Selasa, 31 Januari 2012

'Suara dari langit' terjawab.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.

"Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.

"Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.

Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul 'Nyauman Langit'.

"Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.

"Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 30 Januari 2012

ISLAMKU KUAT: IBLIS LAKNATULLAH SEMAKIN GENTAR DENGAN HIMPUN.







ISLAMKU KUAT: IBLIS LAKNATULLAH SEMAKIN GENTAR DENGAN HIMPUN.

Parti Adat & Sukan serta Dajal Al Masikh Party menerima tamparan hebat daripada HIMPUN sebuah gerakan anti murtad.
HIMPUN memberikan kesedaran kepada umat Melayu Islam mengenai bahaya ancaman ke atas akidah umat Melayu Islam akibat percaturan politik Pakatan.
Umat Melayu Islam kini sedar bahawa mengundi Pakatan bermakna menjual akidah dengan harga sekupang tiga duit.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Penduduk mogok lapar protes MP Parti Keadilan Rakyat,.....




Penduduk mogok lapar protes MP Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah.....


PETALING JAYA - Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar hari ini, sebagai bantahan terhadap
kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Mereka memberitahu Bernama, Ahli Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.

"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma
janji kosong Sivarasah.

"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.

Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.

Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.

"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Ahli Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.

Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.

"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya. - Bernama

Sabtu, 28 Januari 2012

I SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL - ANWAR IBRAHIM



KENYATAAN ANWAR PERTAHANKANKAN ISRAEL KELMARIN BAGI MEMULIHKAN SEMULA 'TALIAN HAYAT' DENGAN YAHUDI-ZIONIS SETELAH MAJALAH 'THE ECONOMIST' KECAM DAHSYAT DIRI DAN KELUARGANYA !

1. Seperti diramal dalam kenyataan saya sebelum ini, Anwar Ibrahim tidak akan berani menyaman majalah The Economist sekalipun diri dan keluarganya ditempelak dengan dahsyatnya.


2. Ini kerana selain majalah The Forbes dan Ti
mes, majalah The Economist adalah antara yang mendominasi gerak-kerja komuniti kapitalis Yahudi-Zionis dalam mencorakkan masa depan dunia.

3. Saya juga yakin bahawa Anwar Ibrahim sudah mulai 'tidak tidur malam' apabila 'signal' awal Yahudi-Zionis berhasrat memutuskan talian hayat mereka ke atas dirinya sudah melular di seluruh pelusuk rangkaian komuniti kapitalis antarabangsa.

4. Di atas alasan itu juga, Anwar terpaksa mengorak langkah mencari jalan untuk mengambil semula hati-hati Yahudi Zionis sedunia dengan mempertahankan kedaulatan serta keselamatan Israel.

5. Sudah terang lagi bersuluh, Rakyat Malaysia yang menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu sebenarnya juga menyokong perjuangan kejam Yahudi Zionis dalam memperolehi pengiktirafan penubuhan negara Israel di peringkat antarabangsa.

SUMBER WSJ ONLINE RUJUK BARIS KE 19

Rujuk lebih 40 gambar Anwar Ibrahim dan rangkaian Yahudi-Zionis antarabangsa (DISINI)

DIARY PM PADA HARI INI - 28/01/2012




     DIARY PM PADA HARI INI - 28/01/2012

  • 8:30 PAGI - MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI WILAYAH 2012 - DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR 
  • 11:10 PAGI - PERASMIAN 'PEDESTRIAN WALK' - PEDESTRIAN LINKAGE, PAVILLION, KUALA LUMPUR
  • 3:00 PETANG - PERHIMPUNAN PERDANA RELA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI - DEWAN A, MAEPS, SERDANG, SELANGOR
  • 8:25 MALAM - KUNJUNGAN MESRA PEMIMPIN KE RUMAH PENDUDUK - TAMAN SEPAKAT, KG. SELAMAT, SITIAWAN, PERAK 
  • 8:45 MALAM - MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA TAHUN BARU CINA 2012 - PADANG LAPANGAN TERBANG SITIAWAN, LUMUT, PERAK

Doktor kecewa Mais mahu roboh 26 rumah wakaf



Doktor kecewa Mais mahu roboh 26 rumah wakaf

KLANG - Seorang doktor mendakwa 26 unit rumah yang diwakafkannya untuk golongan yang memerlukan akan dirobohkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan 60 unit pangsapuri empat tingkat.

Pewakaf tersebut Dr Kamarolzaman Hajar, 53, berkata, beliau menanggung kos membina rumah berkenaan di atas tanah seluas 0.4 hektar miliknya yang siap pada tahun 2000 sebelum menyerahkannya kepada Mais.

