Khamis, 31 Januari 2013

Ingat Lagi Ke Janji Palsu ANWAR Ini...???


Janji Palsu Anwar - Kg Buah Pala 
                              

16 September : Anwar pembohong?

Umno sentiasa terbuka untuk Nasharudin...


Umno sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja termasuklah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa jika beliau benar-benar mahu menyertai parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) ini.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz berkata, walaupun Nasharudin berkemungkinan tidak menyertai Umno, namun kemahiran dan kebolehannya tetap diperlukan kerajaan terutamanya dalam hubungan antara negara-negara Islam.

Menurutnya, oleh kerana Nasharudin dilihat rapat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan terutamanya Umno, maka atas kemungkinan itu beliau telah dipecat dari Majlis Syura Pas dengan mendakwa pemimpin itu melanggar beberapa peraturan parti.

"Pas sudah tersasar jauh dari perjuangannya, saya pelik bagaimana seorang pemimpin ilmuwan yang berkebolehan tinggi seperti Nasharudin boleh dipecat daripada Majlis Syura, satu badan tertinggi Pas.

"Jadi, jika Nasharudin mahu menyertai Umno, kami terbuka kepada sesiapa sahaja, tiada paksaan. Apa pun ia terpulang kepada Nasharudin sendiri," katanya semalam.

Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, dalam berpolitik, semua pihak harus ada batasan dan kembali bersatu jika sesuatu isu melibatkan akidah Islam dan bangsa Melayu.

"Semua orang tidak kira Pas dan Umno perlu berpadu jika melibatkan Islam, ini tidak, dalam isu kalimah ALLAH pelbagai percanggahan dikeluarkan pemimpin Pas.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Umno tidak perlu melamar Nasharudin kerana keputusan tersebut hanyalah terletak di bahu pemimpin Pas tersebut.

Menurutnya, atas dasar ukhuwah umat Islam, semua pihak diseru bersama-sama demi akidah dan perpaduan umat tidak kira ideologi politik yang dipegang masing-masing.

“Saya berpendapat, terpulang kepada Nasharudin untuk buat keputusan tentang masa depan politiknya, Umno tidak perlu melamar kerana Umno adalah parti yang terbuka dan demokratik kepada sesiapapun,” katanya.

Nasha perlu tinggalkan Pas jika....



Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keanggotaan oleh Majlis Syura, 13 Januari lalu, perlu keluar Pas jika berhajat untuk menyertai parti lain, tegas Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

“Jika dia pilih parti lain untuk dianggotai, dia kena keluar Pas kerana dia tak boleh menyertai dua parti. Isunya kini beliau hanya digugurkan oleh Majlis Syura.

“Bagi saya tidak ada halangan Nasha untuk terus aktif dalam parti namun dia kena ikut peraturan yang ditetapkan, malah tahun depan masih ada pemilihan, dia boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden jika mahu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfodz berkata, Nasha sememangnya aktif dalam pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Quds, dan itu hak beliau untuk meneruskan aktiviti dan cita-cita.

“Saya percaya tentunya sebagai manusia akan timbul perasaan kecil hati apabila Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) bersuara bagi menentukan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.

“Tapi jika perkara itu membuatkan dirinya hendak keluar, itu hak dia. Sekiranya ia benar terjadi ia memang memberi kesan kepada Pas tetapi saya percaya ia bukan itu tempoh yang lama,” katanya.

Jelasnya, jika Nasha benar-benar ingin mendaulatkan Islam, hanya Pas sahaja parti yang memperjuangkan wadah Islam.

KDN: Surat arahan MyKad tidak dituntut palsu...!!!


Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Menurut Mahfuz, surat arahan yang didakwa ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.

Beliau berkata, JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Justeru katanya, satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said hari ini.

"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol

IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

SUMBER

#BMP231 Majlis Peguam KURANG AJAR ... Perlekeh ENAKMEN MUFTI DAN FATWA..!!



KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat cenderung kepada hasutan dan mereka yang bersama Chee Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Selaku Presiden Majlis Peguam beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mewakili keseluruhan 14,189 peguam di negara ini.

Beliau hanya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia bersifat peribadi.

“Sekiranya Chee Wee berhujah menyatakan bahawa Enakmen Mufti dan Fatwa itu sebagai tidak berperlembagaan, kenapa beliau tidak mencabar peruntukan dalam akta Majlis Peguam yang juga tidak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam menyuarakan kekesalan dan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chee Wee menyatakan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan kerana seolah-olah menyingkirkan bidang kuasa mahkamah.

