Ahad, 30 Jun 2013

Potong kemaluan bekas suami, wanita dipenjara

LOS ANGELES - Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemaluan bekas suaminya ke tempat pembuangan sampah.

Menurut laporan CNN, Catherine Kieu, 50 dan suaminya, 60 bercerai pada Julai 2011.


Mengikut rekod Mahkamah Orange Country, pasangan ini berkahwin pada Disember 2009 tapi pada Mei 2011, suaminya memfailkan penceraian yang diluluskan pada Ogos 2011.


Dalam kenyataan pejabat peguam daerah Orange Country Jumaat lalu ada menyebut Kieu menyediakan makan malam yang dimasukkan ubat tidur untuk suaminya selepas mereka bertengkar.


Apabila suaminya tertidur, Kieu mengikat kaki dan tangan di katil dan apabila si suami bangun, dia menarik seluar dan memotong kemaluan si suami dengan pisau.


Kieu kemudiannya membuang kemaluan si suami ke kawasan pembuangan sampah dan menghubungi 911 ekoran pendarahan suaminya itu.


Menurut polis, nama mangsa tidak didedahkan kerana dia mangsa kecacatan kekal.


Kieu merupakan anak kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Que Anh Tran.

Siti rancang ambil anak angkat dari Gaza


PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari Gaza.

Namun, hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu.


Berpeluang menemuinya di Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, semalam, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi tentang perkara tersebut.


"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.


"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.


"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana," katanya kepada pemberita.

Terdapat 18,000 kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima cukup biaya.


Setakat ini, seramai 200 kanak-kanak Gaza sudah mempunyai keluarga angkat dari Malaysia.


Difahamkan, keluarga angkat ini menaja kanak-kanak yatim piatu di bumi tersebut.


"Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza.


"Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut.


"... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya.

Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan.


"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.


"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya.


Pihak Mapim turut mengalu-alukan hasrat Siti untuk menaja anak-anak di Gaza.


"Memang pihak Mapim ada beritahu beliau bahawa mereka sangat keberatan jika anak-anak mereka dibawa keluar.


"Maka, kami sangat mengalu-alukan Datuk Siti untuk memikirkan pembiayaan untuk seorang atau dua kerana ini akan memberikan contoh kepada artis lain," kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.


Tambahnya, "kerana masa depan Gaza itu bergantung kepada kanak-kanak. 52 peratus populasi di Gaza adalah kanak-kanak. Jika tidak diselamatkan, Gaza tak ada masa depan."

Bojan puji aksi mantap TRW


JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak nyata berpuas hati dengan persembahan mantap yang dipamerkan anak buahnya selepas berjaya menewaskan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Menurut Bojan, pemainnya telah menunjukkan usaha dan prestasi luar jangkaan demi meraih kemenangan ini.


"Semua pemain beraksi dengan cukup baik dan banyak mencipta peluang.


"Meskipun JDT mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun barisan pertahanan berjaya mengekangnya dengan baik.


"Pemain Obinna Nwaneri bertindak cemerlang malam ini dengan menafikan barisan serangan JDT sebarang peluang, saya sangat gembira dan pujian harus diberikan pemain," kata Bojan kepada pemberita selepas perlawanan, malam tadi.


Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA buat kali kedua berturut-turut selepas menundukkan JDT 1-0.


Pemain tengahnya, Mohd Norfarhan menjadi wira pasukan Kelantan apabila meleburkan impian pasukan JDT setelah menjaringkan gol tunggal pada minit ke-16 hasil hantaran Mohd Badhri Radzi.


Mengulas mengenai kejayaan itu, Bojan berkata, kemenangan pertama musim ini akan menyuntik lagi semangat anak buahnya bagi mengharungi saingan seterusnya.


"Seperti saya katakan, kejayaan malam ini (malam tadi) sangat penting. Bukan sahaja ia piala pertama buat Kelantan tetapi juga untuk memberi semangat dan keyakinan kepada pemain untuk beraksi dalam saingan perlawanan musim ini.


"Saya ucapkan tahniah kepada pemain kerana menunjukkan satu sikap juang yang tinggi serta keyakinan yang baik.


"Akhirnya kita berjaya membawa pulang satu piala dan saya berharap konsentasi ini dapat dikekalkan pada perlawanan selepas ini,"ujar Hodak.

