Isnin, 29 April 2013

Anggota PGA Tidak Boleh Lupa Pengalaman Tidur Atas Kubur Pengganas


PAPAR: Bagi Koperal Mohamad Riduan Kasim, pengalaman tidur di atas kubur militan Sulu adalah antara yang tidak mungkin dilupakannya ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.

Anggota Batalion 16, Pasukan Gerakan Am yang berpangkalan di Kem Kinarut di sini itu, berkata suasana gelap menyebabkan mereka tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekitar dan hanya mengetahui kewujudan kubur pada pagi esoknya.

"Saya ada terhidu bau busuk, bagaimanapun kami semua ingat ada binatang yang mati selain kami terlalu penat sehingga tidak mempedulikan bau itu," katanya kepada Bernama selepas majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di dewan masyarakat di sini, Isnin.

Mohamad Riduan, 32, merupakan antara 13 anggota pasukan keselamatan yang menerima anugerah itu daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya beliau juga amat terkejut apabila mendengar berita kematian ASP Zulkifli Mamat kerana pada malam sebelumnya sempat bertugas bersama Allahyarham.

Koperal Sambrin Baha, 37, pula berkata Operasi Daulat merupakan medan tempur sebenar pertama beliau.

"Mungkin kerana kali pertama saya turun ke medan peperangan sebenar menyebabkan saya mengambil masa beberapa hari untuk melupakan bunyi tembakan dan letupan," katanya.

Sambrin berkata pingat itu membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada negara.

Katanya sepanjang beliau menyertai Operasi Daulat, isterinya Koperal Nur Dini Abdullah, 34, yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kota Kinabalu, menjaga lima anak mereka yang berusia antara dua dan tjuh tahun.

Sementara itu, Lee dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai penghargaan kepada anggota keselamatan negara yang sanggup mengorbankan nyawa demi keamanan negara.

Secara keseluruhan sebanyak 85 anggota keselamatan Sabah dianugerahkan pingat itu dengan 13 anggota di Papar, Sandakan (15), Tawau (13), Lahad Datu (10), Kota Kinabalu (9) dan sembilan anggota di Semporna.-BERNAMA

BN Mahu Bangunkan Jerlun Sebagai Pusat Industri Minyak & Gas - Mukhriz



JERLUN: Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah untuk membangunkan Jerlun sebagai hab industri minyak dan gas mampu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat di kawasan yang dikatakan mundur itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata peluang pekerjaan itu adalah seiring dengan hasrat BN dalam meningkatkan pendapatan isi rumah ke tahap lebih tinggi.

"Sudah tentunya dengan menjadikan Jerlun sebagai hab minyak dan gas akan membuka peluang pekerjaan bukan yang biasa-biasa tetapi peluang pekerjaan yang pendapatannya tinggi.

"Yang penting bukan dari segi jumlah peluang pekerjaan tetapi lebih kepada kualiti, peluang pekerjaan yang kita nak berikan bukan setakat gaji RM300 hingga RM400, yang kita mahu belasan ribu," katanya kepada Bernama.

Mukhriz yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Jerlun kali ini bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dalam usaha BN merampas semula kerusi itu daripada PAS yang mempertaruhkan penyandang Abd Ghani Ahmad.

Mukhriz sebelum ini pernah membangkitkan mengenai perbezaan ketara pembangunan di kawasan Parlimen Kubang Pasu dan Parlimen Jerlun walaupun kedua-dua kawasan itu berada dalam daerah Kubang Pasu.

Parlimen Kubang Pasu yang diwakili bapa beliau iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1974 sehingga Dr Mahathir bersara pada 2003, cukup membangun manakala kawasan Parlimen Jerlun yang sering berganti wakil rakyat antara BN dan PAS jauh ketinggalan.

Usaha membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas dilihat mampu mengimbangi pembangunan antara dua kawasan parlimen terbabit.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi BN Kedah, berkata rakyat atau anak jati Kedah sendiri perlu mempertingkatkan keupayaan dan kelayakan mereka bagi mengisi jawatan yang akan ditawarkan apabila hab minyak dan gas dibangunkan.

