Sabtu, 24 April 2021

TERJEMAHAN PENUH SIDANG MEDIA TS SHAFEE BERKENAAN KES SRC DI MAHKAMAH RAYUAN BERTARIKH 22 APRIL 2021.


 


Saya ada beberapa perkara penting yang ingin saya bangkitkan. Seperti yang anda tahu, kami akan mula menggulung pada hari Selasa depan bermula jam 9 pagi. 

Sungguhpun masa yang diberikan kepada kami adalah selama 2 hari, naluri saya mengatakan ia akan lebih dari itu. Mungkin 3, harap-harap tak sampai ke 4 hari, tetapi kami rasa hampir pasti ia akan menjadi lebih dari 2 hari. 


Pertamanya, saya telah memberikan rumusan-rumusan kes sebelum ini kepada anda, tapi saya ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin diambil berat oleh  anda semua. Saya tidak tahu sekiranya anda semua dapat menilai sepenuhnya tentang sebuah isu iaitu BAGAIMANA DSN MEMPUNYA 

PENGETAHUAN ATAU KEPERCAYAAN BAHAWA WANG YANG MASUK ADALAH WANG DERMA. 


Anda perlu ingat bahawa Datuk Sitham pun mengakui bahawa sememangnya terdapat wang dari Saudi. Kami ada bukti bahawa terdapat beberapa transaksi yang berjumlah sehingga 642 juta (bukan jumlah yang sedikit) telah dihantar sama ada dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, Prince Faisal dan seorang Putera lain. Jadi terdapat 3 pihak yang kesemuanya dari Riyadh yang telah menghantar wang ke akaun DSN. 


Sehingga itupun, DSN sebenarnya tidak tahu melainkan beliau percaya bahawa akan ada banyak wang derma yang telah dan akan dimasukkan ke akaun beliau. 

Kerana sebab inilah Ambank telah diberitahu. Ambank telah diberitahu bukan hanya melalui 4 pucuk surat dari Arab Saudi tetapi juga surat-surat DSN yang memberitahu Bank Negara dan juga Ambank bahawa beliau menjangkakan akan ada derma wang yang banyak dari Arab Saudi. Ini semua adalah contemporaneous dokumen yang membawa maksud dokumen-dokumen yang terhasil sewaktu peristiwa sedang berlaku dan telah diberikan kepada bank pada waktu itu. 

Jadi ini telah dinyatakan sebelum wang itu masuk dan selepas itu wang pun benar-benar masuk. 


Dan DSN juga ada memberikan bukti bahawa terdapat satu pertemuan dengan Raja Arab Saudi (Almarhum King Abdullah). Pendakwaraya telah membangkitkan pelbagai isu mengenai saksi-saksi yang kami panggil. 


Mereka pertikai adakah ianya (pertemuan) berlaku pada 11hb atau 13hb ke atas, tetapi pada bulan dan tahun yang sama. Perbezaanya hanya lah dua hari. 

Peristiwa ini berlaku 10 tahun yang lepas. 

Sekiranya kami mereka-reka bukti, pastilah buktinya itu akan tepat. Tarikh kami boleh pastikan kesemua saksi memberitahu tarikh yang sama. Tetapi kami tidak ganggu keterangan saksi. Kami menerima keterangan mereka seadanya. 


2 orang saksi mengatakan pertemuan itu berlaku pada 11hb. Seorang saksi lagi kata beliau tidak ingat sama ada ia adalah pada 11hb kerana mesyuarat rasmi berlangsung pada 13hb. Jadi beliau kata berkemungkinan besar ia berlaku pada 13hb. Ini adalah keterangan saksi Menteri Luar Datuk Anifah Aman. Tetapi Menteri Jamil Khir, Duta Malaysia dan DSN berkata ia berlaku pada 11hb. 


Jadi persoalan yang saya ingin tanya kepada kamu, Datuk Sitham sendiri telah berkata apabila saksi memberi keterangan sudah semestinya akan ada ketidakseragaman (irregularities) kerana tidak ada saksi yang akan memberi keterangan 100% sempurna, kerana faktor daya ingatan dan tempoh masa peristiwa 10 tahun lepas dan sebagainya. 


Jadi dalam kes ini, anda hanya perlu fikirkan apakah percanggahan seperti ini material (signifikan)? Kerana kesemua saksi ini, mereka adalah saksi-saksi yang sangat kuat ya. Bekas Menteri Luar Negeri, Bekas Menteri Agama yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji, DSN sendiri dan juga Duta Malaysia yang merupakan saksi bebas sepenuhnya. Dan mereka semua mengatakan pertemuan ini benar-benar berlaku. 


Dan lebih utama lagi, selepas pertemuan itu, ketika mereka berjalan meninggalkan Raja Abdullah dan menuju ke kereta mereka, DSN telah bertanya kepada 2 orang Menteri ini, “Apakah betul apa yang saya dengar tadi bahawa Baginda mahu saya buka akaun peribadi untuk menerima bantuan kewangan?” 

Dan kedua menteri tersebut mengesahkan itulah yang mereka dengar. Jamil Khir dan Anifah Aman telah sahkan. 

