Sebulan sebelum kedatangan BJ Habibie yakni pada awal November tahun
lepas pula, umat Islam negara ini dikejutkan dengan kenyataan Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah yang bersetuju hak kebebasan agama seharusnya tidak
hanya sekadar berlegar dikalangan orang bukan Islam sebaliknya ia perlu
juga merangkumi orang Melayu Islam.
Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia
atas jemputan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.”
Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia
merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.
Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan
di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang
Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali
keunikan ini mahu terus dipertahankan oleh bekas Presiden indonesia itu.
Ucapan BJ Habibie itu yang diungkapkannya di Universiti Selangor
(UNISEL) mungkin ianya tidak pelik bagi masyarakat Indonesia yang
sebahagiannya sudah biasa dengan amalan pluralisme, tapi tidak di
Malaysia.
Pluralisme agama secara dasarnya bermaksud semua agama sama sahaja
tarafnya walau berbeza konsep ketuhanan dan kepercayaan. Tapi dalam
Islam, konsep ketuhanan kita langsung tidak sama dengan konsep ketuhanan
triniti Kristian, banyak bezanya.
Hampir dua minggu kemudiannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
semasa menyampaikan perutusan perayaan Krismas 2012 menimbulkan kembali
tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible versi
Bahasa Melayu.
Disebalik kecaman majoriti umat Islam terhadap tuntutan tersebut,
kita dapat lihat juga ada segelintir umat Islam yang bernaung di bawah
panji PAS dan PKR bersungguh benar mempertahankan tuntutan Lim Guan Eng.
Seolah-olah bagi mereka, bukan satu kesalahan besar untuk
menyamatarafkan kedudukan Allah s.w.t yang Maha Esa dengan konsep
ketuhanan Kristian yang percaya wujudnya Tuhan Anak Jesus, Tuhan Bapa
dan Roh Kudus.
Kenyataan kontroversi tersebut diungkapkannya sewaktu menyertai forum
yang dianjurkan oleh Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute
(OHMSI) di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ Subang. Turut serta
bersama Nurul Izzah ialah pemimpin PAS, Mujahid Yusoff Rawa dan beberapa
orang penggerak Bersih 3.0.
Berucap dalam gereja adalah satu taboo bagi umat Islam apatah lagi
bila subjek kebebasan agama yang bersangkut paut dengan akidah orang
Islam menjadi fokus dalam konteks perspekstif hak kebebasan manusia ala
barat.
Barangkali ada kaitan langsung diantara ucapan oleh Nurul Izzah yang
membawa kepada idea menjemput BJ Habibie datang ke Malaysia untuk
menerangkan konsep pluralisme supaya diterima logik akal dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia, ada kemungkinannya.
Tak mustahil juga segalanya sudah dirancang sedari awal lagi
termasuklah kedatangan BJ Habibie adalah usaha untuk menjustifikasikan
keperluan kalimah Allah s.w.t wajar dikongsi bersama dengan penganut
Kristian, sama seperti yang berlaku di Indonesia.
Dalam pada itu, penulis percaya sebahagian besar daripada pembaca
sudah maklum mengenai program ‘Holy Book Reading’ yang telah berlangsung
di Dataran Pidato, Padang Kota Lama pada Ahad lepas yang menyaksikan
sekelompok penggerak NGO pro PR telah ‘bermuzakarah’ mengenai kitab suci
pelbagai agama.
Mengikut kata penganjur tujuan perjumpaan untuk memahami agama
masing-masing tapi dilihat pada individu yang datang rata-ratanya dari
jenis free thinker, mudah untuk kita fahami ini hanyalah salah
satu agenda untuk melebarkan dakyah pluralisme yang sekarang ini semakin
giat mengasak akidah umat Islam.
Selain bertukar pandangan barangkali mencari titik persamaan untuk
menyamatarafkan semua agama, sempat juga mereka berpuisi bermadah dengan
aksi tersendiri yang agak memualkan.
Itu juga sebenarnya bibit-bibit kecil agenda pluralisme yang sedang berkembang biak hasil dari konsep kebebasan & hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh PR.
Dan satu perkara yang perlu diberi perhatian, beberapa orang peserta
Holy Book Reading itu juga merupakan individu yang turut sama dalam
beberapa program politik yang dianjurkan oleh PR.
Pasca PRU 12 2008 sehingga kini kita dapat lihat banyak perkara pelik
dilakukan oleh penyokong PR mahupun pemimpinnya yang diketahui umum
adalah orang Melayu Islam.
Selain ‘muzakarah’ Holy Book Reading, kita juga dikejutkan dengan
budaya Candle Light Vigil yang merupakan virtual keagamaan penganut
Kristian juga semakin mendapat tempat dikalangan penyokong dan pemimpin
PR dalam beberapa bantahan politik yang dikelolakan mereka.
Kita juga dipertontonkan dengan kesediaan beberapa pimpinan PR yang
beragama Islam yang tunduk hampir seakan rukuk dalam upacara
penghormatan mendiang Teoh Beng Hock. Dalam tempoh beberapa tahun ini
juga kita melihat kesucian Rumah Allah dinodai oleh beberapa pemimpin
Kristian dari PKR dan DAP.
Pendek kata, dengan secebis kuasa yang dipinjamkan sementara kepada
pemimpin-pemimpin PR sudah cukup untuk umat Islam negara ini melihat
dengan mata kepala sendiri dasar liberal dan pluralisme yang menjadi
agenda besar PR.
PRU 13 kelak, andaikata masih ada kalangan umat Islam yang teringin
untuk melihat semua ini berterusan, atau lebih tepat lagi mencontohi
‘kejayaan’ Indonesia dalam mengaplikasikan agenda pluralisme dalam
masyarakat, eloklah terus istiqamah menyokong PR dan sekutu-sekutunya.
Jika sebaliknya, anda tahu apa harus dilakukan. Tepuk dada tanya iman.
MYKMU