Kehilangan tonggak utama punca JDT kecundang


KEHILANGAN tiga tonggak utama, Mohd Safiq Rahim, Mohd Safee Sali dan Andrezinho yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada awal separuh masa pertama punca Johor Darul Takzim (JDT) gagal mencatat kemenangan ke atas Kelantan semalam.

Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim menyifatkan ketiadaan ketiga-tiga pemain tersebut jelas merencatkan strategi awal yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Fandi Ahmad sebelum perlawanan bermula.


"Tidak dinafikan kehilangan tiga pemain tersebut (Safee dan Andre mengalami kecederaan pangkal paha manakala Safiq kecederaan di buku lali) jelas telah melumpuhkan gerakan tengah.


"Dan itu telah diambil kesempatan oleh Kelantan untuk menguasai perlawanan.


"Saya pun tidak tahu mahu cakap apa, kecewa memang kecewa dan semua pasukan kami merasainya.


"Tapi inilah dunia bola sepak, ada kalah dan menang. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Kelantan kerana muncul juara tahun ini," kata Ismail kepada pemberita selepas perlawanan itu.


Pada masa sama, Ismail turut tidak menolak kemungkinan faktor kemenangan pasukan Gergasi Pantai Timur itu lebih kepada sejarah penyertaan mereka yang banyak beraksi di pentas final manakala hanya dua pemainnya, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya pernah beraksi di final sebelum ini.


"Mungkin pengalaman yang memberi kelebihan kepada Kelantan berbanding kita, saya lihat corak permainan yang dipamerkan Kelantan mantap.


"Mereka banyak menguasai bola dan itu beza antara kita dan Kelantan.


"Namun saya berharap pengalaman kali ini akan menjadi pengajaran berguna untuk pemain khususnya pemain muda untuk menghadapi baki perlawanan Liga Super selepas ini," ujarnya.


Semalam, misi JDT untuk menamatkan penantian selama 15 menjulang Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 0-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Mengulas mengenai keputusan itu, Ismail menganggap nasib tidak memihak kepada pasukannya meskipun mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.


"Jika kita lihat pada akhir perlawanan, pemain JDT menunjukkan perubahan berbanding separuh masa pertama.


"Kita banyak memberi tekanan kepada Kelantan malah mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi tiada rezeki.


"Justeru itu, saya harap pemain akan lupakan kekalahan ini dan kembali fokus pada saingan Liga Super yang turut menjadi misi kita untuk menjadi juara musim ini," jelas beliau.

Sukar Rampas Kuala Besut Dari BN - Mat Sabu

GEORGE TOWN: PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit.

"Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.

"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.

Sabtu, 29 Jun 2013

Karpal Gesa SPR Batal Beberapa Kerusi Parlimen, DUN

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membatalkan beberapa kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai bilangan sama banyak.

"Ini untuk mengelakkan Parlimen tergantung," katanya pada sidang akhbar di Air Itam, Sabtu.

Karpal mengulas tentang pilihan raya kecil di Kuala Besut, Terengganu akan datang dengan kemungkinan berlaku pemisahan 32 kerusi sama rata.

"SPR perlu menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di negeri-negeri ini," katanya.

Katanya dewan undangan negeri-negeri yang lain dengan jumlah kerusi sama banyak ialah Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).

Dalam perkembangan berasingan, Karpal menggesa bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menarik balik dan memohon maaf kerana mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima bantuan untuk mengadakan Himpunan 505 daripada beberapa pihak termasuk Turki, Washington dan Filipina.

"Kenyataan-kenyataan oleh Jusuf boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Apa yang berlaku kepada Anwar dan kredibiliti beliau juga akan memberi kesan kepada parti komponen Pakatan Rakyat," kata beliau.

Orang Ramai Akan Diberi Kata Laluan Semak Status Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membangunkan sistem status siasatan kes untuk membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporannya.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata ia merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM, yang akan dilaksanakan September ini.

"Kita akan berikan kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses sistem tersebut bagi mengetahui perkembangan siasatan kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama, Wisma Bernama di sini, Sabtu.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Ayub berkata pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau juga berkata polis menerima laporan berhubung 351 kes berkaitan penipuan perniagaan dengan kerugian bernilai RM100 juta pada tahun lepas dan bagi empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta.

"Kebanyakan kes melibatkan penipuan internet dan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional. Ada juga yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati membuat pelaburan dan perlu menyemak dengan pihak tertentu termasuk SSM bagi mengelak ditipu. - BERNAMA

Ahad, 23 Jun 2013

SPR: 'Kami tak akan berganjak'..!!



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berganjak dengan desakan pembangkang dan peserta Black505 supaya berundur.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan mereka jelas melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, PR tidak perlu mengheret rakyat bagi menjayakan rancangan politik khususnya berhubung tuntutan supaya pegawai tertinggi SPR letak jawatan.

"SPR tak akan tunduk dengan tuntutan yang tak masuk akal itu.

"Kita tak akan berganjak. Tak perlu nak teruskan perhimpunan yang menyusahkan rakyat dan pihak lain kerana SPR tetap dengan pendirian sebelum ini.

"Tak akan ada perubahan, atau mereka ini sengaja mahu menyusahkan penguatkuasa, orang ramai dan untuk memalukan negara?," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam penganjur meneruskan himpunan Black505 di Padang Merbok walaupun pada mulanya gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan keizinan polis.

Bagaimanapun, setelah keengganan penyokong PR berundur kebenaran telah diberikan.

Perhimpunan yang dikatakan kemuncak itu turut mengulangi tuntutan supaya pegawai tertinggi SPR meletak jawatan, selain memberi amaran supaya tidak melakukan proses persempadanan semula sebelum suruhanjaya baru itu dibentuk.

PR juga dilihat lantang menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan yang telah difailkan petisyen.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad menasihatkan supaya PR tidak membuat keputusan terburu-buru mengenai perkara yang tidak sahih.

"Mereka ini (ahli Parlimen baru) kadang-kadang tak tahu pun persempadanan semula itu dilakukan macam mana, mereka hanya ikut ahli Parlimen lama.

"Perkara tersebut ada langkah-langkahnya sendiri, bukan SPR yang putuskan, SPR hanya cadangkan syor, kalau mereka tak puas hati boleh bantah," ulasnya mengenai isu persempadanan semula yang dibangkatkan PR pada himpunan tersebut.


Like Dan Sokong Page BARISAN NASIONAL "IMPIAN HARAPAN MALAYSIA"..

Fenomena 'Supermoon' ...???


KUALA LUMPUR: Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan esok, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Menurut kenyataan Angkasa, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.

"Kita dapat saksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh, kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi, dengan jarak 356,989 kilometer," katanya.

Kenyataan itu menyebut keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur bukan berbentuk bulat sempurna, dan ini menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan, katanya.

Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai, iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.-BERNAMA


Like Dan Sokong Page BARISAN NASIONAL "IMPIAN HARAPAN MALAYSIA"...

Jumaat, 7 Jun 2013

Misi Jahat KIRAM...!!!


KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.


Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas  dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.


Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa  60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.


Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?

Saya arahkan pegawai saya membuat  laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern  Command.


Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops  Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima,  Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.

Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan  rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?


Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding  bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu  14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama,  iaitu pada 12 Februari melalui telefon. 

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?

Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari  Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.


Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.


Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.


Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun  dia tetap tidak mahu beralah.


Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi  masih degil.


Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?

Kita boleh serang, tapi ini bukan  cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.



Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar  dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.


Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.


Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.


Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.


Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.


Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.


Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu  semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.


Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25  orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.


Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu  kumpulan berjaya selamatkan diri.


Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan keduadua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.


Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?

Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera   Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat.  

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.


Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta  berbincang langkah yang perlu diambil.


Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama  mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.


Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakanmusuh dalam hutan dengan sebelah tangan Hamza pegang senjata.


Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.


Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.


Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.


Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.


Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.


Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?

Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.


Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.


Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.


Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.


Credit To : SINAR HARIAN

Kerang Di Sabah Masih Tidak Selamat Dimakan Berikutan Toksin Air Laut Merah

Orang ramai masih dinasihatkan untuk tidak memakan kerang kerana tahap toksin air laut merah semakin tinggi dicatatkan di beberapa bahagian laut Sabah.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Rayner Stuel Galid berkata, paras toksik masih pada 700 Unit ‘Mouse’ (MU), yang merupakan tahap agak berbahaya bagi manusia.

"Keracunan makanan dan juga kematian boleh disebabkan oleh memakan kerang toksin air laut merah," katanya, sambil menambah MU terendah dianggap selamat untuk manusia adalah di bawah 400 MU.

Peniaga juga diingatkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya tidak menjual makanan laut kerana ia boleh membahayakan nyawa.

"Hanya Jabatan Perikanan dapat mengesan kehadiran toksin ini dalam semua jenis kerang di makmal khusus dan bukannya menerusi penglihatan atau bau semata-mata," kata Rayner.