Duta kata beliau tidak mendengarnya kerana beliau berjalan di belakang sedikit dari mereka. 


Jadi persoalan sama ada wujud atau tidak pertemuan itu adalah sangat jelas. 

Mana mungkin kamu boleh mereka bukti berkenaan pertemuan ini yang sememangnya telah berlaku. 

Mesyuarat rasmi adalah dari 13hb -15hb, tetapi mereka kata mereka tiba lebih awal dan menghadiri pertemuan tidak rasmi. 

Anifah Aman pula kata, sememangnya ada pertemuan tidak rasmi tersebut, tetapi ia berlangsung pada 13hb. 

Jadi, peristiwa ini berlaku 10 tahun lepas, anda boleh maafkan beliau sekiranya terlupa , malah kita sendiri tak pasti siapa yang sedang memberikan tarikh yang tepat, 11hb atau 13hb. Itu saja bezanya ya. Pertemuan sebenar sememangnya berlaku. 


Seterusnya berkenaan saksi Datuk Husni Hanadzlah. 🤣

Saya tak pasti jika ada antara anda yang masuk mengikut perbicaraan, tetapi anda boleh lihat Datuk Husni adalah manusia yang sarat dengan rungutan. 

Beliau tidak berpuas hati kerana dipindahkan portfolio dari Menteri Kewangan ke 2 ke Menteri bertanggungjawab ke atas EPU. 

Beliau beranggapan ia adalah satu bentuk penurunan pangkat. Saya tidak akan beranggapan sebegitu kerana sekiranya anda hendak naik dalam hirarki politik, sememangnya anda perlu menimba pengalaman dalam pelbagai portfolio. Tidak sepatutnya Husni berfikiran sebegitu. Tetapi beliau fikir, Menteri Kewangan ke 2 adalah merupakan jawatan selayaknya buat dirinya. Beliau akui bahawa beliau merasakan ia adalah merupakan tindakan turun pangkat, dan dengan kemarahan itu, beliau hadir ke mahkamah memberi keterangan. 


Dan Husni kata, saya telah pergi bertemu DSN, saya menawarkan bantuan untuk pergi ke Switzerland dan mengesahkan wang yang telah dihantar ke Zurich. 

Ketika Husni menawarkan ini, keseluruhan ahli lembaga SRC, jika anda masih ingat, TS Ismee telah berkata bahawa beliau telah bawa keseluruhan ahli lembaga SRC, kami pergi ke Bank di Switzerland dan kami sahkan bahawa wang tersebut ada di sana. Anda ingat bukan ada 2 billion yang dihantar ke Switzerland dan 2 billion lagi dihantar ke Hong Kong, kami telah ke Switzerland dan wang itu disahkan masih ada di sana dan pihak bank telah memberikan jaminan kepada kami. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh TS Ismee. 


Saya mahu anda fikirkan ini, ketika perbicaraan, Hakim Nazlan telah bertanya kepada Tommy Thomas, “Apa yang susah sangat dah sahkan benda ni? Boleh kah kamu pastikan jika wang masih di sana? Kerana saksi-saksi kata wang ada di sana.” 


Dan Tommy Thomas sebagai seorang Peguam Negara boleh tanpa malu menjawab, “Saya perlu periksa tentang ini.” 

Ini berlaku ketika Tommy Thomas sudah memulakan pendakwaan kes ini. 

Bagaimana mungkin pendakwaraya dan SPRM tidak memeriksa perkara ini yakni wang kurang sedikit dari 2 billion yang berada di Zurich. Saya fikir ini adalah satu lagi perkara yang disembunyikan oleh pendakwaraya atau SPRM dari kami. Kerana sekiranya wang itu masih berada di sana seperti yang kami fikirkan dan keseluruhan ahli lembaga SRC mengatakan sedemikian, jadi di manakah elemen wang telah hilang (separuh dari 4 billion) seperti yang didakwa. 2 billion lagi ada di Hong Kong di bank Julius Baer dan Falcon Bank. Tidak ada bukti yang diberikan oleh pendakwaraya tentang semua ini. 


Kami tak boleh siasat....DSN tak boleh siasat kerana beliau bukan di dalam SRC. 

Tetapi siasatan telah dilakukan oleh SPRM dan pendakwaraya boleh menuntut, “Bolehkah kamu siasat apa telah terjadi kepada wang di Julius Baer, Falcon Bank dan lebih utama lagi bank di Switzerland yang menurut saksi, pihak bank telah sahkan wang masih di sana. 


Tidakkah anda fikir bukti ini adalah kritikal? 

Mengapa ia kritikal? Anda ingat tak yang wang tersebut 2 billion + 2 billion masuk dan keluar dari akaun SRC pada hari yang sama. Ia masuk ke akaun bank-bank tadi. Dan disitulah kita berhujah apakah RM 42 juta itu berasal dari RM 4 billion. Jawapannya adalah jelas TIDAK. Jadi bagi memastikan kelompongan kes ini ditutup, sepatutnya pendakwaraya telah siasat dan beritahu semua di mahkamah. Bahawa wang yang dihantar di Switzerland masih ada dan inilah akaunnya, dan wang yang dihantar ke Hong Kong juga masih ada dan inilah akaunnya. Ia tidak hilang. 

