Rabu, 6 Ogos 2014

Warga tua dikerat, diasin, dimasak anak sendiri...

Sepasang warga tua di Hong Kong, di usia 60-an, diberitakan dikerat, diasin dan dimasak selepas dibunuh anak mereka sendiri serta rakannya, South China Morning Post melaporkan.
Anak pasangan itu Henry Chau Hoi-leung, 30, mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut, di Mahkamah First Instance, semalam.
   

Menurut pendakwaraya Michael Arthur, Henry Chau dan rakannya Tse Chun-kei, 36, telah merancang pembunuhan itu berbulan lamanya dan telah membeli pisau, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi, lapor harian tersebut.
   

Kepala dan organ Chau Wing-ki, 65, serta isteri Siu Yuet-yee, 62, ditemui dalam dua peti sejuk pada 15 Mac, manakala kotak cebisan mayat mereka diasin dan dipek di dalam bekas makanan.

Pasangan warga tua itu telah dibunuh pada 1 Mac tahun lepas.

Chau Wing-ki and Siu dilihat masih hidup pada 1 Mac, melalui rakaman CCTV, memasuki bangunan di Tai Kok Tsui bersama Henry Chau.
   

Menurut pendakwaraya, Henry Chau meninggalkan bangunan kira-kira 20 minit kemudian.
   

Dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk luka di tangannya, yang didakwa pendakwaraya kesan daripada pergelutan dengan ayahnya, harian tersebut melaporkan.
   

Mahkamah dimaklumkan bahawa Henry Chau melaporkan kepada polis tiga hari kemudian bahawa ibu bapanya didapati hilang setelah pergi ke tanah besar "untuk berseronok."
   

“Tetapi pada masa sama, Henry Chau menghantar mesej WhatsApp dari dalam balai polis kepada rakannya di mana dia mengaku membunuh ibu bapanya dan memerlukan lebih masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sebelum menjalani hukuman penjara seumur hidup, pendakwaraya berkata,” harian itu melaporkan.
   

Selepas menahan kedua-dua suspek pada 15 Mac, polis menggeledah pangsapuri di 38 Fuk Chak Street di Tai Kok Tsui dan menemui mayat yang dikerat-kerat itu.
   

Harian itu melaporkan bahawa polis juga menemui nota dan resit yang menunjukkan pasangan suspek itu telah merancang pembunuhan tersebut pada November 2012.
   

Selepas penahanan mereka, Henry Chau memberitahu polis dia membunuh ibu bapanya kerana tidak lagi berasa sayang terhadap mereka.
   

Chau yang mengaku melakukan pembunuhan itu turut menuduh Tse mengerat mayat selain mengasinkan dan dan memasukkannya ke dalam kotak kerana “tidak muat dalam peti sejuk.”
   

“Satu lagi cara yang didakwanya Tse lakukan ialah memasak bahagian mayat. Katanya, Tse kelihatan seperti "mencincang daging babi barbeku", sebelum memasukkan cebisan mayat ke dalam kotak nasi bersama nasi dan membuangnya ke dalam tong sampah,” lapor harian tersebut.
   

Tse, walau bagaimanapun, menafikan penglibatannya di dalam pembunuhan itu.
   

Dia berkata dalam temu bual video dengan polis bahawa Henry Chau menunjukkannya sebuah kotak dengan tangan manusia dan bahagian tubuh yang lain.
   

Dia kemudian diberi amaran selepas melihat kotak dan bahagian tubuh itu bahawa sukar untuk Tse meyakinkan orang ramai yang dia tidak terlibat mengerat mayat tersebut.

Perbicaraan bersambung hari ini. 


Sumber -  http://www.astroawani.com

Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia


MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.



GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. 


 Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.

Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters



Sumber - bharian.com

Ahad, 13 Julai 2014

Bumi Sabah digegar sekali lagi oleh pengganas Sulu


SEMPORNA – Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom, telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber, seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.
Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa.
Menurut sumber, berikut ialah maklumat mengenai Anggota Polis yang Maut ditembak dan diculik dalam kejadian di Pulau Mabul lewat tengah malam tadi.

