Khamis, 18 Julai 2013

AG jelas tindakan terhadap Alvin, Vivian


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
 
Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
 
“Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.
 
“Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.
 
Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
 
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.
 
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.  - Bernama

Alvin, Vivian tak dibenar ikat jamin


Pasangan Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang telah mencetus kontroversi kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan dengan mempamerkan gambar lucah, didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan s
elepas semua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee dan Vivian atau Lee May Ling bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Avivi' satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, dan menyelerakan.') yang mengandungi logo Halal.


Kesalahan itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, dibaca bersama seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Kompleks Mutiara Batu 31/2 di sini, antara 11 dan 12 Julai 2013, sekitar jam 10.48 malam.

Alvin yang tidak bekerja dan Vivian, yang merupakan seorang guru tadika itu turut didakwa mempamerkan gambar lucah di laman sesawang.

.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 5(1) Akta penapisan Filem 2002 (akta 620) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 5(2) akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Sementara itu bagi pertuduhan ketiga, pasangan kekasih itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.


Kesalahan itu didakwa berlaku di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 julai dan 12 Julai 2013 sekitar jam 1048 malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Baharudin, Ishak Yusuf, dan Nadia Mohd Izhar.


Tertuduh diwakili peguam Chong Joo Tian dan Wong Kee Them.

Hakim, Murtazadi Amran, tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu.


Pasangan itu mencetus kontrovesi ekoran penyebaran gambar mereka yang mengajak memakan bak kut teh (sup tulang babi) di media sosial Facebook, dua minggu lalu.

Selasa, 16 Julai 2013

Model Cantik & Seksi Mengaku Dirinya Lelaki...!!!!

Model seksi ini memang menawan hati untuk siapa saja yang memandangnya kan? Tapi hakikatnya, gadis comel ini sebenarnya adalah lelaki!

Kayo Satoh yang berasal dari Jepun yang popular ini telah membuat pengakuan bahawa dirinya adalah lelaki di sebuah rancangan hiburan di mana seluruh dunia boleh menyaksikan di dalam kaca televisyen. Itu pun kalau ada channel China nie kot. Haha..


Apa yang menarik mengenai model ini, walaupun menyerupai wanita yang lawa dan seksi, Kayo tidak pernah membuat pembedahan plastik sama ada dalam atau luaran. Ahaks! Semuanya masih original yaa!


Kayo Satoh sebenarnya hanyalah lelaki kampung yang membawa diri ke bandar dan tiada siapa yang mengenalinya dan terus hidup sebagai wanita sehingga menjadi model yang popular...!!








 

Isnin, 15 Julai 2013

Kerajaan umum bonus Aidilfitri – Najib


AMPANG – Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

“Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik,” katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Pada majlis di surau berkenaan, Najib mengumumkan pemberian 8,946 helai kain untuk dibuat jubah kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di seluruh negara.

Selain itu, katanya setiap masjid di negeri Selangor akan menerima sumbangan 10 liter air zam-zam dan 10kg buah kurma.

“Semua pemberian ini diusahakan oleh Kelab Putera 1Malaysia,” katanya.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf  Surau Taman Sri Angsana Hilir. – Sumber

Leher Hampir Putus Tapi Masih Hidup ...



Seorang warga emas parah ditetak di leher dalam kejadian samun di Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah. Menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebunnya tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. 

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan. 

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1000. 

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu di kawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. 

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. SUMBER

Ahad, 14 Julai 2013

Sedih,Bayi Dilahirkan Tanpa Tengkok Dan Berkaki Kambing


Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria.

Di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.
Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. 

Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber:- my berita

Sabtu, 13 Julai 2013

Serangan Terburuk Ke Atas Raja-Raja Melayu Di Facebook..!



Sejak semalam, satu bentuk serangan yang boleh dikatakan terburuk ke atas Raja-Raja Melayu dapat dilihat pengguna Facebook negara ini.
Ia sebarkan melalui satu akaun bernama Rudy Ball yang berkongsi kenyataan menghina di beberapa fanpage termasuk seperti Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat.
Gambar yang digunakan tidka membawa sebarang maksud buruk tetapi kenyataan yang mengiringi gambar-gambar berkenaan amat teruk sekali.
Antaranya, pihak berkenaan menyamakan para permaisuri dan raja perempuan sebagai pelacur dan sebagainya.

