Khamis, 27 Februari 2014

Mayat berbungkus ditemui ditepi jalan..


BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki yang dibungkus sempurna seolah-olah siap dikafan di tepi Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak mengejutkan pengguna jalan raya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, mayat yang dipercayai warga asing itu ditemui lelaki yang sedang melalui kawasan terbabit kira-kira jam 8.45 pagi.


“Mayat yang dibungkus cadar warna ungu cair bercorak bunga itu diikat di bahagian kepala dan kaki.


“Keadaan mayat yang tidak berpakaian itu masih sempurna dan mulutnya berbuih namun tidak ada kesan kecederaan yang ditemui berdasarkan pemeriksaan awal,” katanya.


Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.


Katanya, tidak ada sebarang pengenalan mahupun dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan dan kes disiasat sebagai mati mengejut.


“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan lanjut akan dijalankan.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Rabu, 26 Februari 2014

Dua beradik mati dikelar amah

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini.

Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis men jumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.

“Kemudian seorang mayat ka nak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.
“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian malam ini. - UTUSAN 



Khamis, 20 Februari 2014

Comango dakwa tuntutan hak LGBTIQ bukan isu agama



Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berpandangan, isu berkaitan hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual (LGBTIQ) tidak sepatutnya dibincangkan dari sudut keagamaan.
 
Sebaliknya, Comango meminta sebarang perbincangan berkaitan tuntutannya agar Malaysia mengiktiraf identifikasi orientasi seks dan gender (SOGI) yang merangkumi hak LGBTIQ, dihadkan dari segi hak asasi manusia sahaja.

Pandangan itu disuarakan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean apabila diminta mengulas tentang pengharaman amalan LGBTIQ di dalam Islam dengan berlandaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran pada sidang akhbar di pejabat Dignity International, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

"Kita tidak terlibat dalam perbincangan keagamaan, kita berbincang dari segi hak asasi manusia," katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Pengasas Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS), Angela M. Kuga Thas; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; Ahli Lembaga Pengarah Pusat Komunikasi Hak Asasi Manusia (Komas), Jerald Joseph dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Honey turut mendakwa kenyataan berkaitan tuntutan-tuntutan Comango terutama berhubung hak LGBTIQ dalam proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu telah diputarbelitkan media.

Menurut beliau, dalam laporan tersebut, Comango menolak keganasan terhadap sesiapa sahaja termasuk golongan LGBTIQ dan meminta seksualiti serta identiti gender seseorang tidak dipolitikkan.

"Jadi, itu yang kami katakan tentang hak SOGI. Anda akan mendapati kami tidak berkata apa-apa pun tentang perkahwinan pasangan sejenis, seks songsang.

"Perkara-perkara tersebut tidak dinyatakan dalam laporan kami. Saya berharap penjelasan ini akan menghentikan segala spekulasi tentang laporan Comango," ujarnya.

Penjelasan Honey itu agak mengelirukan kerana pada Perkara 6 laporan berkenaan, Comango mengesyorkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang mentakrifkan liwat dan seks oral sebagai kesalahan jenayah dimansuhkan.

Comango juga menuntut kerajaan mengkaji semula, meminda dan memansuhkan undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta yang mengiktiraf hak LGBTIQ serta konvensyen-konvensyen PBB yang lain.
 
Dalam laporan sama, Comango mendakwa situasi di Malaysia menjadi bertambah kompleks apabila isu SOGI dikaitkan dengan agama khususnya Islam.

Selasa, 18 Februari 2014

Murid 9 tahun ancam ROGOL guru...!!!



Seorang ahli psikologi dari universiti tempatan berkata pendedahan yang keterlaluan kepada teknologi mungkin menjadi sebab mengapa kanak-kanak hari ini sering dikaitkan dengan isu-isu dan gejala salah-laku seksual.

Pakar  Psikologi, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dari Universiti Malaya (UM) berkata pelbagai maklumat kini mudah diakses dari internet yang boleh menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada maklumat yang tidak sesuai termasuk unsur-unsur seksual.

Pada Isnin, negara dikejutkan dengan laporan seorang budak lelaki berumur sembilan tahun yang didakwa mengancam untuk merogol gurunya kerana tidak melantik rakannya sebagai ketua kelas.