1: Koperal 151279 Ab. Rajah b. Jamuan, 32, (di tembak)
Agama: Islam
Status perkahwinan: Berkahwin (Isteri: Salamah bt Amad)
Tempat betugas sebelum: PPM Kg Acheh
Jawatan sekarang K63: Jurumudi kapal rondaan air 1, (6) Balai Polis Pulau Mabul
Alamat: Kg Bubul Batu 2 Semporna Sabah.


2: Konstabel 176543 Zakiah Bin Aleip, 26,
Keturunan: Bajau
Agama: islam
Status perkahwinan: Berkahwin (Isteri: Sharifah Erna bt Berson, 1 anak)
Tempat bertugas sebelum: PPM W1 P. Pinang
Jawatan sekarang: Konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan (marin) Balai Polis Pulau Mabul
Alamat: Kg. Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.

Sabtu, 24 Mei 2014

Kementerian Kesihatan sahkan dua produk coklat CADBURY mengandungi DNA BABI..??




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).

Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.


Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.

"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.

Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Khamis, 24 April 2014

Wakil Rakyat DAP desak Tan Sri Khalid dipecat..!!


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.   

Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.
   

Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.
   

“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.
   

"Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.
   


"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini," katanya.
   

Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini.
   

Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.
   

Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat.
   

Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah. AWANI 


 

Jumaat, 4 April 2014

Johor nafi cuti hujung minggu kembali kepada Sabtu dan Ahad


BATU PAHAT: Kerajaan negeri Johor hari ini menafikan desas-desus kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan kembali semula ke hari Sabtu dan Ahad.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perubahan cuti minggu itu tidak timbul sama sekali walaupun ia heboh diperkatakan oleh rakyat negeri ini serta di laman sosial.


"Tidak ada isu seperti itu...jangan percaya kepada khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial," katanya selepas melancarkan program 'Road to MAHA 2014', peringkat negeri Johor, di Dataran Penggaram, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan mengenai desas-desus yang hangat diperkatakan dalam laman media sosial sejak dua minggu lepas kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan diubah.


Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan lepas atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.


Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sedang melihat potensi daerah Segamat untuk dibangunkan sebagai hab dalam bidang pertanian dan industri asas tani.


"Untuk merealisasikan rancangan ini, kita akan minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan pelan induk mengenainya," katanya.


Beliau juga berkata kerajaan negeri sudah memberikan bantuan bernilai RM11.2 juta kepada 2,558 usahawan menerusi Program Galakan Usahawan sejak tahun 2002 hingga 2011.


Katanya, seramai 40 usahawan telah mencapai tahap pendapatan melebihi RM250,000 setahun dan selaras pencapaian itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah sebanyak RM1 juta tahun ini bagi program galakan berkenaan.-- BERNAMA

Isnin, 24 Mac 2014

Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.


Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.


"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.


"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.


"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.


Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.


"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.


Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.




Khamis, 13 Mac 2014

Mesti Baca - MH-370 Terlanggar UAV Asing..??



MH-370 Terlanggar UAV Asing?

Sejak hari Sabtu, 8 Mach 2014 pada pukul 2.45 pagi, dan ketika kesemua ketika itu sedang lena diulit mimpi, hanya sedikit sahaja manusia yang masih berjaga dan bekerja. Namun berita tergempar dalam tv yang memaklumkan kehilangan MH-370 terus mengemparkan dunia. Pesawat tersebut pada mulanya hilang dari radar, dan akhirnya tidak mendarat di lapangan terbang yang dijadualkan. Serta merta Malaysia menggerakkan operasi SAR.

Sejak hari tersebut, mula pelbagai teori konpirasi tersebar di dunia maya. Kononya pesawat tersebut dilencongkan ke kawasan lain, dirampas oleh pengganas dan perisik, sampai satu tahap ade yang mendakwa pesawat tersebut telah dilencong ke Rusia, ada pula yang mendakwa ia sandiwara kerajaan, kemudian semakin ramai pula rakyat Malaysia yang buat lawak bodoh, menghina mangsa kejadian, menyerang peribadi pilot dan tak kurang juga mengambil peluang untuk membuat bisnes?

Hari ini, telah masuk hari keenam dan masih belum jumpa apa-apa petanda. Klu-klu yang sebelumnya iaitu saksi di Vietnam ternampak berbola api di laut, tumpahan minyak dan penemuan pintu pesawat telah tidak boleh dipakai. Sebenarnya tajuk artikel ini tiada kaitan pun dengan MH-370 terlanggar UAV asing. Ia cuma SARCASM atau HOAX sahaja untuk menarik anda membaca artikel ini. Sebab kali ini MalDef mahu mengajak anda berfikir secara logik akal menggunakan ilmu yang boleh dicari di Google. Bukannya ilmu dari Facebook, dan jauh sekali ilmu bomoh.

Sejak semalam, salah seorang penganalisis muda dari MalDef mula mengkaji lebih 13 kes kejadian pesawat terhempas, tetapi beliau hanya menumpukan 6 kes sahaja untuk dikongsi. Berdasarkan situasi terakhir, pesawat dikatakan hilang dari radar dan terputus hubungan secara tiba-tiba, tiada panggilan kecemasan dan cuma ada sedikit pusingan U-Turn dari radar TUDM menunujukkan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum hilang di lautan. Itu sahaja, 3 maklumat lain seperti saksi, tumpahan minyak dan pintu pesawat telah disahkan bukan datang dari MH-370.

Jadi, MalDef menyenaraikan 6 tragedi sama situasi dengan MH-370 tetapi mempunyai punca nahas yang berbeza. Saya mengajak anda berfikir secara logik untuk meneliti 6 tragedi tersebut iaitu :

Kes Rujukan :

1. Air France 447 ( 1 Jun 2009)

Laporan Awal:

-Flight 447 jenis Airbus A330 sedang dalam perjalanan dari Rio (Brazil) ke Paris (France) dan memasuki "blind spot radar" di tengah laut antara Rio dan Paris. Selepas lebih 2 jam berada di laut dan melepasi radar di Rio, tiba-tiba pesaweat terputus hubungan pada pukul 3.45am di Atlantic Ocean dan tidak muncul pada radar screen di Paris. Sebuah AWACS segela dikejarkan ke lokasi terakhir pesawat selepas sejam hilang namun gagal menemui apa-apa pada radar sehingga siang. Media dan orang awam mula membuat spekulasi mengatakan ia berpunca dari serangan pengganas selepas 2-3 hari bangkai pesawat belum ditemui dan menara kawalan langsung tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dari Flight 447. Masuk hari ke-5 pada 6 Jun akhirnya serpihan kecil pesawat dijumpai bersama 15 mayat oleh tentera laut. 
 
Namun, bangkai utama pesawat gagal ditemui dan hilang bersama "Black Box" di laut dalam. Akhirnya France Navy menghantar sebuah kapal selam nuklear miliknya untuk untuk mengesan bangkai pesawat menggunakan akustik sonar, namun gagal mencarinya dan langsung tidak mengesan bunyi ultra sonic yang dihasilkan oleh "Black Box" walaupun dalam kedalamam 4000 meter. 
 
Selepas 30 hari pencarian oleh kapal selam, barulah Itali menghantar mini sub atau Deep Sea Search and Rescue yang mempunyai sonar sendiri, tetapi gagal mengesan bunyi ultra sonic dari Black Box dipercayai telah kehabisan bateri. Pencarian diteruskan untuk mencari bangkai utama dan Black Box selama 2 tahun, tetapi tiada hasil memaksa Itali meminta bantuan Amerika Syarikat, iaitu kumpulan pencari Kapal Titanic. Akhirnya bangkai pesawat dijumpai, Black Box berjaya didapatkan dan 105 mayat dijumpai masih terikat pada tempat duduk.

Punca nahas: Sensor Failed and Human Error

-Flight 447 telah terbang ke kawasan ribut dan cuba terbang pada altitude tinggi bagi mengelaknya. Ketika altitude tersebut, Speed Sensor pada luar pesawat telah membeku dan memberi bacaan kelajuan yang salah sistem copkit. 
 
CO Pilot mendapati pesawat telah terbang melebihi had laju, alarm Over Speed menyala dan auto-pilot dimatikan oleh komputer dan CO Pilot mengawal pesawat secara manual. CO Pilot yang tidak menyedari kerosakkan pada Speed Sensor telah mengurangkan kelajuan pesawat, namun ketika itu secara tiba-tiba altitude pesawat menurun secara mendadak dan CO Pilot segera mendonggakkan muncung pesawat ke atas untuk naik semula ke altitude tinggi tetapi gagal dan Stall Warning berbunyi. Stanby Pilot akhirnya bertukar kedudukan dengan Kapten Pilot dan dikawal bersama CO Pilot. 
 
