Khamis, 28 Februari 2013

Siapa Sebenarnya Zairil Khir Johari...???



Ingatkan anak Khir Johari. Rupanya bukan. Hanya anak tiri. Ingatkan orang Melayu. Rupanya bukan juga. Oleh itu siapa sebenarnya Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Guan Eng untuk mewakili orang Melayu ini? Betulkah dia itu keturunan Melayu?

Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim. Dia adalah anak kepada Horward Lim (seorang warga Singapura) dan Christine Lim (warga Malaysia).

Christopher Ross Lim tukar nama menjadi Zairil Khir Johari di Hawaii. Semasa menjadi anak angkat kepada Khir Johari, statusnya masih lagi bukan warganegara Malaysia sebagaimana yang tercatat dalam dokumen daftar anak angkat.

Bagi mengukuhkan dakwaan ini, Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz dalam laporan akhbar The New Straits Times, 14 Januari 2013 mendakwa Zairil bukanlah seorang Melayu tulen kerana biologi ibu bapa adalah berketurunan Cina.

“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu. Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,” beliau mendakwa, sambil menambah bahawa beliau tahu Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang telah mengambil Zairil,” lapor NST.

Zairil diberi laluan secara birokrasi untuk masuk dan duduk dalam CEC DAP. Pada pengundian awal CEC, Zairil hanya mendapat 305 undi sahaja dan berada pada kedudukan ke-39.

Dengan campur tangan tangan tangan “dalaman”, maka seorang lagi keluarga Lim berjaya ditempatkan dalam CEC dengan undi yang luar biasa. Zairil mendapat 803 undi dan berada “ngam ngam” pada tangga ke-20 CEC. Kalau “ngam ngam” berada pada tangga ke-20, ini berada memang sudah pasti ada penipuan dilakukan terhadap kertas kertas undi DAP. Kenapa tidak berada pada tangga ke-21 atau ke-22?

Vincent Wu yang berada pada kedudukan ke-5 dengan 1,202 undi terus hilang 669 undi dan terkeluar terus dari senarai 20. Beza 533 undi buat Vincent Wu dan beza 498 undi untuk membolehkan Zairil masuk dalam CEC.

Kalau satu dua undi tersalah mungkin perkara biasa. Ini ratusan undi yang salah kira biarpun sudah dicat pada tangan pengundi. Apa guna cat jika ada tangan tangan dalaman yang tidak pun dicat mengatur semula keputusan pengundian. Apakah ini yang dipanggil sebagai demokrasi?

Jadi apakah layak Zairil ini mewakili orang Melayu? Mengapa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mahu sangat kepada Zairil sehingga membuat perubahan mendadak dalam undi CEC?

Jawapannya adalah kerana Zairil ini adalah daripada keluarga Lim. Lebih tepat lagi, mungkin sekarang ini sudah menjadi adik angkat kepada Lim Guan Eng.  Adik angkat yang kemudiannya menjadi Setiausaha Politik pada Guan Eng. Jangan terkejut kalau suatu hari Guan Eng mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Christopher Lim ini akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tulisan:

Mat Roplah Jingga
Bayan Baru, Penang (dgn izin Gabenor Penang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...