KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan
keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel –
Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk
Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy
Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury
Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu
dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat
Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media
sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury
Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan
analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan
Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan
perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi
ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan
nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November
2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast
Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15
Januari 2015.
"Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983
dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi
orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,
penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya,”
katanya dalam kenyataan itu.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca
nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau
memakannya.
“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh
mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq