Sabtu, 28 Disember 2013

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima ,,


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan

Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.

Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.

Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank
.

Rabu, 25 Disember 2013

Saya dengan rasminya bersara" - Justin Bieber



"Wahai peminat tercinta, saya dengan rasminya bersara" - Justin Bieber

KUALA LUMPUR: Justin Bieber menulis di laman Twitternya  “Wahai peminat tercinta, saya bersara secara rasmi”.
Itu pastinya bukanlah berita yang mahu didengar oleh peminat penyanyi berusia 19 tahun itu, terutama di tengah-tengah sambutan cuti Hari Krismas.

Namun tiada penjelasan lanjut mengenainya dari kem Bieber menimbulkan persoalan samada mesej itu serius atau tidak. - AWANI

 

Temuramah bersama TMJ

Selasa, 24 Disember 2013

Gempar - Video Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat

Sabtu, 21 Disember 2013

Buat Pembedahan Untuk Jadi Superman..??



Herbert Chavez
Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya. 




Rabu, 18 Disember 2013

Himpunan gambar Puting Beliung di Johor Baharu

18 Dis 2013 - Fenomena puting beliung baru sahaja berlaku petang tadi di johor bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.

Pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah daratan. Sekiranya berterusan, pasti akan merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.

Untuk rekod, Malaysia juga pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kejadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua gerai penjaja disitu.

















Allahu Akhbar... Puting Beliung di Johor Baharu


Dipos oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami.



18 Dis 2013 - Fenomena puting beliun baru sahaja berlaku petang tadi di johor bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura. 

Pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah daratan. Sekiranya berterusan, pasti akan merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.



Untuk rekod, Malaysia juga pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kejadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua gerai penjaja disitu. 
















Hina Jalur Gemilang: Dewan Negara Cadang Lucut Kewarganegaraan


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Ahli-ahli Dewan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang termasuk dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

Senator Muhammad Olian Abdullah ketika mencadangkan hukuman keras tersebut berkata, perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.
 
Katanya, motif kumpulan tertentu yang berulang kali mengibarkan bendera Sang Saka Malaya termasuk pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang lalu jelas bertujuan mahu mencetuskan suasana perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Motif jahatnya kita semua tahu, jadi setujukah mereka ini kita lucutkan kewarganegaraan,” katanya ketika mencelah semasa Senator Datuk Noriah Manaf membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Noriah yang berpendapat perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya adalah bertujuan mahu mengembalikan semula sejarah hitam negara sedangkan dunia sudah mengiktiraf Jalur Gemilang.

Selasa, 17 Disember 2013

Al - Fatihah - Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.


Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.


Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.


Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.


Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.


Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.


Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.


Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Tiada Cubaan Kumpulan Abu Sayyaf, MNLF Ceroboh Pantai Timur Sabah - KP Esscom


LAHAD DATU: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, setakat ini tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.
Beliau berkata, keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai ZonSelamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial," menurutnya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untukmenghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan).

Mohammad berkata, kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

"Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya.

Selain itu, Mohammad berkata Esscom, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di Esszone, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan.

"Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan.

"Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya.

Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan. - BERNAMA

Isnin, 16 Disember 2013

Senarai Kawasan Bakal Alami Gangguan Air Di Lembah Klang Esok


SYABAS ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja hentitugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 2 (SSP2), adalah selama 13 jam iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember 2013. 

Dengan itu, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad). 

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Kawasan Bukit Kiara:
Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.


Sebahagian kawasan Bukit Damansara:

Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.


Kawasan Segambut:

Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Keseluruhan kawasan Mount Kiara; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta;


Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh:

Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris;


Kawasan Sentul:

Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan; Bandar Baru Sentul.


Kawasan Jalan Duta:

Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum; Stadium Hoki.


Sebahagian kawasan Jalan Mahameru:

Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor Jalan Negeri Sembilan.


Kawasan Sri Hartamas:

Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara;Taman Duta Tropika; Hartamas Heights


Kawasan Bukit Sentul:

Jalan Kolam Air;Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf):
Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa);


Sekitar kawasan KLCC:

Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.


Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2):

Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Rusia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.


Sebahagian kawasan Kampung Baru:

Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1;Lorong Datuk Abdullah.


Semua kawasan-kawasan berikut:

Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.


Jumlah akaun : 63,408 akaun

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara; Sunway SPK Harmoni 3.


Jumlah akaun : 22,274 akaun

Wilayah Petaling

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa;Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol;Taman Puchong Mesra Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya


Jumlah akaun: 98,084 akaun

Wilayah Klang/Shah Alam

Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera;Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis;Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.


