Selasa, 20 April 2021

Rayuan #SRC Najib - Pendakwaraya Kantoi Lagi


Pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa wang SRC bernilai RM 4 billion adalah merupakan scam (skim penipuan) yang direka untuk membolehkan Najib mencuri 4 tahun akan datang. 


Dan demikianlah berterusannya hujah meragukan dan lemah dari pasukan pendakwaan....


Mengapa seseorang itu mahu buat scam bernilai RM 4 billion supaya boleh “mencuri” hanya 1% (RM 42 juta) 4 tahun kemudiannya dan itupun, habuannya dibayar secara ansuran? 🤣


Bukankah lebih mudah untuk membuat projek bernilai sebenar RM 58 juta yang di mark up harga kaw kaw ke RM 100 juta dan rembat RM 42 juta dalam keuntungan mudah? 



Lagi laju dapat hasil dan tak perlu tunggu sehingga 4 tahun. 


Tambahan pula, dengan projek macam tu, tak payah bayar semula wang keuntungan yang dirembat kerana ia adalah wang perbelanjaan kerajaan dan bukan pinjaman- tidak seperti SRC di mana keseluruhan dana RM 4 billion tersebut adalah merupakan pinjaman yang mesti dibayar semula. Kalau tak bayar, confirm kantoi mencuri. 


Pendakwaan juga mendakwa bahawa keseluruhan wang RM 4 billion SRC ini telah dicuri. 


Dan di sinilah penulis mula siasat apakah yang telah berlaku sebenarnya kepada wang RM 4 billion tersebut. 


(Wang RM 42 juta yang kononnya dicuri oleh Najib ini sebenarnya adalah merupakan wang CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) yang dibayar hasil dari keuntungan perniagaan SRC (anda cuma boleh buat CSR dengan wang hasil keuntungan) kepada cabang CSR syarikat SRC bernama Gandingan Mentari. Gandingan Mentari seterusnya bayar pula kepada syarikat CSR milik 1MDB bernama Ihsan Perdana. Ihsan Perdana pula telah transfer wang ini ke dalam akaun DSN di mana DSN juga buat kebajikan CSR dengan wang tersebut). 


Sehingga kini, penulis gagal untuk mendapatkan jawapan konklusif tentang di manakah wang RM 4 billion tersebut telah pergi. 


Tidak seperti 1MDB, tidak ada sesiapapun (termasuk WSJ, kerajaan PH, kerajaan PN dan Sarawak Report sekalipun) yang boleh memberitahu secara konklusif pihak mana dan di mana yang menerima wang SRC ini. 


Malah lebih menarik lagi- tidak pernah sekali pun kerajaan PH atau kerajaan PN mengumumkan pemulangan semula walau 1 sen wang SRC mahupun pelan untuk mencari dan membawa pulang wang tersebut. 


Tidakkah anda rasa ini sangat membingungkan?

RM 4 billion telah dicuri tetapi tidak ada sesiapa yang peduli siapa pencurinya, di mana wang tersebut sekarang dan tak ada sesiapa pun mahu mendapatkannya semula? 


Seperti yang telah dinyatakan ketika perbicaraan kes SRC, wang sebanyak USD 1 billion telah ditransfer ke sebuah pelaburan di dalam sebuah bank di Switzerland. 


Malah, keseluruhan ahli lembaga SRC telah pergi ke Switzerland untuk memeriksa sekiranya wang tersebut masih ada di sana dan mereka berpuas hati. 


“Sebelum ini, pihak pengurusan hanya mendengar cerita berkenaan BSI, jadi kami telah pergi sendiri ke sana dan diyakinkan bahawa wang tersebut masih tersimpan dan selamat,” kata Ismee. 


Ismee berkata bahawa jaminan dari pihak Bank BSI telah melegakan mereka.” 


Link: Keseluruhan Ahli Lembaga SRC pergibke Switzerland. 

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/11/entire-src-board-went-to-switzerland


Menurut perbicaraan, wang tersebut dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland pada tahun 2016 setelah seorang balaci Mahathir membuat laporan di Switzerland pada tahun yang sama. 


Memandangkan wang tersebut telah dibekukan pada tahun 2016, tidak ada sesiapa yang mendengar lagi apa yang telah terjadi kepada wang tersebut. 


Sehinggalah Najib menjelaskan kepada Mahkamah ketika disoal oleh Ketua Pendakwaan/ AG (Tommy Thomas) bahawa beliau telah melantik pengurusan SRC baru dan lembaga pengarah baru dan memberi tugas utama kepada mereka untuk membawa pulang wang tersebut. 


Berikut adalah transkrip mahkamah: 


Link: "Najib berkaya bahawa beliau juga mahu tahu kebenaran sebenar tentang wang RM 4 billion yang ‘hilang’.” 

Najib says he, too, wants to know truth of SRC's 'missing' RM4b"

https://www.malaysiakini.com/news/503268


Thomas: Wang RM 4 billion yang dipinjam oleh SRC dari KWAP ini telah hilang semuanya. 


Najib: Saya tidak bersetuju kerana kita belum pastikan dana tersebut di Switzerland. 


Thomas: Jadi kamu masih mendakwa bahawa masih ada dana tersebut di Switzerland? 


Najib: Kita kena pastikan. 


Thomas: Saya belum pasti. 


Najib: Anda perlu lakukannya (memastikan wang di Switzerland) 


Thomas: Saya katakan kepada kamu bahawa aset tersebut telah hilang. 


Najib: Saya tidak bersetuju. 


Thomas: Saya katakan kepada kamu bahawa wang RM 4 billion tersebut telah disalahgunakan. 


Najib: Saya tidak bersetuju, saya juga mahu tahu kebenaran sebenar. 


-———-


Ya. Bukan saja penulis tidak tahu apa yang telah terjadi kepada wang yang dibekukan itu, tetapi Peguam Negara dan Ketua Pendakwaraya juga tidak tahu malah dia kata dia sendiri tak check!!! 


Hairan, bagaimana mereka boleh mendakwa Najib dalam kes SRC dan mendakwa keseluruhan RM 4 billion tersebut adalah scam dan telah hilang walhal pihak pendakwaraya sendiri tidak memastikan hal ini? 


Tak habis siasatan tapi dakwa Najib ke ni? Dan kenapa tidak ada orang lain yang didakwa dalam kes SRC melainkan Najib? 


Sebenarnya, Peguam Negara Switzerland telah 2 kali mengatakan (pada tahun 2016 sebelum PRU ke 14 dan Julai 2018 selepas PRU ke 14) bahawa DSN bukanlah seorang suspek di dalam siasatan mereka. 


Link: Feb 2016 - Swiss AG: Najib not a suspect in our 1MDB probe

https://www.malaysiakini.com/news/329024


Link: July 2018: Najib not under investigation in Swiss 1MDB probe

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/07/389372/najib-not-under-investigation-swiss-1mdb-probe


Silap-silap, wang USD 1 billion itu (yang ketika dihantar bernilai RM 3 billion) masih ada di Switzerland dan masih berterusan menjana keuntungan pelaburan dan faedah. 


Sekiranya dibawa pulang, ia sepatutnya bernilai jauh lebih tinggi dari RM 4 billion yang dipinjamkan KWAP kepada SRC mengambil kira keuntungan pelaburan dan tukaran wang asing. 


Dan kerana itulah Najib mengatakan bahawa beliau juga ingin tahu sebenarnya apa yang telah terjadi kepada wang SRC tersebut, sungguhpun kedua-dua kerajaan PH dan PN tidak mahu memberitahu kebenaran ini kepada beliau dan rakyat.


Inspired by Lim Sian See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...