Isu Semasa - LYNAS
























 



1. Apakah kilang Lynas dan siapa
pemiliknya?

• Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas), 

sebuah syarikat milik Australia, telah memohonkelulusan Kerajaan Malaysia untuk membina
sebuah kilang di Gebeng, Kuantan Pahang
untuk memproses bijih nadir bumi
(rare earth) yang diimport dari Mount Weld,
Australia Barat.

• Lynas dikendalikan dan diuruskan

sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan
dibantu oleh lima orang penasihat pakar
nadir bumi dari China dan India.
Kilang LYNAS adalah kilang kimia dan
BUKAN KILANG NUKLEAR seperti
Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan
Fukushima (Jepun).

2. Apakah itu nadir bumi?


• Istilah nadir bumi merujuk kepada sejenis

galian atau bijih yang terbentuk semula jadi
yang biasanya ditemui di dalam kerak bumi
dan sukar dikeluarkan.

3. Apakah produk yang dihasilkan oleh
kilang Lynas?


• Ia digunakan dalam peralatan moden seperti

Flat Screen TV, TV LED, komputer, telefon
bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik,
kincir angin, komponen elektronik untuk
pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta,
turbin angin, auto catalytic converter dan
aditif dalam diesel.

4. Apakah isu kontroversi yang dikaitkan
dengan Lynas?


• Ia mempunyai kaitan dengan isu kesihatan

dan keselamatan orang awam.

• Bijih nadir bumi yang diproses di kilang LYNAS

mengandungi sejumlah kecil sahaja radioaktif
yang terbit secara semula jadi. Terdapat
dakwaan bahawa bahan radioaktif di dalam
bijih dan produk yang dihasilkan oleh kilang
LYNAS boleh mendatangkan kemudaratan
dan kerosakan terhadap alam sekitar.

5. Benarkah kilang LYNAS mengeluarkan
bahan radioaktif berbahaya?


• Perlu ditegaskan radioaktif ada di manamana

disekeliling kita yang berpunca
daripada proses semula jadi, tetapi tidak
mendatangkan kesan kepada orang awam.

• Terdapat tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum

Sintetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF)
yang kaya dengan magnesium, dan
Fosfogypsum Besi (WLP).

• Gypsum Sintetik (FGD) dan Gypsum

Magnesium (NUF) adalah bahan sisa bukan
radioaktif dan program untuk menjadikannya
sebagai bahan komersil kini peringkat akhir.

• Fosfogypsum Besi (WLP) mengandungi

kadar radioaktif pada tahap 0.165%.

• Kadar yang ditetapkan oleh piawaian

antarabangsa bagi mengukur sesuatu
bahan bukan radioaktif ialah 0.05%.

• Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi

menstabil dan menurunkan paras radioaktif
di dalam Fosfogypsum Besi (WLP) dari
0.165% ke paras 0.03% iaitu lebih rendah
daripada paras yang ditetapkan oleh
piawaian antarabangsa. Dengan penurunan
tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang
diuruskan oleh Lynas dikategorikan sebagai
BAHAN BUKAN RADIOAKTIF DAN BUKAN
TOKSIK.

• Setelah distabilkan, Fosfogypsum Besi

(WLP) boleh digunakan sebagai bahan
asas penting dalam pembinaan jalan raya
dan tempat meletak kereta. Oleh itu, ia
boleh digunakan untuk tujuan komersil dan
memberi faedah kepada negara.

6. Siapakah yang meluluskan lesen bagi
kilang Lynas ?


• Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB)

Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar
(DOE) Malaysia yang bertanggungjawab
menentukan piawaian keselamatan di Lynas
dianggotai oleh anggota-anggota yang
memiliki kepakaran dalam bidang yang
berkaitan nuklear. Kewibawaan mereka
mengesahkan bahawa tahap keselamatan di
Lynas adalah terjamin / tidak perlu diragukan.

• Laporan oleh Agensi Tenaga Atom

Antarabangsa (IAEA) kepada Kerajaan
Malaysia pada 30 Jun 2011 menyatakan
bahawa undang-undang dan peraturan di
Malaysia berhubung keselamatan radiasi
adalah komprehensif dan mematuhi
piawaian IAEA.

7. Adakah kilang kimia seperti Lynas
terdapat di negara lain?


• Kilang memproses nadir bumi terdapat

di China, Amerika Syarikat, Rusia, Perancis,
India dan negara-negara Scandinavia.
Kilang yang sama sedang dirancang untuk
dibina di Afrika Selatan dan Vietnam.

• Ketika ini, China merupakan negara yang

menguasai pasaran nadir bumi di dunia
dengan memenuhi hampir 97 peratus
permintaan dunia.

