Sabtu, 30 Disember 2017

ECRL,Malaysia Akan Tergadai Kepada China..!!!

Dakyah oleh Pakatan mengenai pembiayaian projek ECRL untuk menakut-nakutkan bahawa pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM46.75 bilion (85% daripada RM55 bilion), dengan baki pinjaman sukuk oleh kerajaan akan menyebabkan negara ini jatuh bangkrup dan akhirnya pihak China akan mengambilalih projek ECRL tersebut.

Sungguh tidak munasabah. Biar saya terangkan perkara ini.

Pihak kerajaan dengan mudah boleh membuat pinjaman yang berjumlah RM46.75 bilion tersebut melalui pinjaman dalam negara jika mahu berbuat demikian.

Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Marina Mahathir


Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan.


Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara). 

Jumaat, 29 Disember 2017

RUMAWIP GOMBAK



Projek RUMAWIP di Gombak sudah dibuka untuk pendaftaran dan pembelian.

▪RM 299,900
▪850sqft
▪3Bilik 2Bilik Air
▪Parking Lot, Balkoni & Lantai Laminated Timber
▪100% Loan untuk pemilik Rumah Pertama
▪Fasiliti kondo dan konsep Islamik Moden
▪Akses mudah ke jalan-jalan utama
▪Booking yang sangat rendah!

Dengan keluasan 850 kaki persegi, freehold dan bumi reserved, 3 bilik dan 2 bilik air yg mampu memberi keselesaan kepada pasangan muslim.

RUMAWIP berkonsepkan Islamik Moden yg memperlihatkan nilai dan prinsip keimanan, kerohanian, sifat pemurah serta keyakinan dan inspirasi ke arah Malaysia Moden 🇲🇾

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai



Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.

Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini. 

Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi. Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Apa Sahaja Yang Berkaitan Keperluan Hidup, Semua Mahu Berkira




Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.

Cuti persekolahan di Malaysia memang ada tradisinya tersendiri.  Majoriti memilih minggu pertama sebagai persediaan untuk bawa keluarga bercuti, minggu kedua dan ketiga masa untuk bercuti, minggu terakhir itulah masing-masing baru sibuk melengkapkan persiapan anak bersekolah.

Seakan sudah menjadi tradisi juga, setiap kali isu melengkapkan persekolahan anak-anak ini diperkatakan, pasti yang tidak terlepas ialah rungutan segelintir ibu bapa untuk membeli semua kelengkapan tersebut.

Menariknya, tiada siapa merungut ketika bercuti sakan. 

Khamis, 28 Disember 2017

AMANAH DANA ANAK MALAYSIA 2050 (ADAM50)


Umum 

Apakah itu Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (“ADAM50”)?

ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) kepada semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB*.


*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah ASB dan AS 1Malaysia.


Apakah ciri-ciri istimewa program ini?

#Cara_Buka_Akaun_Main_Saham_Di_Bursa_Malaysia



Main saham di Bursa Malaysia.

Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL.

Untuk mula berjual beli saham, tuan mesti melalui buka akaun dengan syarikat broker. Wajib. Kebiasaannya kita berurusan dengan individu yang mewakili syarikat broker yang dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen, manakala dealer makan gaji.

Tarif Elektrik Tak Naik, Apa Harga Barang Yang Turun?


Pakatan Harapan terpaksa menelan ludah mereka sendiri bila pengumuman kerajaan semalam untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga akhir tahun 2020, tidak diikuti dengan pengumuman pengekalan atau penurunan harga barang dan perkhidmatan oleh mana-mana pihak.

Tapi cuba kalau tarif naik, tak sempat subuh Pakatan sudah dakwa harga barang dan perkhidmatan naik mendadak disebabkan oleh kenaikan tarif tersebut sekalipun pasaran tidak memberi apa-apa indikasi akan berlakunya kenaikan.

Hanya permainan persepsi sahaja.

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi




Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia.  Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas.  

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.

Selasa, 26 Disember 2017

Surat terbuka Johari Ghani kepada Tun M Kehadapan Tun,



1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara. Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.

Tiga Soalan Sebelum Menukar Kerajaan


ADA beberapa persoalan yang perlu anda fikir dan jawab sebelum membuat keputusan menukar kerajaan hari ini.

