Jumaat, 31 Mac 2017

TMJ terima kunjungan ejen Ronaldo, bekas Presiden Barcelona



KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menerima kunjungan Jorge Mendes dan bekas Presiden kelab bola sepak Barcelona, Joan Laporta. 

Demikian menurut kenyataan terbaharu akaun Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Souther Tigers, sebentar tadi. 

Mendes yang dikenali sebagai 'Super-Agent' adalah ejen yang mewakili pemain-pemain dunia terkenal antaranya Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, James Rodriguez dan Diego Costa. 

Kedatangan kedua-dua tokoh bola sepak Eropah ke Johor Bahru itu adalah bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan baginda sebagai Presiden FAM yang baharu. 

Delegasi berkenaan turut membawa bersama beberapa pelabur dari Sepanyol, Portugal dan Turki. 

Mereka menyatakan minat untuk berbincang mengenai pelaburan dan projek dalam bola sepak sekali gus membawa tanda positif untuk ekonomi dan kemajuan bola sepak tanah air.

SUMBER








RAFIZI YANG TIDAK FAHAM EKONOMI


YB Rafizi sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi elok YB tanya diri sendiri dulu sama ada YB faham dengan mendalam tentang ekonomi?

Kadar inflasi Februari 2017 yang dicatatkan pada 4.5% adalah kadar inflasi bulanan bukannya tahunan seperti YB bandingkan dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. Di sini YB sudah mengelirukan orang ramai seolah-olah kadar inflasi Februari 2017 adalah inflasi tahun 2017 keseluruhan.

Blog Rafizi Ramli

Di dalam sejarah ekonomi Malaysia terbukti banyak kali kadar inflasi melonjak di luar kegawatan ekonomi. Di dalam keadaan ekonomi berkembang dengan pesat juga berlaku lonjakan kadar inflasi. Ini kerana apabila ekonomi berkembang pesat, pengunaan swasta (private consumption) meningkat dan ini menyebabkan kadar inflasi juga meningkat:

Source: Bank Negara Monthly Stats Bulletin

Begitu juga sebaliknya semasa ekonomi gawat pada tahun 1985 dan 1986, kadar inflasi hanya dicatatkan pada 0.3% dan 0.7% masing-masing. Apabila ekonomi merosot kebiasaannya kadar inflasi akan turun kesan daripada penggunaan swasta (private consumption) yang menurun. 

Pada tahun 1998 kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara meningkatkan harga makanan yang diimport:

Source: Bank Negara 1998 Annual Report

Pada tahun 2008 pula ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8% dan bukannya dalam keadaan gawat seperti yang YB Rafizi nyatakan. Ekonomi Malaysia mengalami kegawatan pada tahun 2009 iaitu penguncupan kadar pertumbuhan sebanyak 1.5% dan kadar inflasi pada tahun 2009 adalah 0.6%. 


Pertumbuhan KDNK dan Penggunaan Swasta: BNM


Kadar inflasi meningkat pada tahun 2008 kerana harga minyak mentah dunia yang meningkat mendadak sehingga USD140 setong yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel dari RM1.58 kepada RM2.58:


Bank Negara Annual Report 2008

YB mengemukakan fakta yang salah dan teori ekonomi yang salah. Jadi tak perlu mengatakan orang lain tak faham ekonomi.



Saya yakin Menteri Kewangan ke-2 tahu bagaimana indeks harga pengguna (IHP) dikira temasuklah tahun asas 2010 (2010 = 100). Tak perlulah YB ajar beliau tentang perkara asas seperti ini. YB yang perlu belajar dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menggunakan fakta yang betul dan juga teori ekonomi yang betul.

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2017 adalah 119.7. Dengan 2010 sebagai tahun asas, ini bermakna harga barangan dan perkhidmatan pengguna meningkat 19.7% sejak tahun 2010.

