Selasa, 31 Januari 2017

Petrol naik ke esok..kenapa..?



Hujung bulan hari yang ditunggu-tunggu banyak rakyat Malaysia sebab harga petrol dan diesel disemak setiap hujung bulan.

Bulan ini (Januari) harga MOPS95 secara purata lebih tinggi berbanding MOPS95 pada bulan Disember iaitu US$69.489/tong bagi Januari 2017 berbanding US$66.553 bagi Disember 2016 iaitu kenaikan sebanyak 4%.

Purata kadar tukaran US Dollar - Ringgit Malaysia bagi Januari 2017 adalah 4.4603 berbanding 4.4590 bagi Disember 2016 bermakna Ringgit susut sedikit iaitu 0.02% secara purata pada bulan Januari 2017 berbanding Disember 2016.

Selepas dikira mengikut formula Automatic Pricing Mechanism seperti saya pernah tulis https://bnpost.blogspot.my/2017/01/cara-pengiraan-harga-petrol-di-malaysia.html harga purata RON95 pada bulan Januari 2017 adalah RM2.27/liter iaitu 17 sen lebih tinggi berbanding harga runcit RM2.10/liter yang ditetapkan pada awal bulan Januari.

Oleh yang demikian saya menjangkakan kenaikan harga runcit RON95 bagi bulan Januari sejumlah 10 sen hingga 15 sen bermula malam ini.

Seperti bulan-bulan yang lepas, saya pasti ada yang tidak maklum bahawa sejak Disember 2014 lagi kerajaan telah melaksanakan sistem apungan terkawal dalam menetapkan harga petrol dan diesel di mana semakan akan dilakukan setiap bulan mengikut purata harga MOPS95 dan kadar tukaran US Dollar - Ringgit dicampur dengan kos-kos tetap seperti kos operasi margin syarikat minyak, pengusaha stesen minyak.

Pasti ada juga suara-suara yang mahu subsidi petrol dan diesel dikembalikan kerana harga minyak global sudah mula meningkat sejak kebelakangan ini. Sila baca saya tulis bulan lepas kenapa subsidi pukal menyeluruh adalah sesuatu yang tidak bagus untuk negara dan untuk golongan berpendapatan rendah: 

 https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211203371578121?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Dalam masa yang sama pasti ada yang akan menyebarkan grafik janji Najib Razak tidak akan menaikkan harga petrol yang dibuat pada tahun 2012 iaitu cubaan memutarbelitkan kenyataan PM dengan mengambil sebahagian kenyataan beliau, dan meninggalkan sebahagian yang lain:

 https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211221861360354?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Baca bagaimana harga RON95 disemak dan ditentukan setiap bulan di atas, baca kenapa subsidi pukal seperti subsidi petrol dan diesel itu bersifat regresif di atas dan baca juga "janji" Najib Razak untuk tidak menaikkan harga RON95 pada tahun 2012.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih rasional, berfikir dan matang.

#RON95 #HargaMinyak

Kredit - Syahir

Cara Pengiraan Harga Petrol Di Malaysia


Di atas permintaan ramai, saya akan menulis pengiraan harga petrol mengikut mekanisma apungan terkawal yang ditetapkan kerajaan dalam Bahasa Melayu supaya lebih ramai dapat mengetahui dan memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol setiap bulan.

Selepas kejatuhan minyak mendadak pada pertengahan 2014 dari sekitar $110 setiap tong kepada $40 setong, kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi memberi subsidi ke atas jualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak.

Sebelum itu kerajaan menetapkan harga jualan runcit petrol dan diesel di pam-pam minyak pada harga tetap dan tidak berubah mengikut harga minyak antarabangsa.

Selepas November 2014 kerajaan menetapkan bahawa harga runcit petrol dan diesel akan berubah setiap bulan mengikut harga pasaran minyak antarabangsa sebelumnya. 

Bererti harga petrol dan diesel akan berubah setiap akhir bulan; jika harga minyak antarabangsa naik pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan naik juga dan jika harga minyak antarabangsa turun pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan turun.

Saya akan menerangkan bagaimana harga RON95 ditetapkan setiap bulan kerana saya percaya bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan RON95  dan saya juga percaya bahawa sesiapa sahaja yang mampu mengisi tangki kenderaan mereka dengan RON97 tidak risau tentang perubahan harga petrol setiap bulan.

Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan menggunakan mekanisme yang dipanggil Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan oleh kerajaan sejak 1983:


Ada 6 komponen dibawah APM yang perlu dikira sebelum kerajaan menetapkan harga RON95 bagi sesuatu bulan iaitu kos produk, kadar tukaran matawang asing Ringgit - US Dollar, alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan margin pengusaha stesen minyak.

Kos Produk adalah harga minyak yang telah diproses daripada minyak mentah iaitu produk petroleum seperti petrol yang diisi di dalam tangki minyak kenderaan anda. Di Malaysia (dan kebanyakan negara Asia lain) kita menggunakan penanda aras dari Singapore yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS) untuk mengira harga RON95 setiap bulan. Data MOPS diterbitkan setiap hari oleh syarikat pengeluar data McGraw Hill dan hanya boleh diakses oleh sesiapa yang melanggan sahaja.