"Walaupun kita mengalu-alukan rakyat Malaysia dari negeri-negeri lain turut berhijrah ke negeri Kedah ini untuk memenuhi kekosongan itu, tapi sebaik mungkin rakyat Kedah sendiri yang perlu mendapat manfaat secara langsung dalam pembangunan yang akan dilakukan sekiranya BN memerintah," katanya.

Mukhriz berkata kewujudan hab minyak dan gas pastinya memberikan impak besar kepada masyarakat setempat dan seterusnya memastikan pembangunan modal insan yang lebih baik kepada rakyat Kedah.

"Ia merupakan satu projek yang besar, sudah tentu memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat tetapi bagi saya yang penting sekali ialah untuk memastikan pembangunan modal insan supaya warga Jerlun termasuk di Ayer Hitam, malah warga Kedah dapat mengambil bahagian dalam industri yang baru ini," katanya. -BERNAMA

Desakan Tolak PAS: Pemimpin PAS Berang Mahu Timbalan Pengerusi DAP Johor Beri Penjelasan...



PETALING JAYA: Dengan tinggal kurang seminggu daripada hari pengundian, pemimpikn PAS yang berang telah menggesa Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez memberi penjelasan berhubung kenyataannya menggesa pengundi menolak parti Islam berkenaan.

Bagaimanapun, Fernandez mengulangi amarannya beliau akan terus meluahkan pendapat peribadinya dalam isu sensitif seperti pelaksanaan hudud dan isu semasa.
 
"Ini adalah demokrasi dan setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka.Sekiranya Presiden PAS, 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS, 
 Datuk Husam Musa boleh menyatakan pendirian mereka, kenapa tidak saya?," soalnya Fernandez.

Dalam sebuah artikel yang ditulis di laman blog, syedoutsidethebox.blogspot.com pada Sabtu, Fernandez berkata DAP perlu sedar PAS tidak lagi jujur, dan mereka bukannya rakan Pakatan Rakyat yang berdaya maju dan mereka perlu mempunyai keberanian untuk mengakuinya.

Justeru, beliau menggesa rakyat Johor tidak mempertaruhkan masa depan mereka dengan mengundi parti Islam itu, Fernandez berkata dia telah membuat keputusan dan yakin PAS tidak layak untuk mendapat undi beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harus Taib berkata kenyataan Fernandez itu 'satu langkah kebelangkang' untuk Pakatan Rakyat.

"Apa yang dia cakap tidak masuk akal, kerana PAS dan DAP merupakan rakan dalam Paktatan Rakyat dan kita sentiasa bersatu padu," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan kenyataan Fernandez itu merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina di Johor daripada menyokonh parti itu.

"Cubaan untuk menakutknya mereka (orang bukan Islam) tidak akan berjaya, kerana angin perubahan terhadap Pakatan Rakyat terlalu kuat," kata Mohamad.

Menurutnya, sebarang perubahan polisi dalam pelaksaan hukum Islam tidak akan memberi kesan kepada orang bukan Islam dan ia hanya akan dilakukan dengan memberikan penerangan selepas Pakatan Rakyat memerintah.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut menolak kenyataan Fernandez, beliau menyifatkan ia sebagai pendapat peribadi dan tidak bukan pendirian DAP Johor.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Fernandez yang juga seorang peguam berkata beliau tidak mempunyai agenda tertentu dengan menyuarakan pandangan sedemikian.

Peguam berkenaan merasakan beliau perlu menyatakan pendiriannya selepas pemimpin PAS mula membuat kenyataan yang tidak berkompromi dalam isu pelaksanaan hudud.
Fernandez berkata beliau selalu meluahkan pendapatkan di laman blognya.

"Saya menghargai pendapat dan komen semua orang namun saya akan pertahankan pendirian saya kerana ia merupakan pendapat peribadi saya dan bukan pendirian parti," ujarnya.

Ditanya mengenai teguran Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang menggesa Fernandez menghubungi ketua biskop, Pope di Vatican City untuk mendapatkan pendirian mereka sebelum membuat kenyatannya, belaiu berkata: "Saya telah bercakap dengan Tuhan,"

Seorang Lagi Pemimpin DAP Gesa Pengundi Tolak PAS ,,,??

                       AJK DAP Kedah, Neelamekan Juga Mahu Pengundi Tidak Undi PAS


ALOR SETAR: Seorang lagi pemimpin DAP menggesa pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini sehingga parti itu meninggalkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, S. Neelamekan berkata Perlembangaan Persekutuan telah menjelaskan bahawa Malaysia sebuah negara sekular, sambil menambah cadangan tidak henti-henti mengenai pelaksanaan undang-undang hudud ‘sangat menganggu’ masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata PAS sangat konsisten dan mendesak dalam melaksanakan undang-undang berkenaan yang disifatkannya, ‘sangat berbahaya’ kepada Malaysia.

"Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah tidak menyokong PAS,” kata Neelamekan.

"Saya tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli DAP dan rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak mendapat undi kita,” katanya.

Neelamekan, yang juga Ketua DAP bahagian Lunas bagaimanapun membuat kenyataan tersebut sebagai pandangan peribadinya.

Beliau menegaskan ia bertentangan dengan suara hatinya jika dia tidak bercakap mengenai penentangannya dalam isu berkenaan.

Pada Sabtu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez turut menyatakan pendirian yang hampir serupa, beliau dilaporkan berkata masyarakat bukan Islam sepatutnya menilai risiko yang akan berlaku sekiranya mereka mengundi PAS.

Beliau dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia terutamanya penduduk Johor sepatutnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum mereka mahu mengundi PAS.

Neelamekan berkata beliau terpaksa membuat kenyataan sedemikian kerana dia tidak mahu membuat persepsi hanya Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Sebagai pemimpin DAP, jika kita tidak menyatakan pendirian kita, ia akan memberi persepsi bahawa kita menyokong pendirian PAS," katanya.

Neelamekan berkata bekerjasama dengan PAS di Kedah sangat mengecewakan kerana banyak isu yang bertentangan dengan kerangka kerja Pakatan Rakyat. Beliau turut memberikan contoh pengharaman yang dibuat oleh kerajaan PAS Kedah termasuk penutupan rumah penyembelihan dan larangan artis wanita membuat persembahan di pusat beli belah pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Justeru, Neelamekan yang telah 27 menyertai DAP menggesa semua pihak menilai semula jalinan kerjasama dengan PAS.

KENYATAAN MEDIA SPR ISU NAMA 3 IC ...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama).

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

PERLUKAH KERTAS UNDI ADA NOMBOR SIRI...???



Kegunaan nombor siri kertas undi:

1- Apabila buku kertas undi dicetak, ia dicetak dalam kiraan 50 helai satu buku. Dengan adanya nombor siri, urusan semakan dan pengiraan dapat dipermudahkan.

2- Nombor siri kertas undi juga dicatatkan dalam Borang 13 sebagai elemen kawalan pengesahan bilangan kertas undi sebelum kertas undi dikira. Tanpa nombor siri, adalah sukar untuk mengetahui bilangan kertas undi yang sepatutnya berada dalam peti undi sebelum ia dibuka.

3- Sekiranya terdapat lebihan bilangan kertas undi dalam peti undi semasa proses pengesahan bilangan kertas undi dan sebelum kertas undi di kira, nombor siri kertas undi boleh disemak dengan Borang 13. Kertas undi yang nombor sirinya tiada dalam catatan Borang 13 akan dikeluarkan dan tidak akan dikira.

4- Nombor siri kertas undi juga digunakan sebagai elemen kawalan dalam urusan pengundian pos. Nombor siri kertas undi akan dicatatkan atas Borang 2 dan Sampul A. Ia bagi memastikan hanya kertas undi yang sama dikeluarkan kepada pengundi pos, akan dipulangkan dengan dokumen yang sama iaitu yang dicatatkan dengan nombor siri yang sama.