Banyak pihak dilihat marah dengan perbuatan itu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Talam dari misalnya berkata;
“org islam mesti taat pada org islam,hanya munafik dan kafir harbie menderhaka kpd pemimpin islam”
Kabhi Ismail pula berkata;  Bulan Ramadhan cubalah beradab sedikit….. jgn ikut suka saja nak kata rudy ball….
Beberapa gambar yang didakwa pengguna Facebook sebagai Rudy Ball juga mula tersebar sejak pagi ini namun penulis tidak akan meletakan gambar-gambar berkenaan kerana bimbang ia mungkin fitnah atau salah orang.
Tinjauan ke akaun Rudy Ball juga tidak menemukan apa-apa bukti yang menarik melainkan dia memiliki hampir  700 orang kawan dan beberapa gambar berkumpulan termasuk empat lelaki dalam kolam renang
Penulis yakin serangan ini didalangi Red Bean Army yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang di negara ini..
Red Bean Army boleh melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira air muka dan keselamatan pihak lain.
Gambar dan kenyataan penghinaan ke atas Raja Melayu pun hanya sekeping akan diletak penulis (di atas)...bukan sama sekali bersekongkol dengan apa yang berlaku tetapi sebagai bukti kepada para pembaca.
Nilai sendiri bahasa yang digunakan. Itu baru sekeping. Kalau tidak silap sudah ada 4 keping gambar yang disertakan dengan kata-kata kesat ke atas Raja-raja Melayu sejak semalam.
Pada hemat penulis, ini adalah serangan paling buruk ke atas institusi Raja di negara ini.
Apakah peranan yang mampu dimainkan pihak berkuasa dan SKMM? sumber

Selasa, 9 Julai 2013

Bermalam dengan mayat rakan




KUALA KRAI - Seorang lelaki warga Thailand terpaksa ikat seluar rakannya yang mati lemas dengan tali pengikat bot bagi mengelakkan mangsa hanyut dibawa arus selepas bot mereka terbalik di Sungai Kelantan, dekat sini, malam kelmarin.

Malah, lelaki terbabit, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya, Rosadee Korlaeh, juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.

Rosdi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin ketika mereka keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.

Katanya, dia yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.

“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali tarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.

“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.

Rosdi berkata, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Mohon bantuan biayai kos bedah anak khunsa..




PASIR PUTEH - Masa depan dua beradik yang dilahirkan dengan dua jantina atau khunsa masih kabur apabila keluarga mereka agak miskin serta tidak mampu menyediakan kos pembedahan.

Pada asalnya, kedua beradik itu dilahirkan sebagai wanita tapi turut mempunyai alat kelamin lelaki yang menyebabkan pembedahannya menjadi sukar. Selepas Nor Intan Syamimi Mohd Rahim, 5, dilahirkan sedemikian, adiknya, Liahana Dalisya yang berusia 15 hari mengalami nasib sama.

Ibunya, Noraziani Rameli, 30, berkata, kalau dulu dia hanya perlu menampung kos perubatan Nor Intan seorang sahaja, kini kosnya berganda kerana Liahana juga perlu dirujuk sebulan sekali ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Katanya, Nor Intan ada kalanya mengadu sakit kesan ketumbuhan alat kelamin lelaki itu dan masalah sama sudah tentu akan dirasai Liahana tidak lama lagi jika tidak dibedah awal.

“Saya difahamkan pihak HUSM akan menentukan tarikh pembedahan, tempat pembedahan dan kosnya pada 24 Julai nanti, ia cukup merimaskan kerana saya tidak mempunyai wang untuk semua itu.

“Ketika ini saya masih berhutang dengan HUSM sebanyak RM700 itu pun tidak terbayar dan ditambah pula dengan kos pembedahan nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Tambak, Tasek Pauh, Selising dekat sini, semalam.

Noraziani ibu kepada lima anak itu berkata, suaminya, Mohd Rahim Yusof, 40, hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan rendah serta tidak menentu.

“Saya sudah mengemukakan masalah ini kepada pemimpin setempat untuk dipanjangkan kepada wakil rakyat tapi sehingga kini belum mendapat maklum balas,” katanya.

Keluarga itu bernasib baik kerana dapat mendiami rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak tiga tahun lalu, sebelum ini mereka terpaksa menyewa rumah.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Noraziani di talian 0139715272. Kes bayi dilahirkan mempunyai dua jantina dipanggil sebagai intersex dan dalam kebanyakan kes, proses mengenal pasti jantina sebenar bayi agak rumit.

Sebagai ibu, Noraziani yakin kedua anaknya perempuan dan hanya mengalami kecacatan yang mendatangkan kesakitan kerana turut mempunyai alat kelamin lelaki.

“Alat kelamin lelaki pada kedua anak saya tidak sempurna sebagaimana alat kelamin perempuan, saya yakin mereka perempuan, sebab itulah saya menamakan mereka dengan nama perempuan,” katanya.

Ketika baru dilahirkan katanya, kedua anaknya itu berkulit agak gelap tidak seperti anaknya yang lain.

“Saya agak risau keadaan itu kekal, syukurlah kulit mereka beransur cerah apabila membesar, bagaimanapun saya sedia menerima ketentuan takdir.

“Saya menganggap semua ini sebagai dugaan ALLAH, saya berharap ada pihak yang sudi membantu kami yang hanya mampu berdoa agar kedua anak saya ini dapat menjalani pembedahan,” katanya.

Noraziani berkata, dia menyedari Nor Intan malu serta ada kalanya tidak mahu keluar rumah untuk bermain kerana diejek kawan-kawan.

Isnin, 8 Julai 2013

Aaron Aziz Kena Tangkap Di Los Angeles...??



Kami difahamkan Aaron Aziz diberkas di Los Angeles?  Gambar ini diambil ketika Aaron dan isterinya pergi bercuti a.k.a honeymoon di Los Angeles. No need to panic, ini cuma lakonan.

