Isu Semasa - PTPTN























1. Bilakah PTPTN ditubuhkan?

• Ditubuhkan pada 1 Julai 1997 di bawah
Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997.

• Mula beroperasi pada 1 November 1997.


2. Apakah fungsi PTPTN?

• Mengurus pembiayaan untuk tujuan
pendidikan tinggi dan seterusnya memungut
bayaran balik pinjaman.

• Menyediakan skim simpanan dan mengurus
deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.

• Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang
diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana
undang-undang bertulis.

3. Apakah objektif PTPTN?

• Memastikan pembiayaan yang efisien
disediakan untuk pelajar yang layak
mengikuti pengajian di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan
bahawa tiada pelajar yang gagal memasuki
IPT kerana masalah kewangan.

4. Siapakah yang layak mendapat pinjaman
PTPTN?


• Warganegara Malaysia.

• Berumur tidak melebihi 45 tahun pada
tarikh memohon.

• Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh PTPTN.

5. Apakah bentuk bantuan yang disediakan
oleh PTPTN?


• PTPTN menyediakan pinjaman untuk yuran
pengajian dan perbelanjaan sara hidup
berdasarkan kelayakan pemohon.

6. Berapakah jumlah peruntukan tahunan
yang disediakan oleh kerajaan kepada
PTPTN?


• Sejak dilancarkan pada 1997 hingga 31
Disember 2011, sebanyak RM42.96 bilion
telah diluluskan.

• Pada 2011, sebanyak RM5.51 bilion telah
diluluskan kepada pelajar.

• Untuk tahun 2012-2013 kerajaan
memperuntukkan RM6 bilion kepada
PTPTN.

7. Benarkah dakwaan bahawa jumlah
RM42.96 bilion ini termasuk bayaran
faedah pinjaman?


• Tidak. Jumlah ini adalah jumlah pinjaman
pokok yang diluluskan oleh PTPTN.

8. Berapakah ramaikah pelajar yang telah
mendapat kemudahan pinjaman PTPTN?


• Sejak ditubuhkan sehingga 31 Disember
2011, seramai 1,926,054 orang pelajar telah
mendapat pinjaman daripada PTPTN.

• Pada 2011 sahaja, 227,209 pelajar
menerima pinjaman PTPTN ini.

9. Berapa ramaikah pelajar yang telah
membuat pembayaran balik kepada
PTPTN dan berapakah jumlah bayaran
balik yang diterima PTPTN?


• Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak
RM2.96 bilion atau 54.61% peminjam
telah membuat bayaran balik berbanding
bayaran balik sebenar yang perlu dibayar
berjumlah RM5.41 bilion (setelah ditolak
penangguhan).

• Seramai 742,924 pelajar atau 83.72%
daripada 887,376 pelajar/peminjam telah
mula membuat bayaran balik.

• 144,000 peminjam gagal membuat bayaran
balik sebagaimana yang diarahkan

10. Adakah mereka yang hendak meminjam
diwajibkan mempunyai simpanan dalam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional
(SSPN)?


• Pada 1 Januari 2008, setiap pelajar perlu
mempunyai akaun SSPN sebelum layak
memohon pinjaman PTPTN dengan
simpanan serendah RM20.00.

• Syarat ini telah dimansuhkan pada
18 Mei 2008.

• Bagaimanapun, mulai 1 Januari 2012
PTPTN telah menguatkuasakan semula
syarat simpanan wajib dalam SSPN untuk
melayakkan pelajar memohon pinjaman
pendidikan PTPTN.

• Syarat wajib ini dilaksanakan bagi menanam
budaya menabung dalam kalangan pelajar
untuk mengelakkan kebergantungan kepada
pembiayaan pendidikan.

11. Wajarkah skim PTPTN dimansuh dan
digantikan dengan bentuk biasiswa?


• Pada 18 April 2001, Kabinet memberi
kelulusan kepada PTPTN untuk mengubah
status pinjaman kepada biasiswa kepada
pelajar-pelajar yang memperoleh kelulusan
Kelas Pertama

• Kelulusan ini diberi kepada semua pelajar
tanpa mengira kaum dan kedudukan
kewangan, sama ada pelajar daripada
keluarga berada atau miskin, yang menuntut
di IPTA atau IPTS.

• Bagaimanapun, bagi pelajar IPTS, mereka
disyaratkan mengikuti kursus yang
mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

• Rasional kepada keputusan ini ialah pelajar
cemerlang wajar diberi pengiktirafan oleh
kerajaan.