"Kanak-kanak hari ini terlalu terdedah kepada teknologi di mana segala maklumat di hujung jari mereka," kata Dr Mariani Md Nor ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Mariani berkata kebiasaannya kanak-kanak menerima apa yang dikatakan oleh orang dewasa, dalam kes ini, kanak-kanak itu kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh guru terbabit iaitu tidak melantik rakan sekelasnya sebagai ketua.

"Dia menjadi tidak berpuas hati dengan keputusan ini dan dia marah. Dia terpaksa melakukan sesuatu untuk melepaskan kemarahan dan itulah sebabnya dia menghantar cikgu tersebut mesej seperti itu, berfikir jika dia tidak berada di sana secara fizikal, dia tidak akan berhadapan masalah, "kata beliau.

Dr Mariani berkata, jika perkataan seperti 'rogol' telah digunakan, kemungkinan kanak-kanak itu menyedari maksudnya juga.

"Kanak-kanak masa kini lebih matang. Walaupun kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun tidak mencapai akil baligh tetapi tindakannya menunjukkan bahawa dia sudah mempunyai keinginan seksual," tambah beliau.

Beliau juga berkata budak lelaki itu mungkin kurang dalam pendidikan moral, justeru berkelakuan tidak menghormati gurunya.

Apabila ditanya kepada apakah jenis hukuman yang sesuai, Dr Mariani berkata,kanak-kanak itu patut dihukum dengan adil kerana dia masih kanak-kanak.

"Dia perlu dihukum hanya untuk memberi satu pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapannya. Tetapi tidak terlalu keras, kerana ia mungkin akan memberi kesan jangka panjang terhadap kenak-kanak itu", kata Dr Mariani.

Sementara itu Astro AWANI telah menghubungi pengetua sekolah terbabit, Mohd Azilah Lazim, tetapi beliau enggan mengulas perkara itu.

Berita 'mengejutkan' ini telah diterbitkan dalam akhbar The Star, Isnin di mana seorang guru di Kedah telah didakwa menerima ancaman rogol dari seorang murid Darjah Tiga.

Menurut laporan itu, budak lelaki itu dari SK Lanai itu pada mulanya menghubungi guru tersebut menerusi telefon dan disusuli dengan pesanan SMS yang berkata "Cikgu, tunggu saya akan merogol kamu tidak lama lagi.”

Guru berusia 39 tahun itu  telah dilaporkan mengalami trauma dengan ancaman berani kanak-kanak itu dan telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari.

Ahad, 16 Februari 2014

TONY PUA PULA MENYINDIR PIHAK BERKUASA AGAMA ISLAM MALAYSIA SEBAGAI BODOH KERANA MENGHARAMKAN HARI VALENTINE!!!


Selepas Teresa Kok kena hempuk beramai-ramai, malah ada pula tawaran menamparnya dengan kadar RM1200 bagi sekali tamparan, DAP benar-benar tidak berpuas hati. Mereka membuat laporan polis berhubung ancaman keselamatan terhadap Teresa Kok dan menuntut agar PDRM menyediakan body-guard yang akan menjaga Teresa Kok sepanjang masa.

Punca kemarahan orang ramai termasuklah orang Cina sendiri yang dicetuskan oleh Teresa Kok, tidak dihiraukan dan tidak dipedulikan. Malah cuba disenyap-senyapkan sehingga pakar putar belit seperti Lim Kit Siang pun turut menyatakan bahawa klip video yang disiarkan oleh Teresa Kok, tidak ada langsung penghinaan kepada mana-mana orang atau agama atau bangsa kerana tidak disebut nama atau bangsa atau agama.

Kes berkenaan masih belum selesai SAMPAI BILA-BILA memandangkan TERESA KOK MASIH HIDUP LAGI!

Seorang lagi pemimpin DAP, TONY PUA mengambil kesempatan bercuti di London untuk melakukan serangan ke atas pihak berkuasa agama di Malaysia. Pihak berkuasa agama yang dimaksudkan sudah tentulah yang ada kaitan dengan Islam. Agama-agama lain tidak menarik minat Tony Pua untuk diserang, memandangkan kelompok Jesuit sememangnya menjadikan Islam sebagai sasaran utama.

Dari London, Tony Pua menyiarkan gambar dia dan isterinya sedang bercuti sempena Hari Valentine. Seolah-olah dia berbangsa Melayu dan beragama Islam, Tony Pua menyindir pihak berkuasa agama Islam Malaysia yang menghukumkan Hari Valentine sebagai haram dan sesiapa yang menyambut hari tersebut dari kalangan umat Islam adalah melakukan kesalahan di sisi agama Islam.

Inilah keadaan apabila DAP berasakan mereka sudah terlalu kuat. Mereka tidak peduli sama ada mereka boleh atau tidak campurtangan dalam hal ehwal agama lain. Yang penting bagi mereka adalah untuk menunjukkan bahawa Islam itu adalah jumud, agama perosak dan agama penghukum.

Yang tidak akan jadi masalah kepada DAP ialah apabila kalangan umat Islam menyokong mereka menghalalkan pemurtadan umat Islam. Yang tu bukan sahaja disokong, bahkan akan diberikan lagi bantuan kewangan!!! -Tok Guru 


Kredit - ANTI Semua Salah UMNO - ASSU

BR1M 3.0 diagih dalam tempoh 20 hari


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Februari depan akan diagihkan dalam tempoh 20 hari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara serentak di seluruh negara selepas pelancaran itu.

Langkah itu bagi memastikan penerima BR1M tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan tersebut seperti sebelum ini.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan menerima baucer secara berperingkat bermula 23 Februari.

"Kami mahu ia diagihkan dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari. Ada juga orang yang kata bahawa kita mesti melaksanakan seperti dulu melalui majlis penyampaian tetapi kami mengatakan tidak kerana rakyat memerlukan bantuan wang sekarang. Oleh itu, kita nak buat sekali masuk bank habis satu hari itu. Maknanya dapat untuk mereka yang ada akaun bank. Yang tidak mempunyai akaun bank pula akan kami umumkan kelak lokasi pengagihan baucer kelak." kata Ahmad Husni.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar khas mengenai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di ibu negara hari ini.

Najib dijangka melancarkan BR1M di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Tambah beliau daripada lebih 7 juta penerima BR1M 3.0, 4 juta daripadanya mempunyai akaun bank manakala lebih 2 juta lagi tidak mempunyai akaun bank.

Sejumlah RM4.2 bilion diperuntukkan bagi BR1M yang bakal memanfaatkan 4.62 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.

Kriteria pemberian BR1M 3.0 juga menyaksikan penambahbaikan berbanding BR1M sebelum ini termasuk penambahan nilai bantuan sekitar RM50 hingga RM150.

Bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah, nilai bantuan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650.

Kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tinggal sebatang kara pula menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 dan RM650.

Sementara itu, bagi kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah, bantuan akan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.

Di bawah BR1M 3.0, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Tempoh perlindungan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Inisiatif itu tambah Ahmad Husni diambil sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah. SUMBER

Selasa, 11 Februari 2014

Kes pasangan warga Malaysia di Sweden - Tuntutan pertuduhan di luar jangkaan


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Pasangan warga Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal hari ini didakwa di mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden atas pertuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010 hingga 2013. 

Tuntutan pertuduhan yang disifatkan sebagai luar jangkaan itu diterima mahkamah dalam bentuk bertulis yang dikemukakan pendakwaraya, Anna Arnell. 

Pertuduhan itu menyebut pasangan berkenaan didakwa memukul anak-anak mereka dengan penyangkut baju, kayu dan tali pinggang dalam beberapa kejadian.

Pasangan berkenaan dijangka dibicarakan selama 10 hari bermula 18 Februari ini atas kesalahan yang berulang-ulang antara 2010 sehingga tahun lalu.

Mahkamah menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre akan membuat rayuan di Mahkamah Supreme Sweden supaya membebaskannya daripada reman, sementara menunggu perbicaraan memandangkan keempat-empat anak mereka telah pulang ke Malaysia.

Pendakwaan terhadap pasangan berkenaan disahkan oleh Stahre kepada Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Khairul Anwar berkata, pertuduhan yang dikemukakan itu di luar jangkaan yang menggambarkan seolah-olah pendakwaan terdesak dan terpaksa 'mencipta' pertuduhan bagi memburukkan imej pasangan berkenaan.

Katanya, sejak awal lagi seluruh dunia tahu fakta dan isu sebenar dalam kes berkenaan iaitu tidak menjadi kesalahan bagi seseorang muslim menggunakan sentuhan fizikal dalam mendidik anak-anak mereka.