Ahad, 7 Julai 2013

Lelaki Kena Tetak Di Shell Batang Kali 4 Julai 2013

Seorang lelaki India kena tetak di Shell Batang Kali, Selangor pada 4 Julai 2013. Tangan mangsa putus akibat ditetak oleh sepasukan gangster dan motif pergaduhan adalah kerana dendam yang menjadi punca kepada insiden tersebut. Mangsa Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.    

  

Polis sedang memburu suspek pergaduhan kumpulan tersebut : 

1).SARAVANAN A/L CHANDRA SEKARAN. 
2).ANBALAGAN A/L NADARAJAN. 
3).THANA THIRU KUMARAN A/L PRUMAL. 
4).SANTHANA. 
5).GOBI. 
6). SASI. 
7).SOBI. 
8).TIRU.

Susu Ibu Jadi Kegilaan Terbaharu Orang Kaya!


BEIJING – Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.

Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.
“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.
Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. – AFP

Sabtu, 6 Julai 2013

Kandang Puas Nafsu Di Cheras



Kuala Lumpur – Mencari kelainan untuk menarik pelanggan. Itu taktik digunakan pemilik pusat hiburan yang menggunakan konsep kandang yang dibina sebagai ruang pelanggan memuaskan nafsu.
 
Kandang menggunakan tirai buluh itu dikesan polis yang melakukan serbuan di premis di Taman Segar Cheras, di sini malam kelmarin.
 
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama tujuh anggota menahan 17 GRO warga asing berusia antara 17 hingga 27 tahun jam 10.30 malam.
 
Mohamad berkata, siasatan mendapati GRO terbabit dihantar ejen ke pusat hiburan berkenaan dan kadar tip serendah RM50 bagi melayan pelanggan minum. Sekiranya mahu mengadakan hubungan seks, pelanggan dikenakan bayaran dari RM300 hingga RM450.
 
Menurutnya, ketika serbuan di tingkat dua premis perniagaan itu, ada GRO yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun tindakan mereka tidak berhasil. - myMetro Online

Amah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan


Amah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan | Akibat  tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.

 Menurut Akhbar South China Morning Post, pembantu rumah yang berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya. Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan. Bagaimanapun, Identiti majikan dan pembantu rumah itu juga tidak dinyatakan.

Setahun yang lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. - Agensi

Mengerikan! Hampir 100 Wanita Diperk0sa di Mesir ketika Aksi Demonstrasi


Kaherah, – Mengerikan! Hampir 100 wanita menjadi mangsa rogol yang berleluasa di Lapangan Tahrir, Kaherah, Mesir selama empat hari aksi demo antipemerintah.

Hal tersebut disampaikan organisasi HAM, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York, Amerika Syarikat seperti dilansir pejabat berita AFP, Rabu (3/7/2013).


“Massa melakukan serangan seksual dan dalam beberapa kes memperkosa sekurang-kurangnya 91 wanita di Lapangan Tahrir … di tengah iklim kekebalan dari undang-undang,” demikian disampaikan HRW dalam statemennya.


HRW menyebutkan angka tersebut diperoleh daripada kumpulan antikejahatan seks Mesir, Egyptian Operation Anti-Sexual Harassment / Assault, yang membuka nombor hotline bagi para korban kejahatan seks. Disebutkan bahawa pada hari Ahad, 30 Jun lalu dilaporkan ada 46 kes rogol, 17 kes pada Isnin, 1 Julai dan 23 kes serupa pada Selasa, 2 Julai waktu setempat.


 Menurut kumpulan hak-hak wanita lain, Nazra for Feminist Studies, ada lima kes rogol saat demonstrasi pada hari Jumaat, 28 Jun waktu setempat.

HRW menyeru pejabat-pejabat dan para tokoh politik Mesir untuk mengutuk dan segera mengambil langkah-langkah untuk menangani tingginya angka kekerasan seksual di Lapangan Tahrir yang menjadi ikon Kaherah itu.


“Maraknya serangan seksual selama aksi demo di Lapangan Tahrir menekankan kegagalan kerajaan dan semua parti politik dalam menghadapi kekerasan yang dialami kaum wanita di Mesir setiap hari di tempat-tempat awam,” cetus Joe Stork, Timbalan Pengarah HRW untuk Timur Tengah.


“Ini kejahatan serius yang menahan wanita untuk menyertai penuh dalam kehidupan awam Mesir saat titik kritis perkembangan negara,” tambahnya.


Menurut HRW, beberapa wanita bahkan harus menjalani operasi usai mengalami pemerkosaan itu. “Mereka dipukul dengan rantai logam, kayu dan kerusi-kerusi, dan diserang dengan pisau,” demikian statemen HRW.


Beredar khabar angin bahawa rogol itu dilakukan para preman yang memanfaatkan ketiadaan aparat keamanan di lokasi dan mereka yakin akan lolos dari jeratan undang-undang. Namun sejumlah pihak mengatakan, kejahatan-kejahatan seks itu merupakan usaha terancang untuk mencegah kaum wanita ikut berdemo dan untuk merosakkan imej demonstrasi antipemerintah.


* Sumber detiknews
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...