Sabtu, 30 November 2013

JDT bercadang mengambil bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba ...???



AFC IS OUR MISSION!!

Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah membuat perancangan untuk mengikat bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba sekiranya skuad Harimau Selatan itu layak dalam saingan Piala AFC pada 2015.
Ini adalah misi terbesar TMJ jika layak ke saingan tersebut dalam usaha baginda untuk misi membangunkan bolasepak di Johor.

Bagi kami di TPS, usaha ini menunjukkan bahawa TMJ begitu serius dalam memertabatkan bolasepak negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kita tidak mahu terus berada di takuk lama dengan rasa begitu selesa dengan pencapaian pasukan negara yang di lihat semakin "sakit".


Kredit :  JDT FC - The Photoshooterz

Sabtu, 23 November 2013

Cuti hujung minggu negeri Johor ditukar Jumaat & Sabtu..



Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebentar tadi telah menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Kredit Kesultanan Johor

Ahad, 17 November 2013

Berita baik...!!! Perkahwinan Mega 2014


Pada bakal - bakal mempelai yang ingin melangsungkan perkahwinan pada 2014 nanti..

Perkahwinan Mega 2014 pada tarikh - tarikh istimewa berikut :

1. 1 May 2014 - Khamis - Hari Pekerja

2. 31 Ogos 2014 - Ahad - Hari Kebangsaan

3. 14 Disember 2014 - Ahad - Tarikh Istemewa 14.12.14


- 100 pengantin yang layak bagi setiap tarikh yang ditetapkan

 - Bayaran bagi setiap pasangan adalah cuma RM5000
* Berkonsepkan Perkahwinan Melayu
* Pelamin
* Hidangan buffet
* Makan beradap pengantin
* Kompang
* Persembahan pentas dan artis ( akan diupdate )

BERMINAT CLICK SINI 

Jumaat, 15 November 2013

Bapa hadiah Mini Cooper kerana cemerlang #UPSR

   
Bapa mana yg tidak gembira jikalau anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Semalam seorang pelajar Sk Zainab 1, Kota Bharu mendapat kejutan dari bapanya bila dihadiahkan sebuah kereta mini cooper berharga rm210k setelah mendapat keputusan 5A dalam keputusan UPSR yang baru diumumkan.

Mengikut sumber, kereta itu terus dihantar kesekolah oleh bapanya yang merupakan taukey ayam apabila mengetahui anaknya mendapat keputusan yang cemerlang itu.



Selasa, 12 November 2013

Polis Edar Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Penguat Kuasa JAIP



KUANTAN: Polis Pahang pada Selasa mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi.

"Kami mengessa orang ramai membantu menyalurkan maklumat dan sekiranya mereka terserempak dengan individu yang mempunyai wajah menyerupai suspek segera menghubungi pihak polis.

"Kita juga akan bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha menjejaki suspek," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Sharifuddin berkata siasatan mendapati suspek, yang memakai baju berwarna putih merupakan individu yang memanggil Ahmad Rafli keluar daripada rumahnya untuk menyerahkan satu dokumen kepada mangsa.

"Seorang lagi suspek, berusia dalam lingkungan 40 an, melepaskan tiga das tembakan memakai jubah hitam dan berkopiah.

"Tiada maklumat diperolehi mengenai suspek ketiga - yang merupakan pemandu kereta Proton Wira Aeroback putih," katanya.

Jelasnya, tiga das tembakan yang dilepaskan terhadap Ahmad Rafli dalam insiden pada pukul 1.55 petang Ahad lalu, menyebabkan kematian suspek dihadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.

Sharifuddin berkata siasatan turut mendapati Ahmad Rafli tidak pernah menerima sebarang ugutan bunuh daripada mana-mana pihak sebelum insiden tembakan itu berlaku.

Beliau mengesahkan bahawa setakat ini tiada pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengessa 31 pengikut kumpulan Tuhan Harun menyerah diri kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan berkenaan.

Beliau berkata pihak polis telah mengenalpasti identiti pengikut kumpulan berkenaan dan mereka diminta menyerah diri dengan kadar segera.

Isnin, 11 November 2013

Matyo bakal digantung perlawanan seumur hidup?


Kerana tindakan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang menayangkan kalimah Allah dibaju ketika perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Bahrain pada 15 Oktober lalu beliau mungkin akan digantung dari permainan bolasepak seumur hidup.

Semuanya terjadi setelah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerima aduan mengenai perkara tersebut dari sebuah parti politik pembangkang di Malaysia dan mereka bakal membuat keputusan mengenai nasib pemain negara merangkap pasukan JDT itu pada bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pada 30 Oktober yang lepas, berkata bahawa FAM telah menghantar surat penjelasan mengenai perkara tersebut kepada AFC dan Mat Yo juga telah memberikan penjelasan beliau kepada FAM.

