Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai
akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik
di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam
Isnin.
Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan
RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang,
kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada
Selasa.
Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan
mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.
Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon
Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz
Yusoff.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis.
- MStar
Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah