Ingatkan anak Khir Johari. Rupanya
bukan. Hanya anak tiri. Ingatkan orang Melayu. Rupanya bukan juga. Oleh
itu siapa sebenarnya Zairil Khir Johari yang dilantik oleh Guan Eng
untuk mewakili orang Melayu ini? Betulkah dia itu keturunan Melayu?
Nama sebenar Zairil adalah Christopher
Ross Lim. Dia adalah anak kepada Horward Lim (seorang warga Singapura)
dan Christine Lim (warga Malaysia).
Christopher Ross Lim tukar nama menjadi
Zairil Khir Johari di Hawaii. Semasa menjadi anak angkat kepada Khir
Johari, statusnya masih lagi bukan warganegara Malaysia sebagaimana yang
tercatat dalam dokumen daftar anak angkat.
Bagi mengukuhkan dakwaan ini, Bekas Naib
Presiden DAP, Tunku Aziz dalam laporan akhbar The New Straits Times, 14
Januari 2013 mendakwa Zairil bukanlah seorang Melayu tulen kerana
biologi ibu bapa adalah berketurunan Cina.
“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu.
Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,” beliau mendakwa, sambil
menambah bahawa beliau tahu Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang
telah mengambil Zairil,” lapor NST.
Zairil diberi laluan secara birokrasi
untuk masuk dan duduk dalam CEC DAP. Pada pengundian awal CEC, Zairil
hanya mendapat 305 undi sahaja dan berada pada kedudukan ke-39.
Dengan campur tangan tangan tangan
“dalaman”, maka seorang lagi keluarga Lim berjaya ditempatkan dalam CEC
dengan undi yang luar biasa. Zairil mendapat 803 undi dan berada “ngam
ngam” pada tangga ke-20 CEC. Kalau “ngam ngam” berada pada tangga ke-20,
ini berada memang sudah pasti ada penipuan dilakukan terhadap kertas
kertas undi DAP. Kenapa tidak berada pada tangga ke-21 atau ke-22?
Vincent Wu yang berada pada kedudukan
ke-5 dengan 1,202 undi terus hilang 669 undi dan terkeluar terus dari
senarai 20. Beza 533 undi buat Vincent Wu dan beza 498 undi untuk
membolehkan Zairil masuk dalam CEC.
Kalau satu dua undi tersalah mungkin
perkara biasa. Ini ratusan undi yang salah kira biarpun sudah dicat pada
tangan pengundi. Apa guna cat jika ada tangan tangan dalaman yang tidak
pun dicat mengatur semula keputusan pengundian. Apakah ini yang
dipanggil sebagai demokrasi?
Jadi apakah layak Zairil ini mewakili
orang Melayu? Mengapa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mahu sangat kepada
Zairil sehingga membuat perubahan mendadak dalam undi CEC?
Jawapannya adalah kerana Zairil ini
adalah daripada keluarga Lim. Lebih tepat lagi, mungkin sekarang ini
sudah menjadi adik angkat kepada Lim Guan Eng. Adik angkat yang
kemudiannya menjadi Setiausaha Politik pada Guan Eng. Jangan terkejut
kalau suatu hari Guan Eng mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan
Christopher Lim ini akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tulisan:
Mat Roplah Jingga
Bayan Baru, Penang (dgn izin Gabenor Penang)