Berdasarkan peraturan empat, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (kelengkapan pemain), mana-mana pemain tidak dibenarkan menayangkan apa-apa mesej sensitif berkaitan politik, agama mahupun komersial ketika berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak.

Ahad, 10 November 2013

Al Fatihah - Pelakon Ahmad Busu meninggal dunia...






KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Klang.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.


Berita kematian beliau tersebar di twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank Direman



PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans. 

Syabas PDRM, Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Berjaya Ditahan


PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

Khamis, 7 November 2013

Dera: Pemilik taska serah diri


KUALA LUMPUR – Pemilik  sebuah taska  di Taman Melati, dekat sini, yang dikaitkan dengan kes penderaan  kanak-kanak, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berusia 35 tahun itu tiba di IPPKL kira-kira jam 10.30 pagi



“Wanita itu akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), tengah hari tadi.



Pemilik taska berkenaan sebelum ini bertindak  menghilangkan diri selepas  insiden  rakaman penderaan di taskanya disiarkan stesen televisyen swasta.



Kejadian  terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska berjaya merakam tindakan seorang pengasuh memukul kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam di lantai.



Lelaki itu meletakkan  kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di situ.



Jumaat lalu, media melaporkan mengenai insiden kanak-kanak dipukul pengasuh taska berkenaan selepas rakaman video sepanjang sembilan minit  turut dimuat naik ke YouTube dan Facebook.

Culik: Empat 'pak guard' dihukum mati





SHAH ALAM - Empat pengawal keselamatan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas pertuduhan menculik sepasang suami isteri untuk mendapatkan wang tebusan RM5,000, lebih dua tahun lepas.


P.Thinagaran, 27, S.S.Arumugam, 24, C.Krishnakumar, 24, dan V.K.Santirasagaran, 32, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong, Selangor, kira-kira pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.



Hakim Nor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata kes culik itu telah menyebabkan keresahan dan kebimbangan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.



Beliau berkata pihaknya turut menimbangkan faktor keganasan dalam kes itu di mana isteri mangsa dirogol oleh seorang lelaki bernama Shan yang masih bebas dengan gambarnya dirakam oleh keempat-empat tertuduh.



Katanya, perbuatan itu menyebabkan ketakutan dan trauma yang amat serius kepada suami isteri berkenaan.



Mengikut fakta kes, suami isteri berkenaan telah pergi ke tempat kejadian untuk bertemu lelaki bernama Shan sebelum ditarik dan dimasukkan secara tiba-tiba ke dalam kereta jenis Honda yang dipandu Arumugam dan dinaiki tiga tertuduh lain.



Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke sebuah kawasan di Kampung Tan Sri Manikavasagam, Pulau Carey dan telah dikurung di sebuah rumah kosong yang bersambung dengan kontena panjang yang diubah suai.



Isteri mangsa mendakwa beliau turut dirogol oleh Shan semasa dikurung manakala suaminya menjelaskan beliau dipukul oleh Shan.



Kedua-dua mangsa dibebaskan pada hari kejadian iaitu pada 4 Mac 2011 kira-kira pukul 10 malam setelah wang tebusan sebanyak  RM1,500 dibayar dalam dua transaksi ke dalam akaun Maybank yang disahkan dimiliki oleh seorang bernama C. Manimavanan, 43.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V.Thiru Kumar dan Amir Faliq. - Bernama

Bayar nazar menang Piala Malaysia - berjalan sejauh 280km


KUANTAN: Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan, Abdul Majid Abdul Hamid, 57, berjalan dari Kuantan ke Stadium Shah Alam sejauh 280km bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57, yang diiringi rakannya, Abdullah Othman, 51, memulakan perjalanan jam 6.45 pagi - rabu. 

Dia menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini.

Selasa, 5 November 2013

Rakyat M'sia Dengan Gelaran "Si Gemuk Leonard" Akan Didakwa Di Amerika Kerana Rasuah Pelacur Kepada Tentera Laut Amerika Untuk Kontrak Berjuta Dolar



SAN DIEGO (AS): Seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan panggilan 'Si Gemuk Leonard' di kalangan pegawai-pegawai kanan tentera laut Amerika yang beroperasi di lautan Pasifik kini popular atas sebab yang salah setelah dia didakwa di sebuah mahkamah persekutuan di sini kerana menjadi bapa ayam.

Tetapi menurut agensi berita AP, berdasarkan kertas dokumen mahkamah yang diperolehi, Si Gemuk Leonard atau nama sebenarnya Leonard Francis bukan sekadar membekalkan pelacur kepada pegawai-pegawai tinggi tentera laut Amerika yang berlabuh di Pasifik malah menggunakan cara tersebut untuk memperolehi pelbagai maklumat sulit tentera laut yang akhirnya digunakan untuk mendapat kontrak yang lumayan.