Tuduhan bahawa gaji pekerja di Malaysia tidak meningkat adalah tidak tepat sama sekali. Purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara:

Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah: Jabatan Perangkaan Negara

Setelah diindeks purata gaji pekerja di Malaysia iaitu RM1,772 pada tahun 2010 sebagai tahun asas, gaji pekerja di Malaysia pada tahun 2015 adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7. 

Ini bermakna sejak tahun 2010 sehingga 2015 purata gaji pekerja di Malaysia meningkat sejumlah 30% lebih tinggi daripada kadar inflasi sebanyak 20%. Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 akan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada bulan Mei 2017.

Adakah YB Rafizi tidak mahu percaya dengan angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna? Adakah YB hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama?
Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah: Jabatan Perangkaan Negara

Lebih baik YB luangkan masa mengkaji tentang inflasi, gaji, ekonomi dengan lebih mendalam sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi. Sebelum nak sekolahkan menteri, sekolahkan diri sendiri dahulu. 


Rujukan:

Saya jemput PM Najib sebagai tanda terima kasih' - Rajinikanth



PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke India mengambil kesempatan bertemu pelakon terkenal negara itu, Rajinikanth di kediamannya hari ini.

Menerusi laman Twitter, beliau sempat berkongsi rakaman gambar beliau bersama legenda India itu, sebentar tadi.

“Baru sahaja bertemu dengan Superstar Tamil, Rajinikanth di kediamannya,” ucap Perdana Menteri.


Difahamkan, Rajinikanth telah menghantar jemputan kepada Perdana Menteri kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk bertemu dengan beliau ketika penggambaran filem Kabali di Malaysia, pada tahun lalu.

“Apabila membuat penggambaran filem Kabali di Malaysia, mereka telah memberi kerjasama yang baik.

"Jadi, saya cuba untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau ketika berada di situ, tetapi gagal kerana beliau agak sibuk.

“Apabila saya mendapat tahu beliau di Chennai, saya menghantar jemputan untuk bertemu dan beliau menerimanya,” kata Rajinikanth kepada media India dalam satu sidang media.

Tambah pelakon berusia 66 tahun itu, PM Najib turut menawarkan peluang untuk membuat lebih banyak filem di Malaysia.

Perdana Menteri tiba di India pada Khamis lalu untuk satu lawatan rasmi selama enam hari.



Khamis, 30 Mac 2017

1MDB BEBAS HUTANG BANK, HUTANG JANGKA PENDEK



Dewan Rakyat hari ini diberitahu, syarikat pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka pendek.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang diedarkan hari ini, turut menjelaskan menerusi Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan, tiada sebarang aset baharu dalam dan luar negara diperoleh pada 2015 dan 2016.

“Melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan plot tanah di projek Tun Razak Exchange, 1MDB memperoleh tunai sebanyak RM10.97 bilion pada 2015 dan 2016,” menurut kementerian itu.

Er Teck Hwa (DAP-Bakri) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pekerja, wang tunai, hutang dan aset yang diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada 2015 dan 2016.

Kementerian Kewangan turut menjelaskan, selaras pelaksanaan Pelan Rasionalisasi, 1MDB mempunyai 35 pekerja pada 31 Disember 2015 dan 17 pekerja pada 31 Disember 2016.

Turut dijelaskan, pada 2015 dan 2016, 1MDB sudah membayar balik sepenuhnya hutang iaitu hutang kemudahan kredit berputar dari Affin Bank sebanyak RM229.5 juta yang dijelaskan sepenuhnya pada 23 November 2015.

Hutang lain yang dibayar sepenuhnya ialah kemudahan kredit tersedia dari kerajaan Malaysia sebanyak RM950 juta (dijelaskan sepenuhnya pada 31 Mac 2016), kemudahan pinjaman berjangka dari Marstan Investments NV (RM2 bilion – 8 April 2016), kemudahan pembiayaan berjangka dari EXIM Bank (AS$150 juta – 15 April 2016).

Berita Harian

Sila serah diri sebelum tengah malam ini



Putrajaya: Individu dipercayai terbabit cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung penganugerahan pingat diberi tempoh sehingga 12 tengah malam ini untuk menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, sekiranya individu terbabit gagal berbuat demikian, pihaknya akan menahan serta mendedahkan maklumat dirinya kepada media. 

"Dia tahu kami sedang mencarinya, namun masih melarikan diri. Individu ini berketurunan Cina dan berkepala botak. 

"Nama dia sudah disekat di lapangan terbang sekali gus tidak boleh ke luar negara dan dia juga masih berada di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini, hari ini. 

Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat. 

Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong. 

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu SPRM mengadap segera supaya perkara berkenaan dapat disiasat. - Harian Metro

Rabu, 29 Mac 2017

SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA




Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.

Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.

Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.

Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.

Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.

Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah


Selasa, 28 Mac 2017

Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang.




Kuala Lumpur: Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok.

Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.

“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.

“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor.

“Hospital itu minta saya rujuk ke Hospital Mahkota, Melaka. Di situ, saya jalani pembedahan untuk menampal paru-paru yang bocor. Malangnya kaedah itu tidak berjaya dan doktor sarankan bahagian bocor sebesar lima sentimeter dibuang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selepas hampir sebulan menjalani pembedahan terbabit, Aidelhan yang sebelum ini aktif bersukan berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh menarik nafas dalam.

“Keadaan saya semakin baik, tetapi belum pulih sepenuhnya. Saya belum boleh menarik nafas dalam. Menurut doktor, ia mungkin ambil masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih.

“Dulu saya aktif bersukan seperti bermain futsal, takraw atau badminton, tetapi sekarang doktor hanya galakkan saya berjalan,” katanya yang mula merokok sejak berusia 17 tahun.

Tambah Aidelhan, dia mula sedar bahawa merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan malah ia juga satu pembaziran.

“Sebelum ini saya memang ada niat nak berhenti merokok. Tapi ia sekadar niat, justeru saya anggap apa yang berlaku ada hikmah kerana jika tidak sakit, mungkin saya tak berhenti merokok.

“Sekarang apabila dah tinggalkan rokok, baru saya sedar hampir RM400 saya bazirkan setiap bulan untuk beli rokok. Kalau jumlah itu diberi kepada ibu bapa kan lebih baik,” katanya.

Aidelhan turut dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa paru-parunya boleh hancur sekiranya dia tidak berhenti merokok.

“Sudah sebulan saya berhenti merokok. Saya faham memang susah nak berhenti kerana saya sendiri mengalami pening-pening dan lemah badan pada minggu pertama.

“Masuk minggu kedua dan ketiga, saya mula biasakan diri tanpa rokok. Mula-mula memang susah. Kalau tak boleh berhenti terus, mulakan dengan kurangkan merokok,” katanya. - Harian Metro

MARA peruntuk RM2 bilion taja 68,000 pelajar tahun ini



KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM2 bilion tahun ini untuk membiayai 68,000 pelajar tajaannya termasuk 20,000 pelajar baharu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata penajaan itu diberikan kepada pelajar mengikut kategori kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu jumlah peruntukan dan pelajar yang ditaja MARA pada tahun ini.

Menjawab soalan asal Hasan mengenai kajian semula syarat kelayakan pemohon pinjaman pendidikan MARA memandangkan kos sara hidup yang meningkat, Ahmad Jazlan berkata MARA telah menaikkan had kelayakan pinjaman berdasarkan status sosioekonomi keluarga pemohon.

Katanya keluarga berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup (ESH).

Pelajar daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,001 hingga RM15,000 sebulan layak dipertimbangkan mendapat sebahagian penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau ESH.

"Untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan RM15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui lain-lain sumber seperti program kerjasama MARA dan bank-bank tempatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain," katanya.

-- BERNAMA

Nafi menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal



Johor Bahru: Pemandu wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 21, yang bekerja sebagai jurujual didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB9984 secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung sekiranya disabit kesalahan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Salina Omar.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam bela, Faizal Bustaman dan Mokhtar Menon.

Tertuduh dibenar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Lesen memandu tertuduh digantung hingga perbicaraan kes selesai selain tertuduh diperintah menyerah pasport kepada mahkamah.

Salina juga menetapkan 13 April depan sebagai tarikh pengurusan kes terbabit. - Harian Metro

Dera budak, pembantu pusat tuisyen ditahan



Johor Bahru: Polis menahan seorang pembantu pusat tuisyen lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, lelaki itu ditahan pada jam 2.30 petang tadi bagi membantu siasatan mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 namun enggan mengulas lanjut.

Tangkapan itu susulan laporan polis dibuat kakak mangsa berusia 24 tahun yang tular di media sosial mengatakan adik lelakinya berusia tujuh tahun didera guru tuisyen menggunakan cawan plastik dan kaca serta kuali kecil yang direndam di dalam air panas bagi menutup kesan rotan.

Malangnya, punggung kanak-kanak lelaki itu melecur teruk hingga berdarah dan helah guru tuisyen itu terbongkar apabila kanak-kanak itu melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada jiran guru wanita berkenaan di Taman Perling.

Jiran guru tuisyen itu kemudiannya pergi ke tempat kakak mangsa bekerja di Taman Perling dan membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, 10 malam semalam.

Dalam laporan polis itu, kakak mangsa turut mendakwa adiknya dirotan sebanyak empat kali kerana dikatakan degil, selain tidak diberikan makan dan minum sejak tinggal di rumah guru berkenaan selama dua minggu.

Isnin, 27 Mac 2017

Remaja lelaki berusia 18 tahun sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya



Kuala Nerang: Remaja lelaki berusia 18 tahun sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kampung Perik di sini, hari ini, apabila orang ramai mengajarnya mengucap dua kalimah pada detik terakhir kematiannya. 

Dalam kejadian 11 pagi itu, Azyet Joplin berasal dari Kota Marudu, Sabah, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun bapanya namun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok. 

Bapanya yang sudah lapan tahun memeluk Islam, Abdul Aziz Abdullah, 39, berkata anaknya itu baru empat bulan tinggal bersamanya di Mukim Kurong Hitam di sini, kerana sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Kota Marudu, Sabah. 

"Arwah sebelum ini tinggal bersama ibu saya di sana namun empat bulan lalu, dia datang dan menetap bersama saya di sini. 

"Tengah hari tadi, sepatutnya kami akan ke pejabat agama untuk urusan dia memeluk Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Abdul Aziz berkata, anaknya itu sudah menyatakan kesediaannya memeluk Islam dan hasratnya itu tertunai sebelum dia meninggal dunia. 

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan kejadian dan menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tragedi basikal: Pemandu wanita didakwa esok


JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut lapan nyawa di Jalan Lingkaran Dalam di sini bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Trafik Johor Bahru, esok.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, di sini hari ini.

Pemandu wanita itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.


Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda maksimum RM20,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu sehingga tiga tahun bagi sabitan pertama, manakala 10 tahun bagi sabitan kedua serta seterusnya. 

Katanya, wanita berusia 22 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah esok pagi selepas kertas siasatan berhubung kemalangan berkenaan disiapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi pada 18 Februari lalu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta Nissan Almera. 

Ketika kejadian, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal berada di tepi jalan berkenaan sebelum dirempuh pemandu kereta terbabit.

Gajinya Bawa Treler Boleh Cecah RM7,000 Sebulan, Nasihat kak Lori kepada Graduan Pilih Kerja Sampai Menganggur


Walaupun pelbagai kisah dalam pengalaman hidupnya sebagai pemandu treler 10 tayar termasuk diganggu sekumpulan lelaki mabuk, ia tidak mematahkan semangat ibu tunggal, Rokiah Salim, 51, meneruskan kerjayanya itu, lapor Harian Metro.

“Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.   

“Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka, namun kerjaya ini amat menyeronokkan,” katanya.   

Menurut Rokiah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Lori, kerjaya sebagai pemandu treler ini adalah mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.
   

“Pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000, Kalau rajin boleh cecah RM6,000 hingga RM7,000. Dulu saya pernah berkerja kilang selama 18 tahun.

“Kerja dulu lebih susah kerana selalu tertekan terutama apabila majikan marah, tetapi kerja bawa treler lebih mudah dan pendapatan agak tinggi,” katanya.

“Sebenarnya tak susah pun memandu treler. Kalau boleh pandu kereta, pasti boleh pandu treler.


“Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,” katanya.

Bagi beliau, kerjaya sebagai pemandu lori treler bukan hanya untuk lelaki, kata Rokiah yang juga gemarkan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mendaki gunung


“Wanita sebenarnya lebih cermat memandu treler sama seperti bawa kereta. Dalam kelembutan wanita, pasti mereka juga boleh memandu treler.

“Cuma anak muda kita selalu dimomokkan kononnya kerjaya memandu treler bahaya. Sebenarnya tak teruk dan bahaya pun.

“Kerja saya hanya ambil kontena yang turun dari kapal di Pelabuhan Pulau Pinang dan dihantar ke depoh untuk dibaiki. Sekurang-kurangnya 150 trip (perjalanan) dalam sebulan.

“Kerja seperti ini tiada gaji asas kecuali elaun makanan, komisen dan bonus. Kalau rajin, boleh buat trip lebih untuk dapatkan pendapatan lebih.

“Jika orang kata kerja ini susah, itu semua bohong,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, kerja sebagai pemandu treler memerlukan etika berpakaian yang baik untuk tujuan keselamatan.

“Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan. Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,” katanya  

Ahad, 26 Mac 2017

Adakah cukur bulu ari-ari adalah wajib atau fitrah manusia?



Ada beberapa masalah mengenai sunah fitrah yang harus diketahui oleh setiap muslim dan muslimah. Terutama anda seorang muslimah bukanlah aib untuk mengetahuinya malah kita harus lebih banyak tahu mengenai hal ini.Dan, memang bukan rahasia umum lagi bahwa banyak dikalangan para ibu-ibu kita atau wanita muslimah lainnya yang belum banyak mengetahui masalah sunnah fitrah ini.Berangkat dari Hadits Rasulullah Sahalallahu alaihi wassalam dari Abu Hurairah bahwa Nabi bersabda;

“Sunnah fitrah itu ada lima atau lima dari fitrah adalah berkhitan (sunat), mencukur rambut kemaluan,mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting rambut atau kumis”(HR.Bukhari, no.5590)

Dan, dalam hadits lain dikatakan dari Anas bin Malik ia berkata:

“Rasulullah telah membataskan waktu kepada kami dalam memendekkan kumis,memotong kuku,mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, agar hal tersebut tidak dibiarkan melebihi 40 malam“(HR. Muslim dan Ibnu Majah juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Nasa’i)

Dari dua hadits diatas kita telah tahu apa saja yang termasuk dalam sunah fitrah itu, dan ada beberapa pertanyaan yang disampaikan kepada para ulama kita mengenai hal diatas, marilah kita simak dengan lebih rinci lagi.


Shalat Tidak Diterima bagi Orang Yang Tidak Mencukur Rambut Kemaluannya Lebih dari Sebulan

Ada pertanyaan yang diajukan kepada Al-Lajnah Ad-daimah tentang hukum orang yang tidak mencukur rambut kemaluannya dan dibiarkan tumbuh lebih dari sebulan apakah shalatnya diterima?

Jawabannya:

Mencukur rambut kemaluan termasuk fitrah, dan tidak selayaknya dibiarkan tumbuh lebih dari empat puluh hari tanpa dicukur.Namun, jika dibiarkan tumbuh lebih dari 40 hari tidak berpengaruh terhadap sahnya shalat.Siapa yang berpendapat, bahwa hal itu membatalkan shalat, merupakan kebodohan terhadap hukum-hukum syariat. (Fatwa lajnah Da’imah,5/284)-(baca betul-betul jangan salah faham pulak....)