Pertama, sudah tentulah kerajaan hari ini perlu dibuktikan sangat teruk sehingga ia tidak dapat diperbaiki lagi. Anda mesti menunjukkan hujah-hujah yang kuat kenapa tiada pilihan lain, selain menukarnya. Perkara-perkara buruk itu mestilah anda alami sendiri. Dan perkara-perkara itu mestilah adalah berpunca daripada tindakan atau di bawah kawalan kerajaan.

Amar Makruf Nahi Mungkar Apabila Bersama Dengan DAP 



Ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' adalah satu ungkapan ayat suci Al-Quran yang bermaksud 'mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran'.

Mengajak kebaikan bermakna mengajak manusia mentaati Allah dan mencegah kemungkaran bermaksud menghalang manusia daripada melakukan perkara maksiat.

Namun semalam, Amar Makruf Nahi Mungkar telah diungkapkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau memberikan nasihat kepada pelakon yang baru mendapat gelaran Datuk iaitu Farid Kamil ketika beliau bertemu dengan Mahathir.

Mahu Saman Panel RCI Forex, Satu Lagi Polemik Mahu Mahathir Cipta


Satu demi satu polemik dicipta untuk terus kelirukan dan pusing kepala rakyat. Buat tuduhan pasal ECRL, tuduh pasal 1MDB, tuduh pasal derma dari Arab Saudi dan tuduh kononnya Bank Negara hilang duit antara 2013 dan 2015. 

Semua ini hanyalah polemik yang dicipta sahaja. Sudah dijawab beratus kali. Namun benda itu diulang balik agar rakyat jadi terus keliru dan terus benci kerajaan. 

Dalam banyak benda yang ditanya kepada Najib, semua sudah dijawab dengan tersusun. Amat berbeza dengan soalan soalan yang ditanya pada Mahathir. Banyak yang dielak, dipusing dan dibuat "tidak tahu" sahaja. 

Sejak berkawan dengan Anwar, Mahathir pun sudah pandai pakai taktik "delay, delay, delay" menggunakan saman dan mahkamah. Padahal RCI ditubuh dengan perintah YDP Agong, sampai begitu sekali Mahathir berani mencabar keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak yang menjalankan tugas dengan perkenan YDP Agong. 

1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib 



Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak membangkitkan langsung mengenai isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Justeru kata Annuar, dakwaan bahawa Muhyiddin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.

``Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB,'' kata Annuar ketika mendedahkan mengenai perkara itu.

Arab Saudi & Mesir Pun Mahu Tiru Model BR1M



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan pada 2012 dengan matlamat utama adalah untuk mengembangkan ekonomi tempatan selain membantu golongan berpendapatan rendah.

Disebabkan keberkesanan BRIM yang dilaksanakan itu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat pujian daripada pada pakar ekonomi termasuk dari luar negara. 

Buktinya pada Ogos 2016, 35 pakar ekonomi United Kingdom (UK) mengakui BR1M merupakan kaedah terbaik membantu mengembangkan ekonomi.

Pakar-pakar ini bukan calang-calang orang, mereka termasuklah Andrew Watt dari Macroeconomic Policy Institute, Guy Standing (Universiti London), Josh Ryan-Collins (New Economics Foundation), Iqbal Asaria (Cass Business School), Nigel Dodd (London School of Economics), Ellen Brown (Public Banking Institute), Biagio Bossone (pengerusi Group of Lecce), Matthias Kroll (World Futures Council) dan Laurence Seidman dari University of Delaware.

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?



Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB.  Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.  Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak menunaikan janjinya dengan membenarkan siasatan dijalankan sedalam-dalamnya ke atas 1MDB termasuk oleh pembangkang sendiri melalui wakil mereka dalam PAC.

Apa Pendirian DAP Dalam Isu Palestin?



Ketika hampir seluruh dunia begitu prihatin dan ingin tahu perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, termasuk dalam negara kita sendiri, DAP kelihatan berkecuali dengan tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menyatakan pendirian mereka dalam isu berkenaan. 

Ini agak pelik kerana ketika semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara mana mereka berada menunjukkan simpati mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin terutamanya berkaitan pertikaian ke atas Baitulmaqdis lanjutan dari kenyataan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf bandar tersebut sebagai ibu negara Israel, DAP pula memilih untuk berdiam diri.