Pindaan memasukkan Seksyen 22A yang berbunyi “walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.

Meh Kita Semak Balik Ringkasan Bajet 2013...TQ PM



  •  Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013.
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250. 
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang. 
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Anyway ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000. 
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013. 
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri. Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit dan tempoh minima bekerja 6 bulan dimansuhkan.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off (sekali aja ya), bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua. 
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan. 
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan. 
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat at least 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013. 
  • Diskaun 50% kepada semua pengguna KTMB (warganegara Malaysia) yang mana gaji mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan

Terima Kasih PM....

Rabu, 30 Januari 2013

SPR lancar laman web khas untuk PRU-13



PUTRAJAYA 30 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain menjadi panduan kepada pengundi yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini.

"Antara yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini proses penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan mengundi sehingga pengumuman keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu di sini hari ini.

Beliau berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan raya berlangsung.

Katanya ia dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti jumlah atau peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu menghubungi SPR.

"Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul.

SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana mungkin ia dapat dibersihkan seratus peratus.

"Sebagai contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin esok ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan kewarganegaraan," katanya.

Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai menunggu untuk menjadi saksi. - BERNAMA

MB: Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam 14 hari


Kerajaan Selangor akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

"Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih
perkhidmatan air," kata beliau dalam satu kenyetaan.

Justeru, katanya, dalam surat tersebut pihaknya telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas. LAGI DISINI

Selangor cadang bubar Dun selepas Cap Goh Mei


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.

"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

Kerajaan Tunai 18 Tuntutan Cuepacs Sejak 2007 - Omar

Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman.

"Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain.

"Ini merupakan bukti kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan 1.4 juta penjawat awam negara ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Cuepacs Bersama Media di sini, Selasa.

Katanya kejayaan merealisasikan tuntutan itu menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam serta sebagai pemangkin kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti mereka.

Cuepacs sedang mengusahakan beberapa lagi tuntutan antaranya kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum dan pelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan, katanya.

"Selain itu kita juga menanti pengumuman skim baru oleh suruhanjaya khas transformasi perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhimatan Awam bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia setelah pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam," katanya.

Pada majlis itu Omar turut menyampaikan sumbangan Cuepacs berjumlah RM10,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad, yang diterima wakil media Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff.-BERNAMA

Isu JANJI PRU12: MB Selangor sedia berdepan saman


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘menggalakkan’ tindakan undang-undang yang bakal diambil kira-kira 50,000 warga emas di Selangor berikutan dakwaan tidak menerima caruman takaful seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Beliau menegaskan, pihaknya sedia berdepan dengan tindakan itu bagi membuktikan kebenaran berhubung isu berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.

“Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu.

“Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful).

Sebab itu saya minta pergi (perkara itu dibawa) ke mahkamah. Kalau tidak nanti mereka akan cakap di luar dan tiada bukti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Pengarah Jabatan Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin.

Kelmarin, 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.

Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo dilaporkan berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008.

SUMBER 

Ilmu sedia terima Nasharudin



Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.

Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.

“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas. Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.

“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.

Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.

Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.

SUMBER

Ke mana Nasha selepas ini?


DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.

Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.

Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?

Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas. Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).

Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno.


Lagi Disini

Agenda Pluralisme Sedang Dikembang Biak Oleh PR


Sebulan sebelum kedatangan BJ Habibie yakni pada awal November tahun lepas pula, umat Islam negara ini dikejutkan dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang bersetuju hak kebebasan agama seharusnya tidak hanya sekadar berlegar dikalangan orang bukan Islam sebaliknya ia perlu juga merangkumi orang Melayu Islam.


Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia atas jemputan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.”



Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali keunikan ini mahu terus dipertahankan oleh bekas Presiden indonesia itu.

Ucapan BJ Habibie itu yang diungkapkannya di Universiti Selangor (UNISEL) mungkin ianya tidak pelik bagi masyarakat Indonesia yang sebahagiannya sudah biasa dengan amalan pluralisme, tapi tidak di Malaysia.

Pluralisme agama secara dasarnya bermaksud semua agama sama sahaja tarafnya walau berbeza konsep ketuhanan dan kepercayaan. Tapi dalam Islam, konsep ketuhanan kita langsung tidak sama dengan konsep ketuhanan triniti Kristian, banyak bezanya.