• Kelulusan ini berkuatkuasa mulai
tahun 2003.

12. Kenapakah dasar ubah pinjaman
kepada biasiswa PTPTN ditangguhkan
pada 2005 ?


• Pada 1 Julai 2005, dasar ini telah
diberhentikan berikutan masalah kewangan
yang dialami PTPTN.

• Bagaimanapun, semua pelajar yang
diluluskan pinjaman sebelum 1 Julai 2005
masih layak memohon untuk mendapat
pengecualian bayaran balik.

13. Bilakah dasar ubah pinjaman kepada
biasiswa dilaksanakan semula ?


• Pada 23 Oktober 2009, ketika
membentangkan Bajet 2010, Perdana
Menteri mengumumkan pinjaman
pendidikan PTPTN ditukar kepada biasiswa
bagi pelajar yang menamatkan pengajian
Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh
Kepujian Kelas Pertama atau setaraf
dengannya dilaksanakan semula mulai
2010.

• Mulai 1 Januari 2010 PTPTN melaksanakan
semula dasar mengubah pinjaman kepada
biasiswa untuk pelajar yang layak.

• Pelaksanaan ini adalah tanda keprihatinan
kerajaan mencerminkan pengiktirafan
terhadap pelajar cemerlang.

14. Berapa ramaikah pelajar yang diluluskan
untuk mengubah pinjaman kepada
biasiswa sejak dasar ini diperkenalkan?


• Sehingga 31 Disember 2011, 11,764 pelajar
telah diluluskan pengecualian bayaran balik
pinjaman pendidikan kerana mendapat
ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau
setaraf dengannya.

• Pengecualian ini melibatkan pelupusan
pinjaman pendidikan PTPTN berjumlah
RM339.07 juta.

15. Adakah pinjaman PTPTN bercanggah
dengan syariah kerana mengandungi
unsur riba?


• PTPTN melaksanakan pembiayaan
berdasarkan kaedah Islam dikenali sebagai
Kaedah Ujrah atau upah 1% setahun mulai
1 Jun 2008.

• Kaedah ini menggantikan kaedah
sebelumnya yang mengenakan bayaran
kos pentadbiran 3% hingga 5% setahun.

• Kaedah baru ini adalah selaras dengan
Syariah sebagaimana yang telah
diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
pada 28 Julai 2008.

• Pembiayaan pendidikan mengikut Kaedah
Ujrah dilaksanakan bagi semua peminjam
PTPTN (yang sedia ada dan baru) tertakluk
kepada syarat yang ditetapkan.

16. Pelajar berhujah supaya kerajaan
menghapuskan pinjaman PTPTN kerana
pendidikan adalah tanggungjawab
kerajaan untuk diberi percuma?


• Buat masa ini kerajaan tidak bercadang
untuk menghapuskan pinjaman PTPTN.

17. Ramaikah peminjam yang telah
disenarai hitam dan berapakah jumlah
pinjaman yang terlibat?


• Seramai 132,801 peminjam telah disenarai
hitamkan dengan kerjasama Jabatan
Imigresen.

• Jumlah pinjaman terlibat ialah RM2.11 bilion.

18. Berapakah jumlah peminjam yang di
senarai hitam yang telah membuat
bayaran balik pinjaman dan berapakah
jumlah pinjaman yang terlibat?


• Seramai 21,839 peminjam telah membuat
bayaran balik.

• Jumlah pinjaman yang telah dibayar balik
ialah RM163.97 juta.

19. Apakah yang menyebabkan peminjam
gagal membayar balik pinjaman?


• Peminjam masih meneruskan pengajian
ke peringkat lebih tinggi.

• Peminjam masih menganggur.

• Peminjam sudah bekerja tetapi memperoleh
pendapatan kecil yang tidak setimpal
dengan kelulusan.

• Sikap peminjam yang tidak endah untuk
membuat bayaran balik.

20. Apakah faedah wujudnya PTPTN?

• PTPTN membuka peluang yang lebih luas
kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran
di IPTA dan IPTS.

• Menerapkan nilai-nilai murni dan rasa
tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

• Ibu bapa tidak lagi dibebankan dengan
masalah kewangan termasuk hutang untuk
menanggung perbelanjaan anak-anak
mereka melanjutkan pelajaran.

• Menggalakkan pelajar berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapat
ijazah dengan keputusan terbaik.

• Bayaran balik kepada PTPTN boleh
digunakan untuk membiayai pelajar-pelajar
akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...