Beliau menambah, toksin dalam kerang juga tidak selamat dengan hanya membasuh berulang kali atau memasak.

Gejala alga berbahaya, yang dikenali sebagai fenomena air laut merah, termasuk menjadikan bibir dan lidah rasa berdenyut-denyut bergantung kepada tahap keracunan.

Gejala boleh merebak dengan rasa berdenyut-denyut seolah-olah dicucuk pin dan jarum diikuti oleh hilang kawalan pada tangan dan kaki, dan kemudiannya kesukaran untuk bernafas.

Mereka yang mempunyai gejala-gejala seperti ini dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera kerana kelewatan boleh menyebabkan kematian.

Alga merah yang boleh membawa maut ini lebih dikenali sebagai fenomena air pasang merah yang dikesan pada November tahun lepas dan dijangka reda menjelang akhir bulan ini.

Pada Mac lalu, tahap yang lebih tinggi daripada toksin air laut merah dikesan dalam sampel kerang yang diperoleh dari Kuala Penyu dan kawasan-kawasan luar bandar Kota Kinabalu, Sipitang dan Tuaran.

Pemuda Umno Tolak BN Jadi Parti Tunggal ...???


Pergerakan Pemuda Umno menolak cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang akan mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sistem parti komponen dalam BN yang mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik di Malaysia.

"Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal.

"Pemuda Umno mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia ada," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Ini merupakan mesyuarat pertama Exco Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.

Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Mengulas lanjut Khairy sebaliknya mencadangkan supaya resolusi yang diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini bagi membuka keahlian terus tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

          Anggota keselamatan sedang memeriksa keadaan runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. - fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.

Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.

Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.


 
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.

Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya. - SUMBER

Ahad, 2 Jun 2013

Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi..?



Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal.  Di ulang, ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana  “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.

Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula.  Persoalannya, kenapa hanya 30?  Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?  Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?

BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89.  Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.

Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi.  Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai?   Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.  Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali.  Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.

Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya.  Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’.  Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.   Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’.
 

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.
 

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi?  Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?   Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU?  Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang? 

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”


Isteri terharu jasa Azizan dihargai..

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.


Isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah berkata, ini kerana Azizan perlu berehat panjang dan lebih banyak tidur selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.


“Saya dikejutkan dengan berita ini menerusi panggilan telefon rakan-rakan yang ucapkan tahniah," katanya, sambil ucap jutaan terima kasih kepada Tuanku Abdul Halim.


“Saya terharu kerana jasa dan pengorbanan Azizan dihargai pihak istana yang mengurniakan gelaran Tan Sri. Ini menunjukkan Azizan tetap diingati ramai pihak walaupun sakit dan tidak lagi menjadi menteri besar,” katanya.


Menurutnya, penghargaan ini menunjukkan ramai pihak menyenangi kepimpinan Azizan, termasuk pendekatan beliau dalam menerajui Kedah selama lima tahun lalu.


“Azizan memang mesra dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Beliau selalu bincang isu rakyat dengan pemimpin setempat walaupun tidak sealiran dalam politik,” katanya.

Bekas setiausaha politik Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan adalah penerima pertama dari kalangan pemimpin Pas.


“Dijangka Azizan akan mendapat khabar gembira ini apabila dimaklumkan oleh isteri beliau, esok (hari ini) selepas beliau lebih segar. Beliau masih letih setelah rawatan dialisis buah pinggang,” katanya.


Azizan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, adalah antara 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pembangunan Infrastruktur Sarawak Bakal Diberi Keutamaan Dalam Bajet Tahun Depan - Husni

IPOH: Pembangunan infrastruktur bagi kawasan luar bandar di Sarawak akan diberi keutamaan dalam perancangan belanjawan pada tahun hadapan, kara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Adalah menyedihkan apabila ada rakyat yang perlu menaiki feri sebab itu saya bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar sebagai keutamaan," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Ahmad Husni turut bersetuju dengan cadangan menubuhkan jawatankuasa khas dwipartisan bagi memantau perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Ini adalah bagi satu perkara untuk memastikan isu mengenai persepsi jadi dengan penubuhan jawatankuasa seperti ini ia dapat membetulkan persepsi yang sedia ada," katanya.

Dong Zong Sahkan Kaum Cina Tak Fasih Bahasa Kebangsaan...



Nampaknya, kaum Cina langsung tidak menghargai tindakan kerajaan untuk tetap melantik wakil mereka di kabinet setelah MCA menolak sebarang jawatan.   Malah mereka mempertikai pula perlantikan itu atas alasan wakil yang dipilih tidak mampu menguasai Bahasa Mandarin.   Persoalan ini dibangkitkan oleh Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar. 