"Namun pihak pendakwaraya memilih untuk menggunakan ungkapan perundangan yang keras bagi menggambarkan kesalahan pasangan itu yang sentiasa memukul keempat-empat anak mereka berkali-kali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Khairul Anwar, SukaGuam juga percaya bahawa pertuduhan berat itu dibuat bagi menjaga 'air muka' pihak berkuasa Sweden yang menahan reman pasangan itu bagi tempoh 'luar biasa'.
Katanya, mereka tiada pilihan selain mendakwa dengan tuduhan berat bagi menjustifikasikan tindakan reman hampir dua bulan yang dikecam masyarakat dunia.

"Bagaimanapun SukaGuam menyeru rakyat Malaysia bertenang dengan perkembangan terbaharu ini. Kami akan mengadakan perbincangan dengan Wisma Putra dan keluarga pasangan berkenaan sebelum ke Sweden bagi memantau kes ini.

"Kita juga akan menggunakan segala cara termasuk cuba mendapatkan khidmat guaman antarabangsa bagi membantu pasangan ini," katanya.

Azizul Raheem yang merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.

Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini, keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 15, dan Ammar, 13, memulakan sesi persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala manakala Adam, 12, dan Arif, 8, di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, terletak berhampiran kediaman ibu saudara yang juga penjaga mereka di Wakaf Tok Wali, Melor.

Jumaat, 7 Februari 2014

Suhaimi Abdullah menang RM1 juta daripada Bank Islam


PETALING JAYA 6 Feb. - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini mengumumkan pemenang cabutan bertuah bagi Al-Awfar 'Dream of a Lifetime' yang diadakan bulan lepas.
Pemenang hadiah utama Suhaimi Abdullah menerima RM1 000,000, manakala bagi cabutan kempen bulanan yang ke-44, Salomah Md. Yusof membawa pulang RM100,000.

Pada Mei tahun ini, sebanyak 241 pelanggan lagi akan menerima hadiah tunai tambahan berjumlah RM3.91 juta.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, bank itu menyasar aset pembiayaannya meningkat 20 peratus tahun ini, dipacu oleh segmen peruncitan bank.

Beliau berkata pertumbuhan dalam segmen peruncitan adalah daripada pembiayaan individu, gadai janji dan pembiayaan perumahan.

"Selain daripada segmen peruncitan, pendapatan berasaskan yuran daripada produk kad debit dan bayaran transaksi juga amat menggalakkan," kata beliau kepada wartawan selepas mengumumkan pemenang bagi kempen Bank Islam Al-awfar 'Dream of a Lifetime' hari ini. - BERNAMA


Khamis, 6 Februari 2014

Kes Saman Raja Nong Chik Terhadap Nurul Izzah DITERUSKAN...


Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi, Rabu.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini.

Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu.

Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Raja Nong Chik ketika ditemui media berkata beliau akan membuktikan tuntutannya terhadap Nurul Izzah apabila kes itu dibicarakan.

Ini kerana kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya dan keluarganya, kata beliau.
Nurul Izzah pula berkata beliau bersedia untuk mempertahan kenyataan yang dikeluarkannya berdasarkan isu kepentingan awam.

Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, iaitu sehari sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13.

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lepas.

Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Selasa, 4 Februari 2014

Industri kotor China


DAGING tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta ‘minyak longkang’ kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China.

Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.

Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan.

Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang.

“Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna.

Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.
Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna.

Sebahagian produk makanan tercemar dikesan
Kambing
 
Disember tahun lalu, tujuh pekerja Cina ditahan didakwa menyuntik air kolam tercemar ke dalam daging kambing bagi menambah berat ketika ditimbang untuk dijual.


Kesemua suspek dipercayai menyembelih lebih 100 ekor kambing di sebuah gudang haram dan mengepam sehingga 6 kilogram bakteria ke dalam haiwan itu dan kemudiannya dijual di gerai makan,restoran di bandar Guangzhou dan Foshan.

Serbuan dilakukan pihak berkuasa ke rumah penyembelihan haram di Guangdong menemui kira-kira 30 bangkai kambing telah disuntik, 335 kambing biri-biri masih hidup dan setem pemeriksaan palsu.

Menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew tahun lalu, dianggarkan hampir 40 peratus penduduk China berdepan masalah keselamatan makanan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Tikus
Sekitar Mei tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China merampas daging tikus untuk dijual sebagai daging kambing di Shanghai bersebelahan wilayah Jiangsu bernilai AS$1.6 juta (RM5.3 juta).

Daging tikus, musang dan cerpelai yang dijual sebagai daging kambing dipercayai telah dimasukkan gelatin, pigmen merah dan nitrat.