Dia juga didakwa menyediakan tiket konsert percuma Lady Gaga untuk pegawai-pegawai tentera laut Amerika sebagai habuan mendapat akses kepada maklumat kontrak yang dicarinya.

Skandal yang amat memalukan pasukan tentera laut Amerika di Pasifik ini yang sebelum ini dianggap sebagai pasukan yang penuh integriti dan paling beradap serta sopan di kalangan cabang pasukan bersenjata Amerika telah menjadi tajuk berita utama di negara tersebut.

Dan yang paling memalukan ialah, nama Malaysia muncul di tengah-tengah kehangatan kes tersebut gara-gara Si Gemuk Leonard.

Kes ini juga telah mendedahkan betapa korupsi dan penyalahgunaan kuasa boleh menjejaskan isu keselamatan negara.

Mahkamah akan memutuskan Jumaat ini bilakah tarikh perbicaraan akan bermula.

Sementara itu, berdasarkan dokumen pendakwaan yang diperolehi oleh AP, Komander Angkatan Tentera Laut Amerika, Michael Vannak Khem Misiewicz telah dikatakan membekalkan maklumat sulit mengenai jadual perjalanan kapal-kapal perang Amerika kepada Si Gemuk Leonard yang mempunyai sebuah firma pembekalan yang berpusat di Singapura.

Firma tersebut, Glenn Defense Marine Asia Limited kemudiannya mencaturkan di manakah kapal-kapal perang Amerika termasuklah kapal pengangkut pesawat patut berlabuh dan menerima khidmat bekalan sokongan.

Firma itu kemudiannya didakwa telah menggenakan caj yang berlebihan ke atas kapal-kapal tentera laut Amerika ini menerusi bekalan minyak, makanan dan lain-lain perkhidmatan.

Syarikat milik Si Gemuk Leonard ini pernah sekali mengenakan caj perkhidmatan sehingga AS$10 juta kepada tentera laut Amerika dalam satu tahun.

Malah mereka didakwa telah mencipta tarif yang dipalsukan menggunakan dokumen pihak berkuasa pelabuhan.

Bekas Panglima Angkatan Laut Amerika, Admiral Terry McKnight telah dipetik sebagai berkata, adalah sesuatu yang menakjubkan bagaimana seorang manusia boleh menentukan di pelabuhan manakah sesebuah armada laut patut berlabuh apatah lagi jika ia dilakukan hanya dengan pengaruh seorang kontraktor perbekalan.

Setakat ini pihak berkuasa telah menahan Misiewicz, Si Gemuk Leonard, pengurus besarnya, Alex Wisidagama dan seorang lagi pegawai tentera laut bernama John Beliveau.

Menurut kertas pendakwaan, Beliveau dituduh membekalkan maklumat kepada Si Gemuk Leonard tentang perkembangan siasatan dan bagaimana hendak mempertahankan dirinya daripada semua dakwaan ini sebagai balasan kepada percutian mewah, rasuah dan pelacur.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Tetapi jika didapati bersalah kelak, mereka berhadapan dengan hukuman sehingga lima tahun penjara.

Ramai yang percaya akan terdapat beberapa nama lagi pegawai tinggi tentera laut yang akan terpalit dan didakwa kerana menerima pelbagai hadiah lumayan daripada Si Gemuk Leonard.

Yang paling menakjubkan ialah, Si Gemuk Leonard ini dikatakan telah mencapai status 'legenda' di kalangan pegawai-pegawai tinggi tentera laut Amerika di Pasifik yang sekaligus mengambarkan betapa popularnya dia.

Fakta ini diakui sendiri oleh Admiral McKnight walaupun dia sendiri tidak pernah bertemu Leonard tetapi sekadar mendengar namanya sahaja.

Banglo mewah Leonard di Singapura menjadi perhatian ramai dan disifatkan sebagai sama hebat dengan pusat membeli belah terkemuka negara itu.

"Jika anda bercakap dengan mana-mana kapten kapal armada yang pernah belayar ke Singapura dan Pasifik, tidak ada seorang pun yang tidak kenal dengannya. Semua mereka mengenalinya secara peribadi," kata McKnight lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan Jenayah Tentera Laut Amerika, Laksamana John Kirby dipetik oleh AP sebagai berkata, siasatan ke atas Leonard bermula pada tahun 2010.

Pada tahun yang sama, Komander Misiewicz turut mencuri perhatian dunia apabila dia buat pertama kalinya kembali ke tanah asalnya Kemboja sebagai seorang pegawai kanan tentera laut Amerika. Dia disambut bagaikan seorang wira oleh warga Kemboja.

Dia berhijrah ke Amerika pada usia yang kecil selepas diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita warga Amerika.

