Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia


MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.



GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. 


 Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.

Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters



Sumber - bharian.com

Ahad, 13 Julai 2014

Bumi Sabah digegar sekali lagi oleh pengganas Sulu


SEMPORNA – Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom, telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang Anggota Polis maut dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber, seorang anggota Polis turut diculik dalam kejadian tersebut.
Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan Pengganas Sulu tersebut yang dipercayai berada disekitar pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa.
Menurut sumber, berikut ialah maklumat mengenai Anggota Polis yang Maut ditembak dan diculik dalam kejadian di Pulau Mabul lewat tengah malam tadi.

1: Koperal 151279 Ab. Rajah b. Jamuan, 32, (di tembak)
Agama: Islam
Status perkahwinan: Berkahwin (Isteri: Salamah bt Amad)
Tempat betugas sebelum: PPM Kg Acheh
Jawatan sekarang K63: Jurumudi kapal rondaan air 1, (6) Balai Polis Pulau Mabul
Alamat: Kg Bubul Batu 2 Semporna Sabah.


2: Konstabel 176543 Zakiah Bin Aleip, 26,
Keturunan: Bajau
Agama: islam
Status perkahwinan: Berkahwin (Isteri: Sharifah Erna bt Berson, 1 anak)
Tempat bertugas sebelum: PPM W1 P. Pinang
Jawatan sekarang: Konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan (marin) Balai Polis Pulau Mabul
Alamat: Kg. Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...