Hampir dua minggu kemudiannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa menyampaikan perutusan perayaan Krismas 2012 menimbulkan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Disebalik kecaman majoriti umat Islam terhadap tuntutan tersebut, kita dapat lihat juga ada segelintir umat Islam yang bernaung di bawah panji PAS dan PKR bersungguh benar mempertahankan tuntutan Lim Guan Eng.

Seolah-olah bagi mereka, bukan satu kesalahan besar untuk menyamatarafkan kedudukan Allah s.w.t yang Maha Esa dengan konsep ketuhanan Kristian yang percaya wujudnya Tuhan Anak Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus.


Kenyataan kontroversi tersebut diungkapkannya sewaktu menyertai forum yang dianjurkan oleh Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ Subang. Turut serta bersama Nurul Izzah ialah pemimpin PAS, Mujahid Yusoff Rawa dan beberapa orang penggerak Bersih 3.0.

Berucap dalam gereja adalah satu taboo bagi umat Islam apatah lagi bila subjek kebebasan agama yang bersangkut paut dengan akidah orang Islam menjadi fokus dalam konteks perspekstif hak kebebasan manusia ala barat.

Barangkali ada kaitan langsung diantara ucapan oleh Nurul Izzah yang membawa kepada idea menjemput BJ Habibie datang ke Malaysia untuk menerangkan konsep pluralisme supaya diterima logik akal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, ada kemungkinannya.

Tak mustahil juga segalanya sudah dirancang sedari awal lagi termasuklah kedatangan BJ Habibie adalah usaha untuk menjustifikasikan keperluan kalimah Allah s.w.t wajar dikongsi bersama dengan penganut Kristian, sama seperti yang berlaku di Indonesia.

Dalam pada itu, penulis percaya sebahagian besar daripada pembaca sudah maklum mengenai program ‘Holy Book Reading’ yang telah berlangsung di Dataran Pidato, Padang Kota Lama pada Ahad lepas yang menyaksikan sekelompok penggerak NGO pro PR telah ‘bermuzakarah’ mengenai kitab suci pelbagai agama.

Mengikut kata penganjur tujuan perjumpaan untuk memahami agama masing-masing tapi dilihat pada individu yang datang rata-ratanya dari jenis free thinker, mudah untuk kita fahami ini hanyalah salah satu agenda untuk melebarkan dakyah pluralisme yang sekarang ini semakin giat mengasak akidah umat Islam.

Selain bertukar pandangan barangkali mencari titik persamaan untuk menyamatarafkan semua agama, sempat juga mereka berpuisi bermadah dengan aksi tersendiri yang agak memualkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqBF52dYEkCST0TVyRcU2XV8Q_YkedmT62Iy66_BstJXdvsc7EGNe2MwspI_KhIQ_CHEYjzmZuNBcA2JCBQSr2gZuWY0noGrQ3JVW9wCW00qH1djlghJm4drfOCU1wPwNuGoBGwaI29M5O/s1600/penang+10.jpg
Itu juga sebenarnya bibit-bibit kecil agenda pluralisme yang sedang berkembang biak hasil dari konsep kebebasan & hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh PR.

Dan satu perkara yang perlu diberi perhatian, beberapa orang peserta Holy Book Reading itu juga merupakan individu yang turut sama dalam beberapa program politik yang dianjurkan oleh PR.

(Untuk melihat foto-foto lain sila klik sini, sini dan sini.)

Pasca PRU 12 2008 sehingga kini kita dapat lihat banyak perkara pelik dilakukan oleh penyokong PR mahupun pemimpinnya yang diketahui umum adalah orang Melayu Islam.

Selain ‘muzakarah’ Holy Book Reading, kita juga dikejutkan dengan budaya Candle Light Vigil yang merupakan virtual keagamaan penganut Kristian juga semakin mendapat tempat dikalangan penyokong dan pemimpin PR dalam beberapa bantahan politik yang dikelolakan mereka.

Kita juga dipertontonkan dengan kesediaan beberapa pimpinan PR yang beragama Islam yang tunduk hampir seakan rukuk dalam upacara penghormatan mendiang Teoh Beng Hock. Dalam tempoh beberapa tahun ini juga kita melihat kesucian Rumah Allah dinodai oleh beberapa pemimpin Kristian dari PKR dan DAP.

Pendek kata, dengan secebis kuasa yang dipinjamkan sementara kepada pemimpin-pemimpin PR sudah cukup untuk umat Islam negara ini melihat dengan mata kepala sendiri dasar liberal dan pluralisme yang menjadi agenda besar PR.