Isnin, 4 November 2013

ATM Tetap Teliti Dakwaan Intipan - Panglima ATM


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap meneliti sejauh mana kebenaran dakwaan pengintipan oleh pihak asing, sekalipun tiada laporan mengenai kebocoran maklumat dan rahsia ketenteraan negara setakat ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata isu itu perlukan pengesahan kerana membabitkan kedaulatan negara.

"Kita tahu satu daripada tugas kedutaan negara luar yang ada di negara ini ialah untuk mendapatkan butir-butir kemajuan ekonomi dan sebagainya namun kita perlu lihat sejauh mana maklumat yang mereka perolehi itu dan adakah ia dapat menjejaskan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Anggota Cedera Peringkat Pusat di Kem Sungai Besi di sini, Isnin.

Dalam majlis itu 65 anggota yang cedera sewaktu bertugas, iaitu 14 yang masih berkhidmat manakala bakinya telah bersara, menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata ATM sentiasa mengemas kini prosedur operasi standardnya berhubung rahsia dan maklumat ketenteraan berdasarkan perkembangan teknologi terkini.

Isu pengintipan itu timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Jumaat, 1 November 2013

STESYEN MINYAK KANTOI MENIPU..



GARA2 NAK UNTUNG BANYAK SEBUAH STESYEN MINYAK SANGGUP MENIPU PELANGGAN

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

GAMBAR BAWAH,Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

Aishah Dakwa BN Tolak Islam ...



YAN: Penyanyi Aishah mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam apabila pemimpin parti berkenaan tidak menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dalam urusan pentadbiran negara.
Dakwa bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan itu lagi, penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

"Atas dasar-dasar kemanusiaan pun kau sudah buat salah. Bila kau (kerajaan) menyeleweng duit rakyat, tidak menjalankan amanah, apa-apa agama pun tidak boleh terima.

"Apa sudah jadi kepada Malaysia? Kata (mengaku) orang Islam tapi perlakuan mereka (pemimpin kerajaan) tidak membayangkan keislaman itu," katanya pada forum di Markas Pemuda PAS di Dulang Kecil di sini pada Khamis malam.

Forum penerangan politik sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu turut membariskan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai ahli panel.

Aishah hadir di DUN Sungai Limau buat kali kedua sepanjang tempoh berkempen bagi membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.



Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol.

Selain itu menerusi forum itu lagi Aishah sempat menyindir penyokong BN berhubung kenyataannya mengenai Islam.

"Nanti kalau saya cerita (lebih) orang kata saya dah jadi ustazah mee segera. (dalam masa) Dua minit sudah boleh cerita pasal agama," katanya sambil disambut gelak tawa penyokong pembangkang.

Sementara itu mengulas mengenai slogan 'jom kalih' yang digunakan penceramah BN agar masyarakat DUN Sungai Limau berubah daripada kempimpinan PAS, Aishah bagaimanapun menyeru supaya pengundi kekal memilih PAS berdasarkan rekod parti itu yang menegakkan Islam.

Katanya pengundi diingatkan supaya tidak termakan dengan janji kosong kerajaan BN yang menurutnya dibuat semata-mata mahu meraih undi.

"Kita nak kalih (tukar) buat apa? Kita mesti merapatkan saf dan berikan majoriti yang lebih tinggi kepada PAS kerana parti ini sudah tunjukkan teladan.

"Sebaliknya kerajaan hanya tunjukkan 'janji manismu'...saya nyanyi lagu ni sudah lebih 20 tahun, inilah sikap mereka," katanya.

Gambaran Stadium Baru JDT selepas diubahsuai secara berperingkat..



Gambaran perspektif eksklusif pertama untuk tatapan semua peminat, penyokong bolasepak dan rakyat Johor. Johor Bahru - Setelah perancangan dan persiapan teliti untuk projek menaiktaraf Stadium Larkin dilakukan termasuk segala kemudahan sampingan di kawasan persekitaran, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada hari ini telah memperkenankan untuk gambaran perspektif eksklusif pertama dikongsikan bersama kesemua peminat dan penyokong bolasepak di negeri Johor.

Projek yang akan menjadi kebanggaan semua rakyat Johor ini akan dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan akan dinaiktaraf kapasiti dan ubahsuai secara berperingkat mulai tahun 2014 tanpa menggangu jadual perlawanan Liga Super pasukan Johor Darul Takzim pada musim hadapan. Setelah siap nanti, pengurusan stadium ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjadikan ia Persatuan bolasepak pertama di negara ini yang mempunyai stadium bolesepak sendiri dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa khusus untuk kegunaan sukan bolasepak.

Perancangan jangka panjang akan terus dijalankan supaya bolasepak negeri Johor terus maju ke arah tahap profesionalisma antarabangsa. Mari kita sama-sama penuhkan stadium memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi dan mudah-mudahan kejayaan akan dibawa ke negeri Johor pada musim hadapan. 


Luaskan kuasamu Johor..!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...