Sekiranya ia telah hilang, maka lebih-lebih lagilah pendakwaraya telah mencanang bukti ini! Mengapa? Kerana ia pasti akan lebih menghentam DSN lebih dahsyat lagi. 

Jadi kami tertanya-tanya mengapa mereka tidak memberikan bukti-bukti ini. Dan saya syak mereka tidak berikan bukti ini kerana wang tersebut (hampir kesemua dari 4 billion itu) masih selamat di ketiga-tiga bank tersebut! 


Mengapa ia dibekukan? Sebagai seorang Peguam Negara, Tommy Thomas sepatutnya dengan mudah boleh meyakinkan bank-bank ini terutamanya Bank di Switzerland. Kerana wang ini adalah dari SRC dan KWAP. Mengapa anda bekukan wang ini? Tak kisah apa yang berlaku di pertengahan berkenaan RM 42 juta itu, kita bercakap tentang wang SRC. Mengapa pula anda bekukan wang saya? Sebagai seorang Peguam Negara beliau boleh katakan begitu kepada pihak berkuasa Switzerland. Anda perlu nyahbekukan wang tersebut dan hantar semula kepada kami! 

Beliau boleh pergi ke Hong Kong dan bersemuka dengan Falcon Bank dan Julius Baer dengan cara yang sama seperti yang boleh dilakukan ke atas Switzerland tadi. 

Tidak ada satu dari perkara ini telah berlaku! 


Jadi Husni datang setelah kesemua perkara ini telah berlaku, anda boleh lihatlah personaliti Husni ini (dengan segala hormatnya kepada beliau), orang Melayu akan menggelarnya lembap dan lembik. 🤣

Beliau cadangkan agar beliau pergi ke Switzerland. 

Dalam konteks apa yang telah berlaku pada ketika itu, adakah anda rasa jawapan DSN kepada Husni bahawa kamu tak perlu pergi itu sebagai jawapan yang tak munasabah? 

Husni telah berjoget di mahkamah berkenaan perkara ini, akibat kemarahan kerana telah dipindahkan portfolio oleh DSN, beliau datang ke mahkamah dan beritahu bahawa DSN telah menghalang beliau dari mengetahui berkenaan wang ini. 

Jadi jika anda tafsirkan berdasarkan konteks yang saya jelaskan tadi, ia bukanlah satu kenyataan yang benar. 

Itulah dia berkenaan isu Husni. 


Sekarang, kita beralih pula kepada cerita/isu berkaitan alih tiang gol atau tendang gol sendiri? Kamilah sebenarnya yang telah memberikan tekanan ke atas pendakwaraya dan SPRM kerana kami mendapat tahu terdapat mesej-mesej Blackberry (BBM) yang dimiliki dan disimpan oleh Bank Negara Malaysia. Dan Bank Negara (pegawai yang disoal siasat oleh saya, namanya Farhan) beritahu, “saya telah rekodkan, saya download ke dalam sebuat CD dan saya telah serahkannya kepada SPRM.” Begitulah kami mendapat tahu tentangnya. Pendakwaraya tidak selesa dengan bukti yang sedang keluar ini kerana mereka sedang menyembunyikannya. Jadi kami minta supaya mesej-mesej BBM itu diserahkan kepada kami. Mereka menentang dan saya rasa kami berbahas selama 4 hari berkenaan perkara ini dan akhirnya kami dapat. Kami memberi tekanan ke atas hakim dan hakim akhirnya mengarahkan supaya bukti Ini diserahkan kepada kami. Ia mengambil masa lebih dari 1 bulan buat pendakwaan untuk menyerahkan bukti BBM ini kepada kami! Saya tak tahu apa yang mereka lakukan dengannya, tetapi dari apa-apa yang kami dapat dari mereka, kami tahu mengapa mereka tidak mahu menyerahkan kepada kami sedari awal lagi. Kerana ia menunjukkan dengan jelas bahawa Nik Faisal tidak berkomunikasi dengan pihak bank! Nik Faisal adalah satu-satunya orang yang dibenarkan untuk menjadi wakil (mereka ini digelar pemegang mandat) untuk berurusan dengan bank. Bank tidak berurusan dengan Nik Faisal dan Nik Faisal juga tidak berkomunikasi dengan pihak bank. 


Dan semasa kami soal balas pihak bank, kami beritahu, “Eh! Kamu tidak berkomunikasi dengan Nik Faisal, sebaliknya kamu berkomunikasi dengan watak yang kamu gelar sebagai Boss, Brader dan kawan kita. 

Dan kami tanya beliau, siapakah orang ini? 

Akhirnya, Joanna Yu sahkan bahawa ia adalah Jho Low. Jadi kes pembelaan kami menjadi jauh lebih bagus, kerana kami telah katakan bahawa DSN tidak pernah berkomunikasi dengan pihak bank sama ada atas kapasiti diri beliau sendiri atau melalui Nik Faisal. 


Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini saya ingin bercakap dengan bank saya....katalah saya ada dalam RM 3 juta dalam akaun saya. 

Saya rapat dengan bank saya dan saya beritahu saya ingin melakukan pemindahan wang. Tahukah anda, sekiranya anda call bank anda berkenaan akaun, perbualan anda akan secara automatik direkodkan. Dan amalan ini telah berlaku sejak 20 tahun lepas. 

Semua orang tahu akannya. 


Jadi sekiranya DSN ada membuat panggilan, ia pasti telah direkodkan. Sama ada melalui BBM atau sistem utama (ia pasti telah direkodkan). 


Tetapi dalam kes Jho Low ini, dia tidak direkodkan langsung dalam sistem utama. Ini bukan sistem bank. Anda percaya atau tak...kesemua phone Blackberry ini telah diberikan oleh Jho Low kepada pegawai-pegawai bank ini. Diberikan percuma kepada mereka, seperti hadiah gitu. Diberi kepada mereka, pakailah...tetapi anda hanya berkomunikasi dengan saya dengan hanya menggunakan Blackberry ini. Jangan kamu call saya menggunakan telefon rasmi atau sistem komunikasi bank. Inilah arahan Jho Low ke atas pegawai-pegawai bank ini. 


Jadi anda fikirkan berkenaan ini, kalau segalanya lurus bekenaan Jho Low dan Ambank, mengapa mereka lakukan komunikasi rahsia menggunakan Blackberry? 


Kami agak berterima kasih kepada Bank Negara, kerana mereka telah melakukan serbuan secara tiba-tiba dan begitulah caranya mereka menemui telefon-telefon Blackberry ini yang diasingkan oleh individu-individu ini termasuk Joanna Yu. Ia telah dirampas dan dari informasi dalam Blackberry tersebutlah Bank Negara terkejut bahawa komunikasi adalah rahsia bukan saja berkenaan pemindahan wang, tetapi juga terdapat masa-masanya mereka mengatakan ‘jangan berkomunikasi dengan DSN.’ 


Anda ingat bukan, pada satu ketika mereka (Ambank) telah tersilap menghantar penyata kad kredit ke Jabatan Perdana Menteri. 

Salah seorang pegawai PMO (kadang kala Tuhan membantu kita dengan cara misteri) telah melihatnya dan pergi bertemu DSN dan DSN arahkan supaya pegawai itu siasat apa sebenarnya perkara itu. Jadi pegawai itu telah call Bank dan Bank mendapat tahu bahawa DSN/atau seorang pegawainya sudah  tahu mengenai ini. Apa berlaku selepas itu, dalam tempoh tak sampai beberapa minit, Jho Low telah call dan memarahi Joanna Yu dan pegawai-pegawai lain sambil berkata, “Mengapa kamu berkomunikasi berkenaan perkara ini dengan Perdana Menteri?” 


Saya mahu anda fikirkan ini, mengapa Jho Low berusaha dengan begitu bersungguh, dan pihak bank pula berkerjasama dengan Jho Low bagi memastikan DSN atau Nik Faisal tidak mengetahui mengenai keadaan akaun, jumlah wang yang keluar masuk, baki dan sebagainya. Jadi ini konsisten dengan naratif DSn bahawa beliau tidak tahu. 


Buktinya ada dan pendakwaraya telah sahkan. DSN telah dengan penuh konfiden mengeluarkan cek-cek. 

Dari perspektif DSN, beliau fikir saya ada begitu banyak wang yang masuk dari Saudi, jadi beliau hanya keluarkan cek. Dan kerana itulah DSN katakan, gerak hati saya mengatakan wang dalam akaun mencukupi. Kerana terdapat berbillion di sana. 


Cek-cek tersebut (yang dikeluarkan Najib) 9-10 kali akan jadi cek tendang kerana sebenarnya wang tak cukup. DSN tak tahu. 

Boleh kah anda bayangkan seorang Perdana Menteri yang tahu tidak ada wang dalam akaunnya, mengeluarkan cek? Bagi kepada UMNO, bagi kepada semua? Adakah beliau akan lakukannya? Tindakan ini telah menggambarkan keadaan pemikiran beliau pada ketika itu yang tidak tahu bekenaan keadaan akaun beliau. Dan kerana itulah DSN mengeluarkan cek-cek ini. 

Dan siapa yang lari ke hulu hilir bagi memastikan wang ada? Ia adalah Jho Low dan pegawai-pegawai bank. 

Malah ada satu ketika Joanna Yu memasukkan wang peribadinya sendiri bagi memastikan cek tidak ditendang. Mengapa mereka lakukan semua ini? Melainkan ada konspirasi antara pegawai-pegawai bank dan Jho Low dan gerombolannya. 