Apakah DAP tidak terjejas dengan penderitaan rakyat Palestin yang begitu tertekan lanjutan dari kenyataan Trump itu, sudahlah sekian lama dihimpit dengan kekejaman tentera Zionis? 

Khamis, 21 Disember 2017

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN BELIA BSN


Ramai dikalangan anak muda hari ini sukar untuk membeli rumah. Ini adalah kerana, kos pembelian rumah yang agak tinggi. 
Tahukah anda, untuk membeli rumah, kos yang perlu disediakan adalah sekitar 15% (10% untuk deposit & 5% untuk kos guaman dan lain-lain). Atas kekangan ini,kerajaan dalam BAJET2015 dengan kerjasama BSN telah pon memperkenalkan Skim Pinjaman Perumahan Belia.
BSN tolong bayarkan RM200 sebulan untuk duit ansuran rumah di bawah Skim Perumahan Belia (SPB). Jom mohon, terhad kepada 20 ribu pemohon yang layak saja.

Isnin, 18 Disember 2017

Yayasan Kajian Salasilah Dakwa Ratu Elizabeth Dari Keturunan Nabi Muhammad


Salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka dunia, Burke’s Peerage, mendedahkan bagaimana ratu England, Ratu Elizabeth, adalah keturunan Nabi Muhammad, menurut portal Step Feed yang melaporkan berita dunia Arab.

Kajian yang diterbitkan pada 1986 oleh Burke’s Peerage itu berkata Elizabeth yang kini berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad yang ke-43.

Sabtu, 16 Disember 2017

Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengunjungi  GAZA


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ke Gaza memperbaharui komitmen Malaysia menyokong perjuangan Palestin.

Ia melakar sejarah  memandangkan Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengunjungi wilayah berkenaan.

Jumaat, 15 Disember 2017

BNM Keluarkan Wang Kertas Khas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengeluarkan wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata wang kertas peringatan bersaiz 370 mm tinggi dan 220 mm lebar itu adalah wang kertas terbesar di dunia dengan reka bentuk berdasarkan ‘Raja Payung Kedaulatan Negara’ dan ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.

Ahad, 10 Disember 2017

Tesco Malaysia tolak dakwaan sokong Israel


Tesco Malaysia hari ini menegaskan bahawa  ia tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungan daripada pasaraya-pasarayanya untuk tujuan menyokong Israel, seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Tesco Malaysia, Azlam Shah Alias berkata sebagai sebuah syarikat yang yang telah disenarai awam yang tidak bersifat politik, Tesco Malaysia patuh sepenuhnya kepada polisinya untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik.

“Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah.

Kebenaran & Pencerahan: Pesanan dari #McDonaldsMalaysia




McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.

Dakwaan bahawa McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah. Dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas.

Sabtu, 9 Disember 2017

Ahli UMNO Sudah Ada Mentaliti Menang, Siap Sedia Turun Ke Medan Perang. 


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir hari ini. Sudah pasti dalam masa lima hari ia berlangsung, perwakilan yang menghadiri PAU ini mendapat banyak maklumat yang berguna, apatah lagi ia merupakan PAU terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Yang jauh datang bergerombolan, yang dekat datang menjalin persahabatan. Semua ahli UMNO berkumpul mengerat silaturahim dan tekad demi parti karomah. 

Dengan jangka masa PRU yang sudah tidak lama lagi, maka ucapan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan PAU 2017 sudah menyemarakkan semangat di kalangan ahli UMNO untuk berperang apatah lagi selepas gendang pilihan raya sudah dipalu.

"UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya parti 'berkaromah' untuk seluruh rakyat Malaysia. Kalau digantung kita tinggi, biar dicincang kita lumat, namun menyerah tidak sekali-kali.

"Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang, dan Putrajaya tetap kita pertahankan," kata Najib ketika merasmikan PAU 2017.

Firma Penyelidikan Antarabangsa Ramal Barisan Nasional Menang



The Economist Intelligent Unit pada tahun lepas sudah meramalkan Barisan Nasional akan menang dalam pilihanraya umum yang ke-14.

“Given the fragmented opposition, made up of three separate groups, the ruling Barisan Nasional coalition appears well placed to win the next election whenever it is held” ramal The Economist Intelligence Unit.