Minyak longkang
Minyak longkang adalah istilah digunakan di China untuk menggambarkan minyak masak haram dikitar semula daripada sisa minyak dikumpul dari longkang pembetungan, perangkap gris dan sisa rumah sembelihan.


Pemprosesan semula dilakukan dengan cara menapis, mendidihkan, menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dan kemudian dibungkus serta dijual semula sebagai alternatif lebih murah daripada minyak biasa.

Terdapat versi lain dalam penghasilan minyak longkang iaitu menggunakan bahagian haiwan yang dibuang seperti lemak, organ dalaman, kulit atau daging berkualiti rendah lalu direbus hingga mengeluarkan minyak.

Minyak ini dijual ada harga antara AS$859 (RM2,900) dan AS$937 (RM3,100) untuk 907 kilogram (1 tan), manakala produk dibersihkan dan ditapis semula dijual pada AS$1,560 (RM5,200).
Beberapa ujian sampel minyak longkang turut mendedahkan, terdapat polycylic aromatic hidrokarbon (PAH), sejenis pencemar organik berbahaya dan aflatoksin serta sebatian karsinogenik sangat tinggi di dalam minyak itu.

Beras Kadmium
Skandal makanan terbaru di China ialah penemuan hampir separuh daripada beras diuji di bandar besar Guangzhou mengandungi kandungan logam tinggi yang boleh merosakkan organ dalaman
dan menyebabkan kanser.


Data dikeluarkan Pentadbiran Makanan dan Dadah Guangzhou mendapati, daripada 44 peratus beras yang diuji, kira-kira 12 juta orang menunjukkan kandungan kadmium yang tinggi.

Media Nandu News melaporkan, beras dipercayai datang daripada pengeluar beras di wilayah Hunan dan produk beras dari dua kilang di bandar Dogguan tidak jauh dari Guangzhou.

Beras kadmium biasanya berlaku kerana kawasan tanaman tercemar kerana petani menggunakan terlalu banyak baja untuk tanaman mereka.

Sesetengah baja itu dikatakan kekal di dalam tanah sehingga 20 tahun.

Data dikumpul Universiti Pertanian Nanjing mendapati, masalah ini adalah paling teruk di wilayah selatan di mana di sesetengah kawasan, 60 peratus daripada sampel telah tercemar dan sehingga kini masih dalam ujian pengawasan.

Susu
Februari 2011 menyaksikan satu lagi skandal makanan di China melibatkan pencemaran susu.


Kali ini menggunakan protein kulit dihidrolisasikan seperti melamin digunakan untuk meningkatkan protein kandungan susu bagi meningkatkan nilainya.

Ia dikesan seawal Mac 2009 menerusi laporan media China Daily yang mengumumkan menutup hampir separuh daripada kilang tenusu dalam usaha membersihkan industri terbabit.

Penghujung tahun lalu juga, Menteri Kesihatan China berkata, negara itu akan mengetatkan peraturan ke atas susu tepung dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan pengeluar tempatan dan
meredakan kebimbangan yang telah sekian lama berhubung isu keselamatan makanan terhadap pasaran susu formula kanak-kanak yang bernilai AS$12.4 bilion (RM45 bilion).


Telur
Di China, pengeluar tidak perlu ayam untuk menghasilkan telur. Mereka hanya memerlukan bahan kimia seperti asid sodium agla, air, gelatin, baifan, sodium benzoate, lactone, selulosa carboxymethyl, calsium carbid, lysine, ejen pewarna makanan, calsium cloride, parrafin wax dan serbuk gypsum.


Difahamkan, isu telur palsu mula memasuki pasaran China sebelum Sukan Olimpik Beijing pada 2008. Bagaimanapun, pernah juga terdapat laporan sama berhubung isu ini pada tahun 2003.

Telur palsu dilaporkan bermula di utara dan tengah China, kemudian berkembang ke seluruh negara hingga merebak ke negara pengimport utama seperti Amerika Syarikat dan rantau Asia.
 

Isnin, 3 Februari 2014

Anwar akui PRK DUN Kajang dirancang


BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam Sabtu.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar juga berkata beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas 
 
 

Najis manusia diproses jadi daging di Jepun




Seorang pengkaji Mitsuyuki Ikeda, dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis.

Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak. Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi.

Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut.

Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa.

Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan. Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori 





Macam nilah rupanya after telah menjadi daging tiruan :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...