Perbelanjaan PERMATA
ADUN Damansara Utama daripada DAP bertegas mahukan PERMATA dedahkan akaun perbelanjaan Program PERMATA Negara (PERMATA).
Tak
tahu la sama ada YB Yeo benar-benar serius mahu semak perbelanjaan
PERMATA atau hanya ingin mencari kesalahan program hasil cetusan idea
dan dinaungi oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Jumlah
perbelanjaan tahunan dan ke mana peruntukan tahunan dibelanjakan
direkodkan untuk tatapan umum sesiapa sahaja yang rajin untuk mencari
rekod tersebut.
YB
Yeo menggambarkan seolah-olah perbelanjaan PERMATA disorok daripada
tatapan umum sedangkan hanya dengan menggunakan carian Google siapa
siapa pun boleh mengakses rekod berkenaan.
Perbelanjaan PERMATA:-
2012: Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2013 (mukasurat 110)
2013: Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2013 (mukasurat 68)
2014: Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2014 (mukasurat 69)
2015: Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015 (mukasurat 82)
2016: Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2016 (mukasurat 116)
Saya
dah kumpulkan maklumat perbelanjaan PERMATA setiap tahun dan asingkan
ikut kod objek perbelanjaan untuk tatapan YB Yeo kalau YB malas sangat
nak semak link di atas:
Perbelanjaan Tahunan Bahagian PERMATA |
Untuk
pengetahuan tambahan YB Yeo dan pembaca, saya juga nak terangkan
tentang kod objek am perbelanjaan supaya YB faham ke mana peruntukan
untuk PERMATA dibelanjakan:
Kod
10000: Emolumen — Gaji dan Upahan, Elaun dan Imbuhan Tetap, Sumbangan
Berkanun untuk Kakitangan, Bayaran Lebih Masa dan Faedah-Faedah Kewangan
untuk semua kakitangan tetap
Kod
20000: Perkhidmatan dan Bekalan — Perbelanjaan Perjalanan dan Sara
Hidup, Pengangkutan Barang Barang, Perhubungan dan Utiliti, Sewaan,
Penyelengaraan dan Pembaikan Kecil
Kod
30000: Aset — Tanah dan Pembaikan Tanah, Bangunan dan Pembaikan
Bangunan, Kemudahan dan Pembaikan Kemudahan, Kenderaan dan Jentera,
Harta Modal, Pinjaman dan Pelaburan
Kod
40000: Pemberian dan Kenaan Tetap — Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan
Pelajaran, Pemberian Dalam Negeri, Tuntutan Insurans dan Pampasan,
Pencen, Gratuiti
Semua penerangan tentang kod di atas YB Yeo boleh rujuk di sini.
Separuh daripada perbelanjaan PERMATA adalah untuk emolumen Kod Am: 10000 (gaji dan upah) kakitangan di bawah Bahagian PERMATA:
Bilangan Jawatan Bahagian PERMATA |
Terdapat
585 jawatan tetap di bawah Bahagian PERMATA dan RM20,902,600
diperuntukkan untuk perbelanjaan emolumen (gaji dan upah) kakitangan
Bahagian PERMATA.
Ini bermaksud secara purata, kakitangan Bahagian PERMATA terima gaji dan upah sebanyak RM35,730 setahun atau RM2,977 sebulan.
Tak kan la gaji dan upahan kakitangan kerajaan pun YB Yeo nak pertikaikan?
YB
Yeo juga perlu tahu bahawa objektif dan prestasi aktiviti Bahagian
PERMATA direkodkan di dalam setiap dokumen anggaran perbelanjaan tahunan
kerajaan:
Aktiviti PERMATA 2013 |
Aktiviti PERMATA 2014 |
Aktiviti PERMATA 2015 |
Aktiviti PERMATA 2016 |
Segala
rekod prestasi aktiviti; mesyuarat majlis dan jawatankuasa,
pengoperasian, lawatan pemantaun, kemasukan kanak-kanak ke Program
PERMATA direkodkan seperti di atas.
Tinggal sahaja YB untuk mencari dan menyemak prestasi bukan sibuk bising dalam media sebelum semak dalam internet.
Bukannya susah sangat YB, perbelanjaan dengan prestasi aktiviti ni semua bukannya rahsia bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pun.
PERMATA bukan pertama kali difitnah pembangkang yang tak bertanggungjawab.
Beberapa
tahun lepas kononnya RM711 juta diperuntuk kepada PERMATA menyebabkan
subsidi kepada rakyat dipotong sedangkan apa yang tidak diberitahu
pembangkang bahawa RM711 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal
kanak-kanak termasuk di bawah Taska dan Tabika KEMAS.
Sebahagian
besar peruntukan pendidikan awal kanak-kanak diperuntukkan kepada
Kementerian Pendidikan yang menerima RM474 juta bagitahun 2015 dan
anggaran RM643 juta bagi tahun 2016:
Perbelanjaan Operasi Pendidikan Awal Kanak Kanak 2015–2016 |
Peruntukan Untuk Program Kanak Kanak KPWKM 2015–2016 |
Ada juga tercatat program latihan Kursus Asuhan PERMATA di bawah:
Prestasi Aktiviti Kanak-Kanak KPWKM |
YB
Yeo menuduh bahawa PERMATA tiada halatuju strategik bagi memastikan
pendidikan awal kanak-kanak bermutu tinggi sedangkan PERMATA dan agensi
dan jabatan berkenaan telah pun melaksana pelbagai program untuk
memastikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia terkehadapan dan
bermutu tinggi.
Saranan
saya kepada YB Yeo sebagai rakyat Malaysia, jadilah pembangkang yang
betul-betul berkhidmat kepada rakyat demi kepentingan rakyat.
Jangan
hanya kerana PERMATA merupakan buah fikiran dan dinaungi Datin Seri
Rosmah, YB cuba menabur berita rekaan dan palsu seolah-olah kerajaan
tidak telus dalam urusan peruntukan dan perbelanjaan PERMATA.
Kalau
tak ada rasa hormat kepada Datin Seri Rosmah sekurang-kurangnya
hormatlah usaha kakitangan kerajaan dan kanak kanak yang mendapat
manfaat di bawah Program PERMATA.
Jangan hina mereka yang mahu betul-betul menyumbang kepada kemajuan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Akhir kata YB Yeo Bee Yin,
Semuanya dihujung jari anda.
Kredit - Syahir