Kita tidak faham kenapa mereka yang mengaku sebagai warganegara Malaysia dan enggan digelar pendatang memerlukan wakil yang mampu menguasai bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua negara.  

Nampaknya, Dong Zong telah membuktikan bahawa kaum Cina memang layak digelar pendatang.   Dong Zong telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa kaum Cina di Malaysia sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan.  Dalam ertikata lain, mereka telah lama meminggirkan Bahasa Malaysia dan langsung tidak mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi negara ini. 

Ini adalah bukti jelas betapa kroniknya kesetiaan kaum Cina kepada negara ini dan perkara ini tidak wajar diambil ringan oleh kerajaan.    

Mengupas isu ini dengan lebih mendalam, inilah dikhabarkan kepada kerajaan bahawa kaum Cina sebenarnya memandang lantikan wakil mereka sebagai tidak bermakna kerana apa yang mereka mahu adalah kuasa yang lebih, iaitu di kementerian yang lebih signifikan seperti Kewangan, Pertahanan atau Timbalan Perdana Menteri kalaupun tidak Perdana Menteri. 

Sedangkan, keadaan yang sama boleh dilihat di mana-mana negara di dunia di mana tidak mungkin kaum minoriti diberi kuasa lebih apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi.  Hal yang sama berlaku di Singapura di mana kaum Melayu yang jauh lebih layak juga hanya akan diberi jawatan ‘cikai’ atau bawahan sahaja.  

Amerika pula hanya baru-baru ini sahaja menerima Presiden kulit hitam, itu pun kita cukup tahu bahawa beliau bukannya berkuasa dalam ertikata yang sebenar.  Lebih dari itu, kaum kulit hitam di Amerika dan juga etnik-etnik lain tidak pernah mengambil sikap memencilkan diri dari aspirasi negara.  Mereka tidak pernah memperjuangkan bahasa ibunda atau sekolah berasingan.  Malah mereka juga tidak punya akhbar dalam bahasa sendiri.   Pendek kata, mereka tiada bezanya dengan penduduk asal negara itu, maka kerana itu Presiden Obama mampu diterima ramai. 

Malaysia tidak mampu mengikut jejak itu kerana soal ‘minoriti’ bukan merupakan satu-satunya masalah yang mengekang kaum Cina dari mendapat kuasa lebih.  Masalah yang lebih besar ialah kaum Cina di Malaysia enggan berasimilasi dengan kaum majoriti, serta enggan menjadi sebahagian dari aspirasi negara ini. 

Kaum Cina langsung tidak menghormati asas dan dasar-dasar negara sehingga ke tahap memperlekehkan kerajaan itu sendiri.   Malah, kita juga sedia maklum bahawa mereka cukup ‘anti’ dengan perlembagaan negara ini yang meletakkan hak istimewa bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi.  Mereka juga enggan mengiktiraf struktur negara yang meletakkan Raja-raja di tempat tertinggi.  Sehingga ke hari ini, majoriti kaum Cina langsung tidak tahu perbezaan Sultan dan Agong atau memahami adat-istiadat rasmi negara.   Pendek kata, majoriti mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari negara ini. 

Lebih buruk, sifat rasis kaum Cina Malaysia begitu terserlah. Tiada siapa boleh menafikan bahawa kaum Cina gemar menindas pekerja dan peniaga kaum lain secara halus, mahupun secara terbuka.  Justeru, membuka peluang kepada mereka untuk lebih berkuasa bermakna membuka ruang untuk mereka menindas kita. 

Hakikatnya, perbuatan Dong Zong mempersoal lantikan wakil Cina tersebut merupakan kenyataan  ‘keangkuhan’ kaum itu.   Dengan mempertikai kefasihan mereka berbahasa Mandarin menunjukkan bahawa Dong Zong enggan meletakkan bahasa kebangsaan lebih tinggi dari bahasa ibunda mereka.  Dong Zong juga mahu kerajaan tunduk sahaja kepada kemahuan mereka itu, tanpa banyak soal.   

Hari ini, kita sedih melihat Perdana Menteri dicaci-hina dan diketawakan semahu-mahunya di laman-laman web dan laman-laman sosial kaum Cina sementara ada pihak di keliling Perdana Menteri sendiri yang meminta agar kerajaan terus berlembut dengan mereka…  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...