Tukaran matawang asing adalah kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan US Dollar (USD/MYR) untuk menukar harga MOPS dalam USD kepada Ringgit. Saya tidak pasti kerajaan menggunakan kadar tukaran yang mana satu tetapi saya menggunakan kadar tukaran yang tercatat di dalam laman web Bank Negara Malaysia setiap hari.

Alpha adalah perbezaan di antara harga MOPS yang diterbitkan dan harga sebenar produk RON95 yang dibeli syarikat minyak yang ditetapkan pada kadar 5 sen setiap liter.

Kos Operasi termasuk kos pengangkutan dan pemasaran syarikat minyak yang ditetapkan pada 9.54 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Syarikat Minyak ditetapkan pada 5 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak dijamin dan ditetapkan pada 12.19 sen setiap liter.

Kos produk dan kadar tukaran USD-MYR adalah kos berubah-ubah yang berubah setiap hari mengikut pasaran manakala alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak adalah kos tetap yang ditetapkan kerajaan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Harga MOPS95 pada 31 Oktober 2016 = $62.028 setiap tong dan kadar tukaran USD-MYR = 4.1960.

Pertama kita perlu menukar harga MOPS95 daripada USD/tong kepada Ringgit/liter; 1 tong minyak = 158.99 liter.

MOPS95 setiap liter = 62.028/158.99 = $0.39

Kemudian kita menukar MOPS95 seliter dalam USD kepada Ringgit Malaysia = 0.39 * 4.1960 = RM1.64 (dibundarkan).

Akhirnya kita tambahkan kos tetap 32 sen yang ditetapkan kerajaan untuk mendapatkan harga akhir RON95 pada 31 Oktober 2016:

RON95 seliter =  RM1.64 + RM0.32 = RM1.96 

Harga RON95 seliter pada 31 Oktober 2016 adalah RM1.96 manakala harga runcit RON95 yang ditetapkan kerajaan bagi Oktober adalah RM1.80 bererti harga runcit yang kita bayar adalah lebih rendah daripada harga sebenar RON95 di dalam pasaran.

Bagi bulan November, kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM1.80 bagi bulan Oktober.

Bagaimana kerajaan membuat pengiraan dan menetapkan bahawa harga RON95 dinaikkan sebanyak 15 sen?

Di bawah mekanisme apungan terkawal, kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel SETIAP bulan mengikut purata harga bulan sebelumnya.

Harga RON95 setiap hari sepanjang bulan akan dikira dan dibahagikan kepada hari yang terdapat dalam bulan tersebut (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Oleh kerana data MOPS tidak diterbitkan untuk orang awam dan hanya tersedia untuk mereka yang melanggan sahaja, saya akan melampirkan harga MOPS95 (dapat dari keluarga) untuk tujuan menunjukkan bagaimana kerajaan mengira dan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun jika anda ingin memantau pergerakan MOPS95 anda boleh ke laman web Australian Institute of Petroleumyang menunjukkan carta pergerakan MOPS95 (tiada harga spesifik cuma pergerakan harga).

Di bawah adalah harga MOPS95 dan RON95 yang sudah pun dikira untuk anda semua bagi Ogos 2016:


Seperti yang anda boleh lihat harga runcit RON95 ditetapkan pada RM1.75 seliter dan pada hujung bulan Ogos purata harga RON95 adalah RM1.69 seliter.

Pada 31 Ogos 2016 kerajaan menetapkan harga RON95 bagi bulan September pada RM1.70 iaitu turun 5 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 bulan Ogos iaitu RM1.69 seliter. 

Mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang September 2016 dan mengapa kerajaan meningkat harga RON95 sebanyak 10 sen pada 30 September 2016:


Purata harga RON95 bagi bulan September 2016 adalah RM1.82 seliter jika dibandingkan dengan harga runcit RM1.70 liter yang ditetapkan kerajaan pada 31 Ogos 2016.

Pada 30 September 2016 kerajaan menetapkan harga RON95 pada RM1.80 seliter naik sejumlah 10 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 September iaitu RM1.82 seliter.

Akhir sekali mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang bulan Oktober dan memahami kenapa kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen seliter beberapa hari yang lepas:


Purata harga RON95 bagi September 2016 adalah RM1.98/liter berbanding RM1.80 harga runcit yang ditetapkan kerajaan pada 30 September 2016.

Sekali lagi bersesuaian dengan purata harga bulan sebelumnya (RM1.98) kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen daripada RM1.80 bagi bulan ini (November).

Dengan pengiraan di atas saya harap semakin banyak yang membaca tulisan saya akan faham bagaimana kerajaan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pengeluar dan pengeksport minyak dan kerajaan harus memberi subsidi petrol dan diesel kepada rakyat Malaysia, mereka perlu mengetahui bahawa Malaysia hanyalah pengeskport bersih minyak mentah (eksport lebih daripada import) dan Malaysia adalah pengimport bersih produk petroleum yang telah diproses (import lebih daripada eksport).

Bermaksud penggunaan petrol, diesel, kerosene dan pelbagai produk petroleum di Malaysia adalah lebih daripada pengeluaran yang dibuat Malaysia:



Lagipun Malaysia hanyalah pengeluar petroleum ke-25 terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak 740 ribu tong setiap hari berbanding Saudi (11.9 juta tong sehari), UAE (3.4 juta tong sehari) dan Qatar (2 juta tong sehari).

