Sebuah
rakaman video ceramah Hadi Awang pada 21 April 2013 yang bertempat di Kampung
Tebakang, Alor Limbat telah ‘meletup’ di youtube dan menggegarkan
penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Dalam ceramah tersebut, Hadi Awang cuba
menjelaskan kepada hadirin tentang kenapa terjadinya pertindihan kerusi dengan
PKR di beberapa tempat.
Menurut
Hadi, pertindihan berlaku kerana ingin menyelamatkan PR contohnya, di Johor di
mana calon PKR lambat menyerahkan borang dan PAS perlu bertindak menyerahkan
borang terlebih dahulu agar BN tidak menang tanpa bertanding. Pertindihan juga berlaku kerana mengambil
langkah berjaga-jaga agar tidak menerima nasib yang sama seperti di negeri
Perak di mana PAS memerintah sekejap sahaja.
Selain
itu, PAS juga perlu menyelamatkan PR dari calon-calon PKR yang tangkap muat dan
‘tidak selamat’.
Beliau
menjelaskan bahawa antara sebab calon-calon PKR tersebut dianggap tidak selamat
ialah kerana dikenalpasti sebagai ‘penjual pil kuda’. Ini tentulah tidak boleh
diterima oleh PAS. Lebih dahsyat lagi,
menurut Hadi, pertindihan juga berlaku kerana ada calon parti sekutu yang
menjulang tokoh komunis seperti ‘Lenin, Stalin dan Karl Marx’ sehinggakan
gambar-gambar pemimpin tersebut digantung di dalam markas parti.
Pastinya,
calon yang dirujuk oleh Hadi ialah Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis
Malaysia (PSM) yang bakal bertanding di Kota Damansara.
Hadi
kemudiannya secara lantang dan terbuka merujuk kepada PSM sebagai ‘syaitan’
Pendirian
Hadi terhadap komunis jelas bertentangan dengan Timbalannya, iaitu Mat Sabu
yang tegar berjuang bersama DAP untuk menjulang komunis sebagai wira
kemerdekaan negara ini. Tatkala isu
tersebut hangat diperkatakan, penyokong-penyokong PAS sendiri berdiri teguh di
belakang Mat Sabu dan Hadi tidak pula menghalang mereka.
Namun,
tidak semena-mena, hari ini Hadi merujuk kepada komunis sebagai syaitan pula
dan secara terang-terangan memberitahu hadirin bahawa PAS tidak boleh
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada calon PKR juga.
Tindakan
Hadi bukan sahaja membuktikan bahawa persahabatan PAS tidak pernah ikhlas
tetapi juga membuktikan bahawa Hadi langsung tidak menghormati Ketua
Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim.
Sedangkan, sewajarnya Hadi membawa perkara itu kepada Anwar terlebih
dahulu dan keputusan muktamad dicapai bersama.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa hierarki kepimpinan antara Anwar dan
Hadi adalah kabur sama sekali.
Jika
Hadi tidak bercakap atas kapasiti PAS, maka Hadi sebagai seorang individu
pastinya seorang yang tidak layak dijadikan kawan kerana beliau seorang yang
khianat dan penuh prasangka terhadap sahabat sendiri. Bayangkan, Hadi sanggup bertindak memburukkan
sahabatnya di hadapan orang ramai tetapi bermuka-muka ingin terus bersahabat
dengan orang yang sama.
Apa
yang Hadi tidak sedar ialah, beliau sebenarnya hanya meniti pendirian partinya
sendiri iaitu ‘sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun, demi untuk
menjatuhkan UMNO’.
Maka,
hari ini, Allah SWT telah meletakkan syaitan itu di hadapan Hadi dan Hadi konon
baru saja mengenalinya. Sedangkan,
selama ini Hadi telah pun bekerjasama dengan syaitan yang sama, sama-sama
mengatur strategi, sama-sama menggaru belakang masing-masing dan mempertahankan
sesama sendiri bila diserang UMNO/BN.
Malah,
Hadi juga bersedia berkongsi kuasa dengan syaitan tersebut dengan terus
bekerjasama atas nama satu pakatan sekiranya berjaya memenangi
pilihanraya.
Namun,
bila si syaitan ingin bertanding menjadi calon, Hadi tak benarkan pula.
Jika
Hadi mengambil sedikit masa untuk merenung ke dalam diri sendiri mungkin Hadi
akan memahami bahawa, ‘hanya syaitan yang sanggup bekerjasama dengan
syaitan’.
Dan
sesungguhnya, hanya syaitan yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan
perpecahan ummah berterusan serta kerajaan pimpinan Islam dijatuhkan.