Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE

















1. Kenapakah perolehan Scorpene
dijadikan isu?


• Pembangkang menimbulkan isu komisyen
dalam perolehan Scorpene semata-mata
untuk mengelirukan rakyat malah menjejaskan
imej YAB Perdana Menteri.

• Usaha SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
yang cuba mengheret Dato’ Sri Mohd. Najib
ke Mahkamah Perancis adalah suatu usaha
`pementasan’ untuk memalukan Perdana
Menteri Malaysia di tempat antarabangsa bagi
maksud PRU ke 13.

• Malahan Akuan Bersumpah P.
Balasubramaniam (Penyiasat Persendirian)
pada 1 Julai 2008 yang cuba mengaitkan
Altantuya dengan Dato Sri Najib mengenai
tuntutan wang komisyen telah ditarik balik.

2. Kenapa kita memerlukan kapal selam?

• Sebahagian daripada transformasi dan
permodenan angkatan tentera laut negara
bersesuaian dengan keperluan semasa.

• Kapal selam dianggap sangat strategik
untuk melindungi kedaulatan negara
daripada sebarang ancaman, di samping
untuk mengimbangi sistem pertahanan
laut negara-negara jiran seperti Singapura,
Thailand, Indonesia yang telah lebih awal
memiliki kapal selam masing-masing.

• Untuk memperkukuh tahap kemampuan
negara dari segi kawalan di perairan
negara yang bersempadan dengan negaranegara
Asean seperti Indonesia, Thailand,
Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam.

• Untuk melindungi kepentingan ekonomi
negara seperti kawalan keselamatan Industri
Petroleam Negara, melindungi paip-paip
gas, paip minyak dan talian komunikasi di
dasar laut serta kapal-kapal dagang yang
melalui perairan negara.

3. Siapakah yang membangkitkan
`Scorpene’ sebagai isu di Malaysia?


• Pada Disember 2009 pembangkang
menggunakan SUARAM (Suara Rakyat
Malaysia) melantik seorang peguam
Perancis Joseph Breham mengemukakan
saman pemula di mahkamah Perancis
ke atas syarikat pembuat Scorpene iaitu
DCNS kerana mengesyaki kononnya wujud
amalan rasuah dalam urusan perolehan
Scorpene.

4. Adakah wujud unsur-unsur tidak telus di
dalam perolehan kapal selam Scorpene?


• Pembelian kapal selam Scorpene ini
dilakukan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh
Kementerian Kewangan.

• Kerajaan tidak pernah menyembunyikan
kotrak perolehan kapal selam Scorpene.

5. Berapakah nilai keseluruhan perolehan
kapal selam Scorpene dan kenapa
SUARAM mendakwa wujudnya bayaran
`komisyen’ kepada Syarikat Perimekar
Sdn Bhd?


• Kontrek keseluruhan Scorpene bernilai
EURO1.084 bilion, ditandatangani pada 5
Jun 2002 dengan jelas menyatakan:

o EURO 969.15 juta atau RM4.85 bilion
dibayar kepada syarikat DCNS (Perancis)
dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai
kos perolehan dua buah kapal selam
Scorpene, pakej Intergrated Logistic
Support (ILS) dan latihan untuk warga
kapal selam TLDM.

o EURO 114.96 juta dibayar kepada
Perimekar Sdn.Bhd. secara berperingkat
selama 6 tahun sebagai kos Perkhidmatan
Koordinasi dan Sokongan kepada
Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di
Cherbourg, Perancis dan Cartagena,
Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam
di Brest, Peranchis.

• Dalam kontrak menjelaskan Perimekar Sdn.
Bhd. bertanggung jawab menyediakan
perkhidmatan berikut:

o Menyediakan kediaman lengkap bagi
27 keluarga pegawai di Perancis dan
Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun.

o Menyediakan Pejabat Urusan dan
kediaman lengkap bagi krew kapal selam
TLDM seramai 156 orang dan 30 staf
penyelenggaraan pengkalan di Perancis
dan Sepanyol untuk tempoh selama
6 tahun.

o Membayar elaun harian dan elaun krew
EURO 50 sehari setiap seorang untuk
tempoh 3 tahun pertama dan EURO 60
sehari untuk tempoh 3 tahun kedua.

o Membiayai kos penerbangan pergi balik
setiap krew kapal selam untuk balik
bercuti setiap empat bulan sekali.

o Bertanggung jawab memastikan
pernyertaan syarikat Malaysia dalam
pembinaan dan membantu syarikat yang
berpotensi untuk menyertai program offset.

o Membatu kontraktor utama berhubung
prosedur kerajaan dalam perlaksanaan
kontrak.

o Menyelaras latihan antara krew, kontraktor
dan kerajaan.

o Menyediakan laporan koordinasi dan lainlain
yang berkaitan perolehan ini.

• Hakikatnya bayaran EURO 114.96 juta
bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran
untuk perkhidmatan yang disediakan oleh
Perimekar Sdn.Bhd. Bayaran ini adalah
telus, nyata dan wajar.

6. SUARAM mendakwa kerajaan tidak
memberikan penjelasan sebagaimana
yang dituntut oleh mereka?


• Pembelian kapal selam Scorpene adalah
berkaitan dengan soal strategi keselamatan
dan rahsia negara yang tidak boleh
didedahkan kepada mana-mana pihak.

• Semua negara di dunia menyembunyikan
fakta berkaitan dengan strategi keselamatan
kerana ia boleh meletakkan negara kepada
bahaya sekiranya didedahkan kepada pihak
lain.

7. Apakah tindakan-tindakan yang boleh
dianggap `provokasi’ SUARAM untuk
memanaskan isu ini di kalangan
masyarakat?


• SUARAM `menyerang’ Mindef dengan fakta
palsu mengenai Scorpene dalam buku
yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong berjudul
`Questioning Arms Spending in Malaysia’.
Dr. Kua Kia Soong adalah ahli DAP.

• Buku ini dilancarkan di Ibu Negara pada
11 Disember 2010 dan dilancarkan sekali
lagi pada 14 Disember 2010 di London.
Menghasilkan buku di dalam negara
seterusnya melancarkannya sekali lagi di
luar negara menggambarkan adanya unsurunsur
berniat jahat terhadap Kerajaan dan
kepimpinan negara.

• SUARAM telah menjemput seorang
peguam dari Perancis William Bourdon
untuk menyampaikan ceramah dalam majlis
penerangan di Pulau Pinang pada 21 Julai
2011 berkaitan dengan perkembangan
terbaru dalam siasatan isu Scorpene.

• 22 Julai 2011, Imigresen telah menahan
peguam Perancis William Bourdon di KLIA
sebaik tiba dari Pulau Pinang atas dakwaan
menyalahgunakan pas lawatan sosial.

• SUARAM akan mengadakan majlis pada
bulan Jun 2012 untuk mengutip derma bagi
membiayai kos pengurusan kes Scorpene di
mahkamah Perancis.

8. Apakah komen Menteri Pertahanan
mengenai isu Scorpene?


• Beliau sedia ke mahkamah bagi menjawab
segala dakwaan SUARAM.

• SUARAM bebas melantik peguam untuk
mencabar kerajaan di mahkamah.

• Kementerian akan mengambil tindakan
undang-undang yang memanipulasi fakta
yang kononnya terdapat penyelewengan
dalam pembelian scorpene.

• Penasihat Undang-Undang Kementerian
Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta
dalam buku tulisan Dr. Kua Kia Soong.

• Isu pembelian scorpene tidak perlu
dibawa kepada SPRM kerana pembelian
scorpene dilakukan mengikut prosedur yang
ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian
Kewangan.


- Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...