Sabtu, 27 April 2013

Budak Kecil Disepak, Penyokong PAS Ganas Macam Zionis...

PAS Ganas, Budak 11 Tahun Disepak

Bila mana penulis melihat gambar batang tubuh seorang kanak-kanak malang berusi 11 tahun dari Sik, Kedah yang terbaring kesakitan selepas disepak dan diterajang oleh penyokong PAS secara automatik penulis terbayangkan keganasan Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Hanya dek kerana budak itu memberitahu dia menyokong BN akibatnya dapat penyepak percuma, apa jenis manusia yang menjadi penyokong PAS, tak tahulah.

Dengan budak-budak pun nak di bawah bergaduh, memang tak matang langsung perangai penyokong PAS dan PR, nama saja memperjuangkan Islam tapi sikap perwatakan sebijik macam Zionis. Kalau ia tak sama macam Zionis, mungkin lebih buruk dari itu agaknya.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN3f7eCQqQQvStBK8XNVZeW283Pk8vhkSqQwI8_E4hN4FoqDKVz8dSNDYMt9OY3uWzVWfag3QsOI6gWvIO4Uw4sGtUaHHpGxXORnfYoxwveSc3XgIrsg0ARKhhZRv-v6LjoMMzL1WEUVjh/s1600/%253D%253Futf-8%253FB%253FMTI0ODNfMTg0NTA1MDAxNjk3ODE3XzE0NTY0MTU3Njdfbi5qcGc%253D%253F%253D-778419

Di Palestin bukan satu perkara pelik, sepak terajang kanak-kanak, wanita dan orang tua dah jadi perkara biasa. Kalau tak diterajang, silap gaya dapat tembakan yang menusuk perut atau dada.

Apa yang berlaku di Kedah ini bukannya kes terpencil kerana baru-baru ini di Gua Musang, Kelantan pun ada kes keganasan melibatkan penyokong PAS menyebabkan seorang jurukamera sambilan RTM akhirnya meninggal dunia beberapa jam selepas bertengkar.

Di Bachok, Kelantan pula seorang petugas BN ditetak dengan pedang samurai kerana enggan mengikuti arahan penyokong PAS yang mahukan mangsa menurunkan bendera BN yang dipasang di kedai miliknya. Kecil punya hal pun mahu bertetak berparang ka? 

 http://3.bp.blogspot.com/-tSYTKSL8220/UVzv_317PAI/AAAAAAAAa-U/KgIm5vUqJRE/s360/Dirempuh+pasang+bendera.jpg

Sementara di Johor pun ada seorang petugas BN yang sedang memasang bendera BN diserang dan dilanggar dengan kereta menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

PAS selaku parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam sewajarnya prihatin dengan tingkah laku luar tabii penyokongnya, tiada guna mulut saja kumat kamit menyebut ‘aku lebih Islamik’ tapi realiti praktikalnya langsung tak menyerupai kelembutan dakwah Islam.

Kot ya pun ada pemimpin PAS yang teruja dengan kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis dan ada pula pemimpin PKR yang teruja untuk menjamin keselamatan Israel, janganlah budaya ganas dan zalim komunis dan Israel di jadikan teladan.

Kem Penempatan Kekal Tentera Akan Dibina di Felda Sahabat Lahad Datu..



LAHAD DATU: Sebuah kem tentera yang akan menempatkan satu batalion dengan kekuatan 800 pegawai dan anggota akan dibina di Felda Sahabat dekat sini sebagai penempatan kekal bagi memperketat dan memperkemaskan kawalan keselamatan di daerah ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kem itu adalah sebagai jaminan keselamatan kepada penduduk setempat susulan insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina Februari lepas.

"Felda Global Ventures Berhad (FGVH) telah bersetuju untuk memperuntukkan kawasan seluas kira-kira 162 hektar bagi pembinaan kem tersebut.

"Pembinaan itu juga sebagai memenuhi permintaan penduduk yang mahu pasukan keselamatan kekal menjalankan kawalan di kawasan kediaman mereka berikutan kebimbangan sekiranya insiden seperti itu berulang kembali," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan pakaian kepada penduduk di Kampung Tanjung Labian menerusi Program Jiwa Murni ATM dekat sini Jumaat.

Pada program tersebut, 120 kotak pakaian disumbangkan kepada penduduk di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu dan Tanjung Tanahgian.

Hadir sama Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Badaruddin dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Zulkifeli berkata pembinaan kem tersebut dijangka mengambil masa antara 24 hingga 32 bulan dan akan diletakkan di bawah seliaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau berkata kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah masih tertumpu pada operasi pemantauan di kawasan perairan berhampiran sempadan selatan Filipina.

Sementara itu, Zulkifeli berkata kerja-kerja membaikpulih dan menggantikan rumah penduduk, yang rosak akibat pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas dari selatan Filipina semasa Ops Daulat, sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri Sabah. -BERNAMA

JAWAPAN KEPADA FITNAH RAFIZI RAMLI...







Baru-baru ini, PKR ada mempersoalkan mengenai wang sebanyak RM7 Billion yang dikatakan telah disalurkan oleh 1MDB kepada sebuah akaun rahsia di Pulau Cayman. Informasi ini dikatakan didedahkan dalam laporan 1MDB dan telah dipersoalkan oleh sebuah majalah perniagaan, The Edge dan juga seorang tokoh spinner terhebat PR, Rafizi Ramli. 
 
Katanya, “Najib Razak perlu menjawab secepat mungking mengenai isu wang yang telah dimasukkan ke dalam sebuah account rahsia itu memandangkan DS Najib mempunyai kuas apenuh ke atas 1MDB.” Menurut Rafizi lagi, 1MDB telah menerima jumlah sebanyak RM 5 billion melalui government-guaranteed bonds untuk beberapa pelaburan yang menurut beliau sebagai sangat mencurigakan. 
 
Namun pada hakikatnya, 1MDB adalah lebih kepada struktur milik Kerajaan dengan sektor swasta yang bertindak sebagai bahan pemikir. Ianya berfungsi sebagai penggerak strategik yang melihat kemungkinan meneroka idea-idea baru dan sumber-sumber pertumbuhan baru, di mana misinya adalah untuk membantu mengubah ekonomi Malaysia menjadi ekonomi yang berkembang maju. Ianya berusaha untuk memenuhi aspirasi kerajaan dengan ketangkasan sektor swasta, dan bon yang dibangkitkan adalah sebahagian daripada modal bagi inisiatif strategik. Tetapi, adalah sangat tidka bijak apabila seorang pakar strategi PKR tidak menyedari alas an di sebalik dana diletakkan di luar Malaysia. 
 
Untuk mengetahui lebih dalam isu ini, anda harus kenal apa itu Bon. 
 
Jadi, di sini tugas saya untuk menerangkan sedikit mengenai Bon sekaligus membogelkan Rafizi dalam isu ini. Bon biasanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa , institusi kredit, syarikat-syarikat dan institusi supranasional dalam pasaran utama. Proses yang paling biasa untuk mengeluarkan bon adalah melalui underwriting. 
 
Bon biasanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa, institusi kredit, syarikat dan supranational institution. Proses yang paling umum dalam pengeluaran bon ialah melalui proses underwriting. Apabila sebuah bond melalui proses tersebut, satu atau lebih firma keselamatan atau bank, akan membentuk sebuah sindiket dan membeli bond yang dikeluarkan daripada pengeluar dan menjual kembali kepada pelabur. 
 