Ketika di altitude rendah, Speed Sensor yang mula membeku akhirnya berfungsi semula dan bacaan kelajuan pesawat mula turun mendadak ke paras yang sebenar. CO Pilot sengera meningkatkan kelajuan tetapi masih menjunan stall dan muncung pesawat naik ke atas (nose up). Berapa minit kemudian pesawat menjunan ke laut tanpa berkomunikasi dengan menara kawalan. Akibat menjunan terlalu pantas, pesawat yang jatuh ke laut telah berkecai teruk dan membunuh kesemua 150 anak kapal. BEA (Itali) mengesahkan punca utama kemalangan ialah CO Pilot yang tidak menurunkan muncung pesawat ketika dalam stall, sedang pilot masih mempunyai masa untuk mengawal stall di altitude tinggi.


2. Hughes Airwest flight 706 (6 Jun 1971)

Laporan Awal : 

- Flight 706 jenis McDonnell Douglas DC-9-31 berlepas terbang dari Los Angeles International Airport sedang berlepas menuju ke Washington States pada pukul 6.02pm dan akan berhenti di Salt Lake City. 4 minit kemudian, pusat kawalan di L.A. menerima amaran kecemasan di radar dan mendapati Flight 706 telah hilang dari radar dan terputus hubungan secara tiba-tiba. Sebuah pesawat tentera yang melalui kawasan berdekatan telah memaklumkan pada menara kawalan bahawa mereka melihat satu letupan di darat berhampiran sebuah gunung di L.A. 
 
Menurut saksi, mereka terdengar letupan di udara dan pesawat tersebut terhempas mendadak ke gunung, namun seorang saksi ternampak berlaku perlanggar antara DC-9 dan F-4B Phantom milik USMC dan El-Torro AFB turun kehilangan sebuah jet. Kesemua anak kapal Flight 706 dan seorang pilot USMC mati di tempat kejadian, tetapi seorang RIO (Radar Intercept Officer) sempat "inject" keluar dengan kerusi lenting dan selamat.

Punca Nahas : Visibility Failed and Human Error. 

-RIO berkenaan mendakwa Flight 706 melanggar jet yang dinaikinya, ketika pilot sedang manuver "Allerion Roll" iaitu berpusing 360 darjah dalam altitude yang konsisten utk melihat keadaan permukaan darat untuk melihat sebarang pesawat yang terbang di bawah altitude mereka. Ketika sedang memerhatikan radar jet, Flight 706 datang dari tepi iaitu kawasan blind spot radar dan pilot tidak sempat mengelaknya. 
 
Selepas NTSB membentuk semula serpihan dari DC-9, mereka mendapati Vertical Fin milik F-4B telah membelah badan utama D-9 sehingga terbelah dua di udara, menunjukkan jet berkenaan yang melanggar pesawat komersil tersebut. NTSB juga mendapati jet berkenaan melakukan manuver "Barrel Roll", iaitu berpusing sambil naik dan turun ke altitude yang berlainan. NTSB mengesyaki sesuatu kenapa jet tersebut tidak cuba mengelak, sedangkan jarak jet dan pesawat masih jauh dan mampu dielakkan. 
 
Siasatan ke atas rekod selenggara di AFB El-Torro mendapati, F-4B mengalami kebocoran oksigen tetapi tidak dapat dibaikinya. lalu mengarahkan 2 pilot USMC tadi membawa jet mereka ke AFB Nevada tetapi perlu terbang pada altitude rendah. Sebelum jet berkenaan sampai di kawasan perlanggaran, pilot terpaksa terbang tinggi untuk mengelakkan bukit di L.A., dan kemudianya melakukan manuver "Barrel Roll". NTSB mengesyaki pilot USMC berkenaan mengalami hypoxsia, iaitu kekurangan oksigen dalam otak dan seterusnya mengaburkan penglihatan dan ditambah dengan tekanan G-Force semasa melakukan manuver. Ia menjadikan pilot dalam keadaan separa sedar dan seterusnya melanggar pesawat DC-9.
 
Namun, NTSB juga berpendapat ia juga berpunca dari faktor penglihatan (visibility) dari keadaan jerebu, dan rekabentuk tingkap dalam kopkit DC-9 yang melindungi penglihatan pilot Flight 706. Faktor kemampuan radar di menara kawalan L.A. juga diuji dan menunjukkan ketidakmampuan radar tersebut mengesan kehadiran F-4B dalam radar mereka ketika jet tersebut terbang rendah dan laju, menyebabkan mereka gagal memberi amaran terhadap pilot berkenaan.


3. American Airlines Flight 587 ( 12 November 2001)

Laporan Awal : 

-Sebuah pesawat jenis Airbus A-300 di Lapangan Terbang New York John F.Kennedy (New York JFK) dijadualkan berlepas pada pukul 09.40am ke Caribbean. Selesai pemeriksaan "Taxis Check List", ia berlepas giliran kedua di belakang sebuah Boeing 747 dan kemudianya berlepas secara normal. Selepas 3 minit di udara, ketika pesawat sedang mendaki ke altitude lebih tinggi, secara tiba-tiba pesawat berkenaan melanggar pusaran angin (wind turbulent) yang agak kuat. 
 
Impak turbulent berkenaan mengegarkan pesawat dan CO Pilot cuba mengawal pesawat menggunakan ruder vertical fin. Namun, keadaan masih tak terkawal, dan selang beberapa saat kemudian berlaku gegeran lebih kuat. CO Pilot kehilangan kawalan dan pesawat menjunan dengan pantas ke satu kawasan perumahan di Queens, New York. Pesawat hilang kawalan, menjunam ke darat dengan pantas, dan terhempas sambil di disaksikan penduduk NY dan menara kawalan di NW JFK. 
 
Kemalangan tersebut mengakibatkan lebih 4 rumah musnah manakala selebihnya terbakar. Beberapa saksi mendakwa, pesawat malang itu meletup di udara dan mengwujudkan spekulasi bahawa ia adalah rampasan pesawat dan serangan pengganas memandangkan penduduk New York masih terkejut dengan peristiwa 9/11. Pentagon segera bertindak pantas. 3 buah F-15 segera dihantar untuk mengawal ruang udara, lapangan terbang di seluruh Amerika diarah tutup serta merta, dan beratus-ratus penerbangan dibatalkan. Keadaan panik yang timbul juga memaksa anggota tentera, polis dan pelbagai agensi dikerah untuk mengawal keadaan.

Punca Nahas : Structural Failed and Human Error. 

-Oleh kerana dakwaan rampasan pesawat, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) juga terlibat untuk menyelesaikan kes tersebut bersama NTSB. Kesemua serpihan tersebut dibawa pulang ke hangar NTSB manakala FBI mengambil sampel abu pada serpihan pesawat untuk dianalisis jika betul berlaku letupan akibat dari bom yang dipasang. Namun, mereka juga menyumpai Vertical Stabilizer pesawat tanpa sebarang kesan terbakar di Jamica Bay tidak jauh dari lokasi kejadian,dan merupakan kawasan pelabuhan kapal layar. 
 
Ketika itu, NTSB mula mengesyaki kejadian tersebut bukan satu rampasan pesawat, tetapi satu kemalangan kerana Vertical Stabilizer tersebut tercabut di udara tanpa ada kesan terbakar, sekaligus menolak kemungkinan pesawat tersebut meletup di udara. Selepas Flight Data Recorder berjaya dianalisa, NTSB mendapati CO Pilot yang mengawal pesawat telah menggerakkan ruder secara mengejut dan maksimum berulang kali ke kiri dan kanan. ia menunjukkan seolah-oleh CO Pilot menghadapi kesukaran mengawal ruder sebelum ia tercabut. 
 
Selepas mendengar data suara dari Flight Voice Recorder pula, NTSB langsung tidak mendengar bunyi letupan dalam pesawat dan makmal FBI pula mengesahkan tiada bahan letupan dalam debu yang dijumpai pada serpihan pesawat. Ia membukti kejadian tersebut adalah satu kemalangan, dan kemudian FBI menarik diri untuk memberi tanggujawab sepenuhnya kepada NTSB untuk menyelesaikanya. NTSB mendapati bahan komposit pada vertical fin mampu menanggung beban normal sebanyak 100,000 lbs, dan beban maksimum ialah 200,000 lbs, jelas menunjukkan yang vertical fin pesawat Airbus A300 telah menampung beban luar jangka dari paras normal. Secara ringkasnya, perggerakkan ruder secara maksimum dan mengejut menghasilkan tekanan pada vertical fin sehingga 420,000 lbs. 
 
