Halaman
- Laman utama
- Bajet Jabatan Perdana Menteri
- Isu Semasa - ALTANTUYA
- Isu Semasa - Rosmah Mansor
- ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
- PERMATA
- Isu Semasa - LYNAS
- Isu Semasa - PTPTN
- Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
- Derma RM2.6b
- Kronologi Derma RM2.6B
- Forest City JB
- PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
- Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
- Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
- Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH..
- SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
- Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah
Sabtu, 18 Ogos 2012
Freemason: Pembela mahu Anwar jelaskan
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) hari ini turut menyuarakan desakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan dengan terperinci berhubung kaitan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Desakan itu dibuat setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar mengenai perkara itu menuntut agar beliau menjelaskan dengan lebih mendalam tentang perkara itu.
Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, ini kerana penglibatan seorang individu bernama Anwar Ibrahim dalam pertubuhan itu yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan Ketua Pembangkang adalah satu perkara yang amat serius.
"Kita menyokong desakan Perkasa yang mahu Anwar menjelaskan secara terperinci tentang perkara itu. Jika tidak benar sekalipun maka beliau perlu membuat penjelasan. Bukan hanya menjawab ringkas melalui Twitter," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini yang mahu Anwar menjelaskan dengan terperinci mengenai bagaimana seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim terlibat dalam Freemason selepas laman web gerakan itu Civil Service Lodge No. 148 mendedahkan beberapa jawatan yang disandang individu tersebut sejak 2004 hingga 2011.
"Mereka ini mempunyai rancangan yang besar, objektif yang kuat serta sokongan kewangan dan moral yang kuat dari pihak antarabangsa jadi ini satu ancaman kepada negara terutama umat Islam," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, Anwar perlu menjelaskan perkara itu memandangkan masyarakat mahu mengetahui perkara yang sebenarnya.
"Dia hanya beritahu ia adalah fitnah tetapi tidak pula menafikan atau sebagainya jadi masyarakat tidak jelas mengenai itu. Oleh itu wajar beliau jelaskan dengan tegas tentangnya bukan dengan menggunakan bahasa ringkas sahaja," katanya. Sumber