8. Apakah kemungkinan kilang Lynas akan
meletup dan menyebarkan radioaktif?


• Kilang Lynas bukanlah loji atau reaktor

nuklear yang mengeluarkan sisa buangan
radioaktif seperti Loji Nuklear Chernobyl
di Ukraine yang meletup pada 26 April
1986 dan Fukushima Daiichi di Jepun
yang meletup pada 11 Mac 2011 akibat
dilanda Tsunami besar. Justeru, rakyat
Malaysia tidak perlu bimbang tentang risiko
tersebut kerana jika berlaku bencana di luar
jangkaan, kilang Lynas tidak akan meletup.

9. Bagaimana bahan sisa kilang Lynas
diuruskan?


• Sisa bahan kilang LYNAS akan diuruskan

dengan selamat berteraskan piawaian
yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Pelesenan Atom Malaysia dan Tenaga Atom
Antarabangsa berasaskan piawaian dan
spesifikasi berikut:

o Reka bentuk dan pembinaan tempat

penyimpanan dalam kawasan kilangnya
telah diluluskan oleh AELB pada Mac
2010.

o Bahagian dalaman set tempat

penyimpanan adalah dilindungi oleh
dua lapisan yang tidak dapat
ditembusi air.

o Penilaian oleh Agensi Nuklear

Malaysia mengesahkan bahawa
tiada kemungkinan kebocoran atau
pencemaran air bawah tanah boleh
berlaku.

o Sebagai perlindungan tambahan, sel

tempat penyimpanan akan dilengkapi
dengan sistem pengesanan kebocoran.

o Kaedah pengawasan geoteknikal

akan digunakan bagi memastikan
kestabilan bahagian dalaman sel tempat
penyimpanan.

o Air hujan dari sel tempat penyimpanan

akan dibendung, di kitar semula dan
dirawat.

o Pembendungan air hujan direka bentuk

berdasarkan senario hujan paling lebat
yang telah berlaku dalam tempoh 100
tahun.

o Walaupun Kerajaan berpuas hati Lynas

tidak menghasilkan bahan buangan
radioaktif, tetapi sebagai langkah
tambahan yang disyorkan oleh Agensi
Tenaga Atom Antarabangsa IAEA, Lynas
hendaklah menyediakan kemudahan
pelupusan tetap (PDF) di tempat yang
jauh daripada penempatan awam. YAB
Perdana Menteri sendiri amat prihatin
tentang perkara ini.

10. Kenapa kilang Lynas didirikan di
Malaysia bukan di Australia?


• Lynas tidak datang ke Malaysia untuk

mengelak peraturan ketat di Australia.
Keperluan undang-undang di Malaysia
adalah setanding dengan atau lebih ketat
daripada undang-undang di Australia. Lynas
melabur di Malaysia kerana:

o Iklim pelaburan yang kondusif dan

berdaya saing.

o Mempunyai sumber yang optimum,

termasuk infrastruktur yang diperlukan
untuk menyokong operasi kilang.

o Gebeng, khususnya mempunyai

kemudahan pelaburan yang diperlukan,
kemudahan sokongan yang boleh
dipercayai, pekerja yang kompeten
daripada segi teknikal dan kemudahan
utiliti yang berdaya saing.

o Keperluan undang-undang yang jelas

di mana ia amat penting dalam membuat
keputusan untuk melabur.

11. Apakah sumbangan kilang Lynas
kepada ekonomi Malaysia?


• Projek Lynas dijangka membantu

pertumbuhan ekonomi negara dan menjana
pelbagai perniagaan dan industri kecil
di Malaysia yang membuka peluang
pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat
negara ini agar rakyat Malaysia dapat
peluang pekerjaan dan perniagaan bagi
meningkatkan pendapatan mereka.

• Projek kilang Lynas dijangka membawa

masuk ke Malaysia Pelaburan langsung
asing (FDI) berjumlah RM2 bilion.

• Kos operasi kilang Lynas adalah RM350 juta

setahun.

• Pelantikan 350 orang tenaga mahir.


• Industri sokongan akan menjana 2,700

peluang pekerjaan.

• Memberi kontrak bernilai RM1.2 bilion

kepada kontraktor tempatan.

• Kos berjumlah RM600 juta akan

dibelanjakan setiap tahun untuk operasi
kilang.

• Hasil yang akan dapat dikutip oleh Malaysia

daripada projek Lynas adalah bernilai RM8
bilion.
















Update 19 Feb 2017 : 

Nak tanya apa pendirian pembangkang sekarang,senyap je...?

Dah ada ke kes kematian seperti yang diwar2 kan sebelum pembinaan kilang LYNAS tempoh hari..?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...