Anwar Akan Bertanding Di Kawasan Cina
Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat
sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’
dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki
Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam
usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.
Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya
mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh
terkena tembakan sendiri. Langsung
Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak
sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa
yang singkat sahaja.
Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad
Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan
yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi
juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta
pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.
Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar
begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu
menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan
kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah.
Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya
mereka masuk campur dalam urusan negara.
Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan
bahawa ada Kuasa yang jauh lebih Besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap
memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar
tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan
ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang
dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya.
Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat
semulajadinya.
Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan
meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula
tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan
Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.
Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di
dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari
pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik
Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak
sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.
Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan
majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut
ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim
Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah.
Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA
Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.
Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti
berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%,
India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada
PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong
DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak
membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.
Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak
bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar
kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli
politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah
sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri
setiap kali PRU.
Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana
pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri
keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam
wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina
dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau
biseksualnya.
Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh
harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana
yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru,
kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi
mereka ialah Pakatan Rakyat.
Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka
tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina
serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka
dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.
Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur
mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil
rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan
integriti wakilnya.
Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang
wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak
pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.
Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah
menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk
mengundinya. Pandangan penulis, mungkin
lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan
Sultan Sulu tanpa bertanding.