1. MUQADDIMAH
Lihatlah
insiden MH370 dengan pandangan matahati. Jangan terbuai dengan naratif
huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat
percaturan sebenarnya.
Anda sedang berhadapan dengan
musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false
flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan
perairannya. Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan
mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab
yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.
Imam
Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa'id ra dari Nabi saw bahwa baginda
bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia
memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.”
(HR Tirmidzi)
Kemudian
baginda membaca ayat: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang
yang memperhatikan tanda-tanda)."
(QS Al-Hijr: 75)
والله أعلمُ بالـصـواب
i. KEPADA SIAPAKAH SAYA TUJUKAN ARTIKEL INI
Seorang sahabat di alam maya yang baru saja saya kenali datang bertanya di inbox:
BWW: Salam .. bro .. ada klu tentang kehilangan MH370 ?
08/03/2014 17:16
Saya
berharap ini kali terakhir saya melahirkan pandangan saya mengenai
MH370. Sebagai menghormati permintaan beliau maka saya sampaikan sedikit
pandangan saya. Saya tidak mahu terlibat dengan percaturan yang tiada
kesudahan ini. Kalau ada yang beroleh manfaat dari artikel ini selain
dari saudara BWW, maka fikir dan kembangkanlah.
Saya tidak ada keperluan mendekati sesuatu isu secara apa yang kononnya diistilahkan sebagai
"pendekatan ilmiah".
Saya tidak perlu pada justifikasi dan pembuktian yang terperinci,
maupun perdebatan yang tiada kesudahan. Kami membaca pergerakan mereka
pada kadar yang 'manasabah' dan samasekali tidak akan terlibat dalam
permainan putar alam mereka. Sidang pembaca boleh membuat interpolasi
selanjutnya. Saya sekadar menyampaikan bahawa kalian sedang disasarkan,
itu saja.
Perkara pertama yang menarik perhatian saya
sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa
CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik
permulaannya.
Bagi kami apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk,
"CNN is bad news.".
Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya membaca ramai yang terpengaruh
dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita
tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN
dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya
masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa
kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di
hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan
ini.
ii. RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN
Sistem
dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula
berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang
bermain-main di bawah batang hidung anda. Silapmatanya membawa anda ke
alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan
tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan. Sebaik sahaja anda
melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.
Menurut
Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN
Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada
19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
- Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
- He landed it in a flight captured on video last month by CNN
- It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid's work - (Sumber CNN)
(Gambar:
Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama Richard
Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Sepai?)
Anehnya
CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung
tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah
berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi
CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu
dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?
Richard
Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh
dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas
salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya
beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan
undang-undang!
Beliau membuat penggambaran CNN Business
Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang
insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan
memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370. Apakah
mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau
membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya? Bangunlah
anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama
kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada
tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk
bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan
ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi
Eropah (Jewish). [1]
(Gambar: Richard Quest)
1.
^ Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). "Look east: After
long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent,
English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen
Gibson and Afshin Rattansi report". The Guardian. Retrieved 6 August
2012. "But there were delays from the start. It was hard to recruit
big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer
on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable."
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 - 8:40AM
A
well-known CNN reporter has been arrested in New York's Central Park
with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his
genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest - who is known for
his boisterous and quirky style - was arrested at 3.40am on Friday,
almost three hours after the park's 1am closing time.
He
was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a
search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside
Quest's boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket
pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/
Kedua-dua
Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard
Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa
melaporkan tentang MH370. Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan
"bahasa badan" ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu
'pulang paku buah keras'. Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus
mereka baru-baru ini untuk 'membaca' Presiden Vladimir Putin berikutan
sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.
"The
Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so
that researchers can study the body movements of foreign leaders,
including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting
future behavior."
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/
Video 1: Richard Quest - I flew with missing first officer of MH370.
http://youtu.be/phRyN9RO-Ek
(00:32)
And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and
Singapore is also involved, China would also get involved. The US
forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a
coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT)
to try and find exactly where this aircraft is in the water.."
Apakah
yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan
berkata "coordinated attack?". Apakah ini prosedur 'Search & Rescue'
atau
'Search & Destroy'?
(00:54)
Pembaca berita kepada Richard Quest: "Now Richard let's talk a little
bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit
of a similar aircraft just a few days ago.."
(1:18) We
were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED)
had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the
cockpit.."
Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya
bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima
oleh penonton sebagai insiden 'kebetulan' dan penggambaran CNN Business
Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan
lain perkataan ia bukannya suatu operasi 'covert' rahsia perisikan
Amerika Syarikat.
- Video #2: Richard Quest: Malaysia Airlines MH370 jet was 'at safest point' in flight.
http://youtu.be/yR1iArXcaPc
Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson
Cooper: "We're now bringing in Richard Quest who has 'ACTUALLY'
(gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada "secara
kebetulan..") has been shooting a story on the "airline" (Penerbangan
Malaysia) and has spent time with the airline's CEO..."
- Video #3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact .
http://youtu.be/y-RuoMDqRqQ
Pada
video #3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat
MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat
dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga
Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety
Board - NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa
negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk
menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju
dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan
tersebut.
Menurut John Goglia, "pakar aviasi" dari NTSB,
agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, "Ketiadaan
panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada
mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan
letupan."
” Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada
komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua
penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red
Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya 'bertanya' kepada John Goglia di sini,
"Red Flag" atau
"False Flag"? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
2. ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas
yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana
lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China.
Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti
nyawa?
Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia,
akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika
Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika
Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?
Malaysia
sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan
pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat
sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi
MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang
mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada
peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat
mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum
merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan
hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah
cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga
(Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu
China.
3. ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang
kenalan maya di RT melawak dan katanya "tiada siapa yang lebih arif
tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada
sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara
dengan mudah adalah Amerika Syarikat."
Itulah hakikatnya.
Rangkaian perhubungan data 'dalam penerbangan' Boeing 777 berhubung
terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
2.
Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari
USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di
Laut China Selatan ketika itu.
3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar
USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut,
mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu
menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.
Satelit
Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup
di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah
peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang
udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan
disahkan.
"They will keep you running in circles where in fact they have you encircled." - Al Faedah
Namun
tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi
dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang
mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi
kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa
pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam
prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia
Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu
signal & statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat
suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung
atau tidak.
والله أعلمُ بالـصـواب
4. ANTARA MASA & TIMING INSIDEN
(Gambar: Kapten Zaharie Shah)
Perhatikan
dengan baik 'timing' insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan
mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai
masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala
kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada "kebetulan"? Tragedi
Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku
di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad
Datu. Benarlah, ini semua semata-mata "kebetulan".
Bagaimanakah
sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka
bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan
bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama
kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim?
Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya
berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan
Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan
kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun
terumbang ambing, tidak akan tergugat samasekali? Sebenarnya, entiti
syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.
Perhatikan
elemen & komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda
melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine,
Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah
diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa
global di Ukraine? Bagaimana pula dengan elemen teroris dari China?
Apakah
pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370?
Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka?
Apakah anda mampu merungkai "nilai" mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah
kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak.. Yang
penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam
dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan
Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika
Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan
FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga
China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan
perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika
ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh
mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang
polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan
hanya semakin keliru.
والله أعلمُ بالـصـواب
5. MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH & TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak
manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang "dicipta" ini?
Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah
dan terdedah. Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah
tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan,
dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan sekiranya
insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua
penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita
semua. Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini?
Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan
mereka 'menawarkan bantuan?"
Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi
"Problem-Reaction-Solution"
ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka.
Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama
sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada
asalnya.
Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan
'problem' (masalah) & implikasi reaksi yang timbul darinya.
Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan
terperinci. Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat
besar dari isu ini.
والله أعلمُ بالـصـواب
6. AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN & SOLUSI
Anda
akan melihat selepas ini siri-siri 'solution' (penyelesaian) akan
disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini
akan diwar-warkan secara "umum" dan "terbuka". Ada di antara
"penyelesaian-penyelesaian" ini akan di'runding'kan dibelakang tabir
bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun
memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan
(security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah,
terbuka dan akan dirobek secara berperingkat. Inilah masa yang paling
sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan
agenda dan kehendak mereka dituruti. Mereka akan tampil ke hadapan dan
memimpini anda untuk 'keluar' dari krisis ini. Sudah tentulah mereka
orang yang paling 'berpengalaman'.
Dalam kesibukan anda
menangani pelbagai persoalan & permaslahan yang berbangkit,
terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah "ransom demand"
mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi
insiden 'false flag' pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari
"teroris" dan
"tuntutan maupun
ugutan" yang sebenarnya.
Ia
mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil
rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti
dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap
'CAMPURTANGAN' yang lebih tinggi keatas urusan negara. Dengannya
datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal
keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka
bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala
kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan sekiranya
insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan
menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka
untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah
nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila 'pakar-pakar' perisikan dan
penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang demikian, akhirnya
anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur
dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai "pampasan" untuk
mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena. Ada antaranya
akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung.
Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan
diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi
semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.
Badan-badan
penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN
terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan
aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil
saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika
Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya
anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah
jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI
dan apa sekalipun menjalankan operasi 'psy-op' mereka di sini. Mereka
akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar 'spin' terkini
lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah
diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak
faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi
keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, "Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!".
Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman:
وَلَن
تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ
مِلَّتَہُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَٮِٕنِ
ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِۙ مَا
لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menturuti millah (tatacara hidup &
agama) mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah
(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah
petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(Al Baqarah:120)
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ
مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu
mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zhalim. (Al Ma'idah: 51)
7. KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda tidak akan 'nampak' naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda
tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi
yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan
membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang
berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah
dan simplistik. Malah sebarang 'penyelesaian' dan 'solusi' yang tercapai
akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada
akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan
ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah
perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah
tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama
sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di
samping kita mendoakan keselamatan bagi "mangsa-mangsa" yang terlibat,
jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri. Sekiranya nyawa mereka
terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap
akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah
sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu
semakin suntuk.
Samada anda dalam blok pakatan maupun
kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh
kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana
agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan
peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita
bersatu dan kembali kepada jalan
Iman dan Taqwa. Selagi kita
bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan
sasaran
musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak
saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita
tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita
kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama
kita. Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari
membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara
mereka yang menentang kamu di bumi sendiri. Saya mendoakan anak-anak
dari umat Melayu & Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan
saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka
yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Dan apabila mereka tegur
menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti
mereka.
والله أعلمُ بالـصـواب