Dan pengurusan tertinggi SRC...saya tidak bercakap tentang pengarah-pengarah SRC ya. Kena  para pengarah telah berpura-pura lakon bodoh, bodoh mutlak, duduk di sana tapi mereka kata mereka tak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka tak tahu wang masuk, mereka tak tahu wang berbillion keluar, mereka tidak tahu pun adanya akaun rahsia SRC. Mereka tak tahu bahawa pernah ada akaun rahsia itu. Jadi pengurusan tertinggi SRC telah main kayu tiga, berkomunikasi dengan Joanna dan lain-lain di bank. 


Seterusnya, kami juga telah menyentuh berkenaan...saksi pendakwaan yang paling kritikal. Saksi paling kritikal mereka adalah Datuk Suboh.  Jika kita keluarkan Datuk Suboh dari kes ini, kes pendakwaan musnah. 

Mengapa? Kerana Datuk Suboh adalah satu-satunya saksi hidup yang mereka datangkan untuk berkata (pada satu ketika sebelum mengubahnya kemudian), bahawa beliau menandatangani tiga arahan pemindahan wang berkaitan RM 42 juta itu. 


Beliau beri 5 keterangan kepada SPRM. Kita tak tahu ini. Sehinggalah kami soal balas. Barulah beliau mengaku telah merakam 5 keterangan kepada SPRM. Dan saya katakan saya mahu tarikh-tarikh keterangan ini dirakam. Dan mereka beri tarikh-tarikhnya. Ada beberapa tarikh sebelum PRU ke 14, ada pula tarikh betul-betul selepas PRU ke 14. Dan ada tarikhnya pada ketika beliau diberi tekanan oleh SPRM untuk pulang. Anda ingat bukan Datuk Suboh ini lari ke Bangkok, kemudian ke Indonesia dan UAE. Beliau telah diburu dan akhirnya beliau pulang ke negara. 

Dan beliau sahkan, dari 5 keterangan yang dirakam tersebut, 2 darinya beliau nafikan beliau tandatangani dokumen tersebut kepada SPRM. 


Tetapi ketika beliau dipanggil memberi kesaksian di mahkamah, SPRM dan pendakwaraya telah mempersiapkan kenyataan saksi bertulis untuk beliau. Di dalam kenyataan bertulis saksi ini, seperti boleh dijangka, telah tertulis pengakuan ia adalah tandatangan beliau. Kesemua ini keluar ketika sesi soal balas. 

Jadi kami tunjukkan dokumen-dokumen itu dalam bentuk transparensi dan beliau terkejut kerana kesemua 17 tandatangan tersebut adalah 1 sebenarnya. Ia superimpose (ditindih) antara satu sama lain menjadi 1. Suboh seterusnya berkata, saya tidak akan mengatakan ini adalah tandatangan saya sekiranya saya ditunjukkan seperti ini (dengan cara pasukan pembelaan) oleh SPRM. Jadi beliau mengadu tentang cara SPRM merakam keterangan beliau. Kerana SPRM hanya menunjukkan beliau dokumen-dokumen ini secara berasingan. 


Anda ingat bukan Datuk Sitham kata, peduli apa? Cek lulus, SRC tak bising, tetapi ini adalah dalam konteks Bank bersubahat dalam satu bentuk konspirasi seperti saya baru beritahu tadi. Siapa pula di dalam SRC yang menyediakan cek-cek tersebut? Kerana sekarang saksi ini menafikan beliau tandatangan dokumen tersebut. Dan apa yang menjadikan lebih teruk buat pihak pendakwaan adalah, Datuk Sitham telah mengatakan di mahkamah, bukan saja tandatangan Suboh dipalsukan, tandatangan Nik Faisal juga telah dipalsukan kerana semua tandatangan ini telah di cut and paste. 


Pendakwaraya tiba-tiba pula berkata, tak kisah pun (kerana mereka cuba untuk ikut hujah hakim Nazlan). Anda perlu tahu bahawa hakim ini dari latar belakang perbankan. Beliau di Maybank sebelum ini dan kemudian beliau beramal di Suruhanjaya Sekuriti. Hakim kata, “Tak ada masalah pun.” Dalam asas penghakimannya, beliau kata ini tak salah. Kerana ia adalah amalan biasa kononnya. 🤦🏼‍♂️


Anda cuba hantarkan cek anda ke bank anda sendiri, walau hanya bernilai sekecil RM 1K, sekiranya tandatangan anda tidak sepadan, atau anda kata bolehkah saya hantar dalam bentuk cek, melainkan anda urus dengan teratur bersama bank, mereka tidak akan menurut. 


Arrangement dengan bank adalah begini; 

Saya akan menghantar dokumen yang tah discan kepada anda dalam bentuk email. 

Dan saya akan susul dalam tempoh 48 jam dokumen asal dalam bentuk hardcopy. 


Hujah Datuk Sitham akan menjadi bagus sekiranya dokumen scan yang dihantar dan dokumen hardcopy yang menyusul kemudian adalah sepadan/seiras. Dari 17 dokumen itu, hanya 6 saja yang disusul dengan harcopy dalam kes ini. Apabila kami dapatkan hardcopy dokumen ini dan kami bandingkan dengan scan copies dokumen, yang sepatutnya adalah identikal, tetapi tandatangan dokumen hardcopy adalah berlainan dari scan copies yang dihantar mereka. 


Dokumen yang discan adalah tandatangan Datuk Suboh yang telah dicut and paste. Tetapi apabila bank kata mereka mahu hardcopy dokumen tersebut, mereka terpaksa untuk memalsukan tandatangan Datuk Suboh secara manual di atas dokumen hardcopy. 

Apabila saya tunjukkan dokumen hardcopy ini kepada Datuk Suboh, serta merta beliau katakan ia bukan tandatangan beliau. Kesemua 7 dokumen hardcopy itu beliau nafikan adalah tandatangan beliau. 

Jadi secara jelas, pendakwaan gagal untuk membuktikan siapa yang memulakan pergerakan wang RM 42 juta ini. Siapa yang gerakkan pemindahan wang RM 42 juta ini dari SRC? Sekiranya anda tidak dapat buktikan ini, bagaimana pula anda boleh membuat kesimpulan, DSN adalah orangnya, yang menjadi agen SRC dan mempunyai kuasa shadow director (pengarah bayangan), beliau mempengaruhi semua orang, dan beliaulah orangnya yang menjadi punca wang tersebut dipindahkan ke akaun beliau. Mana buktinya ni? Kerana mereka memanggil Datuk Suboh sebagai saksi untuk tujuan ini. 


Dan Datuk Suboh telah cuba mengatakan bahawa beliau tandatangan, Nik Faisal juga tandatangan, beliau berbohong ya...kerana beliau cuba recall memori, kerana beliau fikir Nik Faisal telah tandatangan, semestinya beliau juga telah sign. Tetapi setelah kami katakan ini bukan tandatangan kamu, beliau bersetuju. Malah beliau katakan sendiri tidak ada manusia yang boleh sign kesemua 17 dokuken secara identikal seperti itu. 

Jadi sekiranya beliau beri kesaksian bahawa ia bukan tandatangan beliau, jadi apakah terjadi kepada naratif tentang siapa yang sebenarnya transfer wang ini? Jika anda tak tahu siapa transfer, siapa pula orangnya yang DSN arahkan? Kerana mereka gagal identifikasi orang ini. Ia bukan Nik Faisal dan bukan Datuk Suboh. 


Kerana itulah, isu siapa yang transfer wang 42 juta ini adalah sangat-sangat kritikal. Ia adalah asas kes pendakwaraya. Ia adalah tunjang kes mereka. Tanpanya anda mati. Kes sepatutnya runtuh secara automatik. Kerana itulah kami tegaskan tentangnya. 


Jadi anda boleh lihat dengan jelas, siapa yang alihkan tiang gol? Kerana dari satu misi untuk membuktikan transfer wang ini ditandatangani oleh kedua-dua individu ini (Nik Faisal dan Datuk Suboh)...sekarang pendakwaraya kata tak perlu pulak. 🤣

Tak peduli pun siapa sign. Wang tersebut berakhir di akaun anda. 


Saya berikan satu contoh, 

Katalah wang masuk ke akaun saya dari firma guaman saya sendiri Shafee &Co. Katalah saya ada ramai rakan kongsi. Rakan kongsi tidak meluluskannya, tetapi wang tiba-tiba masuk ke akaun saya. Sekiranya adalah mahu mendakwa saya untuk kes pecah amanah (CBT) ke atas Shafee &Co, anda perlu buktikan bahawa saya mempunyai pengetahuan bahawa wang ini masuk, dan anda perlu buktikan siapa yang menghantarnya kepada saya. Mungkin saya sendiri yang hantar kerana saya adalah prinsipal utama di Shafee &Co. Anda perlu tunjukkan semua ini. Tidak ada satu pun elemen-elemen ini ditunjukkan oleh pendakwaraya. 


Jadi mengatakan kami tendang gol sendiri adalah merepek. Kerana kami masih mempertahankan bahawa dari sebuah kes simple melibatkan RM 42 juta, Suboh dan Nik Faisal tandatangan, kini anda kata pula tidak perlu bukti mereka. Kerana saksi mereka telah dimusnahkan dengan hebat. Habis! 


Tetapi hakim Nazlan, dalam mengendalikan testimoni Suboh di mahkamah, kami terkejut! 

Pada hari Selasa nanti anda akan dengar sama ada saya mempunyai justifikasi dalam menggunakan perkataan-perkataan tertentu bagi merujuk kepada penghakiman tersebut. 

Saya mungkin terpaksa mengulang kata-kata tersebut, tetapi anda akan terkejut kerana saya akan menyatakan senarai yang disebut oleh hakim di dalam penghakimannya kerana saya tak pernah kendalikannya sebegitu. 

Memandangkan kami dicabar hari ini, saya akan mengendalikannya satu persatu dan beritahu kepada semua bagaimana hakim telah menguruskannya. 