Beliau turut kecewa kerana rumah berkenaan yang diniatkan untuk diwakafkan bagi membantu anak yatim, warga emas, golongan muaalaf dan yang memerlukan berada dalam keadaan terbiar dan uzur tanpa penyelenggaraan.

Katanya, rumah-rumah berkenaan dibina lengkap dengan kemudahan asas serta berpagar namun kini rumah tersebut mengalami kerosakan apabila pagar, pintu, besi tingkap, cermin, lampu, kipas, kabel elektrik telah hilang selain siling dan struktur dinding dipecahkan.
"Saya tidak faham mengapa Mais membiarkan rumah  ini sehingga menjadi seperti sekarang. Bagi saya harta wakaf adalah satu tanggungjawab yang  perlu dipegang dengan amanah bukan dibiarkan tanpa diselenggara," katanya ketika membawa wakil media ke lokasi rumah berkenaan di sini, hari ini.

Dr Kamarolzaman nekad untuk mengambil alih semula pengurusan kesemua rumah berkenaan termasuk sebuah banglo di hadapan deretan rumah berkenaan untuk dijadikan penginapan untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.
Beliau juga bersedia menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengadu perkara tersebut kerana kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak kerajaan negeri Selangor mahupun Mais walaupun telah diadukan beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan semalam berkata, premis berkenaan telah dikosongkan pada awal tahun lepas bagi tujuan menjalankan kerja-kerja penyelengaraan secara berfrasa selepas mendapati ia tidak selamat diduduki kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Mais Mohd Haniff Hassan berkata, pihaknya sedang mencari dana tambahan bagi menampung kos pembaikan dan penyelengaraan premis berkenaan manakala semua barangan seperti pintu, jeriji besi, kipas, tangki air dan peralatan lain disimpan bagi mengelak kecurian.

"Banglo di kawasan perumahan terbabit telah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk dijadikan rumah warga emas. Manakala semua wang sewaan premis sejak diwakafkan dan diserahkan kepada Mais disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf.
"Sepanjang tempoh penyewaan premis ini iaitu sehingga penghujung tahun 2010, langkah keselamatan dan penyelengaraan premis dilaksanakan secara berkala," katanya.

Mohd Haniff berkata, Mais berusaha untuk membaiki premis berkenaan dan komited melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah wakaf dan usaha itu berterusan melalui penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang berperanan memajukan hartanah wakaf. - Bernama

Sara 1Malaysia tawar pulangan 32.16%



Sara 1Malaysia tawar pulangan 32.16%

KUALA LUMPUR - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia), yang baru dilancarkan dan diuruskan  syarikat tujuan khas, Malaysian Development Holdings Sdn Bhd (MDHSB), akan menawarkan pulangan pelaburan (ROI) 32.16 peratus setahun.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, daripada ROI 32.16 peratus setahun itu, pulangannya adalah  RM134 dengan RM84 akan dibayar kepada bank.


Jadi jumlah keuntungan yang akan diperoleh adalah RM50 sebulan.

Dalam pada itu, MDHSB hari ini menandatangani satu perjanjian dengan empat bank tempatan.
Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional akan menawarkan pinjaman pelaburan bagi skim itu, kata Hamad Kama Piah.

Pembiayaan keseluruhan ditawarkan ialah RM500 juta dengan 100,000 isi rumah dijangka mengambil bahagian di dalam skim itu, katanya selepas majlis penadatanganan perjanjian itu.
Permohonan menyertai skim yang dilaksanakan PNB itu dibuka mulai Isnin dan dilanjutkan selama setahun atau sehingga penuh.
Pemohon yang layak boleh memohon pinjaman pelaburan RM5,000 yang akan dilaburkan di dalam Amanah Saham 1Malaysia, dengan tempoh pembayaran balik selama lima tahun.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang berpendapatan isi rumah RM500 hingga RM3,000 sebulan dan tidak mendapat manfaat skim khas yang lain yang ditawarkan oleh kerajaan dan oleh Amanah Saham Nasional Bhd.

Hamad Kama Piah berkata, skim baharu itu bukan "skim cepat kaya" tetapi satu skim untuk mendidik dan membantu kumpulan berpendapatan rendah untuk melabur kerana mereka tidak berupaya di segi kewangan.

Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, mereka perlu menyediakan surat pengesahan gaji dari pihak berkaitan, katanya.

PRU13: Hadi tawar untuk tidak tanding




PRU13: Hadi tawar untuk tidak tanding....!!!

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri menawarkan kepada partinya untuk bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon.
Dapatkan berita penuh dalam Sinar Harian hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...