Tindakkan agresif tersebut sebenarnya telah diajar dalam latihan simulator oleh syarikat penerbangan dan manuver yang merbahaya ini dipraktikan oleh semua pilot American Airlines. NTSB akhirnya mengesahkan ia berpunca dari latihan serta situasi simulator yang tidak realistik.

5. United Airlines Flight 585 (1991), USAF Flight 427 (1994), SilkAir Flight 185 (1997)

Laporan Awal : 

-Tiga jenis pesawat ini ialah jenis Boeing 747. Ketiga-tiga pesawat ini secara tiba-tiba berpusing 270 darjah ke atas (dalam posisi terbalik) dan kemudian stall menjunam ke permukaan tanpa dapat dikawal oleh pilot. Ketika ia menjunam, muncung pesawat akan turun ke bawah, menjunam dengan pantas dan kelajuan tersebut akan memecahkan beberapa serpihan di udara sebelum musnah sepenuhnya selepas menghentam permukaan. Pilot akan gagal mengawal ruder dan semuanya berlaku dengan pantas tanpa sempat membuat sebarang panggilan kecemasan.

Punca Nahas : Hydraulic Failure 

-Ia berpunca apabila sistem kawalan ruder telah "jammed" (tersekat) ketika ruder sedang menghala ke kiri atau kanan dan gagal kembali ke kedudukan asal. Apabila Vertical Stabilizer ini terus membelok, ia akan menyebabkan pesawat berpusing dalam keadaan terbalik, sebelum stall dan menjunam ke permukaan bumi. NTSB telah membuat kesimpulan bahawa sistem hydraulic tersebut dikenalpasti tidak mematuhi piawai yang ditetapkan dan pilot tidak dapat melakukan apa-apa tindakkan untuk mengatasinya dengan baik.

6. Aerolinee Itavia Flight 870 (27 June 1980)

Laporan Awal : 

- Pesawat ini jenis McDonnell Douglas DC-9 berlepas dari Bologna ke Palermo (Itali) melalui laut Mediterranean. Di tengah perjalanan di lautan Mediterranean, secara tiba-tiba "Navigation Beacon dari Lapangan Terbang Palermo gagal diterima oleh pesawat Flight 870. CO Pilot telah memaklumkan pada menara kawalan di Palermo untuk membantu dengan memberi panduan kepada pilot. Kemudian pesawat melanggar turbulent dan CO Pilot terbang sedikit rendah untuk mengurangkan gegaran. 
 
Ketika pesawat terbang sedikit rendah, Navigation Beacon kembali berfungsi secara normal. Selepas beberapa minit berhubung dengan menara kawalan, secara tiba-tiba pesawat meletup di bahagian tengah sehingga terbelah dua dan terus menjunam ke laut. Pusat menara kawalan juga serta merta terputus hubungan dan Flight 870 hilang dari radar. Operasi SAR dilakukan keesokan harinya oleh Itali di lokasi terakhir pesawat. 38 mayat berjaya ditemui pada hari keempat tetapi Italy Navy dan agensi terlibat gagal mencari bangkai dan serpihan di dasar laut termasuklah Black Box. Misi SAR dilakukan hampir 2 tahun.

Punca nahas : Terrorist Attack (bomb)

-Pada 28 Jun, seorang wartawan Itali telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali dan memaklumkan bahawa punya pesawat tersebut terhempas ialah ditembak oleh missil jet pejuang. Pemberi info mendakwa, Flight 870 secara tidak sengaja berada di tengah-tengah dogfight antara jet pejuang NATO dan Libyan Air Force di laut Mediterranean. 
 
Berita dua hari kemudianya mengemparkan dunia dan menjadikan suasana tegang antara Itali dan Libya dan masing-masing serta merta meningkatkan aktiviti tentera di sempadan laut antara Libya dan Itali. Namun, kerajaan Itali menafikan punca nahas adalah akibat tembakan peluru berpandu (missile) dari jet pejuang dan menyerahkan kepada penyiasat Itali sepenuhnya bagi menyiasat punca sebenar. 
 
