Isnin, 20 November 2017

Realiti Harga Petrol Malaysia

PERBANDINGAN PERBELANJAAN PETROL HARGA LAMA VS HARGA BARU

Jadual perbandingan harga minyak lama dan harga minyak baru mengikut jumlah isian.


Harga petrol Ron 95 tertinggi pernah dijual di negara ini ialah RM 2.66 seliter 2008 (Ron 92). Harga petrol Ron 95 hari ini ialah RM 2.38 seliter.  

Hari ini harga petrol masih di bawah RM 2.66 seliter. Jadi kenaikan harga petrol beberapa minggu ini tidak sepatutnya memberi kesan tambahan kepada kos barangan mahu pun pengangkutan berbanding 2008.


Yang riuh rendah hanya kerana tidak mahu melihat kebenaran atau agenda menghasut sebab politik. Ingatlah tahun depan sahaja kerajaan memperuntukkan lebih RM 20 bilion untuk subsidi kesihatan.



Mana lebih penting kenaikan harga petrol yang masih boleh ditampung dengan perubahan gaya hidup atau subsidi perubatan yang merupakan antara hidup dan mati?


Perjuangan isu rakyat dan membina negara harus melalui jalan rasional dan praktikal bukan emosional dan bangang.


#Inibukanstatuspolitik


Ini sekadar idea seorang pengguna yang menggunakan ilmu hisab, bukan nafsu, dalam berbelanja.


Ab Jalil Backer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...