Setiap bulan bila kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel pasti ada yang akan menggunakan carta minyak mentah WTI iaitu minyak mentah yang digunakan sebagai penanda aras harga minyak di Amerika Syarikat walaupun penggunaan carta WTI adalah tidak tepat.

Faktor penentuan harga minyak bergantung kepada kos berubah-ubah seperti harga kos produk MOPS dan juga kos tetap yang saya terangkan di atas.

Kita juga mesti ingat bahawa selain faktor harga minyak mentah, tukaran matawang asing juga menjadi faktor ke atas pengiraan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun bulan lepas, harga minyak dinaikkan sebanyak 15 sen bukanlah kerana Ringgit yang jatuh tetapi kerana harga kos produk MOPS95 yang secara puratanya meningkat.

Di dalam Facebook saya ada menjawab tentang kenyataan YB Rafizi Ramli bahawa harga RON95 dinaikkan 15 sen kerana Ringgit yang jatuh.

Saya harap dengan tulisan saya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel setiap hujung bulan.

Setiap hujung bulan boleh lah kita bersedia dan tidak terkejut dengan kenaikan atau penurunan harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan.


Kredit - Syahir

Kepada yang TAK MAHU BAYAR PTPTN tu ,baca sini : Pinjaman PTPTN Ditukar Biasiswa dan Syarat CGPA


Nama PTPN ini bukanlah asing bagi penuntut institusi pendidikan tinggi negara samaada belajar di institusi Awam mahupun Swasta. PTPTN ini menyediakan kemudahan pinjaman kepada semua pemohonnya dengan mengenakan beberapa perkiraan untuk kos pentadbiraannya. Jumlah pinjaman setiap penuntut adalah berbeza mengikut jenis kursus, jenis institusi dan keperluan lain untuk meneruskan pengajian. Universiti swasta diperuntukkan pinjaman yang lebih tinggi berbanding universiti awam.

Apabila diistilahkan sebagai pinjam, maka perkataan bayar juga berkaitan antara satu sama lain. Kaedah bayaran serta jumlah bayaran juga berbeza mengikut jumlah pinjaman yang telah dibuat. Mungkin ramai yang telah sedia maklum bahawa kadangkala tidak semua pinjaman dituntut untuk dibayar semula. Ada beberapa pengecualian dan pinjaman ditukar kepada biasiswa kepada mereka yang cemerlang. Bagi mereka yang mendapat keputusan kelas pertama pastinya boleh memohon untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Apa itu kelas pertama?

Sebenarnya di universiti mempunyai peperiksaan dimana keputusan akhir peperiksaan akan diberikan gred tersendiri. Gred CGPA yang biasanya dipanggil “ Pointer “ mampu membezakan kelas tersendiri kepada penuntutnya. Untuk mendapatkan Ijazah kelas pertama, penuntut perlu mendapatkan keputusan CGPA 3.75 – 4.00. Untuk Ijazah kelas kedua pula ialah CGPA 3.5 sehingga 3.74. Oleh demikian, untuk menjadikan pinjaman PTPTN masing-masing menjadi biasiswa penuntut perlu berusaha untuk mendapatkan CGPA 3.75 hingga 4.00. Sekiranya berjaya mendapatkan keputusan yang ditetapkan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan itu.


Peluasan Dasar Penukaran Kepada Biasiswa PTPTN

Menurut surat pekeliling untuk sebaran bilangan 1 tahun 2012 yang mula berkuatkuasa 15 Jun 2012. Kemudahan pertukaran dari pinjaman biasiswa ini telah diperluaskan kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian sebelum 1 Januari 2010. Peluasan ini juga ditujukan kepada penuntut yang seperti biasa memerlukan syarat mendapat Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya dalam peperiksaan masing-masing.






Betulkah Restoran Pelita dimiliki oleh BUKAN ISLAM dan TIDAK HALAL



Salam2all.

Betulkah Restoran Pelita dimiliki oleh kafir dan menjalankan agenda kafir?

Sehari dua ni riuh dgn fitnah yg dikitar semula berkaitan dgn Restoran Pelita.

Konon ianya dimiliki oleh pemilik beragama Hindu dan diguna utk kepentingan penganut hindu termasuk membiayai kuil2 hindu.

Malah ditambah kati lagi fitnah konon Restoran Pelita  mengguna daging & ayam tidak halal; siap gambar lori bawak ayam mampus disiarkan!

(Sedangkan sebenarnya lori2 tu membawa ayam mati yg nak diproses menjadi baja dll.)

Begitulah mudahnya menebar fitnah dizaman cyber ini. Cuma perlu letak gambar, edit tajuk media arus perdana dan tabur.

Dan ramai puak bengong diluar sana spt ikan keli kelaparan akn berlumba utk cut & paste dan menjadi champion pertama menyebarkan bahan fitnah itu; langsung tak pastikan kesahihan berita!

Yang penting aku mesti jadi orang pertama C&P dan sebarkan! Kadang mangkuk macam ni bila bercakap pasal agama berdegar2, tapi perintah Al-Quran langsung dilanggar begitu shj.