Tidak Boleh Mencukur Bulu Ketiak dan Hanya Boleh Mencabutnya

Sebagian orang ada yang mengira bahwa dia tidak boleh mencukur bulu ketiak dengan menggunakan pisau atau lainnya yang memang bisa menghilangkan bulu.Dia hanya boleh mencabutnya, sekalipun hal itu berat dan sulit.yang dituntut adalah menghilangkan bulu dari ketiak, entah dengan mencabutnya atau dengan mencukuirnya atau dengan cara lainnya.memang mencabut lebih baik jika memang memungkinkan, yang didasarkan kepada hadits mengenai hal ini, seperti yang sudah disebutkan pada bagian atas.

Al-Imam An-nawawy berkata,”Yang disunatkan adalah mencabutnya, seperti yang dijelaskan dalam hadits.namun, mencukurnya juga boleh.Dikisahkan dari Yunus bin Abdul A’ala dia berkata,”Aku masuk ketempat Asy-Syafi’i dan disisinya ada seorang tukang bekam yang mencukur bulu ketiaknya.Asy-Syafi’i berkata,”Aku sudah tahu bahwa menurut sunnah adalah mencabut.Tetapi aku tidak kuat menahan sakitnya. Kalau pun rambut ketiak itu dibersihkan dengan menggunakan kapur juga tidak apa-apa.{lihat Al-Majmu Syarhul Muhadzab,Imam Nawawi,I/341}

Oleh karena itu Lajnah Ad-Daimah (lembaga tetap yang dipimpin oleh para masyayikh atau ulama untuk menjawab permasalahan ummat) memfatwakan diperbolehkannya membersihkan bulu ketiak atau kemaluan dengan alat apa pun atau dengan cara mencabutinya.


Keharusan Mencukur Rambut Kemaluan Setiap Kali Sesudah Haidh

Ada pertanyaan yang diajukan kepada Al-Lajnah Ad-Daimah:

Apakah wanita harus mencukur rambut kemaluannya setiap kali sesudah haidh?

Jawabnya:

Menghilangkan rambut kemaluan dengan mencabut atau dengan menggunakan obat perontok atau dengan mencukurnya, termasuk sunah fitrah yang dianjurkan dalam islam.Tetapi tidak ada batasan setiap kali sesudah haidh.Dibagian atas telah disampaikan hadits tentang fitrah itu, begitu pula tentang pembatasan waktu mencabut atau mencukurnya, yaitu jangan samapi lebih dari melebihi 40 malam.


Hukum Membiarkan Kuku Panjang Lebih Dari Empat Puluh Hari

Bagaimanakah hukum membiarkan kuku dan tidak memotongnya lebih dari empat puluh hari?

jawaban:

Masalah ini perlu diperinci sebagai berikut; apabila yang mendorongnya untuk melakukan hal tersebut adalah karena ingin meniru orang-orang kafir yang telah menyimpang fitrahnya dari jalan kebenaran, maka perbuatan ini menadi haram karena RAsulullah bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk dalam golongan mereka”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,”Kondisi minimal yang ditunjukkan hadits ini adalah pengharaman hal tersebut meskipun secara lahiriyah menunjukkan kafirnya orang yang menyerupai mereka”

Adapun jika yang mendorongnya melakukan hal tersebut adalah sekedar mengikuti hawa nafsu, maka kita katakan bahwa ia telah menyelisihi batas waktu yang telah ditentukan oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam kepada umatnya.

Semoga beberapa pertanyaan yang telah dijawab oleh para ulama kita tersebut sangat bermanfaat bagi kaum muslimah dan dapat diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.Wallahu’alam bishawwab.

Sumber rujukan:

1.Tarjamah Shahih Bukhari, Achmad Sunarto,Asy-syifa, Semarang

2. Nailul Authar, Imam Syaukhai, Bina Ilmu, Surabaya

3.Fatwa-fatwa Muslimah oleh Masyayikh, Darul falah, Jakarta

4. 101 Kekeliruan Dalam Thaharah,Sulaiman Al-isa, Pustaka Al-Kautsar, jakarta. Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...