Dalam tulisan pada tahun lepas itu, The Economist menyatakan perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN. The Economist turut meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% hingga tahun 2021.

The Economist ramal 4.5%, tetapi realitinya selepas itu pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang lebih baik daripada itu iaitu pada kadar 6.2% pada tahun 2017.

Jumaat, 8 Disember 2017

ISU BAITULMAQDIS. ERDOGAN/TURKI HANYA PROKSI ISRAEL




Ucapan Erdogan 2 hari lalu utk putuskan hubungan diplomatik dengan Israel hanyalah RETORIK saja.

Sejak aku dedahkan pasal peng"kencing"an Erdogan dan Ikhwanul muslimin sejak Intifada (perang Israel - Hamas) dulu, ramai yg inbox marah aku. Ada juga minta aku bertaubat sebab kononnya aku fitnah Erdogan ada hubungan yg baik dengan Israel. 

Korang Ingat lagi tak masa tragedi kebakaran terbesar di Israel dulu? Turki antara negara yg awal hantar bantuan. Perbuatan Erdogan tu menggemparkan seluruh pemuja beliau.

Masa tu pemuja Erdogan dan Ikhwanul Muslimin cakap Erdogan tolong Israel padam api sebab atas dasar kemanusiaan. Paling kelakar ada juga yg cakap sebab Erdogan sebenarnya nak masuk bantu Israel sebab nak "spy" Israel dari dalam. 😂😂. 

Nampak tak depa punya gila taksub??

Mahathir Bapa Perpecahan MELAYU


TIADA MAAF BAGIMU.

Tolak tepi fitnah dan tomahan Tun Mahathir berkenaan DS Najib,  tolak tepi segala sindiran dan ejekan, bagi saya, dosa terbesar Tun Mahathir yang teramat sukar saya maafkan adalah usaha Tun Mahathir yang hasilnya memecahkan bangsa Melayu. Bukan sekali tetapi tiga kali!

1. Tindakan Tun Mahathir mengharamkan UMNO (lama) di dalam tahun 1980an melahirkan parti Semangat 46 memecahkan bangsa Melayu untuk kali pertama.

2. Tindakan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim melahirkan parti PKR di dalam tahun dekad 1990an memecahkan bangsa Melayu untuk kali kedua.

3. Tindakan Tun Mahathir menubuhkan parti Pribumi di dalam tahun dekad 2010an memecahkan bangsa Melayu untuk kali ketiga.

Khamis, 7 Disember 2017

Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh, SPT (Telah Dibuka)



Projek Taman Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh Seberang Perai Tengah adalah projek Kerajaan Persekutuan iaitu  usahasama antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN-KPKT di atas tanah milik PERDA.Harga yg ditetapkan oleh JPN adalah sebanyak RM35,000 seunit.

Urusan pemilihan dan tawaran dilaksanakan sepenuhnya oleh JPN-KPKT. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

Rabu, 6 Disember 2017

'Skandal ARAB yg terkait dgn 1MDB digunakan utk fitnah 1MDB'


Daripada kes-kes mahkamah seluruh dunia yg kononnya berkenaan dgn dana yg dikaitkan dgn 1MDB.. semua tu sebenarnya adalah berkenaan dgn dana2 Arab... dan telah dimanipulasi oleh pihak tertentu supaya ia nmpak seolah2 duit 1MDB yg dicuri

Nasib Artis Zaman Mahathir vs Zaman Najib


Kini, Parti Cap Bunga dan Mahathir mempergunakan arttis untuk menyampaikan propaganda.

Kini, Mahathir memuji artis yang bercakap.

Dulu kalau artis bercakap memburukkan kerajaan ataupun dia, terus kena tindakan rasmi.

Zaman PM Najib tidak zalim seperti dulu.
----
18 JUN 1996
M.Nasir
M. NASIR NAFI PERSOALAN "SIAPA MAHATHIR"

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Artis M.Nasir yang digam daripada muncul di radio dan televisyen berkuatkuasa Ahad lepas kerana dianggap melampau dengan pertanyaannya "Siapa Dr Mahathir", hari ini menafikan mengeluarkan kata-kata itu.

Surat Terbuka Buat Sheila Majid Oleh Peminat


Saya merujuk kepada keluhan anda di laman sosial Twitter. 

1. Berkaitan dengan harga barangan terutama ikan dan sayur-sayuran, ianya bergantung kepada keadaan musim. Sekarang musim banjir, hujan dan laut bergelora. Pastinya harga naik mendadak. Apabila musim bertukar ganti kepada musim panas, pastinya harga akan kembali stabil. 

2. Harga seperti beras, minyak masak, gula, gas memasak, ayam adalah di bawah harga kawalan dan tidak melibatkan banyak perubahan harga.

3. Semenjak kemuncak populariti Sheila pada tahun 1990an hingga sekarang, purata pendapatan isi rumah telah meningkat dari hanya RM1,704 pada tahun 1999 kepada RM5,228 pada tahun 2016. Memang benar harga barangan meningkat dari zaman kemuncak anda pada tahun 1990an tetapi begitu juga dengan pendapatan Rakyat Malaysia.

Selasa, 5 Disember 2017

Video Grafik Stadium JDT Terbaru


Stadium Sultan Ibrahim Larkin masih dalam pembinaan namum para penyokong sudah boleh rekabentuk sebenar stadium berkenaan.

Satu video gambaran secara grafik lengkap berkenaan stadium berkenaan di muat naik di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Video rakaman grafik dalaman stadium berkenaan memaparkan secara terperinci rekabentuk stadium yang dijangka siap sekitar Jun/Julai 2018.

Isnin, 4 Disember 2017

Aktor Popular Shashi Kapoor Meninggal Dunia


NEW DELHI: Shashi Kapoor, pelakon hindustan yang popular pada era 70-an dan 80-an serta digilai ramai wanita, telah meninggal dunia, pada usia 79 tahun.

Shashi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai.

Sabtu, 2 Disember 2017

'PM tak pernah ganggu tugas SPRM'


Datuk Seri Najib Razak tidak pernah campur tangan atau mempengaruhi apa juga tindakan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang dilantik ke jawatan itu pada 1 Ogos 2016 berkata, Perdana Menteri memberi kebebasan penuh kepada beliau dan pegawai untuk melaksanakan tugas menyiasat serta mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit dengan rasuah atau salah guna kuasa. 

Keadaan rumah penduduk Hong Kong



Mengikut Forbes, Hong Kong merupakan bandar ke-8 terkaya di dunia.

Namun, tanpa kawalan oleh kerajaan, rakyatnya terpaksa tinggal di rumah pangsa sekangkang kera yang kurang daripada 100 kaki persegi.

Ruangan tidur adalah terlalu sempit sehinggakan tidak dapat baring dengan lurus. Dapur dan tandas pula terpaksa berkongsi satu ruang yang sama.

Ramai antara mereka yang tinggal di rumah 'keranda' ini berkemampuan untuk memiliki apartment 3 bilik di Malaysia.Malah ada juga yang tinggal di rumah sewa seperti "Sangkar Burung" kerana tidak mampu membeli atau menyewa rumah yang sesuai.

Tiada Bukti Tuhan Wujud — Penolong Editor Malay


Tuhan tidak wujud dan tiada langsung bukti yang menunjukkan kewujudan tuhan-tuhan, kempen Boo Su-Lyn, penolong editor Malay Mail Online.

Penulis akhbar online yang dimiliki oleh Redberry Group, anak syarikat Ancom Bhd itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam sebuah video bagi membidas jawapan Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada kebimbangan Dr Siti Mariah Mahmud mengenai kumpulan Melayu murtad melampau Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur yang telah kerap kali menghina rakyat Malaysia yang beragama, khasnya umat Islam. 

Tulang belakang Himpunan Anti-RUU 355 itu berkata, “Saya ada berita untuk kamu kawan, Tuhan tidak wujud. Deal with it. 

Tiada seorang manusia pun di Bumi ini yang mempunyai sebarang bukti mengenai kewujudan satu tuhan atau tuhan-tuhan.”

Jumaat, 1 Disember 2017

Perumahan Rakyat Oleh Najib Razak


#KemanaGSTDisalurkan
#SubsidiBersasar

Berikut adalah laman web utk Memohon Rumah dibawah Program Kerajaan.  

RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA




#RMR1M
RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

** Subsidi sehingga RM20,000
** Ansuran bulanan serendah RM190 sahaja

OBJEKTIF PROGRAM :- 

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

CIRI-CIRI & JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN :- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...