Khamis, 17 Oktober 2013

UMNO Perlukan Kepimpinan Ultras...



Kepimpinan Ultras didalam UMNO amatlah penting , UMNO wajib kembali kepada fitrah nya sebagaimana niat dan tindakan pejuang-pejuang terdahulu. nama-nama seperti Tun Abdul Razak , Datuk Harun Idris , Tun Mahathir sebahagian para pejuang Ultras yang banyak memberi jasa dan semangat kepada orang-orang Melayu dalam memastikan perjuangan Agama dan Bangsa terus subur dan kekal sebagai agenda UMNO.

Kini UMNO berdepan dengan ancaman Liberalisma yang sudah menunjukan taringnya , oleh itu pemilihan VP dan MT mestilah memastikan calon-calon Ultras menjadi pilihan kerana para penyokong UMNO yang memberi kepercayaan kepada UMNO pada PRU13 memerhati perjalanan Pemilihan Agung UMNO dan mengikuti perkembangan hala tuju UMNO , seandainya kita menghidangkan kekecewaan buat mereka , maka nasib UMNO dikhuathiri akan lebur pada PRU14. kerana para penyokong UMNO hilang kepercayaan kepada UMNO

oleh itu para perwakilan buatlah pilihan yang bijak dan elakan keputusan yang dibuat ditentukan oleh orang lain, Nasib Agama dan Bangsa di tangan anda, lakukan dengan penuh penghormatan sebagai sebahagian dari para Pejuang Agama dan Bangsa.

#DAR4MT06
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...