PERMATA



Perbelanjaan PERMATA 

ADUN Damansara Utama daripada DAP bertegas mahukan PERMATA dedahkan akaun perbelanjaan Program PERMATA Negara (PERMATA).
Tak tahu la sama ada YB Yeo benar-benar serius mahu semak perbelanjaan PERMATA atau hanya ingin mencari kesalahan program hasil cetusan idea dan dinaungi oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Jumlah perbelanjaan tahunan dan ke mana peruntukan tahunan dibelanjakan direkodkan untuk tatapan umum sesiapa sahaja yang rajin untuk mencari rekod tersebut.
YB Yeo menggambarkan seolah-olah perbelanjaan PERMATA disorok daripada tatapan umum sedangkan hanya dengan menggunakan carian Google siapa siapa pun boleh mengakses rekod berkenaan.
Perbelanjaan PERMATA:-
Saya dah kumpulkan maklumat perbelanjaan PERMATA setiap tahun dan asingkan ikut kod objek perbelanjaan untuk tatapan YB Yeo kalau YB malas sangat nak semak link di atas:

Perbelanjaan Tahunan Bahagian PERMATA
Untuk pengetahuan tambahan YB Yeo dan pembaca, saya juga nak terangkan tentang kod objek am perbelanjaan supaya YB faham ke mana peruntukan untuk PERMATA dibelanjakan:
Kod 10000: Emolumen — Gaji dan Upahan, Elaun dan Imbuhan Tetap, Sumbangan Berkanun untuk Kakitangan, Bayaran Lebih Masa dan Faedah-Faedah Kewangan untuk semua kakitangan tetap
Kod 20000: Perkhidmatan dan Bekalan — Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup, Pengangkutan Barang Barang, Perhubungan dan Utiliti, Sewaan, Penyelengaraan dan Pembaikan Kecil
Kod 30000: Aset — Tanah dan Pembaikan Tanah, Bangunan dan Pembaikan Bangunan, Kemudahan dan Pembaikan Kemudahan, Kenderaan dan Jentera, Harta Modal, Pinjaman dan Pelaburan
Kod 40000: Pemberian dan Kenaan Tetap — Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran, Pemberian Dalam Negeri, Tuntutan Insurans dan Pampasan, Pencen, Gratuiti
Semua penerangan tentang kod di atas YB Yeo boleh rujuk di sini.
Separuh daripada perbelanjaan PERMATA adalah untuk emolumen Kod Am: 10000 (gaji dan upah) kakitangan di bawah Bahagian PERMATA:

Bilangan Jawatan Bahagian PERMATA
Terdapat 585 jawatan tetap di bawah Bahagian PERMATA dan RM20,902,600 diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen (gaji dan upah) kakitangan Bahagian PERMATA.
Ini bermaksud secara purata, kakitangan Bahagian PERMATA terima gaji dan upah sebanyak RM35,730 setahun atau RM2,977 sebulan.
Tak kan la gaji dan upahan kakitangan kerajaan pun YB Yeo nak pertikaikan?
YB Yeo juga perlu tahu bahawa objektif dan prestasi aktiviti Bahagian PERMATA direkodkan di dalam setiap dokumen anggaran perbelanjaan tahunan kerajaan:

Aktiviti PERMATA 2013
Aktiviti PERMATA 2014
Aktiviti PERMATA 2015
Aktiviti PERMATA 2016
Segala rekod prestasi aktiviti; mesyuarat majlis dan jawatankuasa, pengoperasian, lawatan pemantaun, kemasukan kanak-kanak ke Program PERMATA direkodkan seperti di atas.
Tinggal sahaja YB untuk mencari dan menyemak prestasi bukan sibuk bising dalam media sebelum semak dalam internet.
Bukannya susah sangat YB, perbelanjaan dengan prestasi aktiviti ni semua bukannya rahsia bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pun.
PERMATA bukan pertama kali difitnah pembangkang yang tak bertanggungjawab.
Beberapa tahun lepas kononnya RM711 juta diperuntuk kepada PERMATA menyebabkan subsidi kepada rakyat dipotong sedangkan apa yang tidak diberitahu pembangkang bahawa RM711 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak termasuk di bawah Taska dan Tabika KEMAS.
Sebahagian besar peruntukan pendidikan awal kanak-kanak diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan yang menerima RM474 juta bagitahun 2015 dan anggaran RM643 juta bagi tahun 2016:

Perbelanjaan Operasi Pendidikan Awal Kanak Kanak 2015–2016
Peruntukan Untuk Program Kanak Kanak KPWKM 2015–2016

Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS


Ada juga tercatat program latihan Kursus Asuhan PERMATA di bawah:

Prestasi Aktiviti Kanak-Kanak KPWKM
YB Yeo menuduh bahawa PERMATA tiada halatuju strategik bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak bermutu tinggi sedangkan PERMATA dan agensi dan jabatan berkenaan telah pun melaksana pelbagai program untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia terkehadapan dan bermutu tinggi.
Saranan saya kepada YB Yeo sebagai rakyat Malaysia, jadilah pembangkang yang betul-betul berkhidmat kepada rakyat demi kepentingan rakyat.
Jangan hanya kerana PERMATA merupakan buah fikiran dan dinaungi Datin Seri Rosmah, YB cuba menabur berita rekaan dan palsu seolah-olah kerajaan tidak telus dalam urusan peruntukan dan perbelanjaan PERMATA.
Kalau tak ada rasa hormat kepada Datin Seri Rosmah sekurang-kurangnya hormatlah usaha kakitangan kerajaan dan kanak kanak yang mendapat manfaat di bawah Program PERMATA.
Jangan hina mereka yang mahu betul-betul menyumbang kepada kemajuan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Akhir kata YB Yeo Bee Yin,
Semuanya dihujung jari anda.
Kredit - Syahir

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...