Sedangkan Al-Quran jelas memerintahkan kita pastikan kesahihan sesuatu berita; dan kalau sahih pun perlu kah disebarkan?

Jadi teman pun periksa apasal fitnah lama pasal Restoran Pelita ini dikitar semula? Dan teman dah dapat jawapannya:

1. Restoran Pelita sedang dalam proses pembesaran; malah yg dok KL pasti tahu Restoran Pelita di Jalan Ampang yg sempit sebab terlalu ramai pelanggan tu dah berpindah ke tempat lebih besar dan selesa! Dan dimana tu? Di tapak Kelab Malam Zouk yg sentiasa menjadi isu panas! Sekarang tapak itu diambil alih oleh Restoran Pelita!
2. Restoran Pelita mengumumkan akan membuka cawangan baru di Sunway Lagoon dan di Maju Junction ditengah Bandaraya KL;
3. Dan terkini Restoran Pelita akan membuka cawangan baru di Makkah dan Madinah.

Pergh...selain Restoran D'Saji Felda, tak lama lagi jemaah Malaysia akan dapat pekena masakan Mamak Malaysia pulak di Makkah & Madinah!!!

Dan terkini Restoran Pelita menerima ziarah daripada Sheikh Dr Soleh Taha Assyoibi. Beliau adalah pemegang kunci pintu Baitullah di Masjidil Haram.

Bukan itu sahaja, malahan rombongan Sheikh Soleh telah sudi meluangkan masa menjamu selera di Restoran Pelita.

Jadi balik kepada persoalan adakah Restoran Pelita milik bukan Islam spt yg ditohmah?

Jauh panggang daripada api!

Restoran Pelita adalah dikuasai oleh orang Melayu-Islam!

Restoran Pelita dimiliki oleh Syarikat Pelita Samudera Sdn Bhd (481477-P) dan mula beroperasi sejak 1994.

Terdapat 7 rakankongsi syarikat ini; 5 Muslim dan hanya dua orang India bukan Islam.

Pengerusi Eksekutif syarikat ini tidak lain tidak bukan adalah pendakwah tersohor negara Sahibul Fadhilah Ust Datuk Shamsuri Hj Ahmad.

Ada yang tohmah Ust Datuk Shamsuri hanya patung boneka memberi warna Islam kpd Syarikat yg difitnah milik penganut hindu.

Bagi pembengong fitnah ni, ketahuilah Ust Datuk Shamsuri bukan sahaja pemegang saham syarikat, beliau juga adalah Pengarah Eksekutif yg menjalankan pengurusan dan pentadbiran syarikat ini.

Kita patut berbangga seorang pendakwah terkenal spt Ust Datuk Shamsuri boleh terjun ke bidang perniagaan; bukan berniaga agama atau menjual ayat2 Quran spt segelintir ustad2 hari ni, ttp mencebur diri dalam perniagaan yg sebenar.

Dengan pendapatan daripada perniagaan ini, selain menghidupkan sunnah Rasulullah saw, Ust Datuk Shamsuri tidak bergantung pendapatan hidup melalui kerja dakwah; sebaliknya boleh berdikari dan menjalankan dakwahnya dengan lebih efektif tanpa menjadikan kerja dakwah sbg punca pendapatan!

Dan untuk pengetahuan penyebar fitnah diluar sana, sykt Pelita Samudera mempunyai 800 pekerja Muslim, termasuk 5 orang hafiz Al-Quran!!!

Kita patut bersyukur dan berbangga Sykt Pelita Samudera berjaya membantu saudara kita drpd India yang dapat bernaung mencari rezeki dibumi kita melalui sykt Pelita Samudera!

Mungkin nanti pengurusan sykt dapat menimbang mengambil pekerja dari kalangan saudara Rohingya kita pulak!

Apa pun sykt Pelita Samudera tidak pernah nak berkokok mendabik dada mereka banyak membantu umat Islam yg memerlukan.

Tak spt orang lain yg hanya tahu kutip derma dan buat tabung sana sini sambil berkokok dema lah yg banyak membantu umat Islam diluar sana, sykt Pelita Samudera pimpinan Ust Datuk Shamsuri menjalankan kerja kebajikan tanpa perlu kepada publisiti murahan dan populariti.

Dan untuk pengetahuan ngkorang, sykt Pelita Samudera pernah diberi anugerah Malaysia Book of Records!

Jadi teman harap penjelasan ini akan mentalqinkan sebarang usaha geng iblis dan syaitan diluar sana yg berusaha nak menjahanamkan sebuah entiti perniagaan Melayu-Islam yang bukan sahaja berjaya, malah menjalankan kerja dakwah dan kebajikan dengan berkesan tanpa perlu publisiti dan populariti murahan.

Daripada kita jadi penyambung lidah iblis dan syaitan dengan menyebar luas fitnah terhadap saudara kita, lebih baik kita membantu dengan mempromosi Restoran Pelita ini.

Sebarkan maklumat ini insylh sbg sumbangan kita membantu saudara kita sendiri.

Semoga Allah memberikan rahmat, keberkatan dan keampunan, aamiin.

