Sabtu, 29 April 2017

Cukai GST harus, kata Mufti Kelantan



KOTA BHARU - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengikut syarak yang ditetapkan dan hukumnya harus.

 
"Cukai berkenaan menggantikan cukai  Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini dan merupakan percukaian  yang diperkemaskan untuk memperbaiki sistem cukai di negara kita.

 
"Pelaksanaan ini adalah untuk mewujudkan keadilan sosial dan bukannya membebankan rakyat," katanya ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Lundang, hari ini.

 
Mohamad Shukri berkata, apa yang penting pelaksana (Kerajaan) perlulah memberi pemahaman yang betul kepada rakyat supaya tidak terkeliru.
 
Justeru itu, beliau juga turut menasihatkan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati tanpa mengikut syarat dalam pelaksanaan GST.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...