Sebuah firma akan mengambil risiko tidak mampu menjual kembali bon kepada pelabur. Bond juga boleh dikeluarkan secara domestic atau antarabangsa. Sekiranya sebuah bon mahu dikeluarkan di dalam Malaysia, maka bon yang bernilai RM 7 Billion haruslah dikeluarkan dalam ringgit di mana bon tersebut hanya akan dibuka dan dikeluarkan di dalam Malaysia sahaja. Sebagai contoh, KWSP dan sebagainya. 
 
Dalam isu ini, saya tidak nampak masalahnya apabila bon dikeluarkan sebagai sebagai bon berdenominasi USA. Anda boleh melihat bahawa RM 7 bilion telah diletakkan di bawah skim ini, dengan usaha untuk memastikan bahawa 1MDB akan terus relevan dan pada masa yang sama membawa masuk pelaburan asing yang diperlukan untuk menjadikan negara ini sebagai hab Islam, sejajar dengan misi OIC. 
 
Firma dan kerajaan bukan US akan mengeluarkan bon yang denominasi di dalam mata wang US untuk menarik pelabur dan melindungi nilai mata wang. Sebenarnya terdapat risiko yang rendah dalam dollar untuk pelabur yang berorientasikan USA untuk untuk mengakses pasaran hutang antarabangsa apabila dibandingkan dengan pembelian bon denominasi bukan AS. Sebagai contoh, katakan bahawa bon 10 tahun mempunyai hasil semasa kematangan 3.83% dan harga semasa $ 850. Jika bon ini telah dipetik dari segi hasil ia akan dipetik sebagai 3.83% tetapi jika ia sedang disebut dalam dolar bon akan dipetik sebagai $ 850.
 
Sebenarnya ini menunjukkan bahawa strategi 1MDB untuk meletakkan bon di luar Malaysia harus dilihat sebagai sesuatu yang bijak dilakukan. Pada akhirnya nanti, ianya akan meningkatkan keyakinan pelabur luar apabila bon ini diletakkan di luar Malaysia. Langkah 1MDB ini seharusnya dipuji dan diberi gred TRIPLE A. Selain itu, sepatutnya tidak ada apa-apa kebimbangan mengenai kredibiliti Cayman Island bank kerana mereka memenangi saman ke atas Perancis dan Amerika yang menuduh mereka rasuah. 
 
Saya akan lebih suka mengulas dengan mendalam mengenai isu ini, tetapi sayang seribu kali sayang wahai Rafizi,. Rafizi langsung tidak mengetahui mengenai apa yang dikatakannya dan Rafizi, pastikan fakta anda diperiksa sehabis baik.




Jumaat, 26 April 2013

Kereta Perisai Akan Ditempatkan Di Lahad Datu





PEKAN: Kereta perisai (APC) 4x4 dan 8x8 yang direka dan dibina di Pekan akan digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan penceroboh asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berharap untuk menghantar APC keluaran DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) ke Lahad Datu, Sabah.

"Kita telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tiur Sabah (Esscom) untuk menyekat mana-mana pencerobohan tentera bagi meningkatkan keselamatan di negeri itu.

"Batalion itu akan disokong dengan peralatan dan logistik APC kita sendiri," katanya kepada kira-kira 2,000 kakitangan Kumpulan DRB-Hicom di Kolej Automatif Antarabangsa Malaysia di sini, Khamis.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, saki baki penceroboh bersenjata akan dihapuskan manakala mereka yang berani menceroboh negara itu akan diuruskan oleh pasukan keselamatan menggunakan APC dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kilang automotif di Pekan telah mengubah landskap di negeri tersebut daripada sebuah pekan berasaskan pertanian menjadi sebuah bandar maju.

"Ini merupakan satu lagi contoh transformasi yang dilakukan kerajaan untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan negara.

"Penduduk tempatan yang tidak mempunyai kerja pada musim tengkujuh tidak perlu risau dengan peluang pekerjaan yang disediakan," katanya.

Najib berkata, pertemuannya dengan pihak pengurusan tertinggi Volkswagen AG di Eropah menyaksikan pembinaan kilang pemasangan tersebut dengan pelaburan bernilai RM600 juta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...