Zulkifli Noordin
Kuala Lumpur
02 Jamadil Awal 1438
30 Januari 2017

P/s: disertakan dibawah gambar2 termasuk ziarah oleh Sheikh Soleh ke Restoran Pelita.






-----> Kenyataan akhbar oleh ANSARCOMP mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :

Kenyataan akhbar oleh ANSARCOMP mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :



KENYATAAN AKHBAR OLEH ANSARCOMP (M) SDN BHD


• Adalah wajib bagi setiap individu Muslim untuk makan makanan yang baik dan sihat bagi mengelakkan semua yang dilarang seperti yang diperintah oleh Allah dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 88.

• Pengalaman bekerjasama dengan Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. (Nasi Kandar Pelita Sdn. Bhd.) selama lebih kurang 2 bulan : Pihak Pelita telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama yang baik untuk memastikan permohonan Sijil Halal ini mematuhi keperluan seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam.

• Kami berurusan dengan pihak Pelita dari peringkat pengarah syarikat sehinggalah kepada pekerja seperti Dato’ Shamsuri Ahmad (ahli lembaga pengarah yang juga pengerusi eksekutif syarikat) En. Azeem Qusyairi (ahli lembaga pengarah) dan En. Uswath Khan (ahli lembaga pengarah) dan juga Eksekutif Halal bagi rangkaian restoran-restoran Pelita seperti En. Nazreen, En. Rafikul dan En. Anuar.

Ringkasan lanjut mengenai isu Halal Restoran Pelita Nasi Kandar :

• Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd. (Restoran Nasi Kandar Pelita) telah melantik pihak AnsarComp sebagai konsultan bagi mendapatkan sijil Halal JAKIM di mana projek telah bermula pada 1 Mac 2012.

• Pra-Audit dari pihak AnsarComp telah diadakan sebelum audit dari pihak JAKIM sehinggalah Restoran Pelita Nasi Kandar telah sah mendapat sijil halal pada 1 Mei 2012.

• Sebagai pihak konsultan yang bertauliah, AnsarComp sangat mementingkan kualiti dalam kerja termasuk ketika proses audit
dijalankan di Restoran Nasi Kandar Pelita berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan.

• Dalam prosedur pensijilan Halal, AnsarComp membantu semua pelanggan kami termasuk Restoran Nasi Kandar Pelita dengan mengamalkan polisi ‘Tiada jalan singkat’ untuk mendapat sijil Halal.

• Sepanjang dua bulan AnsarComp bekerjasama dengan Restoran Nasi Kandar Pelita, segala prosedur dalam pensijilan Halal JAKIM telah mereka patuhi sehingga membolehkan mereka mendapat sijil Halal JAKIM. Kesungguhan pihak mereka untuk mendapatkan sijil Halal wajar dicontohi dan dipuji bukan untuk dipersoalkan tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan.

• Perkara-perkara yang selalu menjadi isu dan digembar-gemburkan di laman sesawang adalah bersifat fitnah dan tuduhan melulu serta bertujuan jahat. Bahkan pihak kami sebagai konsultan yang bertauliah menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang tidak berasas itu.

• Selain Nasi Kandar Pelita, pihak Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd juga telah mendapatkan sijil halal bagi beberapa buah anak syarikat yang lain iaitu Ayam Pelita Sdn. Bhd., Hotel Palm Inn (M) Sdn Bhd. serta Pelita Hotel Catering Sdn. Bhd.

• Bahkan kami ingin menegaskan bahawa kriteria-kriteria di bawah termasuk di dalam audit pihak AnsarComp serta menepati kriteria Halal JAKIM:
- Kebersihan
- Sekurang-kurangnya 2 orang tukang masak Muslim yang bertugas di setiap restoran pada satu-satu masa.
- Kesemua sumber bahan mentah dalam penyediaan makanan dan minuman wajib diperolehi atau diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal JAKIM atau Badan Islam Antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.

• Untuk makluman, berdasarkan Profil Pengurusan yang pihak Restoran Pelita Nasi Kandar telah serahkan kepada kami bagi tujuan maklumat syarikat, mereka mempunyai 7 orang pemegang saham dalam syarikat ini iaitu Dato’ Shamsuri bin Ahmad, Dato’ Murugan Doraisamy @ Ramesh, Uswath khan bin Kirudu Mohamed, K. K. Sihabutheen bin Kirudu Mohamed, Syed Abbas Ali bin Abdul Rahman, S. Prebagaran Subramaniam dan Azeem Qusairy bin Bardril. Berdasarkan Profil Pengurusan ini, jelas menjawab isu yang mengatakan Restoran Nasi Kandar Pelita dipunyai oleh orang yang bukan beragama Islam. Ini kerana 5 orang pemegang sahamnya yang lain adalah beragama Islam. Ingin ditegaskan di sini, bahawa pihak JAKIM tidak meletakkan syarat pemilik syarikat mestilah beragama Islam sebagai syarat untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM. Oleh itu, isu ini sememangnya tidak wajar diperbesarkan sama sekali.

Penutup

• AnsarComp (M) Sdn Bhd merupakan konsultan dan penasihat yang bertauliah dalam mendapatkan sijil Halal. Kami akan melakukan yang terbaik dalam memberikan khidmat nasihat, urusan dokumentasi dan pra-audit bagi memastikan ia mematuhi kelulusan.

• Pihak Ansarcomp (M) Sdn Bhd telah dilantik untuk memantau perjalanan serta operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Nasi Kandar Pelita) dan membuat audit sebanyak dua kali setahun secara ‘spot check’.

• Kehadiran kami sebagai konsultan adalah:-
o Untuk menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah sebagai seorang muslim.
o Untuk memudahkan pengusaha makanan mematuhi keperluan dan kehendak seperti yang di gariskan oleh agama islam itu sendiri
o Untuk memastikan pengguna juga merasa selamat apabila makan di sesebuah restoran, setelah mendapat kelulusan Halal daripada JAKIM ini.

• Jika terdapat mana-mana pihak yang masih mahu mendapatkan kepastian mengenai isu ini, sila hubungi pihak kami di talian: 03-519-22185/ 86

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami atau layari www.ansarcomp.com.my

Isnin, 30 Januari 2017

Kalau saya di tanya mengapa saya sokong dan membantu sebaik mampu Kerajaan DS Najib, inilah jawapan saya, as Allah is my witness...



Saya dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Kalau saya di tanya mengapa saya sokong dan membantu sebaik mampu  Kerajaan DS Najib, inilah jawapan saya, as Allah is my witness.

Adalah kerana saya percaya tiada pilihan di antara pemimpin lain yang sekaliber dengan DS Najib untuk membawa negara ini ke hala tuju masa depan yang lebih cemerlang demi anak cucu rakyat Malaysia.

Dasar, keputusan ekonomi dan kewangan DS Najib adalah tepat dan berani.

Saya juga di maklumkan oleh seorang cendiakawan hal-ehwal Islam bahawa DS Najib banyak bertanya kepadanya, menimba ilmu dan petunjuk. 

Pada hemat cendiakawan ini, DS Najib ikhlas untuk menegakkan agama Islam di dalam konteks dunia yang berteraskan wadah wasitiyaah, berprogresif dan berdaya maju.

Saya juga kagum dengan ketabahan, kecekalan dan keteguhan DS Najib menjalankan tanggungjawabnya saban hari, day-in and day-out, sungguhpun pelbagai cabaran, cemuhan dan tohmahan di lemparkan.

Tidaklah mudah, sebagai seorang manusia, untuk melalui ini semua.

Inilah sebab-sebab mengapa saya bekerja sebaik boleh menyokong DS Najib.

Kerana Allah saya bertugas agar bangsa beragama Islam tidak berganjak dari memegang tompok kepimpinan negara ini.

Mohon restu dan rahmatNya jua untuk meneruskan jihad ini.

Kredit - Saiful Bahari Baharom


ROS Boleh Batalkan Pendaftaran Pertubuhan-Pertubuhan Yang Menentang Agenda Islam Negara..!!



Parti-Parti politik atau pertubuhan yang menentang pemerkasaan Akta 355 boleh dibatalkan pendaftaran mereka. Ini kerana perbuatan mereka yang jelas berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan telah melanggar Seksyen 2A Akta Pertubuhan yang dengan jelas menyatakan bahawa sebarang aktiviti yang dijalankan hendaklah selari dan kondusif dalam memenuhi atau mematuhi peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pegawai Esekutif, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser Disa. Tegasnya lagi “Hal ini adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan semua pertubuhan atau persatuan yang berdaftar perlu menghormati dan mematuhi peruntukkan undang-undang tertinggi negara itu.

” Pengamal Undang-Undang itu juga menegaskan bahawa perundangan Syariah sebenarnya tidak pernah bercanggah dengan perundangan Sivil seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Malah perundangan Syariah telah diamalkan sekian lama dan telah kita warisi daripada perundangan negeri-negeri. Islam sendiri telah bertapak seawal tahun 1303, seperti yang tertulis pada Batu Bersurat Terengganu.

Malah perundangan Syariah juga saling melengkapi perundangan Sivil dan adalah menjadi hak asasi setiap warga Muslim di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalani kehidupan mereka sebagai seorang Muslim seperti yang termaktub dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun beliau tidak menafikan masih terdapat segelintir golongan yang seperti mahu menidakkan hak itu dan masih mendakwa bahawa Malaysia sebagai sebuah negara sekular, sekalipun dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri perkataan ‘sekular’ itu tidak pernah wujud. Katanya lagi pemerkasaan Akta 355 adalah penting untuk memelihara akhlak dan akidah umat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara.

Ahad, 29 Januari 2017

Anjing Diletakan Atas Mesin ATM Pula..


MEMANG biadap tindakan seorang lelaki yang dikatakan meletakan anjing di atas mesin ATM ketika beliau membuat pengeluaran wang.Semua rakyat Malaysia tahu bahawa isu anjing amat sensitif bagi umat Islam memandangkan kebarangkalian terkena najis Mughallazah tersebut amat tinggi.
Malah isu tersebut turut diperdebatkan dan viral di media sosial dan media arus perdana.
Lelaki tersebut dilihat sengaja melakukan provokasi dalam isu ini. Tindakan tersebut seolah-olah sengaja mencabar kesabaran orang Melayu. Sekadar nasihat kepada lelaki itu, sarang tebuan jangan dijolok.
Netizan juga turut meluahkan kemarahan mereka terhadap lelaki yang sengaja meletakan anjing beliau diatas mesin ATM tersebut.
Jika kita mahu hidup dalam harmoni maka hormatilah pegangan dan kepercayaan kaum lain.
– PRU14.tv

Sabtu, 28 Januari 2017

Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..