Dalam isu Datuk Suboh, Hakim Nazlan kata Suboh adalah orang tua dan beliau pernah kena stroke dan oleh itu mungkin Suboh terlupa. 🤣

Tapi apa yang kamu merepek dengan kata dia terlupa? Suboh telah katakan itu bukan tandatangan beliau! Dan beliau kata, sekiranya SPRM telah menunjukkan kepada saya seperti yang ditunjukkan pasukan pembelaan, saya pasti tahu itu bukan  tandatangan saya. Beliau katakan ini! 

Jadi mengapa hakim Nazlan berkata, beliau boleh terima keterangan awal Suboh ini kerana beliau pernah kena stroke. 

Kenapa anda memberikan alasan sedangkan saksi sendiri mengatakan ini bukan tandatangan saya kerana anda baru demonstrasi kan pemalsuan ini kepada saya dan juga tandatangan di hardcopy juga bukan milik saya. Perkara itu habis di sana. Mengapa anda beri alasan untuk saksi? 


Inilah sebabnya saya membuat beberapa dakwaan lain (berkenaan hakim), dakwaan ke 2 dan saya akan pergi ke dakwaan no 3 nanti di mahkamah. 


Seterusnya, berkenaan DSN membeli seutas jam tangan Chanel bagi DS Rosmah dengan menggunakan kad kredit beliau. 

99.99% wang tersebut telah digunakan untuk tujuan politik dan CSR. Ia tidak digunakan secara peribadi oleh DSN atau keluarga beliau. 

Kedua-dua syarikat ini adalah syarikat CSR. 

Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari adalah syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan CSR. Gandingan Mentari adalah syarikat CSR bagi SRC , Ihsan Perdana pula adalah syarikat CSR bagi 1MDB. Kerana sebab itulah Jho Low dan sekutunya di SRC telah menghalakan wang tersebut melalui 2 syarikat ini sebelum dimasukkan ke akaun DSN supaya DSN tidak akan mengesyaki dari mana sumber wang ini. 


Kerana seperti yang saya beritahu kepada anda beliau tak pernah periksa akaun beliau. Perdana Menteri tak akan ada masa untuk periksa. Saya sendiri pun tak pernah periksa akaun saya. Saya tak pernah lihat akaun saya, (anda boleh sahkan dengan anak saya di sini), saya tak pernah lihat akaun saya sudah hampir 30 tahun dan firma saya adalah kecil. Adalah mustahil saya mampu periksa. Saya bergantung sepenuhnya kepada akauntan saya. Jika akauntan saya curang, matilah saya. 


Jadi 99.99% wang tersebut digunakan oleh beliau untuk tujuan CSR dan politik. 

Jam Chanel yang dipertikaikan ini, beliau semestinya tidak ada alternatif lain, melainkan membelinya dahulu dengan menggunakan kad kredit tersebut. 

Jadi di manakah elemen mala fide (niat jahat) dalam hal ini? Dan juga, beliau belinya pada nilai beberapa ratus ribu, bagaimana anda tahu jam itu tidak dibeli dengan wang sumbangan Arab Saudi? Derma tulen Arab Saudi yang saya beritahu tadi bernilai hampir USD 700 juta? Wang yang benar-benar datang dari Kerajaan Arab Saudi. Bagaimana anda tahu ia bukan dari itu? 


Tetapi DSN mengatakan saya tak pernah gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi melainkan bagi membeli seutas jam itu, dan kesemuanya saya gunakan untuk CSR. 


Dan ini adalah satu lagi perkara menarik yang akan kami bentangkan pada hari Selasa. 

Anda tahu bukan mereka kecoh habis persoal mengapa DSN pulangkan semula wang tersebut? 


Wang berjumlah USD 620 juta beliau pulangkan semula selepas Pilihanraya tahun 2013. Beliau berikan bukti tetapi pendakwaraya memilih untuk tidak menghiraukannya. 


Beliau kata, selepas PRU ke 13, kami telah menang. Ya majoriti berkurangan tetapi kami telah menang. Raja Abdullah beri wang tersebut kepada saya supaya saya boleh kembali berkuasa kerana berlaku perkembangan global pada ketika itu di negara-negara Islam. Anda ingat bukan, tak lama selepas itu berlaku Arab Spring, munculnya golongan ekstremis Muslim di Indonesia, Filipina dan juga Thailand. Dan baginda kata Malaysia adalah satu-satunya negara yang ekstremis  Islam belum menunjukkan wajah hodoh mereka. Dan baginda bertitah, sumbangan ini adalah untuk kamu kembali berkuasa. Ia bukan kerana baginda sayang Najib. Ia adalah kerana kebetulan Najib memimpin negara pada ketika itu. Jika Muhyiddin memimpin negara pada ketika itu dan beliau bertemu dengan Raja Saudi, sumbangan itu akan diberi kepada Muhyiddin bagi memastikan negara Malaysia kekal sebagai negara Islam yang moderate. 