PRU 13 kelak, andaikata masih ada kalangan umat Islam yang teringin untuk melihat semua ini berterusan, atau lebih tepat lagi mencontohi ‘kejayaan’ Indonesia dalam mengaplikasikan agenda pluralisme dalam masyarakat, eloklah terus istiqamah menyokong PR dan sekutu-sekutunya. Jika sebaliknya, anda tahu apa harus dilakukan. Tepuk dada tanya iman. MYKMU

Kematian William: Polis Patut Panggil Kit Siang Juga



LIM Kit Siang bukan sahaja pemimpin DAP dan pembangkang, tapi cina tua asal Johor ini adalah juga seorang hakim, pendakwa, peguam,  polis dalam masa yang sama.  Kalau ada lebih ramai orang macam Lim Kit Siang nescaya jimat kos mahkamah kita sebab dia boleh jalan semuanya, dengan sekaligus.

Bukti?

Baru-baru ini, dalam masa polis pun masih menyiasat kematian kanak-kanak berusia 6 tahun bernama William Yau Zhen Zhong, Kit Siang tampil dengan mesej Twitter, menuduh UMNO terlibat sehingga menyebabkan negara ini tak selamat dan seterusnya kanak-kanak tersebut mati.

Masuk akal atau tidak itu belakang kira, yang penting Pakatan dimana Kit Siang salah seorang penerajunya memang gemar mempolitikkan hal-hal kematian macam ini.

Terkini, penulis mendengar di Buletin Utama sebentar tadi, polis akan memanggil semua pihak yang ada kaitan mengenai dengan kes tersebut bagi membantu siasatan.  Justeru, penulis meminta pihak polis memanggil Kit Siang, macam mana dan bagaimana dia dapat maklumat mengaitkan UMNO/BN dalam soal kematian ini?

kit_siang_william


Ramai juga nak tahu.

Penulis yakin Kit Siang tidak akan terkencing dalam seluar apabila dipanggil polis, silap-silap, dia akan tuduh polis perbesarkan benda yang kecil – ya, kalau melibatkan dia, semua benda pun kecil, mana ada besar.  Orang lain mengatakan dia itu sahaja kes besar, walaupun hanya bercakap tentang warna seluar dalamnya.

Polis perlu lakukan semua ini dengan segera.  Penulis tidak berharap UMNO akan mengambil tindakan ke atas Kit Siang kerana kita ada lebih banyak urusan nak dibuat.  Lagipun, ini kerja polis, dan polislah yang sepatutnya memulakan tindakan.

Kalau polis tidak bertindak ke atas Kit Siang, penulis bimbang nanti ada lebih banyak tuduhan tidak masuk akal dibuat puak-puak ini.  Kuda mati UMNO salah, pokok tumbang UMNO salah dan sebagainya, sinikal lah tapi memang itulah yang terjadi pun sekarang ini.

Sekarang ramai perasan, tempoh 5 tahun kebelakang ini (sejak 2007), mencatat paling banyak kes-kes politik orang mati, dibanding berpuluh tahun sebelum itu.  Dalam semua kes pun pembangkang terlibat, tidak adakah yang nak bertanya kenapa?

Jadi penulis meminta tindakan tegas dari pihak berkuasa negara kita dalam membendung kebodohan semua ini dari merebak.  Kalau semua orang nak jadi hakim, parah. mykmu

#BMP231 Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia




Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab

Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun lalu iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.

Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia? Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu. Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu. Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’, tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.

Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’, mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.
Namun, ini tidak berlaku. Rayuan juga tidak berlaku. Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.

Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya. Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.

Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita. Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.

Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat. Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.

Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof? Hampir tiada. Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali. Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar. Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.

Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga. Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang, ia adalah wang!

Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.

Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

Selasa, 29 Januari 2013

Sultan Johor selar pihak tertentu tuduh polis tidak boleh dipercayai



Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.

Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda.

Turut berangkat isteri baginda Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Titah Sultan Ibrahim, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Baginda bertitah setiap anggota polis sudah menjalani latihan dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan untuk menguatkuasakan segala undang-undang.

Sultan Ibrahim turut memuji polis Johor yang berjaya meningkatkan tahap keselamatan di negeri itu dan sentiasa memberi pertimbangan kepada sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. - Bernama

Ada lagi pemimpin kanan Pas dijangka dipecat dari Majlis Syura Ulama


Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - Bernama

Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain


 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...