**Artikel ini telah ditulis pada Ogos 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Amin bin Yatim
Petaling Jaya

Jumaat, 27 Januari 2017

Rafizi Fitnah Tabung Haji Lagi...!! - 2






Kelakar pula saya tengok Rafizi Ramli mengambil "victory lap", mendabik dada bahawa kononnya pendakwaan bekas CEO Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) semalam membuktikan bahawa apa yang beiau dedahkan selama ini adalah benar dan bukannya fitnah politik: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1400640583303778:0

Ini adalah salah satu taktik murahan Rafizi Ramli untuk mengelirukan orang ramai terutamanya mereka yang tidak faham isu sebenar, mereka yang hanya tahu komen selepas melihat infografik-infografik dalam media sosial dan mereka yang tidak ada pengetahuan tentang isu kewangan, perniagaan dan ekonomi semasa.

Sepanjang tahun 2016, Rafizi Ramli membuat apa yang dia panggil pendedahan berkenaan THHE atau yang dulunya dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad sebuah syarikat huluan (upstream) minyak dan gas dan penyedia perkhidmatan minyak dan gas.

Pertama mari kita recall semula apa yang Rafizi Ramli dedah sepanjang tahun lepas berkenaan THHE. Saya lampirkan rujukan daripada bloig beliau mengikut kronologi tarikh dari mula hingga semalam seperti di bawah:

1. 25 Februari 2016: "PELABURAN TABUNG HAJI DI SYARIKAT KEJURUTERAAN HULUAN (RAMUNIA HOLDINGS BERHAD) CATAT KERUGIAN ATAS KERTAS RM200 JUTA, RISIKO KERUGIAN JANGKA PANJANG RM1.4 BILION" : http://rafiziramli.com/2016/02/pelaburan-tabung-haji-di-syarikat-kejuruteraan-huluan-ramunia-holdings-berhad-catat-kerugian-atas-kertas-rm200-juta-risiko-kerugian-jangka-panjang-rm1-4-bilion/

2. 26 Februari 2016: "PENAFIAN TABUNG HAJI MENGENAI “CORPORATE GUARANTEE” KEPADA THHE: SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN MEMBUKTIKAN “CORPORATE GUARANTEE” DILULUSKAN OLEH TABUNG HAJI" : http://rafiziramli.com/2016/02/penafian-tabung-haji-mengenai-corporate-guarantee-kepada-thhe-surat-kementerian-kewangan-membuktikan-corporate-guarantee-diluluskan-oleh-tabung-haji/

3. 29 Februari 2016: "LAPORAN POLIS: PENGURUSAN TABUNG HAJI JANGAN SEMBUNYI DI BELAKANG PEGUAM NEGARA, JAWAB PRESTASI DAN RISIKO PELABURAN DI DALAM TH HEAVY ENGINEERING (THHE) DAN LAIN-LAIN" : http://rafiziramli.com/2016/02/laporan-polis-pengurusan-tabung-haji-jangan-sembunyi-di-belakang-peguam-negara-jawab-prestasi-dan-risiko-pelaburan-di-dalam-th-heavy-engineering-thhe-dan-lain-lain/

4. 13 Julai 2016: "TABUNG HAJI TERDEDAH KEPADA KERUGIAN RM554 JUTA DI DALAM TH HEAVY ENGINEERING BERHAD" : http://rafiziramli.com/2016/07/tabung-haji-terdedah-kepada-kerugian-rm554-juta-di-dalam-th-heavy-engineering-berhad/

5. 15 Julai 2016: "TABUNG HAJI PERLU LUPUS PELABURAN DALAM TH HEAVY ENGINEERING" : http://rafiziramli.com/2016/07/tabung-haji-perlu-lupus-pelaburan-dalam-th-heavy-engineering/

6. 25 Julai 2016: "DS NAJIB GUNA RM740 JUTA WANG RAKYAT UNTUK SELAMATKAN TH HEAVY ENGINEERING AKIBAT KEPUTUSAN PELABURAN TABUNG HAJI YANG SALAH" : http://rafiziramli.com/2016/07/ds-najib-guna-rm740-juta-wang-rakyat-untuk-selamatkan-th-heavy-engineering-akibat-keputusan-pelaburan-tabung-haji-yang-salah/

7. 26 Julai 2016: "DATO’ SERI NAJIB ANUGERAH KONTRAK RM740 JUTA KEPADA TH HEAVY ENGINEERING (THHE) UNTUK BINA KAPAL PERONDA WALAUPUN THHE TIDAK ADA PENGALAMAN" : http://rafiziramli.com/2016/07/dato-seri-najib-anugerah-kontrak-rm740-juta-kepada-th-heavy-engineering-thhe-untuk-bina-kapal-peronda-walaupun-thhe-tidak-ada-pengalaman/

Di atas adalah siri "pendedahan" Rafizi Ramli yang berkisar tentang kerugian pelaburan, jaminan korporat, penganugerahan kontrak kapal peronda oleh kerajaan kepada THHE - Destini (syarikat usahasama THHE dan Destini).

