sebahagian masyarakat mungkin memandang rendah dan jijik kepada mereka, tetapi tidak bagi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.
Dr Zulkifli hari ini mengadakan lawatan ke Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia yang menempatkan pengguna dadah, pekerja seks, transgender dan bekas banduan.
Menceritakan ziarah berkenaan, aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi berkata, kehadiran Dr Zulkifli ke persatuan itu menyebabkan kejutan di kalangan penghuninya.
“Bila dia sampai, semua tengah baring-baring. Saya waktu jemput Datuk mufti tak bagitau siapa-siapa pun kecuali staff Ikhlas sebab nak surprise.
“Betul, sesetengah terkejut melihatnya. Ada yang salam cium tangan. Ada yang mata merah tak habis-habis ucap terima kasih sebab datang. Masih ada yang sayang.
“(Bila) Mufti tanya, puasa tak hari ni? “Takkkk” jawab sesetengah mereka dengan kuat.
“Kesemua mereka duduk bersila dan rapat rapat. Betul-betul pemandangan luar biasa. Beliau membuka sesi Q & A. Mereka bercakap mengenai orang yang memandang rendah pada mereka.
“Saya benar-benar tersentuh apabila mufti mohon ampun bagi pihak umat Islam lain yang memperlakukan mereka dengan buruk. Datuk mufti memberi duit raya dan mengimamkan solat Zuhur. Mengagumkan,” cerita Syed Azmi.
Menerusi Facebook, Syed Azmi berkongsikan gambar-gambar kedatangan Dr Zulkifli ke pusat itu.
“Foto-foto ini bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi lebih penting adalah seseorang seperti tuan mufti boleh datang dan bersama orang-orang ni, siapa saya nak menghukum.
“Saya suka bila dia tanya nama setiap orang dan dari mana mereka datang. Seorang wanita sedih sangat bila dapat duit raya. Itu memang saya terasa,” luahnya.
Syed Azmi turut menegaskan bahawa penghuni di pusat itu masih beragama Islam dan meminta masyarakat membantu persatuan itu dengan memberikan sokongan kepada mereka.
“Akidah mereka masih utuh dan mereka perlukan sokongan. Sila hubungi 03-40511211 jika anda ingin bertanya apa-apa. Ia bukan tentang saya, ini adalah tentang rakan-rakan muslim saya yang mahukan kasih sayang,” kata Syed Azmi.
“Kami sayang mereka kerana Allah’
Sementara itu, Dr Zulkifli menerusi status di Facebooknya mengakui tersentuh hati melihat penghuni Ikhlas ketika melawat mereka.
“Alhamdulillah, petang tadi diizinkanNya menziarahi Pusat Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia. Sebuah pusat komuniti yang menghimpunkan sebahagian gelandangan, transgender, pekerja seks dan bekas banduan di Chow Kit, KL.
“Hati mana yang tidak tersentuh melihat mereka yang dipandang serong dan hina oleh masyarakat, berpusu-pusu bersalam dengan kami. Nampak jelas riak teruja dan terharu di wajah mereka semasa kehadiran kami ke sana.
“Jauh dalam benak hati mereka, terpancar 1001 sinar harapan untuk mereka dibimbing dan dapat merasai nikmat hidup dalam masyarakat arus perdana,” kata Dr Zulkilfi.
Menurutnya, ramai penghuni pusat komuniti itu meluahkan perasaan dan kecewa kerana dipulau oleh masyarakat.
“Kami mewakili umat Islam yang lain dengan sejujurnya memohon maaf atas sikap-sikap yang tidak menyenangkan oleh segelintir umat Islam kepada komuniti ini,” ujarnya.
Menurutnya, ziarah ke pusat komuntiti seumpama itu tidak akan dihentikan dan bukan kali yang terakhir.
“Akan ada tindakan susulan untuk membimbing mereka ke arah yang diredaiNya. Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah. Terima kasih Tuan Syed Azmi yang mengaturkan ziarah mengejut ini,” jelasnya

DRB-Hicom, Geely jalin 7 bidang kerjasama



KUALA LUMPUR: Pakatan strategik antara Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zheijiang Geely Holding Group (Geely Holding) akan merangkumi tujuh bidang kerjasama.

Ia susulan pemeteraian Perjanjian Definitif di antara DRB-HICOM dan Geely Holding yang memuktamadkan persetujuan kedua-dua pihak sebagai rakan strategik bagi menjual 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON), pagi ini. 

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata tujuh bidang kerjasama yang dipersetujui adalah seperti berikut; * PROTON boleh memiliki akses kepada model, platform dan teknologi Geely.

* PROTON berpeluang menembusi pasaran luar terutama ASEAN dan China. 

* Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D PROTON diiktiraf salah satu pusat global R&D Geely.

* PROTON akan menjadi hub pembuatan bagi kenderaan panduan kanan bagi Geely.

* Vendor tempatan berpeluang mengembangkan sayap ke peringkat dunia dengan dimasukkan sebagai pembekal komponen global bagi Geely.

* Kilang PROTON di Tanjung Malim akan memasang model Volvo jika ada lebihan kapasiti. 

* Tenaga kerja PROTON berpeluang menimba pengetahuan di pusat penyelidikan dan pembuatan Geely di Shanghai, California, Gothenburg dan Barcelona. 

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Syed Faisal Albar yang mewakili DRB-HICOM dan Pengerusi Geely Holding, Liu Shufu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rabu, 21 Jun 2017

*KES SAMAN DOJ: SYED SADDIQ MASUK PERANGKAP RAJA PETRA*




1. Syed Saddiq telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin di Balai Polis Gombak hari ini.

2. Ini merupakan berita baik kerana selepas ini tiada siapa pun yang perlu membuat laporan polis berkenaan Syed Saddiq kerana pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap laporan yang dibuatnya.

3. Sekiranya pihak polis memanggil Raja Petra untuk memberikan kenyataan, maka Raja Petra perlu mendedahkan tiga nama Exco ARMADA PPBM yang mengetahui mengenai rancangan pengumuman yang dilakukan DOJ pada 15 Jun 2017 yang lalu.

4. Ini bermakna ketiga-tiga exco tersebut akan terheret sama dan pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberikan kenyataan.

5. Sekiranya pihak polis mendapati bahawa Syed Saddiq bersama tiga lagi Exco ARMADA benar-benar terlibat dengan isu DOJ pada 15 Jun 2017 lalu, maka ianya membuktikan bahawa wujudnya sebuah konspirasi berkenaan hal tersebut.

6. Sekiranya benar wujud konspirasi dalam isu DOJ ini, bermakna ia sengaja diadakan dengan niat untuk mewujudkan kepincangan terhadap negara dan Perdana Menteri dengan cara mengikis keyakinan orang awam serta negara asing sekaligus membawa kepada kehancuran ekonomi negara.

7. Secara ringkas, tindakan Syed Sadiq ini akan menjadi satu perbuatan khianat yang menyebabkan rakan konspirasinya boleh didakwa melakukan jenayah melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan akhirnya membawa ke tali gantung sekiranya disabitkan kesalahan.

8. Syed Saddiq mungkin telah melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan Anwar ketika dia membuat laporan terhadap individu yang menuduhnya melakukan salah laku seksual. Malangnya polis menemui bukti bahawa Anwar terlibat dengan semua salah laku tersebut. Ini menyebabkan pihak polis mengambil tindakan ke atas Anwar dan bukannya orang-orang yang dilaporkan Anwar.

9. Syed Saddiq sedia maklum mengenai pengumuman DOJ yang bakal dibuat, alasan DOJ membuat pengumuman tersebut serta cubaan Mahathir untuk menghidupkan kembali isu 1MDB yang telah selesai.

10. Seperti yang disebutkan, pengumuman DOJ pada Khamis lepas bertujuan memastikannya menjadi buah mulut ketika musim perayaan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. 