Jumlah akaun : 33,928 akaun

Jumlah Akaun Keseluruhan Akaun Yang Terlibat – 217,694


Maklumat Tambahan:

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 2 (SSP2), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas (separa) sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah kerja-kerja menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah (‘Transformer’) No.1 di Muka Sauk (‘Intake’), pembaikan paip keluli (‘mild steel’) bersaiz 1400mm untuk paip ‘Flow Splitter Stream C’ dan penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) iaitu pengepaman air bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar. Pihak kami dimaklumkan pengepaman ke Kolam Imbangan Bukit Mayong berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. 

Tujuan utama kerja-kerja bagi menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah (‘Transformer’) No.1 di Muka Sauk (‘Intake’) adalah untuk meningkatkan keupayaan tunggu sedia (‘standby’) dan memastikan Pam Air Mentah di Muka Sauk (‘Intake’) dapat beroperasi dengan lebih baik dan lancar. Manakala untuk kerja-kerja penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan paip keluli bergaris pusat 1400mm untuk paip ‘Flow Splitter Stream C’ amat diperlukan kerana kedua-dua aset ini telah menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dari segi pengoperasiannya

Untuk makluman, pengepaman LRA SSP2 ke Kolam Imbangan Matang Pagar ini membekalkan air ke 4 buah Wilayah iaitu Wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, dan Klang/Shah Alam yang mana hentitugas (separa) ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 217,694 akaun pengguna dan dianggarkan sebanyak satu (1) juta penduduk di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, INTAN, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Suria KLCC dan kawasan lain-lain.

Pihak SYABAS akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja hentitugas tersebut. Dengan itu, adalah dijangkakan ada sebahagian pengguna di senarai tersebut khasnya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kolam air dan kawasan rendah mungkin akan terus mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan air. Adalah dijangkakan juga kebanyakan kawasan akan mendapat pemulihan bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja hentitugas siap nanti. Dengan itu, secara amnya, adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan georafikal kawasan yang terlibat di mana kawasan yang jauh daripada sumber bekalan serta kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan yang agak lama. Selain itu, situasi bekalan air semasa di mana rezab bekalan air yang tipis pada masa ini akan melambatkan tempoh pemulihan bekalan air. Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air terutamanya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya. Sebagai persediaan, semua pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut.Pihak SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat.

Walaubagaimanapun, memandangkan gangguan bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal telah dikeluarkan, dengan itu lori tangki tidak akan dibekalkan oleh SYABAS untuk tempoh gangguan bekalan air tersebut kecuali kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat. Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam tetapi tertakluk kepada kapasiti kemudahan sediada pada SYABAS.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP2 tersebut. Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

"LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH"




Panas !! Rakyat Malaysia Perlu Baca Dan Sebarkan.

"LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap. 

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu 

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta  

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara 

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour. 

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba). 

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita. 

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata 

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata. 

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. 

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah 

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak. 

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. 

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady' 

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.
 
Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam 
 
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu. 

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Semua Bukti Mengaitkan Mat Sabu Dengan Syiah Diserahkan Kepada Jakim


BAGAN DATOH: Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, Ahad.

Beliau berkata sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.

Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. - BERNAMA

Artikel berkaitan : 10 Bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah

Ahad, 15 Disember 2013

SYABAS & TAHNIAH,SKUAD HOKI WANITA CIPTA REKOD DUNIA.



SKUAD HOKI WANITA CIPTA REKOD DUNIA.

YANGON - Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini.

Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003

Sabtu, 14 Disember 2013

Wan Maimunah akhiri zaman janda


JOHOR BAHRU: Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, dengan sekali lafaz pada Jumaat malam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru Johor.

Pasangan pengantin itu dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAIJ), Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah Wan Abdul Aziz.


Pelakon yang pernah popular dengan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu memilih mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah hingga ke akhir hayat.


Wan Maimunah turut menerima sebentuk cincin dan gelang untuk acara membatalkan air sembahyang.


Beliau berharap perkahwinan kali kedua selepas menjanda hampir 16 tahun akan kekal ke akhir hayat.


“Ibu bukan hendakkan harta dunia ibu hanya hanya ingin menumpang kasih di saat-saat akhir hayat ibu sebab tu la ibu mintak mas kawin berupa memberi tunjuk ajar ke jalan Allah kalau mas kawin diberi puluh ribu sekali pun ia akan pupus tapi tunjuk ajar bimbingan ke jalan Allah kekal hingga akhir hayat” ujar pelakon komedi terkenal itu.


Majlis ringkas itu turut disertai saudara mara terdekat kedua belah pihak pengantin.


Bagi suaminya, Makpol yang juga pengusaha makanan kacang pol di bandaraya itu tidak menghalang jika Wan Maimunah terus aktif dalam bidang lakonan selepas ini.

Khamis, 12 Disember 2013

KDN dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.


Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk " Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.


"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.


Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.


Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.


Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin syiah di sana pada tahun 2011.


Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.


Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut syiah.


Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman syiah dan akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di kalangan rakyat Malaysia. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...