Khamis, 24 Januari 2013

Kelantan Temui Telaga Minyak - Husam Musa



Terkejut beruk semua Rakyat Kelantan apabila Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Husam Musa, mengesahkan penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu. Kata Husam Musa, antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab minyak itu adalah di Kota Bharu dan Tumpat.

“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan
Tumpat,” ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Sumber – Harakahdaily)

Exco Kelantan sekali lagi buat sensasi. Kali ini dakwaan bahawa terdapat minyak di bawah bandar Kota Bharu dan Tumpat. di dataran pula tu. Sebenarnya ini gossip lama yang di beri nafas baru menjelang pilihanraya umum. Tetapi setelah gagal dengan minyak depu dan minyak jaraknya Husam Musa bergantung nasib pula kepada gossip baru yang memang dia sendiri akui bersandarkan kepada khabar angin.

Tidakkah menjadi satu kebetulan dan idea Mat Jenin kepada Husam Musa apabila beberapa hari lepas Petronas mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di laut Sarawak, penemuan minyak dan gas, pertama di laut Malaysia selepas 24 tahun?

Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak. Petronas berkata telaga Adong Kecil West-1, terletak kira-kira 20km di timur laut pekan Miri, digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, operator bagi Blok SK333, bersama-sama rakan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.

Telaga minyak sebelum-sebelum ini di Malaysia dijumpai di beberapa puluh batu nautika daripada persisiran pantai. Tiba-tiba seorang yang tiada latar belakang pendidikan maupun pengalaman dalam bidang petrokimia telah mengatakan bahawa minyak telah dijumpai di DATARAN di Kota Bharu dan Tumpat.

Saya juga tertanya-tanya, agak-agaknya di mana kedudukan minyak tersebut? Mungkin di bawah Pasar Siti Khadijah?

Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi “gelabah biawak”.

Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik.

Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat

Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti
Projek Kambing Janpari, Projek Koridor Depu Kelantan, Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, pasir Putih, Projek Lebuhraya Percuma, Projek Keretapi Laju dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan sebagainya atau sekadar BATU ASAS?

Negeri Batu Asas,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...