Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Sabtu, 7 September 2013
Pelakon Maimon Mutalib meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.
Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.
Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16. SUMBER
Khamis, 5 September 2013
Petroleum Murah: Petronas Buat Penjelasan
Petronas hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan
rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih
murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan
sendiri minyak mentah.
Bagaimanapun perbadanan minyak negara
itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan
Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.
Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak
kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat
lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa
yang sama memastikan
jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.
Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai
rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan
kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.
Mereka
berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama
gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara
sebagai negara pengeluar minyak, katanya.
Ini bertentangan
dengan negara seperti Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang
menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
Minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada
harga premium US$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak
mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada US$115.38 pada
hari yang sama.
Petronas berkata, harga runcit semasa produk
petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran
komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak
mentah.
Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.
Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan
politik dan keselamatan di Timur tengah seperti Mesir dan Syria.
“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan.
“Subsidi besar merupakan perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam
jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak
berhemat dan tidak cekap," kata Petronas. -BERNAMA
Langgan:
Catatan (Atom)