_*Rujuk:*_ https://m.malaysiakini.com/news/386210

11. Inilah apa yang dirancangkan. DOJ membuat pengumuman mereka pada 15 Jun 2017 dan seminggu kemudian, ramai pemimpin dari kalangan Pakatan Harapan akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu DOJ tersebut.

12. Orang awam akan pulang ke kampung dan ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri, mereka akan membincangkan hal tersebut.

13. Syed Saddiq baru sahaja mengakui mengenai hal tersebut. Seperti yang dikatakan, isu DOJ ini tidak akan sampai ke mahkamah. Ianya hanya akan menjadi buah mulut masyarakat Malaysia ketika Hari Raya.

14. Apa perlunya ia diperkatakan, terutamanya di kampung-kampung ketika Hari Raya? Sebabnya UMNO mempunyai antara 80 hingga 90 kerusi di Tanah Melayu ini dan sekiranya mereka tidak mampu merampas kerusi-kerusi ini dari UMNO, maka Pakatan Harapan tidak akan berjaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

15. Ini adalah hal yang diperkatakan Syed Saddiq kepada tiga Exco ARMADA sebelum DOJ membuat pengumuman tersebut. Syed Saddiq juga yang memberitahu mengenai peruntukan sejumlah RM50 juta yang dikeluarkan Mahathir untuk rancangan ini dan US$ 5 juta untuk _Clinton Foundation_.

*Sumber:* _Malaysia Today_
http://www.malaysia-today.net/syed-saddiq-you-just-got-nailed-good-and-proper/

Selasa, 20 Jun 2017

Exco Armada serah bukti rasuah,seleweng kuasa melibatkan pemimpin utama PPBM




PUTRAJAYA 20 Jun - Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau yang hadir bersama sekumpulan penyokongnya berkata, bukti rasuah dan salah guna kuasa itu berlaku ketika Dr. Mahathir masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2003 dengan menganugerahkan projek membekalkan kabel fiber optik kepada syarikat Opcom Sdn. Bhd. yang dimiliki anaknya itu untuk syarikat Telekom Malaysia Bhd.

“Kami menyerahkan dokumen ini kepada SPRM untuk menyiasat pemberian tender terus ini kepada syarikat Opcom oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Pemberian tender ini dilihat sebagai bukti salah guna kuasa, penyelewangan dan rasuah yang perlu ditentang dan dibersihkan daripada terus memalit imej parti PPBM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohamad Taufik, biar pun kes tersebut telah berlaku 14 tahun lalu, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap PPBM.

Katanya, slogan mengenai integriti yang sering dilaung-laungkan pemimpin parti itu tidak berguna sekiranya kepimpinannya sendiri terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa. - UTUSAN ONLINE.

Anina: Jangan sebar gambar permata palsu




Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin menegur penyebaran gambar batu permata dan barang kemas yang kononnya mahu dirampas oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS).

Katanya, DOJ tidak melampirkan sebarang gambar untuk barang kemas yang mahu dirampasnya dan gambar-gambar yang beredar secara meluas itu sebenarnya diambil daripada sumber tidak sahih.

“Atas landasan perjuangan berani kerana benar, saya ingin menyeru kesemua pihak untuk segera menghentikan penyebaran gambar-gambar yang tidak pasti kesahihannya ini bagi mengekalkan integriti dan prinsip kejujuran yang diperjuangkan oleh kita iaitu 'fakta bukan auta' dan matlamat tidak menghalalkan cara.

“Janganlah kita cemarkan Ramadan dan perjuangan berani kerana benar ini dengan fitnah yang boleh merosakkan ummah dan amalan kita di bulan suci ini,” katanya. - ANINA


DOJ minggu lepas memfailkan saman baru untuk menyita barang-barang berkaitan 1MDB.

Antara aset-aset baru yang disenaraikannya termasuk rantai dan loket berlian bernilai puluhan juta dolar, barang kemas, lukisan pelukis legenda Pablo Picasso, harta intelek filem Hollywood dan kapal layar.

Paling mencuri perhatian apabila seutas rantai mewah itu dikatakan diberikan kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).

