Antara
perkara yang sering diulang-ulang pembangkang adalah berkenaan bajet
yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikatakan
terlalu tinggi dan sentiasa meningkat setiap tahun.
Baru-baru ini saya terbaca sebuah analisa oleh
dua pemimpin pembangkang iaitu Liew Chin Tong dari DAP dan juga Dr
Dzulkefly Ahmad dari PAN berkenaan bajet JPM yang dirumuskan mereka
semakin membengkak setiap tahun dan terdapat peruntukan dana “gelap”
atau slush fund diperuntukkan melalui bajet JPM dan dana ini tidak jelas bagaimana ia dibelanjakan tambah mereka lagi.
Pemimpin pembangkang yang lain seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dari
PAS juga terikut-ikut dengan kajian daripada Liew Chin Tong dan Dr
Dzulkefly ini dan menggunakan bajet JPM sebagai senjata untuk menyerang
kerajaan khususnya YAB PM.
Di bawah adalah ringkasan perbelanjaan SEBENAR JPM dan perbelanjaan sebenar kerajaan persekutuan bagi tempoh 2011–2015 yang dikutip daripada penyata-penyata kewangan kerajaan persekutuan bagi tempoh tersebut [1].
Di bawah adalah ringkasan perbelanjaan SEBENAR JPM dan perbelanjaan sebenar kerajaan persekutuan bagi tempoh 2011–2015 yang dikutip daripada penyata-penyata kewangan kerajaan persekutuan bagi tempoh tersebut [1].
Nisbah
perbelanjaan JPM kepada jumlah semua perbelanjaan kerajaan persekutuan
sepanjang 2011 hingga 2015 adalah daripada 5% ke 7%.
Pembangkang
selalu menyatakan bahawa perbelanjaan kerajaan tertumpu di bawah JPM
sedangkan nisbah perbelanjaan JPM tidaklah terlalu tinggi dan 93%
perbelanjaan kerajaan adalah daripada kementerian-kementerian yang lain.
Untuk perbandingan mari kita lihat perbelanjaan Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Selangor [2] dan Pulau Pinang [3] masing-masing berserta dengan jumlah perbelanjaan kerajaan negeri dan nisbah perbelanjaan Pejabat MB dan KM kepada jumlah perbelanjaan kerajaan negeri masing-masing.
Untuk perbandingan mari kita lihat perbelanjaan Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Selangor [2] dan Pulau Pinang [3] masing-masing berserta dengan jumlah perbelanjaan kerajaan negeri dan nisbah perbelanjaan Pejabat MB dan KM kepada jumlah perbelanjaan kerajaan negeri masing-masing.
Perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor |
Nisbah perbelanjaan Pejabat MB & SUK Selangor berbanding jumlah perbelanjaan kerajaan negeri meningkat setiap tahun dan mencapai setinggi 24% bagi tahun berakhir 2014.
Manakala
nisbah perbelanjaan Pejabat KM & SUK Pulau Pinang berbanding jumlah
perbelanjaan kerajaan negeri pernah mencapai 40% bagi tahun berakhir
2011 dan kemudiannya turun tetapi masih lagi tinggi pada nisbah 22%.
Dimanakah
analisa daripada Liew Chin Tong dan Dr Dzulkefly berkenaan perbelanjaan
Pejabat MB Selangor dan KM Pulau Pinang yang mencatatkan nisbah yang
tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan negeri?
Mengapa
tidak pernah disenaraikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah
Pejabat MB Selangor dan Pejabat KM Pulau Pinang untuk menjadi tatapan
umum jika benar kerajaan Pakatan Harapan ini mementingkan ketelusan
dalam pengurusan kewangan kerajaan?
Nisbah
perbelanjaan JPM berbanding jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan
sangatlah sedikit iaitu 5 ke 7% jika dibandingkan dengan nisbah Pejabat
MB Selangor dan Pejabat KM Pulau Pinang berbanding jumlah perbelanjaan
kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Sebelum
menyerang PM dan kerajaan persekutuan, saya sarankan pembangkang cermin
diri sendiri dahulu dan semak pengurusan kewangan kerajaan di
negeri-negeri di bawah pentadbiran parti masing-masing.
Tuduhan bajet JPM dipenuhi dengan dana gelap/slush fund adalah
tidak berasas kerana jika berlaku penyelewengan, pembaziran atau
ketirisan perbendaharaan negara melalui peruntukan khas ini sudah pasti
ianya akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan ditegur di dalam
Laporan Ketua Audit Negara.
Antara dana gelap/slush fund yang disebut adalah dana fasilitisasi yang
diurus di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Projek Mesra Rakyat
yang diuruskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri seperti diterangkan oleh Timbalan Menteri JPM, Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan yang juga diuruskan di bawah (JPP) negeri, Projek Khas di bawah Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU), dan Program Pembangunan yang juga di bawah ICU.
Bagi
senarai projek-projek dan program-program yang dilaksanakan di bawah
peruntukan tersebut eloklah kalau Liew Chin Tong selaku ahli parlimen
mengemukakan soalan tersebut sama ada secara lisan atau bertulis di
dalam parlimen kerana saya pasti ianya akan dijawab oleh Menteri atau
Timbalan Menteri yang berkaitan.
Sekali
lagi saya ingin menasihati pemimpin-pemimpin pembangkang supaya cermin
diri sendiri dahulu sebelum ingin menyerang kerajaan persekutuan.
Mungkin
lebih baik kalau anda menjawab mengapa peruntukan perbelanjaan Pejabat
MB Selangor dan Pejabat KM Pulau Pinang tinggi nisbahnya berbanding
perbelanjaan kerajaan negeri masing-masing.
Kenapa tidak disiasat peruntukan di bawah pejabat MB dan KM sama ada terdapat dana gelap/slush fund di dalam beratus juta ringgit yang diperuntukkan setiap tahun?
Perlakuan
pembangkang menyerang kerajaan persekutuan tanpa berasas dan tanpa
menyemak kelemahan diri sendiri dahulu umpama pepatah melayu “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.”
Kredit - SYAHIR