Kemudian pada November lepas apabila SPRM mengumumkan bahawa beberapa individu termasuk bekas CEO THHE ditangkap kerana disyaki menerima wang suapan, Rafizi Ramli dengan yakin meminta SPRM menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji: http://rafiziramli.com/2016/11/siasatan-sprm-ke-atas-bekas-ketua-pegawai-eksekutif-tabung-haji-heavy-engineering-siasat-individu-lain-yang-terlibat-dalam-keputusan-pelaburan/

Kemudian semalam bekas Ketua Pegawai Eksekutif tersebut didakwa di mahkamah seperti yang saya yakin ramai telah maklum.

TETAPI,

Elok jika kita baca kenyataan media daripada SPRM tentang pendakwaan ke atas CEO tersebut: http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/1901-bekas-ceo-thhe-disiasat-sprm-didakwa-pecah-amanah-rm2-5-juta [Rujuk Gambar kalau malas nak bukak link]

"Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering (THHE) Bhd. yang pernah ditahan bagi
membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada November tahun lalu,
didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas
Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini."

"Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah
amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000,
RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013."

Bekas CEO THHE ini melakukan pecah amanah (criminal breach of trust melibatkan wang bernilai RM2.5 juta melalui lima keping cek antara April hingga Oktober 2013.

Jadi sekarang, apa kaitan bekas CEO THHE ini menerima suapan dengan pendedahan Rafizi Ramli sepanjang tahun lepas yang hanya berkisar tentang kerugian pelaburan, risiko kerugian pelaburan dan juga penganugerahan kontrak kapal peronda?

Tidak ada kaitan.

Rafizi Ramli tidak pernah mendedahkan tentang rasuah atau wang suapan oleh sesiapa di dalam THHE, sebaliknya Rafizi Ramli hanya mendedahkan sesuatu perkara yang mendedahkan Tabung Haji kepada risiko kerugian sahaja.

Adakah pertuduhan pecah amanah RM2.5 juta ini yang menyebabkan Tabung Haji sudah atau akan kerugian beratus juta seperti "pendedahan" Rafizi Ramli tahun lepas? Adakah tuduhan bahawa bekas CEO THHE ini menerima suapan RM2.5 juta yang menyebabkan THHE Destini mendapat kontrak untuk membina kapal peronda? Dan yang paling utama adakah kes bekas CEO THHE ini akan mengakibatkan pendeposit Tabung Haji kekurangan atau kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji?

Saya minta Rafizi Ramli jawab soalan saya sebelum mendabik dada dan berbangga-bangga kononnya pertuduhan ke atas Nor Badli Munawir semalam membuktikan bahawa beliau tidak memfitnah Lembaga Tabung Haji. 

Nampak tak permainan kotor Rafizi Ramli cuba menjadikan isu rasuah yang tidak ada kena mengena dengan pengurusan pelaburan Tabung Haji untuk membayangkan kepada orang ramai bahawa dia sebenarnya betul.

Orang yang tidak membaca dengan teliti pasti akan cakap "betul la selama ini apa yang Rafizi Ramli dedahkan."

Orang yang membaca dengan lebih mendalam tidak akan jumpa kaitan pendedahan Rafizi Ramli dengan kes pecah amanah bekas CEO THHE bernilai RM2.5 juta.

Rafizi Ramli hanya menggunakan berita pertuduhan ini untuk mengaburi mata orang ramai dengan mengeluarkan sedikit fakta dan menyorokkan fakta yang lain. Lihat sahaja ayat-ayat yang digunakan di dalam grafik beliau. Kenapa tidak upload kenyataan media yang penuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya?

Saya harap lebih ramai orang islam sedar dan tidak lagi percaya bulat-bulat apa Rafizi Ramli kata.

Seperti saya terangkan semalam dan sebelum-sebelum ini, duit deposit anda di dalam Lembaga Tabung Haji dijamin oleh kerajaan 100%. Apa-apa jadipun duit anda tidak akan diusik dan tidak akan berkurang (tak termasuk pengeluaran sendiri) walau Lembaga Tabung Haji kerugian besar mana pun (Tabung Haji untung tak pernah rugi).

Ini tidaklah bermakna saya tidak kisah JIKA ADA penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa di dalam Tabung Haji. Jika ada, lapor kepada pihak berkuasa, kemukakan bukti biar disiasat dan didakwa.

Isunya adalah cuba memutarbelitkan fakta, memilih fakta-fakta tertentu dan menyembunyikan sebahagian yang lain atau orang putih kata "cherrypicking".

Inilah modus operandi Rafizi Ramli selama ini.

Buka mata anda semua, bagitau saudara mara rakan taulan. Jangan terpedaya lagi dengan taktik kotor murahan Rafizi Ramli yang tidak akan berhenti menyerang institusi-institusi agama dan bangsa. Kita mesti tolak pemfitnah yang menyerang badan yang menguruskan dana untuk umat Islam di negara untuk mengerjakan rukun islam ke-5.

#FactCheck #SemakFakta #TabungHaji

Kredit - SYAHIR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...