Ahad, 3 Februari 2013

Kerajaan belanja RM350j setahun bayar elaun sara hidup nelayan



Kerajaan membelanjakan lebih RM350 juta setahun bagi membayar elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada kira-kira 55,000 nelayan di seluruh negara.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata pelbagai insentif lain dan yang terbaru insurans kemalangan diberikan untuk membela golongan itu.

"Segala bantuan ini diberi kerana kerajaan menghargai sumbangan nelayan selain menggalakkan mereka menumpu perhatian kepada profesion dan meningkatkan tangkapan untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Kebajikan nelayan akan terus dijaga dan mereka tidak akan dipinggirkan menikmati segala bantuan selagi ekonomi negara makmur," katanya sewaktu berucap menutup Program Membudaya Seni (PMS) peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan di perkampungan Kota Nelayan Kuala Kedah, dekat sini, malam tadi. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...