Khamis, 18 Mei 2017

Inflasi Di Venezuela, Telur Sampai RM650 Untuk Sedozen!





(harga ini diambil dari laporan CNN August 2016 Venezuela: Where flour, pasta and milk can cost a month’s pay)
Ini merupakan antara harga barangan asas yang dijual dipasaran gelap (black market) di Venezuela. Venezuela telah berhadapan dengan inflasi (bahasa mudah, kenaikan harga barang) sebanyak 800% rekod untuk tahun 2016 iaitu paling tinggi pernah dicatat oleh sebuah Negara dan dijangka meningkat sehingga 2200% pada 2017 mengikut laporanVox May 2016 “How Venezuela’s socialist dream collapsed into a nightmare”. Bunyi macam fiksyen tetapi ini adalah realiti yang terpaksa di telan oleh rakyat Venezuela.


Suasana penjualan barangan asas di kaki lima (pasaran gelap) seperti telur, susu dan sabun. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.
Ianya bermula apabila Hugo Chaves dipilih oleh rakyat Venezuela untuk memegang takhta sebagai Presiden Venezuela pada 1998. Beliau telah mencetuskan “Bolivarian Revolution” iaitu dasar sosialis dimana salah satu dasar yang beliau perkenalkan adalah dengan mengawal harga barangan supaya ia tidak membebankan rakyat bawahan. Terdapat 6000 barangan berupa makanan, barangan asas dan juga ubat-ubatan telah dikenakan kawalan harga dan tindakan akan diambil jika pekedai atau syarikat didapati menaikkan harga barang dan tidak mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan.
Menarikkan? Mana tak menariknya apabila tiada kenaikan harga langsung! Pada masa itu beliau diangkat sebagai hero oleh rakyat beliau. Dirai dan dijulang setinggi tingginya.Tapi pernahkah kita fikir kesannya pada jangka masa panjang? Mari kita dalami dan buat penilaian.
Hasil daripada dasar kawalan harga yang dibuat, margin keuntungan pengeluar atau syarikat pembekal menjadi kecil dan secara perlahan mereka ini mula mengecilkan jumlah pengeluaran dan menukar bidang perniagaan kerana margin keuntungan yang kecil. Ini telah menyebabkan pembekalan barangan asas menjadi kurang dimana permintaannya masih lagi tinggi. Dengan permintaan yang tinggi makapasaran gelap telah muncul sebagai salah satu alternative untuk mendapatkan barangan asas dimana kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap harga barangan yang dijual dan harganya? Nauzubillah, nak beli telur dah macam nak beli telefon pintar Samsung Galaxy J5.




Atas: Rak yang kosong yang sepatutnya menjual tisu toilet, tuala wanita dan juga sabun
Bawah: Keadaan diluar pasaraya tempatan yang penuh dengan penduduk yang beratur untuk mendapatkan barangan asas. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.
Rakyat Venezuela juga mempunyai pilihan untuk membeli dipasaraya2 besar dan juga pasaraya milik kerajaan yang harganya dikawal tetapi mereka perlu beratur panjang seharian semata-mata ingin mendapatkan tisu tandas atau tuala wanita dan itu pun kalau stoknya mencukupi untuk semua. Dia punya beratur dah macam ada rusuhan. Dah beli satu hal, nak balik pun kena berhati-hati supaya tidak dirompak.
Ini tak bercakap tentang kadar kematian lagi akibat dari kekurangan ubat ubatan dan juga kegagalan hospital untuk berfungsi. Sedih! Tetapi inilah realiti kehidupan rakyat disebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dimana harga minyaknya adalah yang paling rendah didunia dan mereka juga tidak terbeban dengan kenaikan harga barang tetapi akhirnya terpaksa mengemis dan bergolok gadai untuk membeli sedozen telur atau pun segulung tisu tandas. Selamat menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...