Dalam tulisan di Facebook hari ini, Anina meminta orang ramai membiarkan beban pembuktian dakwaan DOJ dan penyebaran gambar yang sahih dibuat badan itu sendiri.

“Adalah tidak wajar untuk kita mendahului mereka dalam penyebaran kononnya imej visual seperti batu permata, loket, anting-anting atau apa sahaja yang disebut DOJ dalam laporannya itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata “tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut tentang perkara pokok laporan tersebut”.


Isnin, 19 Jun 2017

10 Hujah Kenapa Dakwaan DoJ Hanya Konspirasi



Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julai 2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat. 

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 - Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar. 

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 - Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu "berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 - 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 - Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata. 

5 - Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

6 - Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 - 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. 

8 - Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.
Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 - Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah' membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel. 

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dna sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ "recycle story" lama.



Tulisan : 
Beruang Biru
BB472, Isnin
19 Jun 2017

Syed Saddiq Dedah AS$5 Juta Dibayar Kepada Clinton Foundation Agar DOJ Serang Najib Razak






Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.

Syed Saddiq turut menerangkan kepada tiga Exco ARMADA tersebut berkenaan perancangan dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan pada Khamis lepas.

Rahsia besar yang dibocorkan Syed Saddiq adalah berkenaan Daim membayar kepada Clinton Foundation sebanyak USD5 juta atau sekitar RM22 juta melalui orang tengah bagi memastikan DOJ mengganggu Najib.

Isu DOJ-US yang timbul baru-baru ini telah dirancang dengan teliti oleh Mahathir dan Daim, serta mereka turut merancang langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja isu ini meledak.

Syed Saddiq juga memberitahu kepada ketiga-tiga exco ARMADA bahawa sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak Report.



Kesimpulannya, Syed Saddiq telah sedia maklum lebih awal berkenaan isu DOJ dan bayaran sebanyak USD5 juta kepada pihak luar bagi mewujudkan isu untuk menjatuhkan Najib. Pendedahan konspirasi ini membuktikan Mahathir membiayai pihak luar bagi tujuan kepentingan politiknya.


Ahad, 18 Jun 2017

SAMAN CIVIL DOJ HANYA KONSPIRASI JAHAT









Tidak cukup dengan tindakan tidak professional pihak DOJ, Al-Jazeera pula mengeluarkan sebuah video yang hanya bertujuan untuk mencurah minyak ke dalam api. 

Mengapa saya kata DOJ tidak professional? Kerana sekiranya DOJ mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaan-dakwaan tersebut, sepatutnya DOJ merampas saja harta-harta yang telah dinyatakan dan mengambil tindakan yang selanjutnya. Sebaliknya, DOJ mengadakan press conference yang hanya memberi ruang kepada pihak yang berkepentingan untuk memainkan isu ini sedangkan kesahihan dakwaan belum terbukti. 

Al-Jazeera pula amat licik mengeluarkan video untuk memperkuatkan persepsi negatif yang sengaja direka pihak tertentu. Namun Al-Jazeera tidak boleh disaman kerana di dlm video tersebut ia hanya menyatakan "allegedly". Video itu bukannya menyatakan yg salahlaku telah berlaku, sebaliknya ia sekadar memberitahu bahawa ada dakwaan. Namun ia sudah cukup menjadi bahan jaja pihak tertentu untuk mempengaruhi mereka yang naif dan senang mempercayai sesuatu tanpa usul periksa. 

Perlu diingat bahawa negara Iraq telah hancur atas dakwaan memiliki WMD yang akhirnya terbukti tiada kebenarannya. Al-Jazeera pula telah menjadi alat propaganda Arab Spring sehingga mengakibatkan jutaan rakyat di Timur Tengah terkorban dan menjadi pelarian akibat berperang sesama sendiri. 

Mengapa Malaysia menjadi sasaran? Kerana negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang berdaya saing, masih kuat berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, memberi perlindungan kepada umat Islam yang menjadi pelarian dan termaktub di dalam perlembagaannya bahawa Islam adalah agama persekutuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...