Jumaat, 23 April 2021

"Kenapa DS Najib Razak pulangkan semula duit derma Saudi? Kalau derma simpan sajalah."


 

Salah satu perkara yang kerap dimainkan oleh pihak pendakwaan dalam kes #SRC adalah,

"Kenapa DS Najib Razak pulangkan semula duit derma Saudi? Kalau derma simpan sajalah."


Sebenarnya perkara ini sengaja diabaikan oleh pihak pendakwaan walaupun telah disebut didalam mahkamah.

DS Najib memulangkan duit derma dari Saudi kerana BN telah memenangi PRU13, dan itulah harapan Saudi iaitu mengekalkan kerajaan Islam yang moderate di Malaysia supaya tidak berlakunya fenomena seperti Arab Spring.

DS Najib turut memberitahu bahawa beliau tidak selesa menyimpan duit yang banyak didalam akaun persendirian beliau.

Jadi beliau telah meminta Ambank memulangkan semua duit tersebut ke akaun Tanore di Singapura, iaitu akaun yang sama beliau menerima dana Saudi.

Duit derma yang beratus juta USD pun DSN pulangkan, macam mana nak kata beliau curi duit SRC yang lebih sedikit jumlahnya iaitu RM42 juta? Tak logik. Tak masuk akal.

Minggu depan bermula Selasa adalah penggulungan kedua dua pihak. Teruskan berdoa untuk DS Najib dan pasukannya.


Rf Lias

Putrajaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...