Jadi DSN kata, saya terima wang tersebut. Saya gunakan hampir RM 300 juta untuk kegunaan PRU, dan kemudian saya dapat tahu, 2.6 billion masih terdapat di dalam akaun saya. Tahukah anda bagaimana ia jadi 2.6 billion? Ketika mereka (Saudi) kirim wang tersebut, ia bernilai USD 685 juta yang mengikut tukaran wang asing ketika itu adalah bernilai RM 2.6 billion. Tetapi ketika dipulangkan semula oleh DSN bakinya USD 620 juta, tukaran wang asing pada ketika itu  (Ringgit jatuh) menyebabkan jumlahnya kekal RM 2.6 billion sungguhpun beliau telah gunakan RM 300 juta. 

Soalannya kini adalah, kenapa kamu pulangkan semula? Dan kenapa kamu tak pulangkan semula terus kepada Raja Saudi? 


Wang tersebut USD 685 juta masuk melalui akaun di Singapura yang mana DSN tidak akan tahu dari mana datangnya wang ini. 

DSN menganggap bahawa, Arab Saudi menderma wang tetapi tidak mahu mereka dikaitkan dengannya. Ia bertepatan dengan konsep Islam, tangan kanan memberi tapi tangan kiri tidak tahu.  Jadi DSN beranggapan, tak mengapa....kita jangkakan sumbangan USD 1 billion dari Arab, dan memang betul-betul nilai menghampiri USD 1 billion tiba (bernilai RM 2.6 billion) pada ketika itu. Jadi mengapa pula DSN perlu mengesyaki sesuatu? Itulah jawapannya. 


Di mana beliau pulangkan semula? Beliau pulangkan kepada akaun-akaun pengirim wang tersebut (return to sender). 

Kerana beliau tak tahu siapa di belakang akaun tersebut. 

Beliau arahkan bank (ini menarik ya), beliau beritahu bank, tolong pulangkan semula wang yang saya terima ini (wang derma Arab ini) kembali ke akaun asal yang mengirimkan wang tersebut. Kerana saya tidak perlu menggunakannya lagi memandangkan pilihanraya telah selesai. Itulah testimoni Najib. Jadi beliau ada memberikan sebab. Tak ada yang merepek mengenainya. 

Kononnya mengapa kamu ambil wang dari Raja tapi kamu hantar ke Singapura. Ia adalah kerana wang tersebut masuk dari Singapura. 

Ada yang datang dari Riyadh, ada yang masuk melalui Singapore dan ada juga yang mungkin dari negara lain. 


Tetapi jumlah terbesar USD 685 juta tiba dari akaun Singapura, beliau tidak tahu siapakah pemegang akaun tersebut. Jadi beliau pulangkan baki wang tersebut selepas PRU kerana beliau kata saya rasa tidak selesa begitu banyak wang berada di dalam akaun peribadi saya. Jadi itu membawa kita ke persoalan lain yang menarik...sekiranya DSN adalah merupakan seorang penipu, sekiranya beliau seorang pencuri, wang telahpun masuk ke akaun beliau, kenapa pula kena pulangkan balik? Anda sudah memperolehinya, apatah lagi anda seorang PM. Seperti kata Tommy Thomas, Najib terselamat sebelum ini kerana dia adalah PM yang maha berkuasa. Jadi sekiranya dia begitu berkuasa, dia telah bawa masuk wang sebanyak itu, ‘kamu curi dari SRC’, kenapa pula pulangkan semula? 

Ok? Anda ada soalan? Saya rasa saya dah cover hampir semua. 


Wartawan: Apa pandangan anda tentang perbicaraan di mahkamah rayuan setakat ini? 


TSSA: Saya rasa para hakim sangat berminat. 

Mereka sangat terganggu dengan kandungan Seksyen 23 iaitu berkaitan salah guna kuasa. Mereka juga sangat terganggu dengan kandungan kes berkaitan Seksyen 409, pertuduhan pecah amanah. Pertuduhan AMLA itu adalah consequential (tuduhan berakibat). Jika anda menang dalam 2 set pertuduhan ini (pecah amanah dan salah guna kuasa), AMLA akan gugur secara automatik. Terdapat banyak soalan yang ditanya. Dalam hal melibatkan pecah amanah misalannya, para hakim sangat memandang berat berkenaan penemuan konsep Shadow Director oleh Hakim Nazlan. Kamu akan dengar ini bermula Selasa depan. Malah kamu akan agak terkejut mendengar apa yang kami akan perkatakan, kerana kami baru dapat tahu begitu banyak perkara karut di dalam penghakiman Hakim Nazlan (dengan segala kehormatan diberi kepada beliau). Malah secara perundangan ia adalah tidak berasas langsung. Ada soalan lain? 


Wartawan: Adakah anda yakin rayuan ini akan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan? 


TSSA: Kami sentiasa yakin. Malah di peringkat Mahkamah Tinggi lagi sepatutnya DSN tak diperintah bela diri pun. Itulah situasi kami pada setiap masa. Ketika diperintah bela diri, saya terkejut, akan tetapi saya bersangka baik, mungkin hakim mahu playsafe. Tetapi situasi telah berubah sekarang, dan saya masih konfiden seperti mananya saya konfiden di Mahkamah Tinggi dulu. Tapi kita tengoklah nanti. 

Ok? Ada apa-apa lagi? Itu saja? 

Terima kasih. 


Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie IV untuk semua. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...