Pelbagai teori dikemukakan, antaranya ialah pelanggaran, kegagalan struktur pesawat, letupan akibat bom atau missile, tetapi semuanya tidak dapat dibuktikan. penyiasat Itali cuma mempunyai beberapa kepingan serpihan yang bukan dari pesawat, dan serpihan ini bertaburan dalam radius sangat luas. Ini bermakna Flight 870 telah meletup di udara, dan secara tidak langsung menyukarkan pencarian bangkai utama pesawat. 
 
Berdasarkan dari gambaran radar juga menunjukkan pesawat meletup dari udara, namun mereka juga menjumpai 3 bogey berhampiran pesawat tersebut dan mengesyaki ia adalah jet pejuang. 3 minggu selepas kejadian tersebut, Itali menjumpa beberapa serpihan jet pejuang milik Libya Air Force dan ini menguatkan lagi toeri bahawa Flight 870 ditembak oleh missile. Sebahagian serpihan telah dihantar ke makmal untuk ujian, dan mengesahkan terdapat sisa letupan bom iaitu TNT terhadap serpihan tersebut. Tetapi sisa TNT tersebut bukanlah milik bahan letupan dalam missile.
 
Akhirnya kerajaan Itali mengesahkan bahawa punca nahas adalah dari letupan tetapi tidak mengesahkan punca letupan tersebut dari missile atau bom. Missile SAR ditamatkan pada tahun kedua.

Selepas 5 tahun kemudian, ahli keluarga mangsa terus mendesak kerajaan Itali, memaksa mereka mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar untuk mengupah pasukan luar bagi menggunakan ROV Debris. ROV ini berjaya menjumpai bangkai utama pesawat termasuklah Black Box. 
 
Biarpun Flight Voice Recorder berjaya dianalisis tetapi tidak membantu apabila ia terus terpadam selepas berlaku letupan. Bangkai pesawat terus dicari dan dibawa naik ke darat bagi siasatan lanjut.Atas desakan keluarga mangsa, akhirnya kerajaan Itali mengesahkan bahawa punca kemalangan Flight 870 adalah dari letupan missile yang dilepaskan oleh jet pejuang yang tidak dikenali. 
 
Namun, setahun selepas itu NTSB mengesyaki ia berpunca dari letupan dalam pesawat dan memaksa kerajaan Itali mengarahkan siasatan dan operasi SAR kali ketiga. Kali ini, penyiasat dari Britain diarahkan melakukan siasatan terperinci dan lebih banyak serpihan pesawat berjaya dijumpai oleh ROV Debris. 
 
Selepas berjaya menyusun semula semua serpihan tersebut termasuk ujian letupan, ia berjaya membuktikan bahawa punca letupan datang dari sebuah tandas dalam pesawat di bahagian belakang pesawat. Tiga bogey dalam radar sebelum ini juga berjaya disahkan bahawa ia bukan sebuah jet pejuang, tetapi serpihan letupan yang terpelanting lebih jauh. Kerajaan Itali kembali membuat hebahan media tentang hasil siasatan tersebut selepas 6 tahun nahas berlaku.


Dari 6 kes ini, 2 darinya terlepas di laut dalam dan paling singkat masa untuk menemui bangkai di dasar laut ialah 2 tahun manakala paling lama ialah 5 tahun. Tetapi masih banyak kes pesawat yang terhempas di laut dan sehingga sekarang tidak pernah dijumpai. Adakah tragedi MH-370 senasib dengan tragedi lain yang berlaku di dunia? Tidak hairanlah mengitu banyak negara yang prihatin bagi membantu pencarian MH-370. Pelbagai jenis kapal perang, kapal penyelamat, DSSAR, ROV, pesawat MPA dan beberapa buah satelit digunakan bagi membantu siasatan SAR kerana semua pihak tidak mahu kegagalan operasi SAR berlaku semula pada Malaysia.

MalDef sejak semalam masih gagal mendapat sebarang info berguna dari pengkalan data ADS. Dengan teknologi terkini, paparan pada radar sudah semakin canggih berbanding sebelumnya yang hanya bergantung pada titik-titik bogey yang tidak tepat. Paparan radar terkini bukan sahaja menunjukkan lokasi pesawat udara dengan tepat, malah turut memaparkan nama pesawat, jenis pesawat, dentinasi, kelajuan dan altitude ketinggian. Malahan semua maklumat ini boleh didapati dalam website-website tertentu secara Real Time atau siaran langsung. Tetapi sejak semalam penganalisis MalDef gagal menemui data-data tersebut dipercayai telah dipadam dan tidak lengkap.

Ini bermakna, MalDef gagal mengkaji sebarang teori kerana tidak mempunyai bukti bagi menjamin intergriti artikel dan teori. Namun, dari 6 kes tersebut sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia agar berfikir secara logik akal berlandasan ilmu. Antara kemungkinan punca nahas adalah mungkin daripada:

1. Pilot Error/ Air Collision
2. Sensor/Computer/Cockpit Failure or Malfunction
3. Visibility Error
4. Structure/Mechanical/
Hydraulic Error or Malfunction
5. Terrorist Attack/Military Attack/Pilot Suicide

Selagi tiada cebisan pesawat dijumpai, selagi Black Box yang menyimpan segala maklumat data pergerakkan dan rakaman dalam kopkit berjaya dianalisi, selagi itulah tiada satu pun teori dapat dibuktikan dengan fakta. Masuk hari ini, perubatan Islam turut digunakan dalam operasi SAR. Tak salah anda hendak membuat spekulasi dan teori konspirasi, tetapi pesan MalDef,,,
JANGAN SAMPAI KONSPIRASI MENJADI FITNAH..

(Kepada sesiapa yang mempunyai data yang ADMIN maksudkan, sila pm kepada ADMIN -
MalDef-Malaysian Defense 
 
Jangan risau, ADMIN akan merahsiakan identiti anda. Kepada sesiapa yang hendak copy paste artikel ini, mohon letaklah kredit kepada MalDef-Malaysian Defense. TQ) 

Rabu, 12 Mac 2014

Nelayan jumpa rakit getah di Selat Melaka


Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu. 


 Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat. 



 "Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.


Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. - hmetro.

Isnin, 10 Mac 2014

MESTI BACA - PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?








1. MUQADDIMAH

Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)

Kemudian baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda)." (QS Al-Hijr: 75)


والله أعلمُ بالـصـواب

i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI

Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:

BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16

Saya berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.

Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai "pendekatan ilmiah". Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci, maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan, itu saja.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.

Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, "CNN is bad news.". Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.

Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.

ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN

Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.

Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
  • Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
  • He landed it in a flight captured on video last month by CNN
  • It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370  Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)
(Gambar: Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)

Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci  mengenai MH370. Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish). [1]

(Gambar: Richard Quest)
(Gambar: Richard Quest)
 
1. ^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August 2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park's 1am closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan "bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu 'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.

"The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/

Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
http://youtu.be/phRyN9RO-Ek

(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also  get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water.."

Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue' atau 'Search & Destroy'?

(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago.."

(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit.."

Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan Amerika Syarikat.

  • Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
http://youtu.be/yR1iArXcaPc

Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.

Anderson Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY' (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara kebetulan..")  has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."

  • Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
http://youtu.be/y-RuoMDqRqQ

Pada video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board - NTSB).

Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.

Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan."

” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.

Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini, "Red Flag" atau "False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.


2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG

  

Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?

Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?

Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.

Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.

3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA

Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat."

Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.

Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:

1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.

Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.

Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.

"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.

Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.

Insiden MH370 adalah suatu signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.


والله أعلمُ بالـصـواب

4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN 

(Gambar: Kapten Zaharie Shah)
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)

Perhatikan dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".

Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.

Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.

Perhatikan elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine? Bagaimana pula dengan elemen teroris dari China?

Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?

Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.

Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?

Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

والله أعلمُ بالـصـواب



5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS

Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?

Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka 'menawarkan bantuan?"

Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi "Problem-Reaction-Solution" ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.

Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan 'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.

والله أعلمُ بالـصـواب



6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI

Anda akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara "penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.

Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling 'berpengalaman'.

Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand" mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari "teroris" dan "tuntutan maupun ugutan" yang sebenarnya.

Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap 'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.

Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan penyiasatan mereka masuk.

Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.

Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini lagi tercanggih tentang MH370.

Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.

Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".

Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup & agama) mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)

7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK

  

Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.

Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.

Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka. 

والله أعلمُ بالـصـواب

 
Kredit - Al Faedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...